1 / 11

PJM3118 KECEDERAAN DALAM SUKAN

PJM3118 KECEDERAAN DALAM SUKAN. T6 - Asma Dan Serangan Jantung T7 - Kecederaan Kulit. Permasalahan Pernafasan. Penyakit Asma

shepry
Download Presentation

PJM3118 KECEDERAAN DALAM SUKAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PJM3118 KECEDERAAN DALAM SUKAN T6 - Asma Dan Serangan Jantung T7 - Kecederaan Kulit

  2. Permasalahan Pernafasan • Penyakit Asma • menyerang saluran pernafasan pada paru -paru yang mana wujudnya radang (inflamasi) pada dinding rongga saluran pernafasan hingga menyebabkan penyempitan pada saluran nafas yang pada akhirnya seseorang itu boleh mengalami kesesakan nafas.  • penyakit asma  sangat peka terhadap pelbagai rangsangan seperti pencemaran udara, serbuk sari, udara sejuk, makanan, haiwan berbulu, tekanan jiwa, bau atau aroma menyengat dan olahraga. • penyakit asma adalah kesan dari penghidap mengalami jangkitan saluran pernafasan atas (ISPA) sama ada flu ataupun sinisitis.

  3. Tanda dan gejalanya , antaranya : • Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas. • Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan. • Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk. • Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit. • Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat berbicara karena kepayahan dalam mengatur pernafasan. • Pada usia kanak-kanak, seperti rasa gatal dirongga dada atau leher.

  4. Rawatan Kecemasan • Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk. • Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke depan sedikit serta boleh bertongkat. • Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang mencukupi. Benarkan dia mendapatkan ubatnya, kalau ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya. • Seandainya simptom serangan asma seperti rasa gelisah, payah bernafas dan muka bertukar biru berulang lagi, hendaklah segera dapatkan bantuan perubatan.

  5. Masalah Jantung

  6. KECEDERAAN KULIT Jenis kecederaan • Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit. Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut : • Luka : kulit terkoyak disebabkan terkena bendatajam atau keras. Koyakan yang berlaku menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan yang berlaku lebih serius. • Melepuh : Berlaku disebabkan geseran di antarabahagian badan dengan permukaan yang lain. Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akanmengelembung. • Melecet : Berlaku apabila bahagian badan bergeserdengan permukaan lain. Lapisan epidermis terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulittidak cedera.

  7. Rawatan Am Terbakar dan Melecur • Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara. • Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena. • Tenangkan mangsa. • Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut. • Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu.

  8. Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang melekat. • Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan. • Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera. • Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan. • Jika pesakit dalam keadaan stabil –beri minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang. • Dapatkan rawatan perubatan segera.

  9. Terbakar oleh Asid atau Alkali • Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera. • Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak. • Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan asid. • Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid. Jangan gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan mata boleh menggunakan air biasa yang mengalir sahaja. • Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih. • Dapatkan rawatan perubatan.

  10. Rawatan Terbakar Pakaian • Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah atau guni basah supaya api dapat dipadamkan. • Arah mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan api di pakaian. • Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api. • Elak dari berlaku renjatan. Sekiranya renjatan berlaku, rawatan renjatan perlu dilakukan. • Cuci tempat terbakar dengan cermat. • Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan.

  11. Rawatan kecederaan kulit • Pencegahan jangkitan

More Related