1 / 20

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERB

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa ) b) Kata Nama Khas c) Kata Ganti Nama d) Kata Nama Terbitan e) Kata bilangan. Nama Betul

sorena
Download Presentation

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERB

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa ) b) Kata Nama Khas c) Kata Ganti Nama d) Kata Nama Terbitan e) Kata bilangan

  2. Nama Betul Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas. Nama Am Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

  3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama • yang: • konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, • atau dapat dirasa, atau dapat dilihat • abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat • dibayangkan atau dikhayalkan. • Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada • kata asal dan kata nama terbitan. • Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: • buai ‑ buaian • tua ‑ ketua • raja ‑ kerajaan • tahu ‑ pengetahuan

  4. Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh:

  5. * Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. * Benda‑benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda‑benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

  6. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut • sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. • benda; misalnya : • Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang • Tuah, dll • b)    orang; misalnya : • Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll • c)    binatang ; misalnya : • Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll • d)    tempat ; misalnya : • Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala • Lumpur dll

  7. Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

  8. Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

  9. * Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. * Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan : di awal kata ( awalan ) di akhir kata ( akhiran ) di awal dan di akhir kata ( apitan )

  10. Sila teliti contoh-contoh imbuhan :

  11. Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-

  12. * Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi. * Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang 2. Kata ganti diri terdiri daripada: (a) kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga); (b) kata ganti diri singkat; (c) kata ganti tanya; (d) kata ganti tempat; dan (e) kata ganti tak tentu.

  13. Kata Ganti Diri Pertama • Kata ganti diri pertama ialah kata • yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap. • 2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

  14. Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak

  15. Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua 1. Awak pekerja yang patuh 2. Kamu semua adalah murid yang baik 3. Guru mencari engkau. 4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti 5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.

  16. Kata Ganti diri ketiga • * Kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti • mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan. • Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk iaitu tunggal dan • jamak.

  17. Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga. 1. Dia pegawai pendidikan. 2. Mereka itu orang India. 3. Beliau banyak membantu penduduk di situ. 4. Ia diburu oleh pihak polis. 5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana. 6. “Dia menolong bapanya”, kata Sang Murba kepada Sang Samba. 7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara. 8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu. 9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu. jam lagi. 10 " Tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut‑pengikutnya.

More Related