1 / 43

HAK ASASI MANUSIA DALAM PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH

HAK ASASI MANUSIA DALAM PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH. Dsp. Mohd.roslan hj abdullah KETUA pusat pembangunan latihan MAKTAB PDRM KUALA kubu bharu. DEFINISI HAK ASASI MANUSIA Kofi Annan

sade-mack
Download Presentation

HAK ASASI MANUSIA DALAM PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. HAK ASASI MANUSIA DALAM PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH Dsp. Mohd.roslan hj abdullah KETUA pusat pembangunan latihan MAKTAB PDRM KUALA kubu bharu

  2. DEFINISI HAK ASASI MANUSIA • Kofi Annan “Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia. Berteraskan prinsip hak asasi manusialah kita membina kesucian maruah manusia.” • American Heritage Dictionary of English language “Hak asas dan kebebasan yang menjadi hak keseluruhan manusia, ia meliputi hak untuk hidup , kebebasan, kebesan untuk berfikir dan mengambarkannya dan hak kesamarataan disi undang-undang” (The basic rights and freedoms to which all humans are entitled, often held to include the right to life and liberty, freedom of thought and expression, and equality before the law)

  3. Hak yang dasar / pokok bagi seseorang : contoh : - bebas mengeluarkan pendapat - menganut agama - kebebasan diri - kesama-rataan - berhimpun / berpersatuan - memiliki harta - maruah - hak sivil / politik - hak sosial, kebudayaan, ekonomi dll • Hak yang diberi kpd individu oleh undang2 mesti dipatuhi / dihormati • Hak asasi tidak boleh dicemari melainkan jika individu itu melanggar undang2 negara dan kita bertindak mengikut prosedur dan undang2

  4. 2. LATARBELAKANG • Bermula sejak zaman Greek dan Rom purba • Ahli-ahli falsafah menyatakan seseorang mesti diadili sealiran dengan undang2 • Kepentingan manusia sejagat lebih utama dari sekelompok manusia sahaja • Contoh : hakisan kuasa golongan feudal kpd demokrasi • Berkembang menjadi agenda utama dunia selepas Perang Dunia Kedua • Penubuhan PBB pd 1945 menwajibkan negara ahli mendokong hak asasi manusia

  5. BATU UKIRAN ZAMAN MESOPOTAMIA

  6. HAK ASASI – ZAMAN PURBA • KERAJAAN ACHAEMENID PERSIA ( IRAN PURPA) • PRINSIP HAK ASAI MANUSIA DIASASKAN DI BAWAH PEMERINTAHAN “CYRUS THE GREAT” • PRINSIP-PRINSIP INI DIUKIRKAN PADA “CYLINDER CYRUS” • DIKENALI SEBAGAI DOKUMEN TERUNGGUL HAK ASASI MANUSIA • DOKUMEN INI MENGISYTIHARKKAN: • HAK KEBEBASAN BERAGAMA • MENGHAPUS PENGABDIAAN

  7. 3. UNIVERSAL DECLARATION OF HUMAN RIGHTS (UDHR) Didalam Piagam penubuhan PBB semua negara-negara ahli berikrar dan memberi jaminan untuk menghormati dan memastikan perlaksanaan hak-hak asasi manusia dan kebebasan tanpa perbezaan bangsa, jantina, bahasa atau keagamaan. Dengan persetujuan bahawa semua manusia berhak mendapat hak-hak asasi mereka menandakan bermula pengiktirafan dunia dan sejagat tentang hak-hak asasi. Hal ini dibuktikan oleh PBB dengan temeterainya UN Universal Declaration of Human Right pada 10/12/1948.

  8. Dalam mukadimah deklarasi tersebut telah dinyatakan bahawa pengiktirafan diberikan kepada perkara-perkara yang bersangkutan dengan maruah dan hak sama rata bagi semua manusia adalah asas kepada kebebasan, keadilan dan keamanan dunia.

