1 / 4

reka bentuk teknologi

memang best

Kayrul06
Download Presentation

reka bentuk teknologi

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. REFLEKSI REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI E-DAGANG OLEH : Ameelia Nazirah binti Mohd Shafiee Tugasan bagi subjek RBT 3119: Perniagaan dan Keusahawanan telah diterima pada 1 Mac 2013 di bawah bimbingan pensyarah iaitu puan Malar Arasi a/p Sundaram. Penyerahan tugas ini buat kali pertama telah disisipkan sekali bersama-sama dengan beberapa maklumat yang berkait rapat dengan tugasan yang telah diberikan terutamanya berkenaan dengan e-dagang yang bakal dicari oleh saya dalam melaksanakan tugasan ini. Tugasan yang perlu dilaksanakan secara berkumpulan iaitu seramai dua orang dalam satu kumpulan merupakan satu nikmat yang tidak terperi bagi saya, terutamanya apabila mendapat pasangan tugasan yang mempunyai komitmen dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Segala urusan dalam mencari sumber rujukan dan perbincangan serta pembahagian tugasan yang telah diagihkan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar kerana masing-masing memainkan peranan mereka. Oleh kerana tugasan RBT3119 ini adalah berkaitan dengan perdagangan elektronik, maka ianya bukanlah semudah untuk dilaksanakan. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan sering berbincang bagi mendapat gambaran keseluruhan berkenaan dengan tugasan. Bagi memudahkan kerja, saya telah membahagikan tugasan berdasarkan objektif yang ingin dicapai secara sama rata dengan mengikut sistem undian antara ahli kumpulan. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, sedikit sebanyak pasti akan berlakunya beberapa masalah antaranya berkaitan dengan pencarian sumber rujukan dalam melaksanakan tugasan ini. Permasalahan yang telah saya hadapi adalah kekurangan sumber rujukan iaitu buku ilmiah untuk dijadikan sebagai rujukan. Saya telah mencari maklumat berkenaan dengan perdagangan elektronik atau nama lainnya e-dagang

  2. dalam bentuk sumber buku termasuklah mencari di perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang, namun segala usaha adalah hampa. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya banyak membuat sumber rujukan dari internet dan telah menggunakan masa semaksimum yang mungkin bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan berkenaan dengan kelebihan, kekurangan e- dagang, serta cara mengatasi kelemahannya. Keadaan semakin sukar apabila sumber rujukan dalam bahasa melayu adalah kurang dan lebih banyak sumber dalam bahasa Indonesia dan bahasa inggeris. Oleh itu, saya terpaksa melakukan tugas lebih iaitu saya mencari maklumat berkenaan dengan tajuk tersebut dalam bahasa inggeris. Sumber rujukan berkenaan dengan e-dagang adalah daripada laman web bahasa inggeris dan telah menggunakan Google Translate bagi tujuan penterjemahan. Selain daripada itu, saya juga turut merujuk beberapa orang rakan daripada aliran TESL dan pelajar kampus untuk membantu saya dalam menterjemahkan makna yang saya tidak faham dalam penggunaan istilahnya. Saya dan rakan sekumpulan juga banyak merujuk googlebook kerana sesetengah maklumat berkenaan dengan e-dagang dapat ditemui di googlebook, namun jumlah maklumat yang dibekalkan tidaklah begitu banyak dan terhad. Hal ini kerana kebanyakkan maklumat berkenaan dengan perdagangan elektronik adalah dalam bentuk bahasa Inggeris. Adalah sukar bagi saya untuk melakukan penterjemahan kerana istilah-istilah atau laras bahasa ekonomi adalah tidak sama dan khuatir juga sekiranya istilah yang saya gunakan dalam menterjemahkan struktur ayat tersebut tidak tepat. Oleh kerana tiada rasa berputus asa yang menguasai diri, saya terus berusaha dalam mencari maklumat bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Pembacaan demi pembacaan dilakukan dengan merujuk beberapa maklumat daripada internet mahupun bahan ilmiah yang ditemui di dalam googlebook. Dengan merujuk beberapa maklumat lain dalam beberapa laman sesawang yang berbeza, pembacaan yang dilakukan

