1 / 81

بسم الله الرحمن الرحيم AURAT DAN PERGAULAN SILANG JANTINA

بسم الله الرحمن الرحيم AURAT DAN PERGAULAN SILANG JANTINA. Matlamat membincangkan ini: Anda faham konsep aurat , aurat lelaki, wanita dan hukumnya Anda faham konsep pergaulan , hukum dan dalilnya Anda tahu hukum pergaulan silang jantina ajnabi

ciel
Download Presentation

بسم الله الرحمن الرحيم AURAT DAN PERGAULAN SILANG JANTINA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. بسم الله الرحمن الرحيمAURAT DAN PERGAULAN SILANG JANTINA • Matlamat membincangkan ini: • Anda faham konsep aurat, aurat lelaki, wanita dan hukumnya • Anda faham konsep pergaulan, hukum dan dalilnya • Anda tahu hukum pergaulan silang jantina ajnabi • Anda tahu hukum pergaulan silang jantina mahram • Anda tahu hukum pergaulan sejantina wanita • Anda tahu hukum pergaulan sejantina lelaki

  2. ISI KANDUNGAN TAJUK NI • Bahagian Pertama: Aurat • Konsep aurat • Hukum menutup aurat dan dalil • Aurat lelaki, dalam dan luar solat • Aurat wanita, dalam dan luar solat • Aurat pandang sentuh • Bahagian kedua: Pergaulan silang jantina • Konsep pergaulan • Hukum bergaul silang jantina • Hukum pergaulan sejantina

  3. BAHAGIAN PERTAMA AURAT

  4. KONSEP AURAT • Beberapa maksud aurat: • Sesuatu yang seorang merasa malu jika ia terdedah • Sesuatu yang dipandang tidak baik apabila ia terdedah • Bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi dari perhatian orang lain.

  5. HUKUM MENUTUP AURAT DAN DALIL • Hukummenutup aurat adalah wajib, tiada khilaf • Dalil wajib menutup aurat: • وقل للمؤمنات يغضضن من ابصارهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها، وليضربن بخمرهن على جيوبهن (النور 31) • يا أيها النبى قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن (الأحزاب 59) • إن أسماء بنت أبى بكر رضى الله عنها دخلت على النبى وعليها ثياب رقاق فأعرض وقال رسول الله (ص): يا أسماء إن المرأة إذا بلغت المحيض لم يصلح أن يرى منها إلا هذا وهذا، وأشار إلى وجهه وكفيه (حديث)

  6. AURAT LELAKI DAN WANITA • Aurat LELAKI: • Dalam solat: anggota antara pusat dan lutut • Luar solat: • Syafi`ie: anggota antara pusat dan lutut • Satu pandangan Mazhab Hanafi: seluruh tubuh • Aurat WANITA: • Dalam solat; jumhur (semua 4 mazhab):seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan • Luar solat: secara umum sama dengan aurat dalam solat, namun ada perbezaan berdasarkan dengan siapa perempuan itu beraurat:

  7. AURAT WANITA DENGAN LELAKI AJNABI • Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan • Maksud tapak tangan: pergelangan, kekura dan tapak tangan hingga kehujung jari. • Dalil aurat wanita; semua ayat dan hadis di atas

  8. AURAT SESAMA WANITA ISLAM • Semua anggota di antara pusat dan lutut. • Haram dedahkan anggota antara pusat dan lutut sesama wanita Islam. • Tidak haram dedahkan anggota dari pusat keatas dan dari lutut ke bawah. • Setakat berketang dada sesuai dalam masyarakat dan budaya Melayu.

  9. AURAT WANITA ISLAM DENGAN WANITA BUKAN ISLAM • Ada tiga pendapat: • Majoriti: seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Hujjahnya: • Bimbang wanita bukan Islam dedahkan aurat wanita Islam kepada lelaki bukan Islam. • Malikiyah: anggota antara pusat dan lutut, dengan syarat wanita bukan Islam itu berakhlak mulia • Syafi`iyah: selain dari anggota yang pada kebiasaannya terdedah semasa wanita melakukan kerja ruman: kepala, tengkok, leher, tangan hingga ke pangkal lengan, kaki hingga ke pangkal betis.