  9. Bahawa penafian dan perlanggaran hak asasi merupakan tindakan mencabul pengiktirafan dunia yang mana sepatutnya manusia dapat menikmati kebebasan bersuara, kepercayaan dan bebas dari ketakutan dan memenuhi kehendak-kehendaknya. Hak asasi juga memelihara manusia dari sebarang bentuk kezaliman dan penindasan. Ianya juga bertekad untuk menjana kemajuan sosial dan taraf penghidupan yang lebih baik dalam skop kebebasan yang lebih luas.

  10. ARTIKEL 1 Semua manusia dilahirkan bebas dan mempunyai hak sama rata dalam aspek maruah dan hak-hak asasinya. Bertindak sesama sendiri dengan semangat persaudaraan. ARTIKEL 2 Semua orang berhak mendapat semua hak dan kebebasan yang ditetapkan dalam UN UDHR, 1948, tanpa sebarang bentuk perbezaan seperti bangsa, warna, jantina, agama, fahaman politik, warganegara, harta, kelahiran atau lain-lain taraf kedudukan.

  11. ARTIKEL 3 Semua orang berhak keatas nyawa, kebebasan dan keselamatan dirinya. ARTIKEL 4 Tiada siapa pun boleh dijadikan sebagai hamba; semua bentuk perhambaan dan perdagangan hamba adalah dilarang.

  12. ARTIKEL 5 Tiada siapa pun boleh diseksa atau dikenakan perbuatan zalim, tidak berperikemanusiaan atau layanan buruk atau penderaan. ARTIKEL 6 Setiap orang mempunyai hak untuk diikiraf dimana-mana jua sebagai manusia yang terikat dengan undang-undang.

  13. ARTIKEL 7 Semua adalah sama dari segi undang-undang dan berhak tanpa sebarang dikriminasi untuk mendapat perlindungan undang-undang. Semua berhak mendapat perlindungan daripada dikriminasi yang melanggar deklarasi ini. ARTIKEL 8 Semua orang berhak mendapat penyelesaian terbaik dari tribunal yang berwibawa terhadap pelanggaran hak asasi yang diberi kepadanya oleh perlembagaan atau undang-undang

  14. ARTIKEL 9 Tiada siapa pun boleh dikenakan dengan tangkapan sewenang-wenangnya tanpa sebab, tahanan atau dibuang negeri ARTIKEL 10 Setiap orang berhak mendapat kesama-rataan penuh dalam perbicaraan yang adil dan terbuka kepada awam, yang tidak berat sebelah dalam membicarakan hak dan tanggungjawab atau pertuduhan jenayah terhadapnya.

  15. ARTIKEL 11 (1) Setiap orang yang dituduh dengan kesalahan yang boleh dihukum berhak diandaikan sebagai tidak bersalah sehinggga dibuktikan sebaliknya berdasarkan undang-undang dalam perbicaraan awam dimana dia bolehbuat pembelaan dirinya. (2) Tiada siapa boleh didapati bersalah bagi satu-satu kesalahan yang boleh dihukum (penal offence) jika perbuatannya tidak dikategorikan sebagai kesalahan yang boleh dihukum dibawah mana-mana undang-undang tempatan atau antarabangsa ketika ianya dilakukan. Juga tidak boleh dijatuhkan hukuman yang lebih berat daripada peruntukkan yang ada ketika kesalahan itu dilakukan.

  16. ARTIKEL 12 Tiada siapa boleh terdedah kepada gangguan sewenang-wenangnya terhadap peribadi (privacy), keluarga, rumah atau correspondence, atau pun serangan terhadap maruah dan reputasinya. Setiap orang berhak mendapat perlindungan undang-undang daripada gangguan atau serangan ini.

  17. ARTIKEL 13 (1) Setiap orang mempunyai hak kebebasan untuk bergerak dan tinggal dalam lingkungan sempadan satu-satu negara. (2) Setiap orang mempunyai hak untuk meninggalkan mana-mana negara, termasuk negaranya sendiri, dan kembali semula ke negaranya.

