110 likes | 263 Views
Kuliah Hadith Sahih Bukhari & Muslim. Hadith 27-31 Dosa-dosa besar.
E N D
Kuliah Hadith Sahih Bukhari & Muslim Hadith 27-31 Dosa-dosa besar
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, beliau berkata: Saya bertanya kepada Nabi s.a.w tentang apakah dosa yang paling besar di sisi Allah s.w.t? Jawab baginda s.a.w: “Jika engkau mengadakan sekutu bagi Allah s.w.t padahal Dia-lah yang menjadikan engkau.” Aku berkata: “Sesungguhnya itu adalah sesuatu yang dahsyat. Kemudian apa lagi?” Jawab baginda s.a.w: “Jika anda membunuh anak engkau kerana takut dia makan bersamamu.” Aku bertanya lagi: “Kemudian itu apa lagi?” Jawab baginda s.a.w: “Jika engkau berzina dengan isteri jiranmu.”
Daripada Abu Bakrah r.a, sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Sukakah kamu jika aku beritahu kamu tentang sebesar-besar dosa?” Pertanyaan ini diulang tiga kali. Para sahabat menjawab: “Bahkan ya Rasulullah s.a.w!” Sabda baginda s.a.w lagi: “Mensyirikkan Allah, derhaka kepada ibu bapa.” Nabi s.a.w tadinya sedang bersandar tiba-tiba duduk dan bersabda: “Ingatlah, dan kata-kata dusta!” Baginda s.a.w mengulangnya beberapa kali sehingga kami berkata: “Semoga baginda s.a.w berhenti.”
Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi Muhammad s.a.w pernah ditanya tentang dosa-dosa besar. Jawab baginda s.a.w: “Mensyirikkan Allah, derhaka kepada ibu bapa, membunuh jiwa dan saksi palsu.
Daripada Abdullah bin Amrin r.a, sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Sesungguhnya antara dosa besar adalah apabila seseorang itu melaknat ibu bapanya.” Baginda s.a.w ditanya: “Bagaimana seseorang itu boleh melaknat kedua orang tuanya?” Jawab baginda s.a.w: “Dia memaki ibu bapa orang lain, dan orang out memaki kembali ibunya dan memaki bapanya.”
Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tinggalkan tujuh dosa yang dapat membinasakan.” Sabahat bertanya: Apakah itu ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w bersabda: 1) Mensyirikkan Allah 2) Sihir 3) Membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan hak 4) Makan harta riba 5) Makan harta anak yatim 6) Melarikan diri dari perang jihad pada saat berperang 7)Menuduh wanita yang beriman yang sudah berkahwin yang leka dengan perbuatan zina.