1 / 63

BAB 6 KOMUNIS DAN DARURAT DI TANAH MELAYU

BAB 6 KOMUNIS DAN DARURAT DI TANAH MELAYU. PENGENALAN Perbincangan berkisar kepada: Latar belakang kewujudan Parti Komunis di Tanah Melayu yang lebih dikenali dengan nama Parti Komunis Malaya (PKM). PKM pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Peristiwa darurat (1948 – 1960).

yank
Download Presentation

BAB 6 KOMUNIS DAN DARURAT DI TANAH MELAYU

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 6 KOMUNIS DAN DARURAT DI TANAH MELAYU

  2. PENGENALAN • Perbincangan berkisar kepada: • Latar belakang kewujudan Parti Komunis di Tanah Melayu yang lebih dikenali dengan nama Parti Komunis Malaya (PKM). • PKM pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. • Peristiwa darurat (1948 – 1960). • Kesan akibat darurat.

  3. PARTI KOMUNIS MALAYA Latar Belakang Awal • Masyarakat Cina di Tanah Melayu; • prihatin dengan peristiwa di China melalui migrasi berterusan. • Tanah Melayu sebagai tempat sementara untuk mencari rezeki. • Kemunculan ideologi dan pengaruh komunis di kesan pada tahun 1921 atau 1922.

  4. Masyarakat Cina telah pun mempunyai kesedaran politik dan cita-cita revolusioner • Persatuan Kemuafakatan Pusat (Chung Ho Tang) 1904 ditubuhkan di Tanah Melayu dan Singapura. • 1906, Dr. Sun Yat Sen menubuhkan Persatuan Perikatan (Tung Meng Huim). • Parti Kuomintang (KMT) pimpinan Dr. Sun Yat Sen telah bertapak sejak 1911 serentak dengan kejayaan membentuk sebuah republik di China. KMT telah mewujudkan cawangan-cawangan partinya.

  5. Kemunculan awal ideologi komunis • dikesan melalui beberapa penerbitan komunis dalam bahasa Cina yang tersebar (a) Berita mengenai negeri China dan Rusia yang dihantar terus dari Canton. (b) Berita propaganda mengenai buruh dan wanita yang diterbitkan di Canton. (c) Risalah kaedah mengajar ideologi komunis di Rusia dan China serta manifesto Parti Komunis Amerika. (d) Buku “Komunis dan Negara China” karangan Tsz Yan. (e) Risalah komunis yang bertajuk “Parintis” (Pioneer). • Bahan bacaan ini sebagai bukti terhadap adanya penyebaran ideologi komunis.

  6. Parti Komunis China (PKC) • sehingga 1924 belum ada usaha mengembangkan sayapnya ke sini. • 1925 mula menjalin hubungan dengan masyarakat Cina di Tanah Melayu melalui usaha Alimin (tokoh utama Parti Komunis Indonesia) dan Tan Melaka • mengembangkan ideologi komunis di kalangan puak yang radikal dan revolusioner. • terbatas kepada orang Cina sahaja setelah orang Melayu tidak menunjukkan minat.

  7. Parti Komunis Nanyang (South Seas Communist Party – PKN) • ditubuhkan di Singapura • Singapura dijadikan pangkalan penyebaran pengaruh • mengawas dan menyelaras perkembangan komunis di Asia Tenggara (kecuali Burma). • Ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan pihak sayap kiri yang menganggotai KMT. • PKN mempunyai dua badan massa • Kesatuan Sekerja Umum Nanyang (Nanyang General Labour Union) • Liga Belia Komunis (Communist Youth League) • meresap masuk ke dalam pertubuhan pekerja dan juga belia.