  10. Sebab khilaf: khilaf dalam mentafsir ungkapan أو نسائهن 31 al-Nur: • Kalau ‘perempuan mereka’ dalam ungkapan ini termasuk muslimah dan kafirah, aurat muslimah dengan kafirah sama dengan aurat sesama muslimah • Jika khusus bagi wanita Islam sahaja aurat muslimah dengan kafirah tidak sama dengan aurat sesama muslimah • Pendapat pilihan: pendapat ketiga. • Hujjah: pendapat pertama menyusahkan, pendapat kedua menjatuhkan marwah muslimah, pendapat ketiga paling sedarhana dan sesuai dengan masyarakat Malysia yang multy agama, tidak menjatuhkan marwah muslimah

  11. AURAT WANITA ISLAM DENGAN MAHRAM • Mahram:orang yang haram dikahwini • Lelaki mahram terbahagi dua • Mahram kekal: • Sebab nasab: bapa dan keatas, anak dan ke bawah, saudara seibu sebapa dan sebapa dan seibu dan kebawah. • Sebab susuan: orangnya sama dengan senasab. • Sebab persemendaan: mertua, anak tiri jika telah setubuhi ibunya • Mahram semantara: • Sebab persemendaan: ipar, biras, bapa saudara suami, ibu saudara isteri, kakak dan adik ibu mertua • Berbeza agama.

  12. Aurat dengan mahram kekal: • Hanbaliah,Malikiah: selain anggota yang terdedah semasa wanita bekerja dirumah; kepala, tengkuk, leher, tangan hingga ke pangkal lengan dan kaki hingga ke pangkal betis. • Syafi`ie: anggota antara pusat dan lutut • Hanafiah: anggota antara pusat dan lutut • Aurat dengan mahram sementara: • Jumhur: seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan • Mahram sementara atau keluarga bukan mahram adalah ajnabi.

  13. AURAT WANITA DENGAN KANAK-KANAK • Maksud kanak-kanak: yang belum memberi perhatian terhadap aurat wanita. • Aurat wanita dengan kanak-kanak bergantung kepada keadaan kanak-kanak itu: • Belum mumaiyiz: tiada aurat • Mumaiyiz belum ada syahwat: anggota antara pusat dan lutut • Mumaiyiz ada syahwat: • Ajnabi: seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan • Mahram kekal atau sementara: seperti di atas

  14. AURAT PEREMPUAN TUA • Aurat perempuan tua. • Perempuan tua: yang tiada lagi rangsangan seks; merangsang atau dirangsang • Pada dasarnya aurat perempuan tua seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, tetapi diberi rukhsah membuka kepala dengan syarat tidak bertabarruj. • Hujjah rukhsah: القواعد من النساء اللاتى لا يرجون نكاحا فليس عليهن جناح أن يضعن ثيلبهن غير متبرجات بزينة وأن يستعففن خير لهن والله سميع عليم (النور 60)

  15. Syarat muka dan tangan boleh didedahkan • Muka dan tapak tangan tidak dihias dan mekap melampau, kerana: • Muka dan tangan boleh didedahkan dalam keadaan biasa, hiasan dan mekap sederhana • Muka dan tangan boleh didedahkan atas alasan haajah, tiada haajah pada perhiasan dan mekap melampau • Berhias dan mekap berlebihan itu sendiri membawa fitnah. 2.Pendedahan itu tidak membawa fitnah, ia membawa fitnah dengan perhiasan dan mekap melampau dan wanita terlalu cantik

  16. BILA WANITA DITUNTUT MENUTUP MUKA • Wanita dituntut menutup muka kerana: bimbang fitnah, wanita terlalu cantik, masyarakat terlalu rosak • Fitnah; apabila wanita dilihat dengan syahwat • Masyarakat rosak dinilai dengan: • Qarinah yang wujud dalam masyarakat • Penilaian masyarakat terhadap yang bermarwah dan tidak bermarwah • Sensitiviti masyarakat terhadap marwah dan kehormatan • Kuat longgar pegangan agama masyarakat • Akhlak (buruk,baik) yang mendominasimasyarakat

  17. APAKAH KAKI WANITA AURAT • Kaki di sini ialah: mula dari pergelangan kaki, buku lali, tumit, kekura dan tapak kaki hingga kehujung jari. • Hanafi dan sesetengah Maliki: bukan aurat, kerana kaki termasuk anggota yang dikecualikan dalam ayat:إلا ما ظهر منها , semuanya dikira anggota zahir. • Syafi`e: aurat, kerana aurat dalam dan luar solat sama, kaki aurat dalam solat. • Hanbali: aurat, kerana hadis:هل تصلي المرأة في درع وخمار وليس عليها إزار؟ قال: نعم إذا كانت سابغا تغطى ظهور قدميه • Yang rajih: aurat, tapi dimaafkan bagi yang tabiat kerjanya mendedahkan kaki.