  18. ARTIKEL 14 (1) Setiap orang berhak untuk mencari dan menikmati perlindungan (asylum) daripada penganiayaan ke negara-negara lain. (2) Hak ini hanya terpakai bagi perlindungan daripada penganiayaan politik dan tidak meliputi pendakwaan jenayah atau perbuatan yang memang menyalahi prinsip-prinsip PBB.

  19. ARTIKEL 20 (1) Setiap orang mempunyai hak kebebasan untuk berkumpul secara aman dan berpersatuan. (2) Tiada siapa boleh dipaksa untuk menyertai mana-mana persatuan. ARTIKEL 30 (2) Dalam perlaksanaan hak dan kebebasan, setiap orang akan tertakluk kepada beberapa sekatan yang hanya ditentukan oleh undang-undang dengan tujuan untuk memastikan hak serta kebebasan orang ramai dan untuk mencapai keperluan maruah, ketenteraman awam dan kebajikan dalam masyarakat demokrasi.

  20. 4. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Hak asasi manusia dari sudut undang-undang bermakna kebebasan asasi seperti yang ternyata dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan Artikel 5 – Kebebasan diri Artikel 6 – Keabdian dan kerja paksa dilarang Artikel 7 – Perlindungan daripada undang- undang jenayah berkuasa kebelakang dan pembicaraan berulang Artikel 8 – Sama rata di sisi undang-undang bagi semua orang Artikel 9 – Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak

  21. Artikel 10 – Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan Artikel 11 – Kebebasan agama Artikel 12 – Hak-hak berkenaan dengan Pelajaran Artikel 13 – Hak terhadap harta Peruntukkan Perlembagaan yang ada hubungkait dengan tugas-tugas harian polis ialah Artikel 5,8,9 dan 10.

  22. 7. SEBAB PENUBUHAN SUHAKAM 7.1 Ditubuhkan pada 9/9/1999 oleh parlimen bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (1999); 7.2 Kerana Malaysia terlibat secara aktif dalam United Nation Commissions for Human Right (UNCHR) pada 1995 dengan perlantikan Tan Sri Musa Bin Hitam sebagai Pengerusi UNCHR sessi ke-52; 7.3 Kesedaran hak asasi meluas diperingkat antarabangsa;

  23. 7.4 Negara-negara seluruh dunia termasuk Malaysia bersetuju bahawa hak asasi adalah hak sejagat dan tidak berbelah bagi mendokongnya; 7.5 Semua negara bersetuju menubuhkan suruhanjaya seperti ini; 7.6 Perubahan senario politik di Malaysia dengan masyarakat semakin memilih parti politik dan sivil dinamik (sedar undang-undang).

  24. 10. PENDEKATAN POLIS YANG PRAKTIKAL DALAM MENGHORMATI DAN MENDOKONG HAK ASASI MANUSIA Dtumpukan kepada aspek: 10.1 Tangkapan; 10.2 Tahanan; 10.3 Pemeriksaan.

  25. 11. TANGKAPAN 11.1 Tangkapan adalah tindakan pertama kearah pendakwaan; 11.2 Menghalang kebebasan bergerak seseorang untuk memaksanya mematuhi undang-undang; 11.3 Boleh dicabar jika ia tidak mematuhi kehendak undang-undang atau wujud penggunaan kekerasan berlebihan;

  26. 11. TANGKAPAN 11.4 Amat penting diberi perhatian kerana kebebasan diri seseorang adalah hak asasi yang diperuntukkan bawah Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan; 11.5 Mesti patuhi Sek. 15 KPJ bagaimana proses tangkapan dibuat; 11.6 Peruntukkan undang-undang yang paling relevan bersabit tangkapan ialah Sek. 23 KPJ

  27. 12. SEKSYEN 23 KPJ 12.1 Sek. 23(1)(a) KPJ membolehkan polis tangkap tanpa waran sesiapa yang: i) telah melakukan kesalahan yang lazim ditangkap di Malaysia; ii) terhadap satu aduan yangmunasabah telah dibuat; iii) maklumat yang boleh dipercayai telah diterima; iv) terhadapnya syak yang munasabah telah wujud yang beliau telah terlibat.

