TAKLIMAT ASAS PENUBUHAN KOPERASI - PowerPoint PPT Presentation

salena
slide1 n.
Skip this Video
Loading SlideShow in 5 Seconds..
TAKLIMAT ASAS PENUBUHAN KOPERASI PowerPoint Presentation
Download Presentation
TAKLIMAT ASAS PENUBUHAN KOPERASI

play fullscreen
1 / 38
Download Presentation
TAKLIMAT ASAS PENUBUHAN KOPERASI
455 Views
Download Presentation

TAKLIMAT ASAS PENUBUHAN KOPERASI

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript

    1. TAKLIMAT ASAS PENUBUHAN KOPERASI Azizah Binti Sahar Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Kuala Langat/Sepang www.skm.gov.my

    3. DEFINISI MENURUT KETETAPAN ICA Koperasi adalah sebuah organisasi autonomi yang keanggotaannya adalah secara sukarela untuk berusaha memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial dan budaya anggotanya melalui perniagaan yang dipunyai bersama dan dikawal secara demokrasi.

    4. CIRI-CIRI KOPERASI Melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi bagi memenuhi keperluan anggota-anggotanya. Anggota-anggota koperasi mengurus dan mengawal perjalanan koperasi berdasar-kan Akta, Peraturan dan Undang-Undang Kecil Koperasi.

    5. FAEDAH KOPERASI KEPADA ANGGOTA Anggota memiliki koperasi Koperasi menawarkan barangan, harga berpatutan, pinjaman pada kadar faedah berpatutan Anggota-anggota menikmati pulangan atas langganan, modal yang disumbangkan dan penyertaan aktif di dalam pengurusan dan aktiviti koperasi Dividen sehingga 10% atau melebihi 10% boleh diberi atas keuntungan bersih teraudit koperasi bagi tahun semasa

    6. FAEDAH KOPERASI KEPADA ANGGOTA Koperasi menyediakan kemudahan tabungan yang terjamin dan kemudahan pinjaman pada kadar faedah yang berpatutan Pengumpulan modal boleh dibuat yang membolehkan sesuatu aktiviti perniagaan boleh dijalankan.

    7. FAEDAH KOPERASI KEPADA ANGGOTA Ada peruntukan untuk tabung kebajikan, tabung pendidikan anak-anak anggota, khairat, kematian dan sumbangan kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

    8. PRINSIP-PRINSIP KOPERASI Keanggotaan sukarela dan terbuka Kawalan demokratik oleh anggota Penglibatan ekonomi oleh anggota Autonomi dan kebebasan Pendidikan, latihan dan maklumat Kerjasama antara koperasi; dan Prihatin terhadap masyarakat

    9. UNDANG-UNDANG & PERATURAN AKTA KOPERASI 1993 PERATURAN KOPERASI 1995 GARISPANDUAN/PEKELILING KETUA PENDAFTAR UNDANG-UNDANG KECIL ATURAN

    10. AKTIVITI-AKTIVITI KOPERASI KREDIT/PERBANKAN PENGGUNA PERUMAHAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN PERLADANGAN PEMBINAAN PEMBANGUNAN HARTANAH INSURANS DLL

    12. STRUKTUR ORGANISASI KOPERASI

    13. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB I. ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI (ALK) Sek. 42 Akta Koperasi (Pindaan)1997 Tiap-tiap koperasi hendaklah mempunyai suatu Lembaga yang hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada enam orang dan tidak lebih daripada lima belas orang anggota yang dilantik dengan sewajarnya pada mesyuarat agung tahunan.

    14. SIAPAKAH YANG MENGURUSKAN KOPERASI Lembaga melantik di antara mereka seorang Pengerusi, seorang Setiausaha dan seorang Bendahari serta berberapa Jawatankuasa Kecil yang boleh membantu Lembaga dalam mengendalikan aktiviti koperasi. Lembaga boleh mengambil pekerja .

    15. SIAPAKAH YANG MENGURUSKAN KOPERASI Lembaga koperasi bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan oleh mesyuarat agung. Lembaga mengadakan mesyuarat bulanan untuk membincangkan urusan perniagaan dan aktiviti koperasi seperti permohonan menjadi anggota, permohonan pinjaman, pelaburan, meluluskan penyata bulanan dan laporan Jawatankuasa Kecil.

    16. PERANAN ALK Membuat keputusan dan mengikut sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak atas nama koperasi Mentadbir koperasi Merangka dasar Memegang teraju kepimpinan

    17. TANGGUNGJAWAB ANGGOTA LEMBAGA KEPADA ANGGOTA panggil mesyuarat agung, bentang laporan tahunan/kewangan, laksanakan projek/kegiatan yang diputuskan oleh anggota (mesyuarat agung).

    18. TANGGUNGJAWAB ANGGOTA LEMBAGA KEPADA PENGURUSAN melantik di kalangan mereka (ALK) - Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK Kecil, melantik kakitangan, menyimpan/kemaskini akaun, mengikat perjanjian dengan mana-mana pihak atas nama koperasi, dan menjaga keselamatan harta koperasi.