  18. AURAT PANDANGLELAKI PANDANG AURAT WANITA • Ada beza aurat pandang dan aurat sentuh • 4 mazhab sepakat haram melihat anggota aurat silang jantina ajnabi dengan syahwat atau tidak, aman fitnah atau tidak. • Ada kalangan Hanbaliah berpendapat makruh pandang muka dan tangan wanita sekalipun tanpa syahwat • Boleh pandang silang jantina kerana jadi saksi, hakim, darurat, rawatan perubatan walaupun ke dalam faraj

  19. MELIHAT PEREMPUAN TUA • Perempuan tua: yang tidak lagi merangsang dan terangsang seksnya. • Pandang fuqaha’ berbeza: • Syafi`e dan Maliki: haram lihat anggota aurat, sama dengan perempuan muda • Hanafi: boleh lihat anggota yang boleh lihat pada perempuan mahram: muka, kepala, rambut, telinga, tengkok, dada, payu dara, tangan, betis hingga kebawah • Hanbali: boleh lihat anggota yang pada kebiasaannya terdedah sewaktu wanita dirumah: kepala, tengkuk, tapak tangan hingga ke pangkal lengan dan pangkal betis hingga ke bawah

  20. MELIHAT AURAT KANAK-KANAK • Maksud kanak-kanak: yang belum lagi meransang dan tidak teransang seksnya. • Hanafi, Syaf`ie, Hanbali: boleh lihat termasuk faraj • Beza perempuan tua dan kanak-kanak • Kanak-kanak belum ada pengalaman seks • Perempuan tua sudah berpengalaman, jadi, perempuan dirujuk kepada kaedah استصحاب الأصل

  21. MELIHAT AURAT WANITA DISEBALIK CERMIN LUT SINAR, DALAM AIR JERNIH DAN BAYANG DALAM CERMIN • Hanafi: haram lihat aurat wanita ajnabiyah di sebalik cermin lutsinar, dalam air jernih, harus melihat bayang dalam cermin, • Hujjah perbezaan: Yang dilihat dalam cermin hanya bayang wanita bukan jasadnya. • Jaafari: haram jika ada syahwat, harus jika tiada syahwat. • Zaidi: harus, ada syahwat atau tidak. • Komentar: `illah diharamkan elak fitnah, `illah ini wujud dalam 3 keadaan ini, kita cenderong mengatakan haram dalam semua keadaan.

  22. HUKUM MELIHAT GAMBAR • Silang jantina ajnabi harus lihat gambar menutup aurat • Silang jantina haram lihat gambar bogel, dengan syahwat atau tidak, ada pendapat boleh tanpa syahwat. • Suami isteri halal saling melihat gambar bogel dengan syahwat atau tidak • Lelaki haram lihat gambar wanita hanya menutup anggota antara pusat dan lutut, dengan syahwat atau tidak, ada pendapat harus tanpa syahwat • Wanita harus lihat gambar lelaki tutup anggota antara pusat dan lutut tanpa syahwat, haram dengan syahwat

  23. MELIHAT FILEM SILANG JANTINA • Boleh lihat filem silang jantina tutup aurat • Boleh lihat filem suami isteri tanpa tutup aurat • Lelaki haram lihat filem wanita hanya tutup anggota antara pusat dan lutut dengan syahwat atau tidak, ada pendapat boleh tanpa syahwat. • Wanita boleh lihat filem lelaki hanya tutup anggota antara pusat dan lutut tanpa syahwat, haram dengan syahwat. • Haram silang jantina ajnabi lihat filem bogel, dengan syahwat atau tidak, ada pendapat mengatakan boleh tanpa syahwat.