  28. 13. HAK DAN REMEDI ORANG YANG DITANGKAP Orang-orang yang ditangkap mempunyai hak-hak yang ditetapkan undang-undang dan sekiranya berlaku tahanan salah beliau mempunyai remedinya seperti yang telah diperuntukkan undang-undang : 13.1 Hak polis mengunakan kekerasan untuk menangkap. i) Hak polis untuk menggunakan sebarang langkah perlu saja untuk melaksanakan tangkapan (seksyen 15 (2) KPJ) ii) Tidak boleh mendatangkan kematian (seksyen 15 (3) KPJ)

  29. Ditegah menahan secara berlebihan daripada sekadar yang patut sahaja unutk mencegah dia lari (seksyen 19 (1) KPJ) • Perempuan diperiksa oleh perempuan dengan menitikberatkan kesopanan (seksyen 19 (2) KPJ) • Kes Mahmood Vs. Kerajaan Malaysia (1974) 1 MLJ 103: • “Langkah-langkah perlu” bermaksud kekerasan yang sekadar cukup untuk menjalankan tangkapan saja.

  30. 13.2HAK UNTUK DIMAKLUMKAN SEBAB-SEBAB TANGKAPAN SECEPAT MUNGKIN. • i) Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan orang yang ditangkap diberitahuseberapa segera yang boleh sebab dia ditangkap. • Kes Christie Vs. Leachinsky(1947) 1 All ER 567: • Dikecualikan “seberapa segera” jika saspek sudah tahu kesalahannya atau saspek timbulkan keadaan yang sukar untuk memaklumkan kepadanya (menyerang atau lari). • iii) Seksyen 28A (1) KTJ – OKT dimaklumkan seberapa segera sebab-sebab ditangkap

  31. 13.3 Hak untuk dibawa ke hadapan majistret segera. i) Artikel 5 (4) Perlembagaan Persekutuan dengan segera ( dlm tempoh 24 jam ). ii) Seksyen 28 (1) KPJ – tidak berlengah-lengah lagi. iii) Seksyen 117 KPJ – tahanan reman jika perlu melebihi 24 jam.

  32. 13.4 HAK UNTUK DIWAKILI PEGUAM • A. i) Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan. • ii) Boleh diberikan selepas polis selesai siasatan. • iii) Diwakili semasa permohonan reman. • Seksyen 28A (2) (b) – sebelum disoal siasat atau diambil keterangan, pegawai polis mesti maklum OKT boleh berhubung dan merujuk dengan peguam pilihannya. (pengecualian spt. Di Sek. 28A (4) KTJ) • C. Seksyen 117 (5) KTJ – Mjistret dalam memutuskan tempoh reman, mesti membenarkan OKT membuat representasi oleh diri sendiri atau peguamnya.

  33. 13.5 HAK MEMPERTAHANKAN DIRI i) Hanya boleh digunakan jika berlaku tahanan salah oleh polis. Kes PP Vs. Ong Kee Seong (1960) MLJ 156 Tindakan orang yang ditangkap menendang perut seorang polis dan menggigit kaki seorang lagi didapati tidak bersalah kerana kesalahan yang dilakukan tidak lazim ditangkap atau bawah seksyen 24 KPJ atau seksyen 23 KPJ.

  34. 13.6HAK UNTUK MEMOHON WRIT HABEAS CORPUS i) Artikel 5 (2) PP – aduan tahanan salah dibawa ke hadapan mahkamah tinggi. ii) Seksyen 365 (a) (ii) KPJ – tahanan yang menyalahi undang-undang, kuasa Mahkamah Tinggi membebaskannya. iii) Kes Karpal Singh Vs. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia (1988) 1 MLJ 469.