  8. Pergerakan Berorganisasi • 30 April 1930 Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan - Fu Ta Ching menjadi Setiausaha Agung pertama. • melahirkan kembali kesatuan sekerja - Kesatuan Sekerja Umum Malaya (Malayan General Labour Union). • cuba mengembangkan pengaruh kepada seluruh masyarakat Tanah Melayu • berhasrat untuk menubuhkan sebuah republik komunis Tanah Melayu. • PKM kekal sebagai parti kecinaan kerana keseluruhan pemimpin dan ahlinya terdiri daripada orang Cina

  9. Sokongan terhadap PKM semakin meningkat, • menganjur tunjuk perasaan dan rusuhan anti-Jepun bila Jepun menyerang Manchuria pada 1931 • masyarakat Cina menubuhkan Tabung Bantuan Perang dan Persatuan Tentera Pembebasan Nasional (National Salvation Army Association). • ditukar nama menjadi Liga Anti-Imperialis Malaya (The Malayan Anti-Imperialist League). • ramai daripada pemimpin mereka ditangkap termasuklah Setiausaha Agung dan Joseph Ducroix, ejen Comintern di Singapura.

  10. PKM berjaya berkembang dan mendapat sokongan kerana keadaan semasa • Kemelesetan pada tahun 1929 hingga awal 1930an • Serangan Jepun ke atas Manchuria pada 1931 • Serangan dan penaklukan Jepun ke atas China pada tahun 1937. • Sikap majikan “tidak mesra pekerja” memudahkan komunis menghasut

  11. Loi Teck (1935) seorang anggota komunis dari wilayah Annam, telah menyusun kembali jentera dan disiplin parti. • menjadi Setiausaha Agung parti pada 1939. • PKM sekali lagi berusaha menarik kaum lain menjadi anggotanya. • puak radikal Melayu yang berjuang untuk menghalau penjajah dari Tanah Melayu.

  12. Politik semasa memerlukan wujudnya kerjasama antara PKM dengan kerajaan. • Perang Dunia Kedua (PDK) tahun 1939 di Eropah, menjadikan komunis Rusia sebagai angkatan bersekutu kepada Inggeris. • Penglibatan Jepun dalam peperangan di Asia memaksa kerajaan mencari jalan untuk berbaik-baik dengan PKM. • Kelihatan seperti PKM dan kerajaan saling memerlukan. • Kerajaan perlukan PKM untuk sama-sama mempertahankan Tanah Melayu yang akan diserang oleh Jepun. • PKM memerlukan pengiktirafan kerajaan untuk mengesahkan kewujudan dan perjuangan mereka.

  13. PKM DALAM ZAMAN JEPUN • Penglibatan Jepun dalam PDK dan slogan “Asia Untuk Asia” banyak memberi manfaat kepada PKM. • 8 Disember 1940, PKM tanda tangan perjanjian kerjasama dengan kerajaan bagi menentang Jepun. • Kerajaan melatih rekrut-rekrut baru PKM • peperangan secara gerila atau gerakan bawah tanah.

  14. Intisariperjanjian • (a) Bebaskan semua anggota PKM yang ditangkap pada 15 Disember 1941. • (b) PKM akan menyatukan semua rakyat bagi menentang Jepun dan mempertahankan Tanah Melayu bersama British. • (c) Membasmi semua gerombolan sayap kelima (Fifth Colummist); ejen musuh dan pembelot. • (d) Semua anggota parti dan rakyat akan dilengkapi dengan senjata untuk menentang kemaraan Jepun. • (e) Menubuh pasukan gerakan bawah tanah bagi menentang Jepun melalui keganasan.

  15. PKM mengumpul 200 orang pemuda Cina yang terpilih dan dihantar ke Sekolah Latihan Khas 101 (101 Special Training School), Singapura • menjadi pemangkin (nucleus) kepada Kumpulan Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (Malayan People’s Anti-Japanese Army – MPAJA). • Jepun mendarat di Kota Bahru, Kelantan, pada 8 Disember, kalahkan pertahanan kerajaan di Jitra, Kedah, sampai ke Singapura pada 8 Februari. • Tanah Melayu dan Singapura dijajah pada 15 Februari 1942.

  16. Strategi MPAJA menentang Jepun • berjaya menambahkan anggota kepada 7000 orang, • elak peperangan secara berhadapan atau terbuka • tumpuan kepada mengumpul maklumat dan membuat serang hendap. • PKM menerus usaha memantapkan organisasi dan merekrut ahli • menentang Jepun dan kemudiannya sebagai persiapan menghadapi Inggeris apabila mereka kembali semula.

