1 / 6

Syariah Islamiyyah

Syariah Islamiyyah. Pengenalan Syariah Islamiyyah pada istilah ialah : " Segala hukum-hakam yang disyarakkan Allah ke atas hambaNya yang terkandung di dalam Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.“

zalman
Download Presentation

Syariah Islamiyyah

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Syariah Islamiyyah Pengenalan Syariah Islamiyyah pada istilah ialah : " Segala hukum-hakam yang disyarakkan Allah ke atas hambaNya yang terkandung di dalam Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.“ Syariat Islam adalah merupakan satu-satunya sistem kehidupan yang benar dan lurus kerana ia mampu menjaga manusia daripada penyelewengan, kezaliman, keburukan dan hawa nafsu ( luaran dan dalaman ) demi untuk menungkatkan kualiti hidup manusia di dunia dan akhirat.

  2. Syariah Islamiyyah  Syariah Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia.  Datangnya daripada dan ciptaan Allah yang maha berkuasa  Tiada kepentingan peribadi.  Sesuai untuk semua bangsa dan sepanjang zaman.  Menekankan permasalahan akhlak yang menjadi agenda utama kepada kebahagiaan hidup duniawi dan ukhrawi.  Mampu untuk menguasai manusia sepenuhnya

  3. Maqasid al-Syariah Pengenalan Syeikhul Maqasid, Imam as-Syatibi tidak pun memberikan takrifan khas mengenainya. Dr. Ahmad ar-Raisuniyy telah mentakrifkannya sebagai:“Maqasid Syariah (tujuan pensyariatan) ialah tujuan (sebenar) yang ingin dihasilkan bagi ketetapan hukum Syarak (dengan tujuan) untuk kemaslahatan manusia”.

  4. Maqasid al-Syariah Terdapat beberapa kalimah lain yang digunakan untuk menunjukkan makna maqasid, antaranya ialah “al-illah”, “al-munasabah” dan “al-hikmah”. Kalimah “al-hikmah” adalah lebih banyak digunakan untuk menunjukkan erti maqasid. Kerana ini kita boleh juga terjemahkan maqasid Syariah sebagai “Hikmat Pensyariatan” atau “Tujuan Pensyariatan”.

  5. Maqasid al-Syariah Matlamat utama Syariah Islamiyyah adalah untuk menentukan supaya ummat manusia mendapat kebahagian hidup di dunia dan akhirat sejajar dengan peruntukan dan keredhaan Ilahi. Maka matlamat Syariah Islamiyyah dapat disimpulkan adalah untuk :  Memelihara Agama Allah  Memelihara akal fikiran  Menjaga nyawa  Menjaga maruah dan nasab keturunan  Menjaga harta

  6. Tasawwur Islam: Ciri-ciri keistimewaan Antara ciri-ciri keistimewaan Tasawwur Islam: 1. Rabbani 2. Thabat wal Murunah 3. Waqieyah 4. Tawazun 5. Syumul 6. Alamiyyah 7. Wasatiyyah

More Related