1 / 28

Kesalahan Umum Tatabahasa

Kesalahan Umum Tatabahasa. Salah Dari Segi Kata Ganti Diri ‘beliau’ hanya digunakan untuk orang yang dihormati sahaja. Tidak boleh guna ‘beliau’ untuk kanak-kanak, penjenayah dan orang yang hina. cth i: Azman pencuri. Beliau ditangkap polis. (X) Dia ditangkap polis. (/)

amal-riggs
Download Presentation

Kesalahan Umum Tatabahasa

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Kesalahan Umum Tatabahasa Salah Dari Segi Kata Ganti Diri ‘beliau’ hanya digunakan untuk orang yang dihormati sahaja. Tidak boleh guna ‘beliau’ untuk kanak-kanak, penjenayah dan orang yang hina. cth i: Azman pencuri. Beliau ditangkap polis. (X) Dia ditangkap polis. (/) ii. Pengetua baru bertugas. Dia sudah sihat. (X) Beliau sudah sihat. (/)

  2. ‘Ia’ atau ‘dia’ hanya digunakan untuk manusia.Cth: Itu beg kulit.Iaamat mahal. (X)Beg ituamat mahal. (/) • ‘Ianya’ tidak boleh digunakan kerana salah dari segi bahasa. cth: Ianya akan dihukum. (X) Ia akan dihukum. (/)

  3. Kata ganti yang menunjukkan banyak tidak boleh digandakan lagi. cth: Mereka-mereka pelajar sekolah.(X) Mereka pelajar sekolah. (/) Para-para pemimpin……. (X) Para pemimpin….. ( /)

  4. ‘Kami’ bererti ‘saya dan dia’ apabila bercakap dengan orang kedua. Cth: ‘Kita takut’, kata Ali dan Abu kepada Pak Kassim. (X) ‘Kami takut’, ………… (/) • ‘Kita’ bererti ‘anda dengan saya’ atau ‘anda dengan kami’. Cth: ‘Kami berusaha’, kata ketua kepada ahli-ahlinya. (X) ‘Kita berusaha’,…………………………… (/)

  5. K. Zi Ying • Pada 3.1.2011

  6. 2. Salah guna ‘kata bilangan’ • Salah guna ‘berbagai’. Yang betul ialah ‘berbagai-bagai’ atau ‘pelbagai’. Cth: Berbagai cara….. (X) Berbagai-bagai cara…. (/) Pelbagai cara………….. (/)

  7. Salah guna ‘tiap’. Yang betul ialah ‘setiap’ atau ‘tiap-tiap’. Cth: Tiap perkara……(X) Tiap-tiap perkara…… (/) Setiap perkara …….. (/)

  8. Kata ‘setengah’ tidak sama dengan ‘setengah-setengah’. • ‘Setengah-setengah’ = ‘sesetengah’ • ‘Setengah’ bermaksud separuh. cth: setengah gelas air,bendera setengah tiang. • ‘Setengah-setengah atau sesetengah bermaksud sebahagian, sebilangan. cth: sesetengah haiwan, sesetengah pelajar

  9. Kata bilangan dengan pecahan mestilah dipisahkan. Cth: dua suku jam (X) dua jam suku (/) lima setengah ringgit (X) lima ringgit setengah (/)

  10. Kata Bilangan 1. Kata nama abstrak tidak boleh menggunakan penjodoh bilangan. cth: dalam sebuah masyarakat ( X) dalam masyarakat (/) mempunyai sebuah cita-cita ( X) mempunyai cita-cita (/)

  11. Kata Bilangan Tak Tentu • Kata bilangan tak tentu ,kecuali ‘beberapa’,TIDAK boleh menggunakan penjodoh bilangan. cth: sebahagian orang penduduk (X) sebahagian penduduk (/) seluruh buah negeri (X) seluruh negeri (/) segala ekor binatang (X) segala binatang (/) setiap orang warganegara (X) setiap warga negara (/) beberapa helai kertas (/)

  12. Kata Sendi • ‘Dari’ digunakan untuk masa dan tempat sahaja. cth: dari Kemaman dari kedai dari pukul 8.00 malam dari tahun lepas • ‘Daripada’ digunakan selain tempat dan masa. cth: daripada kain sutera daripada kakak daripada kajian

  13. Kata Sendi ‘Oleh’ • ‘Oleh’ digunakan selepas kata kerja pasif berawalan ‘di’ atau ‘ter’ . cth: tertarik dengan kecantikan (X) tertarik oleh kecantikan (/)

  14. Oleh sebab = kerana • ‘Oleh kerana’ salah digunakan di dalam ayat. Yang betul ialah ‘oleh sebab’. cth: Dia tidur oleh kerana letih. (X) Dia tidur oleh sebab letih. (/) Dia tidur sebab letih. (X) Dia tidur kerana letih. (/)

  15. Penggunaan Kata Kerja Mesti gunakan awalan ‘ter’, ‘men’ atau ‘ber’ bagi kata kerja tak transitif yang memerlukannya. Cth: Abu kata kepada saya. (X) Abu berkata kepada saya. (/) Badan budak itu lecur. (X) Badan budak itu melecur. (/) Orang itu senyum kepada saya. (X) Orang itu tersenyum kepada saya. (/)