  24. MELIHAT ADEGAN SEKS • Single X: • Dalam filem: harus tanpa syahwat, haram dengan syahwat • Orang, dalam kaca lut sinar, air jernih, bayang dalam cermin : haram dengan syahwat atau tidak. • Double X: haram dengan syahwat atau tidak, filem atau lainnya. • Triple X: haram dengan syahwat atu tidak, dalam filem atau lainnya • Semua kelas: boleh kerana darurat dan hajat • Suami isteri: boleh lihat adegan sex sendiri, filem atau lainnya

  25. WANITA MELIHAT AURAT LELAKI • Hanafi: haram melihat aurat lelaki; anggota antara pusat dan lutut • Maliki: harus melihat anggota yang harus dilihat lelaki pada wanita mahram dengan syarat tanpa syahwat • Pendapat asah Mazhab Syafi`ie: boleh lihat selain anggota antara pusat dan lutut tanpa syahwat dan aman fitnah • Boleh lihat aurat lelaki kerana darurat dan haajat.

  26. PANDANG SEJANTINA LELAKI • Boleh melihat anggota bukan aurat tanpa syahwat, haram dengan syakwat • Haram melihat anggota aurat dengan syahwat atau tidak • Boleh melihat anggota aurat kerana darurat dan haajat.

  27. PANDANG SEJANTINA LELAKI LEMBUT • Lelaki lembut: lelaki yang berperawakan wanita (pondan) • Sebahagian Syafi`ie: harus melihat anggota bukan aurat tanpa syahwat, haram dengan syahwat • Sebahagian lain: haram dengan syahwat atau tidak • Harus kerana darurat atau haajah

  28. PANDANG SEJANTINA WANITA MUSLIMAH • Hanafiyah, Malikiyah, Syafi`iyah: harus lihat seluruh badan kecuali anggota antara pusat dan lutut tanpa syahwat, haram dengan syahwat. • Haram melihat anggota aurat dengan syahwat atau tidak • Harus melihat kerana darurat atau haajah.

  29. PANDANG SEJANTINA MUSLIMAH KAFIRAH • Muslimah lihat kafirah: harus seluruh badan kecuali anggota antara pusat dan lutut. • Kafirah lihat muslimah; khilaf: • Boleh lihat muka dan tapak tangan sahaja, kerana aurat muslimah denga kafirah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. • Boleh lihat anggota selain anggota antara pusat dan lutut, kerana aurat muslimah dengan kafirah anggota antara pusat dan lutut. • Boleh lihat anggota yang biasa terdedah sewaktu wanita bekerja dirumah, kerana inilah aurat muslimah dengan kafirah • Pendapat pilihan: ketiga, sederhana, sesuai dalam masyarakat multi agama, tidak menyusahkan.

  30. AURAT SENTUHSENTUH SILANG JANTINA AJNABI • Hanafi, Maliki, Hanbali, Syafi`ie: haram sentuh seluruh anggota wanita, aurat dan bukan aurat, alasan: • Harus lihat muka dan tapak tangan kerana haajah, tiada haajah menyentuh muka dan tangan wanita dalam muamalat • Sentuhan itu sendiri merangsang syahwat • Syarat kedua-duanya masih muda, bukan tua dalam konsep yang telah dijelaskan di atas.

  31. SENTUH SEJANTINA LELAKI • Boleh sentuh anggota bukan aurat tanpa syahwat, haram dengan syahwat • Haram sentuh anggota aurat dengan syahwat atau tidak • Boleh sentuh anggota aurat, termasuk zakar kerana darurat atau haajah. • Kes-kes haajah telah dijelaskan

  32. SENTUH SEJANTINA LELAKI LEMBUT • Pendapat ulamak tidak dapat dikesan mengenai kes ini • Namun boleh qiaskan kes ini dengan pandangan mereka dalam kes pandang lelaki cantik lembut; harus tanpa syahwat, haram dengan syahwat, kerana sentuh lebih merangsang syahwat • :. haram atas qiyas aulawi

  33. SENTUH SEJANTINA MUSLIMAH KAFIRAH • Pendapat ulamak tidak dapat dikesan dalam kes ini • Namun barangkali boleh qiyaskan kes ini dengan kes sentuh lelaki lembut; harus tanpa syahwat, haram dengan syahwat atas dasar qiyas aulawi والله أعلم