  17. PKM dan MPAJA mendapat rangsangan baru • kerajaan melancarkan perang gerila melalui Pasukan 136 (Force 136) yang mula beroperasi pada Mei 1943. • pemerintah Force 136 di Colombo bangga dengan maklumat dan perjuangan MPAJA. • Force 136 bersetuju melatih gerila MPAJA dan memberi bantuan makanan dan logistik. • Pemerintah British Asia Tenggara menetapkanmenduduki kembali Tanah Melayu menjelang bulan November 1945.

  18. SEBELUM PERISTIWA DARURAT Pengalaman Zaman Kekosongan • PKM dan MPAJA mendapat banyak pengalaman semasa zaman Jepun. • Jepun menyerah kalah • bom atom di Hiroshima 6 Ogos dan di Nagasaki 9 Ogos 1945 • berlakunya zaman kekosongan di Tanah Melayu - Inggeris belum sampai • PKM dan MPAJA merayakan kemenangan. • gerila keluar ke bandar menawan beberapa balai polis • membunuh orang Melayu - balas dendam kerana dianggap bersubahat dengan Jepun.

  19. Berlaku rusuhan kaum di beberapa tempat seperti di Kampong Bekor, Manong, Kuala Kangsar, Sungai Manik di Perak dan di Batu Pahat, Johor • imej PKM tercemar di kalangan orang Melayu. • PKM memutuskan untuk bekerjasama dan meneruskan perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu melalui saluran perlembagaan atau politik.

  20. Pentadbiran Tentera British (BMA) • tiba pada September 1945 telah diterima semula oleh PKM dan penduduk. • untuk memulihkan keamanan dan ketenteraman rakyat. • MPAJA dengan anggota 10,000 orang dibubarkan pada 1 Disember 1945. • diberi ganjaran RM300 seorang • banyak senjata dan peralatan logistik diserah kembali.

  21. Zaman Malayan Union dan Pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu • British ingin meneruskan cengkamannya terhadap Tanah Melayu melalui Malayan Union. • British mengetepikan PKM yang berharap untuk berkongsi kuasa memerintah. • PKM memainkan semula peranan lama mereka menerusi kesatuan sekerja

  22. PKM menubuhkan Malayan Democratic Union (MDU) pada 21 Disember 1945 sebagai organisasi depannya • PKM mengharapkan BMA akan berkompromi dengan tuntutan mereka setelah menghentikan perjuangan secara militan bagi menegakkan Republik Komunis Tanah Melayu.

  23. Januari 1946 “kertas putih” mengenai Malayan Union (MU) dilancarkan, • MDU menerimanya kerana ada syarat longgar mengenai kewarganegaraan tetapi mendesak kerajaan memasukkan sama Singapura. • Atas desakan orang Melayu • British terpaksa menangguhkan MU • Tidak menerima cadangan MDU • Tidak membawa dalam perundingan perlembagaan baru.

  24. PKM mencadangkan di tubuh satu Barisan Bersatu Baru bersama Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Dewan Perniagaan Cina bagi menentang kerajaan. • 14 Disember 1946, Majlis Tindakan Bersama (Council of Joint Action) ditubuhkan, ditukar kepada Pan Malayan Council of Joint Action (PMCJA).

  25. tujuan PMCJA adalah berunding dengan kerajaan mengenai isu memasukkan Singapura, taraf kerakyatan dan hak menubuhkan kerajaan sendiri. • kerajaan menolak Cadangan Perlembagaan Rakyat yang mereka kemukakan pada bulan Oktober 1947.

  26. PERISTIWA DARURAT Kempen Awal • Undang-undang darurat memberi banyak kuasa kepada kerajaan. • 23 Julai 1948 kerajaan mengharamkan PKM dan membuat tangkapan besar-besaran. • 1000 orang berjaya ditangkap dan kerajaan mengenakan hukuman mati kepada mereka yang menyalahgunakan senjata api. • Liew Pit yang menjadi wakil Jawatankuasa Pusat PKM juga tertangkap. • ahli PKM melarikan diri ke hutan dan bermulalah perjuangan bersenjata secara rasmi apabila PKM mengisytiharkan ‘Perang Pembebasan Anti-British’.