  16. Apitan ‘men...kan’ dan ‘men....i’ 1. Dia menghadiahkan saya sehelai baju. (X) Dia menghadiahi saya sehelai baju. (/) 2. Dia menjatuhi hukuman rotan kepada penjahat itu. (X) Dia menjatuhi penjahat itu hukuman gantung. (/) 3. Dia membelikan kuih untuk adiknya. (X) Dia membeli kuih untuk adiknya. (/) 4. Dia memberi hadiah kepada ibunya. (X) Dia memberikan hadiah kepada ibunya. (/)

  17. Kesalahan Kata Hubung 1. ‘Bila’ digunakan untuk ayat tanya manakala ‘apabila’ digunakan sebagai kata sendi. cth: Dia makan bila lapar. (X) Dia makan apabila lapar. (/) 2. Tidak boleh guna ‘agar supaya’ serentak lerana maknanya sama. cth: Lim makan ubat agar supaya sihat. (X) Lim makan ubat agar sihat. (/) Lim makan ubat supaya sihat. (/)

  18. Kesalahan Frasa Nama Apabila kata bilangan menunjukkan banyak, maka kata nama tidak boleh diulangkan. Cth: dua buah lori-lori (X) dua buah lori (/) beberapa orang pekerja-pekerja (X) beberapa orang pekerja (/) setiap pelajar-pelajar (X) setiap pelajar (/)

  19. Kata Adjektif yang diulang • Apabila kata adjektif diulang, tak perlu lagi diulang kata namanya. cth: Baju-bajunya cantik-cantik belaka. (X) Bajunya cantik-cantik belaka. (/) Baju-bajunya cantik belaka. (/)

  20. Hukum DM Struktur dalam bahasa Melayu berbeza daripada hukum dalam bahasa Inggeris. D = diterangkan, M = menerangkan Perkara atau benda yang hendak diterangkan di depan manakala penerangan untuk perkara atau benda itu mengikuti selepasnya. Cth: Tan Klinik (X) Klinik Tan (/) mini stadium (X) stadium mini (/) lain-lain hal (X) hal-hal lain (/) penghawa dingin (X) pendingin hawa (/) goreng pisang (X) pisang goreng (/)

  21. Frasa Adjektif • Saya sayang ibu saya. (X) Saya sayang akan ibu saya. (/) Saya percaya orang itu. (X) Saya percaya akan orang itu. (/) Saya hormat ibu bapa saya. (X) Saya hormat/patuh kepada ibu bapa saya. (/)

  22. Frasa Adjektif • Kata penguat bebas ( sangat, amat, sungguh) boleh digandingkan dengan sekali). • Kata penguat lain tidak boleh digandingkan dengan sekali. Cth: Pisau itu paling tajam sekali. (X) Pisau itu amat tajam sekali. (/) Pisau itulah yang tertajam sekali. (X) Pisau itulah yang tertajam. (/)

  23. Frasa Adjektif • Kata adjektif berawalan ‘ter’ tidak boleh bertugas sebagai predikat. Cth: Pakaian itu tersesuai. (X) Pakaian itu amat sesuati. (/) Bangunan itu tertinggi. (X) Bangunan itu paling tinggi. (/)

  24. Frasa Kerja Aktif (FKA) • FKA terbahagi kepada dua iaitu:- Frasa Kerja Transitif (FKT) Frasa Kerja Intransitif (FKI) • FKT mesti diikuti frasa nama sebagai objek. Cth: Ibu menggosok di dalam bilik. (X) Ibu menggosok baju di dalam bilik. (/) • FKI mesti diikuti kata sendi nama apabila dipanjangkan. Cth: Dia lupa janji-janjinya. (X) Dia lupa akan janji-janjinya. (/)

  25. FK Intransitif berapitan ‘ber…kan’ • Tidak boleh disertakan kata sendi selepasnya. Ini kerana ‘kan’ telah menggantikan kata sendi akan, dengan, pada dan tentang. Cth: Meja itu beralaskan dengan kain. (X) Meja itu beralaskan kain. (/)

  26. FK Transitif • Tidak boleh ada perkataan lain antara kata kerja transitif dengan frasa nama yang menjadi objek. Cth:1. Beliau mempunyai banyak pengalaman. (X) Beliau banyak mempunyai pengalaman. (/) 2. Mereka akan mendalamkan lagi sungai itu. (X) Mereka akan mendalamkan sungai itu lagi. (/)

  27. Frasa Kerja Pasif (FKP) • Terbahagi kepada dua:- i. FKP Diri Pertama dan Diri Kedua. ii. FKP Diri Ketiga. • Dalam FKPDPD, kata ganti diri hendaklah mendahului kata kerja pasif. Kalau ada kata bantu, kata bantu hendaklah di depan kata ganti diri. Cth: Buku itu saya belum baca. (X) Buku itu belum dibaca oleh saya. (X) Buku itu belum saya baca. (/)

  28. Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga(FKPDT) • Diri ketiga dimaksudkan kepada kata ganti diri ketiga seperti dia, nya, beliau, mereka dan objek-objek lain. • Kata ganti diri ketiga hendaklah berada selepas kata kerja pasif berimbuhan ‘di’ Cth: i. Beg itu Ong beli. (X) Beg itu dibeli oleh Ong. (/) Beg itu dibeli Ong. (/)

More Related