  34. KES-KES LUARBIASA PANDANG SENTUH • Dalam keadaan luar biasa (darurat dan haajah) silang jantina ajnabi boleh lihat dan sentuh anggota aurat, termasuk faraj, malah ke dalam faraj, syarat tanpa syahwat • Ada pendapat mengatakan harus sekalipun dengan syahwat • Kes-kes darurat dan haajah: jadi saksi, kadi atau hakim, urusan muamalat, rawatan perubatan, perkahwinan

  35. TELANJANG • Berbogel di hadapan orang lain haram, hujjah: • seorang lelaki memikul batu……Baginda perbetulkan tindakan itu • Berbogel dalam khalwat juga ditegah, dalilnya: • Hadis: فالله أولى أن يستحى منه من الناس • Boleh, tetapi makruh mandi bogel dalam bilik • Boleh, tetapi makruh mandi bogel suami isteri

  36. TELANJANG DALAM SELIMUT • Haram sejantina lelaki dan sejantina perempuan telanjang dalam selimut • Hadis: لا يفضى الرجل إلى الرجل فى الثوب الواحد ولا تفضى المرأة إلى المرأة فى الثوب الواحد • Hanbaliyah berpendapat makruh telanjang dalam selimut sejantina • Hadis ini juga dalil haram sentuh anggota aurat tanpa alas dengan anggota selain tangan

  37. SUARA WANITA BUKAN AURAT • Jumhur ulamak termasuk Jaafari: suara wanita bukan aurat, lelaki boleh dengar suara wanita, wanita tidak wajib sembunyikan suaranya dari lelaki • Hujjah: • Para sahabat dengar suara para isteri Rasulullah untuk mendapatkan hukum syarak • Hadis Ummu`Athiyah:بايعنا رسول الله، فقرأ علينا أن لا نشرك بالله .... ونهانا عن النياحة، فقبضت إمرأة يدها وقالت: فلانة أسعدتنىوأنا أريد أن أجزيها، فذهبت ثم رجعت

  38. Dialog antara Umar dengan sahabiyah mengenai isu menghadkan mahar • Semua peristiwa ini menunjukkan wanita mengeluarkan suara dan didengar lelaki • Lelaki haram mendengar suara wanita yang disertakan rentak dan irama, sekalipun membaca Quran, kerana takut fitnah • Lelaki haram dengar suara wanita jika ada kemungkinan dia tergoda atau terfitnah • Wanita juga haram mendengar suara lelaki jika tergoda dan tidak aman fitnah

  39. WANITA MENGANGKAT SUARA • Suara wanita yang tinggi adalah aurah, sebab itu wanita ditegah melaungkan azan, azan perlukan laungan yang kuat • Hukum ini jelas, yang penting mempastikan kadar mana suara itu telah dianggap tinggi dan kuat • Penentuan mungkin dibuat berdasarkan: • Penilaian `urf dan `adah • Khidmat pakar menentukan frekuensi (hertz) suara yang telah dikira tinggi dan kuat

  40. TEGAHAN MENIKMATI SUARA WANITA • Hanbaliyah,Syafi`iyah, Malikiyah: lelaki haram mendengar suara wanita dengan tujuan menikmatinya, kerana suara mampu merangsang syahwat dan kerana bimbang fitnah • Ada pendapat mengatakan harus jika aman fitnah, tanpa syahwat

  41. PERCAKAPAN WANITA YANG BOLEH DAN TAK BOLEH • Nas syarak berkaitan: فلا تخضعن بالقول فيطمع الذى فى قلبه مرض وقلن قولا معروفا (الأجزاب 32) • Wanita dilarang bercakap dengan suara yang sengaja dimanja-manjakan dan dengan cara yang merangsang mereka yang hatinya berpenyakit • Dilarang bercakap perkara munkar dan lucah • Boleh bercakap dengan cara dan nada yang normal, bersabit dengan perkara yang diharuskan, perkara makruf

  42. TABARRUJ • Tabarruj: wanita memperagakan kecantikan, pakaian dan perhiasan dengan tujuan menarik perhatian lelaki dan merangsang keinginan mereka (fahamkan definisi ini) • Nas syarak: ولا تبرجن تبرج الجاهلية الأولى (أحزاب 33) • Tabarruj zaman jahiliah: wanita membuka muka, memperagakan perhiasan dan kecantikan mereka • Tabarruj zaman kini sudah mengatasi tabarruj jahiliah, Baginda istilahkan sebagai كاسيات، عاريات“tidak berpakaian, telanjang”.