  27. PKM berjaya menghimpun kembali anggota MPAJA kira-kira 12,000 orang • bentuk lapan rejimen yang - Tentera Rakyat Anti-British (Malayan People Anti-British Army – MPABA) - menjadi Tentera Pembebasan National Malaya (MRLA) pada Februari 1948. • PKM membentuk sel-sel yang dikenali sebagai Min Yuen. • ejen mendapatkan bekalan makanan, rekrut baru dan juga maklumat dari rakyat.

  28. Mengikut peraturan darurat, kerajaan diberi kuasa: • (a) Menahan sesiapa sahaja yang disyaki tanpa bicara dalam tempoh dua tahun. • (b) Melarang sebarang penulisan, penerbitan dan penjualannya, atau melarang menyebarkan dokumen, poster, sepanduk yang pada pandangan polis menimbulkan suasana menghasut. • (c) Kerajaan boleh menduduki atau menggunakan mana- mana bangunan atau kenderaan bagi tujuan menjaga keamanan. • (d) Membuat kawalan ke atas semua laluan jalan raya. • (e) Menyurai sebarang bentuk perhimpunan. • (f) Menguatkuasakan perintah berkurung.

  29. (g) Menangkap sesiapa sahaja yang disyaki tanpa waran. • (h) Mengenakan hukuman mati kepada mereka yang menyalahgunakan senjata api. • (i) Menghukum mana-mana individu yang sengaja membuat laporan palsu kepada polis. • (j) Merampas sebarang perniagaan yang keuntungannya disalurkan kepada perjuangan komunis. • (k) Menangkap semua penduduk yang kawasannya disyaki sebagai tempat menyalur sumber makanan, tenaga dan maklumat keselamatan kepada komunis. • (l) Kerajaan boleh mengguna sebarang kekerasan terhadap rakyat yang tidak patuh dengan arahan penggunaan senjata api atau bagi tujuan untuk menangkapnya. • (m) Memindahkan rakyat yang menggunakan atau menduduki tanah kerajaan.

  30. menubuhkan negara komunis di Tanah Melayu • memerlukan simpati, sokongan, bantuan dan penyertaan orang Melayu. • kesilapan masa lalu mahu diperbetulkan dengan mendekati kembali orang Melayu. • rejimen khas orang Melayu ditubuhkan • Rejimen Kesepuluh beroperasi di Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang. • Angka sepuluh sempena 10 Zulhijah (Hari Raya Korban) - tarikh penubuhannya. • bawah pimpinan Abdullah C.D. dan Rashid Maidin.

  31. Tindakan Awal Kerajaan 1. Memperkuatkan Pasukan Keselamatan • 10,000 anggota polis ditempatkan di bandar dan kampung. 10 batalion tentera ditugaskan memburu musuh di pinggir dan dalam hutan. • Kekuatan polis dan tentera ditambah. • 1949, kekuatan polis 47,000 orang • 1950, kekuatan tentera 32,000 orang

  32. Sistem perhubungan wayarles diperluaskan. • Balai polis, pondok dan pos-pos baru diperbanyakkan di seluruh negara. • Pasukan Sempadan (Frontier Force) mengawal sempadan Tanah Melayu-Thailand • Perjanjian dengan Thailand menentang komunis • tindakan yang keras terhadap penduduk yang disyaki • Jun hingga Disember 1948, 5097 orang Cina di pinggir hutan ditahan tanpa bicara

  33. 2. Rancangan Briggs • Leftenan General Sir Harold Briggs - Pengarah Gerakan Tanah Melayu dilantik pada April 1950. • Usaha bersepadu pasukan keselamatan meneruskan pemburuan dan memusnahkan komunis dan dalam masa yang sama rakyat “dimenangi hati dan perasaan” mereka (to win the hearts and minds of the people) untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada kerajaan.