  35. 13.7 HAK UNTUK SAMAN PAMPASAN • i) Bagi kesalahan tangkapan salah, langgaran salah hingga tahanan salah oleh pihak berkuasa. • ii) Kes-kes seperti Mahmod Vs. Kerajaan Malaysia, Shaaban dan lain-lain. • 13.8 HAK UNTUK MENDAPATKAN DOKUMEN • Seksyen 51A (1) KTJ – Pendakwaraya sebelum memulakan pendakwaan hendaklah membekalkan kepada OKT dokumen2 berikut : • Laporan polis bawah Sek. 107 KTJ • Salinan mana2 dokumen yang dijadikan pembuktian • Keterangan bertulis berkaitan fakta yang memihak kepada pembelaan OKT yang ditandatangani TPR (Sek. 51A (2) – ( kecuali jika ia bertentangan dengan kepentingan awam )

  36. 14. TAHANAN REMAN 14.1 Seksyen 28 (1) KPJ - Tangkapan tanpa waran dibawa ke hadapan Majistret tanpa lengah ( tertakluk kpd peruntukkan jaminan ) 14.2 Seksyen 28 (3) KPJ - Tempoh penahanan oleh pegawai polis tidak lebih 24 jam. 14.3 Seksyen 117 KPJ - Perintah reman daripada Majistret mesti diperolehi jika siasatan polis tidak boleh selesai dalam tempoh 24 jam. - Tuduhan atau maklumat terhadap OKT adalah berasas - Tidak lebih 15 hari. - Ada ID (mendatori). - Bawa OKT bersama. - OKT membuat representasi atau diwakili peguamnya

  37. 14.4 Seksyen 119 KPJ - ID mesti dikemukakan. 14.5 Kes PP Vs. Audrey Keong Mei Cheng (1997) 3 MLJ 477 – Majistret berkuasa menolak permohonan reman jika ID tidak dikemukakan.

  38. 14.6 Artikel 5 (4) PP • - Tahanan melebihi 24 jam dengan kebenaran Majistret sahaja. • Bukan warganegara dibawah kesalahan Imigresen, perkataan “24 jam” diganti dengan “14 hari”. • Tafsiran Majistret adalah termasuk hakim Mahkamah Syariah. • - Seksyen 28 KPJ selaras dengan Artikel 5 (4) PP.

  39. 14.7 Seksyen 388 KPJ - KPD atau Mahkamah boleh lepaskan OKT dengan jaminan. - Kesalahan yang hukumannya penjara seumur hidup atau mati, tidak boleh dijamin ( pengecualian – bwh 16 thn, wanita, sakit, lumpuh ). 14.8 Kes Ooi Ah Hua Vs. OCCI Kedah (1970) 2 MLJ 198: Kebajikan dan keadaan tahanan reman mesti diambil kira seperti makan atau minum, pakaian yang patut, tidak dicederakan; Dibenarkan OKT untuk memaklumkan pada keluarga dan peguamnya.

  40. 16. BILA PEMERIKSAAN TUBUH BOLEH DILAKUKAN Pemeriksaan tubuh seseorang hendaklah dilakukan apabila wujud syak yang munasabah berdasarkan faktor-faktor berikut: 16.1 Darjah keseriusan sesuatu kes 16.2 Tingkahlaku saspek yang mencurigakan. 16.3 Latar belakang orang yang ditangkap.

  41. 16.4 Pemeriksa percaya dan yakin ada bahan bukti kes disembunyikan. 16.5 Apabila tahanan dibawa ke balai polis 16.6 Apabila seseorang enggan atau tidak berupaya memberikan sebab-sebab kehadirannya yang mencurigakan di tempat- tempat yang sering berlaku jenayah.

  42. 16.7 Pembolosan atau orang yang diwar-warkan bawah Seksyen 44 KPJ. 16.8 Orang yang memecah keamanan. 16.9 Menghalang penjawat awam atau lari dari tahanan yang sah. 16.10 Disyaki melakukan jenayah dan enggan memberi maklumat dirinya.

  43. SEKIAN TERIMA KASIH

More Related