  43. TABARRUJ YANG DIHARAMKAN • Tabarruj diluar rumah, berhias bukan untuk suami • Mendedahkan muka dan perhiasan dengan tujuan memperagakan kecantikan kepada lelaki • Bersolek dan berhias melampau • Menggunakan alat-alat kosmetik bukan untuk suami • Mempercantikkan rupa paras dengan membentuk alis, bibir dan lainnya bukan untuk suami

  44. FESYEN-FESYEN PAKAIAN JUGA TABARRUJ • Ciri pakaian wanita: • Menutup seluruh tubuh, kecuali muka dan tapak tangan • Longgar tidak menampakkan susuk tubuh • Tidak nipis sehingga menampakkan kulit • Bukan pakaian untuk bermegah • Tiada unsur memperagakan • Tidak menyamai pakaian lelaki • Pakaian berfesyen mempunyai ciri memperagakan adalah tabarruj • Berpakaian kemas, smart dan ceria bukan tabarruj

  45. PERHIASAN DIRIJUGA TABARRUJ • Maksud perhiasan disini: sesuatu yang dijadikan wanita perhiasan diri • Perhiasan ini juga tabarruj jika mengandungi unsur memperagakan • Nas syarak: • ولا تبرجن تبرج الجاهلية الأولى (الأحزاب 33) • ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها (النور 31) • ولا يبدين زينتهن إلا لبعولتهن...(النور 31) • Ayat pertama melarang menunjukkan perhiasan • Ayat kedua melarang menunjukkan perhiasan kecuali kepada suami dan… (lihat sambungan ayat)

  46. BERHIAS YANG DIBENARKAN • Berhias dan memakai perhiasan setakat memenuhi fitrah wanita bukan tabarruj • Berhias harus, malah digalakkan, kecuali perhiasan yang diharamkan • Berhias sunat bagi isteri yang bersama suaminya • Antara berhias yang dibenar dan digalakkan: • Mencabut bulu ketiak, bulu tundun, mengandam misai, berkhatan, memotong kuku, • Kata penyaer: انتف لإبط وتقص الشارب×والعانة تحلق والختان واجب

  47. JENIS PERHIASAN • Bukan perhiasan diri: • Diperbuat daripada logam; emas, perak, suasa, tembaga dan lainnya: emas diharamkan bagi lelaki dan perempuan • Diperbuat selain dari logam: kulit, tulang, kayu, tembikar dan lainnya; harus digunakan lelaki dan perempuan • Perhiasan diri selain pakaian: • Diperbuat daripada logam; emas,perak,suasa, tembaga dan lainnya:emas haram dipakai lelaki • Semuanya harus dipakai perempuan

  48. Perhiasan diri dalam bentuk pakaian: • Pakaian yang bukan dijadikan perhiasan; menepati ciri pakaian wanita Islam: boleh dipakai • Pakaian itu sendiri dijadikan perhiasan; difesyenkan, dilabucikan, disulam dan lainnya • Boleh dipakai sekiranya ia pakaian dalaman dan luar jika tiada unsur tabarruj • Tidak boleh dipakai dan dikira tabarruj jika: • Fesyennya menzahirkan susuk tubuh • Dihias berlebihan sehingga memenuhi ciri tabarruj • Cara pemakaiannya memang bertujuan tabarruj • Dipakai bukan untuk tatapan suami

  49. Beberapa kesimpulan: • Secara prinsipnya berhias diharus dan digalakkan • Berhias untuk SUAMI harus malah disunatkan dalam apa bentuk sekalipun • Berhias YANG DITEGAH ialah yang berunsur tabarruj, diluar rumah dan bukan untuk suami • Kebanyakan pakaian, cara berpakaian dan solekan wanita hari ini telah melebihi tahap tabarruj, ia telah sampai peringkat كاسيات، عاريات • Tegahan tabarruj bertujuanسد الزريعةmenutup ruang-ruang keburukan: rangsangan seks

  50. BAHAGIAN KEDUA PERGAULAN SILANG JANTINA

More Related