    19. TANGGUNGJAWAB ANGGOTA LEMBAGA TERHADAP KEWANGAN KOPERASI Menyediakan laporan kewangan Membuat pinjaman luar Membuat pelaburan Menyenggara akaun koperasi Memastikan setiap perbelanjaan mengikut belanjawan.

    20. SYARAT MENJADI ANGGOTA LEMBAGA Bilangan Anggota Lembaga (antara 6 -15orang) Telah 2 tahun menjadi anggota koperasi* Bukan JAD Tiada percanggahan kepentingan Tidak disabit kesalahan bawah Akta koperasi Tiada rekod dipecat sebagai pegawai koperasi Dalam kes tertentu koperasi perlu meminta pengesahan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebelum perlantikan lembaga dibuat

    21. TIDAK LAYAK JADI ANGGOTA JIKA : Disabitkan kesalahan di bawah Akta Koperasi Pernah dipecat sebagai seorang pegawai koperasi lain. Menerima gaji tetap dalam koperasi* Lain-lain syarat dalam UUK*

    22. TEMPOH MEMEGANG JAWATAN ALP Sekurang-kurang 1/3 ALK mengosong jawatan secara bergilir dalam mesyuarat agung tahunan KORUM MESYUARAT ALK Korum mesyuarat ALK melebihi bilangan ALK

    23. TANGGUNGJAWAB ALK

    24. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB II. JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (JAD) Sek. 42A Akta Koperasi (Pindaan)1997 Lembaga hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa Audit Dalaman yang terdiri daripada tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada lima orang yang dilantik dengan sewajarnya oleh Lembaga.

    25. PERANAN JAD Menentukan hal-ehwal koperasi mengikut matlamat, peruntukan UUK dan ketetapan-ketetapan yang dibuat dalam mesyuarat agung Mengemukakan laporan tentang pengurusan dan hal-ehwal koperasi di dalam mesyuarat agung Mengesan sebarang kelemahan di peringkat awal

    26. TANGGUNGJAWAB JAD Memeriksa akaun Melaporkan secara bertulis hasil pemeriksaan kepada Lembaga Mengemukakan laporan tentang pengurusan dan hal-ehwal koperasi di dalam mesyuarat agung

    27. III. ANGGOTA KOPERASI

    28. APAKAH PERANAN ANDA SEBAGAI ANGGOTA KOPERASI Mencarum modal koperasi dalam bentuk syer, yuran atau simpanan khas. Menyumbangkan buah fikiran bersama. Bergiat menjayakan semua aktiviti yang dijalankan oleh koperasi.

    29. HAK ANGGOTA KE ATAS KOPERASI Hak hadir mesyuarat Hak kemuka usul Hak mengundi Hak untuk dilantik/melantik Hak untuk diberitahu tentang perjalanan koperasi Hak untuk dapat kemudahan/perkhidmatan ekonomi. Hak untuk dapat balik modal syer/ganjaran kewangan lain bila berhenti.

    30. HAK KEWANGAN ANGGOTA Hak untuk terima rebate/hadiah langganan/dividen. Terima harta koperasi jika koperasi dibubarkan. Hak untuk dapat pinjaman. Untuk dapat derma/tabung kebajikan.

    31. TANGGUNGJAWAB ANGGOTA KEATAS KOPERASI Tidak melakukan kerosakan kepada koperasi. Tidak bertanding dengan koperasi. Ikut keputusan majoriti Patuh Undang-Undang Kecil.

    32. TANGGUNGJAWAB ANGGOTA KEATAS KOPERASI Buat sumbangan tambahan modal syer atau modal yuran. Bayar pinjaman ikut jadual. Tidak Menarik diri dari koperasi. Tidak Membubarkan koperasi

    33. APAKAH KEISTIMEWAAN KOPERASI Koperasi mendapat keistimewaan berikut: Bayaran pendaftaran yang minimum (RM25). Pengecualian cukai pendapatan atas keuntungan bagi koperasi yang berusia kurang dari 5 tahun. Pengecualian ini akan diteruskan selepas 5 tahun jika syer dan yuran anggota bersama dengan rezab berjumlah kurang daripada RM750,000. Pengecualian cukai setem. Nasihat, bimbingan, penyeliaan dan latihan oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia

    34. PENCAPAIAN KOPERASI DI MALAYSIA

    35. PENCAPAIAN KOPERASI DI SELANGOR 2007

    36. PERANAN SKM Mendaftarkan dan membatalkan koperasi dan memastikan koperasi berfungsi mengikut peruntukan undang-undang Menasihat Menteri tentang apa-apa perkara berhubung dengan koperasi Menggalakkan dan meningkatkan penubuhan dan pembangunan koperasi

    37. RANCANGAN STRATEGIK SKM KPI 2013 KDNK daripada 1% ke 5% - 10% Turnover RM800,000-RM1.5 juta 10,000 buah koperasi*

    38. SELAMAT MAJU JAYA KEPADA KOPERASI ANDA