  34. (a) Memperkenalkan Rancangan Kampung Baru • Melalui undang-undang penempatan dalam Peraturan Darurat (Emergency Regulations). • penduduk Cina dikumpul ke satu kawasan yang boleh dikawal • lebih 650,000 penduduk ditempatkan ke 600 petempatan baru yang dikenali sebagai Kampung Baru. • Mengambil masa selama empat tahun dengan belanja AS$44.3 juta.

  35. (b) Memperkukuh Bidang Perisikan • Pengarah Gerakan melantik Guy C. Madoc mengetuai badan perisikan • Cawangan Khas (Special Branch – SB). (c) Menubuhkan Pasukan Kawalan Keselamatan Tambahan • Pasukan Kawalan Kampong (Home Guard) dibawah kawalan Angkatan Tentera • Menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif Perang (War Executive Committees) melibatkan jabatan kerajaan dari peringkat pusat sehingga ke 128 peringkat daerah.

  36. (d) Mengistiharkan “Kawasan Hitam atau Putih” • Ogos 1950, PKM ubah strategi • mengurangkan tindakan mengganggu penduduk dan serangan ke atas pasukan keselamatan. • menyusun kembali gerakan dengan bertambahnya ahli baru - ramai pemuda Cina lari ke dalam hutan kerana tidak mahu turut serta dalam Skim Kerahan Tenaga dilancar pada 21 November 1950.

  37. lancar serangan besar-besaran bagi menggagalkan Rancangan Briggs • Februari hingga Ogos 1951 tertumpu kepada orang kampung, balai dan pondok polis terpencil serta pasukan tentera yang membuat rondaan. • kemenangan moral • serangan hendap dan membunuh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Bukit Frazer pada 6 Oktober 1951.

  38. Operasi di kawasan selatan Tanah Melayu terus berkurangan dan diberhentikan. • diisytiharkan sebagai “Kawasan Putih”. • Melaka - Kawasan Putih bagi seluruh negerinya pada 3 September 1953. • Pasukan keselamatan beri tumpuan kepada kawasan di bawah Setiausaha Agung PKM Chin Peng • Chin Peng dan pasukannya yang berpusat di Mentakab melarikan diri ke sempadan Tanah Melayu-Thailand di kawasan Kroh-Betong. • dituruti oleh rejimen lain termasuklah Rejimen Kesepuluh

  39. (f) Pengiktirafan Politik dan Pentadbiran • Kerajaan melihat ideologi dan perjuangan komunis mesti diatasi dengan cara politik, selain daripada operasi ketenteraan dan jentera pentadbiran. • sentimen perkauman begitu meluas. • rasa marah orang Melayu terhadap orang Cina dan komunis begitu menebal - sebut Cina tergambar kekejaman komunis - sebut komunis, itulah orang Cina. • tarik perhatian kaum imigran supaya merasakan Tanah Melayu ialah negara mereka. • Bagi menjayakan rancangan ini, beberapa program dilaksanakan;

  40. Hak kewarganegaraan telah diperluaskan • kaum imigran yang telah tinggal berterusan selama lapan tahun dan boleh berbahasa Melayu atau Inggeris serta sanggup memberi ketaatan kepada Tanah Melayu. (ii) Orang bukan Melayu digalakkan menubuhkan parti politik mereka sendiri. • Malayan Chinese Association (MCA) pada bulan Februari 1949. • Malayan Indian Congress (MIC) - lebih awal lagi.

  41. Tanah Melayu akan diberi taraf bekerajaan sendiri sebelum mencapai kemerdekaan. • Jawatankuasa Perhubungan Kaum (Communities Liaison Committee) ditubuh pada 1949 • memperkenalkan Sistem Ahli (Membership System) pada 1951, • perkenal pilihanraya peringkat bandaran di negeri-negeri • kemerdekaan Tanah Melayu dalam masa yang terdekat

  42. 3. Rundingan Baling • PKM merasakan corak dan perjuangan harus disesuaikan • Perjuangan bersenjata dan kekerasan tidak praktikal • pasukan keselamatan telah diperbesar dan diperlengkap • penyokong dan yang simpati telah dikawal • rakyat telahpun selesa dengan sistem/peraturan yang laksanakan.