  3. akhirnya membuahkan hasil apabila saya mula faham perkara yang hendak disampaikan. Permasalahan demi permasalahan yang menghampiri berjaya diatasi dengan berkat dan daya usaha dalam menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Alhamdulillah, kini tugasan kami berjaya dilaksanakan. Sepanjang pengalaman dalam menyiapkan tugasan ini telah banyak mendedahkan saya kepada ilmu perdagangan khususnya perdagangan elektronik. Hasil pembacaan daripada pelbagai sumber telah mendedahkan saya kepada ilmu-ilmu yang tidak pernah saya ketahui terutamannya berkenaan dengan pendapat tokoh tentang e-dagang, konsep, definisi, skop, kekurangan, kelebihan dan segalanya berkenaan dengan e-dagang. Oleh itu, kesukaran dan hasil pembacaan yang dilakukan secara konsisten sepanjang melaksanakan tugasan ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan saya berkenaan dengan e-dagang, malah ianya juga berjaya membentuk perkembangan diri individu daripada aspek lain, iaitu kemahiran sosial. Hal ini kerana tugasan yang dikehendaki dilaksanakan secara bertiga dalam satu kumpulan bukan sahaja memerlukan komitmen yang tinggil, malah kerjasama yang utuh juga perlu dalam kalangan ahli agar konsistensi atau ketekalan dalam perlaksanaan tugasan itu tidak terbantut. Peningkatan dari aspek sosial ini mewakili sikap kerjasama antara ahli kumpulan yang mana masing-masing akan berusaha untuk belajar erti kerjasama dan toleransi dalam memastikan objektif tugasan itu tercapai. Toleransi yang telah dicapai dalam ahli kumpulan adalah semasa pembahagian tugasan yang mana dalam kalangan ahli kumpulan merelakan diri dalam menggabungkan dan melakukan penambahbaikkan sekiranya semua ahli telah siapkan bahagian mereka. Pengalaman melaksanakan tugasan ini juga banyak mengajar saya erti kesabaran dalam melaksanakan tugasan, ianya memerlukan kemahiran dan kebijaksanaan serta penelitian terhadap sumber-sumber yang telah dibaca dan ianya bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya ianya memerlukan kesabaran yang tinggi terutamanya ketika saya membuat penterjemahan daripada bahasa inggeris ke bahasa

  4. Melayu. Hasil usaha dan berkat kesabaran yang tinggi membuahkan hasil dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Tugasan yang mencabar ini juga berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berfikir terutamanya berkenaan dengan kemahiran analisis ayat yang mana ianya memerlukan daya pemikiran yang kritis dan analitikal dalam terutamanya dalam pengenalpastian masalah yang dihadapi dalam e-dagang yang mana saya juga perlu meneliti penyelesaian masalah bagi masalah-masalah yang dihadapi. Sebagai seorang bakal guru yang mengajar bahasa Melayu perlu mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan berusaha dalam mencari ilmu dalam pelbagai sumber agar ilmu-ilmu atau pengetahuan yang diperolehi itu adalah fakta daripada sumber yang boleh dipercayai. Tugasan ini juga telah memberi kesedaran kepada saya agar sentiasa peka terhadap peranan saya sebagai guru yang bakal mengajar kemahiran hidup. Hal ini kerana dalam subjek elektif tersebut, saya juga akan mengajar murid-murid saya berkaitan dengan perniagaan. Oleh itu, saya perlu mempersiapkan diri saya dalam bidang ini bagi membantu dalam penyampaian ilmu yang lebih mantap dan berkesan kepada murid-murid. Keperluan guru dalam memantapkan pengetahuan dalam bidang pengajarannya ini sekaligus dapat membentuk anak bangsa yang mempunyai keupayaan pengetahuan yang tinggi yang mana mampu bersaing di persada antarabangsa. Kesimpulannya, hasil pembacaan yang dilakukan sedikit sebanyak telah mendedahkan kepada berkenaan dengan ilmu perniagaan elektronik. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu mengambil tahu berkenaan dengan ilmu-ilmu perniagaan dan perdagangan kerana penguasaan tersebut bukan sahaja membantu murid-murid saya dalam percambahan ilmu, sebaliknya saya juga turut menyediakan mental mereka dalam berhadapan dengan dunia futuristik, yang mana perdagangan elektronik ini adalah kaedah satu perniagaan yang akan berkembang dengan lebih pesat pada masa akan datang. Saya berharap tugasan yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak telah berjaya membantu saya dalam penguasaan ilmu berkenaan di samping membentuk perwatakan guru yang lebih baik dalam diri saya.

More Related