1 / 26

Senibina Rangkaian Bab 5

Senibina Rangkaian Bab 5. Model piawaian OSI Fungsi lapisan model OSI. Senibina Rangkaian. International Standards Organization (ISO) merupakan badan multinasional yang menetapkan piawaian antarabangsa yang disepakati bersama.

aran
Download Presentation

Senibina Rangkaian Bab 5

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Senibina RangkaianBab 5 Model piawaian OSI Fungsi lapisan model OSI

  2. Senibina Rangkaian • International Standards Organization (ISO) merupakan badan multinasional yang menetapkan piawaian antarabangsa yang disepakati bersama. • Model Open Systems Interconnection (OSI) adalah piawaian ISO yang meliputi semua aspek komunikasi rangkaian. • Model Open System membenarkan dua sistem yang berlainan untuk berkomunikasi tanpa mengambilkira senibina yang digunakan.

  3. (samb.) • Tujuan model OSI: membenarkan komunikasi terbuka diantara sistem yang berlainan tanpa memerlukan perubahan kepada perkakasan dan perisian yang digunapakai. • Ini menggalakkan rekabentuk senibina yang fleksibel, teguh dan mudahalih. • Model OSI: rangkakerja berlapisan untuk merekabentuk sistem rangkaian yang membenarkan komunikasi merentasi semua jenis sistem komputer.

  4. Model OSI • Model OSI terdiri daripada tujuh (7) lapisan yang berasingan tetapi saling berkaitan yang mana setiap satu menerangkan segmen proses pergerakan maklumat merentasi rangkaian. • Senibina lapisan Model OSI: • Lapisan fizikal (physical) • Lapisan hubungan data (data link) • Lapisan rangkaian (network) • Lapisan pengangkutan (transportation) • Lapisan sesi (session) • Lapisan persembahan (presentation) • Lapisan aplikasi (application)

  5. Lapisan Model OSI

  6. Lapisan OSI

  7. Organisasi Lapisan • Tujuh lapisan OSI boleh dikategorikan kepada tiga sub kumpulan: • Lapisan 1, 2 dan 3 – lapisan yang menyokong rangkaian. Ia mengurus aspek fizikal didalam memindahkan data dari satu peranti kepada peranti yang lain (cth: spesifikasi elektrikal, sambungan fizikal dll) • Lapisan 5, 6 dan 7 – lapisan yang menyokong pengguna. Ia membenarkan pengoperasian diantara perisian sistem yang berbeza.

  8. (samb.) • Lapisan 4 – lapisan pengangkutan yang memastikan transmisi data hujung ke hujung yang berkesan. • Lapisan yang paling atas dilaksanakan pada perisian manakala lapisan yang paling dibawah pada perkakasan. • Proses transmisi data bermula pada lapisan aplikasi penerima kemudian berpindah dari satu lapisan ke satu lapisan secara aturan menurun. Pada setiap lapisan (kecuali lapisan 7 dan 1), kepala ditambah kepada unit data. Pada lapisan 2, ekor pula ditambah kepada data.

  9. (samb.) • Apabila unit data yang telah diformat melalui lapisan fizikal, ia ditukar kepada signal elektromagnet dan dihantar melalui hubungan fizikal (cth: kabel) • Setelah sampai kepada destinasi penerima, signal tersebut melalui lapisan 1 dan ditukar semula kepada bits (digit). Unit data kemudian bergerak secara menaik dalam lapisan OSI. Pada setiap lapisan, kepala dan ekor yang ditambah kepada data oleh lapisan penerima akan dibuangkan. Pada masa ia sampai kepada lapisan 7, mesej data adalah dalam bentuk asal yang boleh digunakan oleh aplikasi penerima.