  43. Di peringkat antarabangsa telah memperlihatkan satu kompromi atau usaha damai antara perjuangan komunis dengan demokrasi. • Di Indochina dan Korea telah diadakan gencatan senjata pada tahun 1951 dan 1953 lagi. • Perjuangan pemberontakan Huk di Filipina telah ditewaskan pada tahun 1954. • Pemimpin utama komunis Russia Khruschev telah menyarankan supaya diwujudkan suasana aman damai • Komunis China telah menyuarakan tidak akan membantu lagi perjuangan PKM semasa Sidang Bandung tahun 1955.

  44. PKM ingin turut serta dalam Pilihanraya Umum Persekutuan Tanah Melayu pada Julai 1955. • Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri pada 31 Julai 1955, • mendapat kebenaran kerajaan memberi pengampunan kepada PKM yang menyerahkan diri mulai 9 September 1955. • Rundingan Baling telah berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Disember 1955.

  45. Persidangan pertama berlangsung pada jam 1415. • Wakil kerajaan : Tunku, David Marshall (Ketua Menteri Singapura) dan Tan Cheng Lok. • PKM : Chin Peng, Chen Tien (menjadi penghubung PKM dalam menjayakan pertemuan perundingan) dan Abdul Rashid Maidin. • Dari apa yang digambarkan oleh Tunku bahawa Chin Peng tidak bersedia menerima syarat menyerah diri dan meletakkan senjata.

  46. pertemuan kedua pada esoknya. • Tunku tidak dapat menerima tuntutan PKM untuk menyerah diri dan meletakkan senjata tanpa syarat dan dibenarkan partinya bergerak sebagai parti politik yang sah. • PKM tidak berputus asa. • Ada usaha untuk mengadakan rundingan kedua setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. • ditolak oleh Tunku kerana yakin negara akan dapat mengatasi masalah komunis.

  47. KESAN DARURAT KEPADA KEMERDEKAAN • Persekutuan Tanah Melayu terus mengalami perkembangan politik. • Perjuangan komunis diteruskan dengan menumpang dan mengembangkan pengaruh ideologi politik melalui parti politik berhaluan kiri • Parti Front Sosialis, Parti Rakyat, Parti Buruh, Parti Progresif Rakyat dan Parti Pemuda Sosialis

  48. Kesan daripada peristiwa pemberontakan PKM dan darurat; • Ketegangan Hubungan antara Kaum a) Prasangka Perkauman Memuncak • Memperlihatkan satu suasana tegang antara orang Cina dengan orang Melayu. • Zaman kekosongan dan pemberontakan komunis ini - sejarah “pergaduhan”.

  49. PKM mati 6,710 orang, tercedera 2,819 orang, ditawan 1,286 orang dan 2,702 orang. Dari jumlah ini sebahagian besarnya ialah orang Cina. • Polis biasa terkorban 511 orang dan 701 orang tercedera; Polis Khas: terkorban 593 orang dan cedera 746 orang; Pasukan Polis Tambahan: terkorban 242 orang dan cedera 154 orang. • Angkatan Tentera terkorban 519 orang dan 959 orang tercedera. Hampir keseluruhan mereka yang terlibat ialah orang Melayu. • Orang awam seramai 2,473 orang terkorban, 1,385 orang tercedera dan 818 orang dilaporkan hilang tanpa dikesan

  50. b) Petempatan yang Berasingan • Konsep kampung baru diperkenalkan • daripada 600 petempatan hanya 9% sahaja petempatan untuk orang Melayu dan 4% untuk orang India serta 1% untuk lain-lain kaum. • Apa yang menebalkan permusuhan ini • kemudahan asas dan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan. • 500 petempatannya didiami oleh orang orang Cina mendapat semua kemudahan yang diperlukan. • kampung Melayu tradisi yang berhampiran diabaikan oleh kerajaan.

More Related