  10. Laluan data melalui OSI

  11. Fungsi Lapisan 1 • Lapisan fizikal • Fungsi untuk menghantar aliran bit data melalui medium fizikal. • Berkenaan dengan spesifikasi mekanikal dan elektrikal bagi antaramuka dan medium penghantaran. • Menerangkan prosedur dan fungsi yang perlu dilaksanakan oleh peranti fizikal bagi membolehkan transmisi berlaku. • Antara lain berkaitan dengan: • Sifat fizikal bagi antaramuka dan media • Kadar penghantaran data • Konfigurasi talian (titik ke titik/ berbilang titik)

  12. Lapisan Fizikal

  13. Fungsi Lapisan 2 • Lapisan hubungan data • Fungsi menukar kemudahan lapisan fizikal kepada hubungan yang dipercayai dan bertanggungjawab bagi penghantaran nod ke nod. • Memastikan lapisan fizikal bebas ralat kepada lapisan di atasnya (lapisan rangkaian). • Antara lain berkaitan dengan: • Mengurus bingkai data • Pengalamatan secara fizikal • Kawalan aliran data

  14. Lapisan hubungan data

  15. Fungsi Lapisan 3 • Lapisan rangkaian • Fungsi untuk penghantaran paket data merentasi berbilang rangkaian daripada sumber ke destinasi. • Diperlukan sekiranya dua sistem disambungkan oleh rangkaian yang berbeza bersama peranti penghubung diantara rangkaian. • Antara lain berkaitan dengan: • Pengalamatan secara logikal antara penghantar dan penerima • Penghalaan paket data (penghala)

  16. Lapisan rangkaian

  17. Fungsi Lapisan 4 • Lapisan pengangkutan • Fungsi untuk penghantaran keseluruhan mesej dari sumber ke destinasi (hujung ke hujung). • Memastikan kesemua mesej tiba ke destinasi dengan tersusun (tanpa ralat). • Mewujudkan satu sambungan yang berjaya sebelum pemindahan data berlaku. • Antara lain berkaitan dengan: • Kawalan sambungan • Menghimpun semula paket kepada mesej • Kawalan ralat

  18. Lapisan pengangkutan

  19. Fungsi Lapisan 5 • Lapisan sesi • Fungsi menyediakan kawalan dialog rangkaian. • Memulakan, menetapkan dan mengatur interaksi diantara sistem yang berkomunikasi. • Antara lain berkaitan dengan: • Kawalan dialog secara sehala/ dua hala • Data synchronization (tambah checkpoints)

  20. Lapisan sesi

  21. Fungsi Lapisan 6 • Lapisan persembahan • Fungsi berkaitan dengan sintak dan semantik bagi pertukaran maklumat diantara dua sistem. • Antara lain berkaitan dengan: • menterjemah kaedah pengekodan sistem yang berbeza • Enkripsi (penghantaran data yang sulit) • Pemampatan data (teks, audio dan video)

  22. Lapisan persembahan

  23. Fungsi Lapisan 7 • Lapisan aplikasi • Fungsi membenarkan pengguna (orang atau perisian) untuk mencapai rangkaian. • Menyediakan antaramuka pengguna dan sokongan bagi perkhidmatan seperti mel elektronik, capaian fail jauh, perkongsian pangkalan data dll. • Antara lain berkaitan dengan: • Pengurusan, capaian dan pemindahan fail • Perkidmatan mel elektronik • Perkhidmatan direktori teragih (maklumat global)

  24. Lapisan aplikasi X.400 (perkhidmatan mesej)

  25. Rumusan Fungsi Lapisan OSI • Lapisan aplikasi – membenarkan capaian kepada sumber rangkaian. • Lapisan persembahan – menterjemah, enkripsi dan pemampatan data. • Lapisan sesi – memulakan, mengurus dan mengakhiri sesi dialog. • Lapisan pengangkutan – menyediakan penghantaran mesej hujung ke hujung yang cekap dan bebas ralat. • Lapisan rangkaian – memindahkan paket data dari sumber ke destinasi (internetworking) • Lapisan hubungan data – mengurus bit data kepada bingkai untuk penghantaran nod ke nod. • Lapisan fizikal – untuk membawa bit data melalui medium fizikal (spesifikasi elektrikal/mekanikal).

More Related