1 / 48

Tajuk 3 KESAN LUARAN DAN DASAR KERJAAN

Tajuk 3 KESAN LUARAN DAN DASAR KERJAAN. Kesan luaran adalah kos dan faedah dari urusniaga di pasaran yang tidak ditunjukkan melalui harga. Ada pihak ketiga, selain dari penjual dan pembeli yang mendapat kesan dari jual beli tersebut. Kesan luaran negatif (Kos luaran).

sachi
Download Presentation

Tajuk 3 KESAN LUARAN DAN DASAR KERJAAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Tajuk 3KESAN LUARAN DAN DASAR KERJAAN

  2. Kesan luaran adalah kos dan faedah dari urusniaga di pasaran yang tidak ditunjukkan melalui harga. • Ada pihak ketiga, selain dari penjual dan pembeli yang mendapat kesan dari jual beli tersebut.

  3. Kesan luaran negatif (Kos luaran) • Adalah kos kepada pihak ketiga, kos ini tidak termasuk dalam harga pasaran. Contoh: • Pencemaran air oleh kilang membuat kertas. Masyarakat sekeliling mengalami masalah kesihatan, dan menanggung kos perubatan tambahan.

  4. Pengeluar (kilang) dan pembeli tidak mengambil kira kos ini bila menentukan tingkat harga barang.

  5. Kesan luaran positif (faedah luaran). • Adalah faedah yang didapati oleh pihak ketiga, iaitu selain dari pembeli dan penjual barang berkenaan. • Contohnya, penggunaan alat-alat pencegah kebakaran seperti pengesan asap, atau bahan-bahan tahan api.

  6. Ia bukan sahaja memberi faedah kepada pembelinya, tetapi juga mencegah kebakaran dari merebak ke kawasan atau bangunan berdekatan. • Masyarakat sekeliling mendapat faedah, walau pun tidak membayar atay menggunakan alat tersebut • Semasa pembeli dan penjual membuat keputusan mereka, masing-masing tidak menimbangkan kesan luaran ini.

  7. Kemungkinan lebih banyak alat pencegah kebakaran akan digunakan jika pihak ketiga yang menerima faedah ini dapat dikenakan bayaran. • Tetapi ada juga kesan kepada pihak ketiga yang bukan merupakan kesan luaran. • Contohnya • Hobi Ali ialah photography. Peningkatan dalam permintaan alat-alat photography akan meningkatkan harganya.

  8. Ali terpaksa membayar harga yang lebih sekarang. • Ini terjadi kerana permintaan lebih dari penawaran. • Kesan ini tidak dipanggil kesan luaran. • Tetapi ada yang menamakannya kesan luaran kewangan (pecuniary externalities), kerana ia menambah pendapatan benar pembeli dan penjual.

  9. Jadi kesan luaran yang sebenarnya dipanggil juag kedan luran benar , • Iaitu kos dan faedah yang tidak melibatkan harga di pasaran.

  10. Kesan luaran dan kecekapan. • Dalam pasaran yang bersaing dan tidak dikawal, urusniaga berdasarkan faedah marginal dan kos marginal. Faedah marginal = Kos marginal = P (pembeli) (penjual) (harga)

  11. Dalam keadaan yang tiada kesan luaran, faedah dan kos persendirian sama dengan faedah dan los sosial. • Tetapi bila ada kesan luaran, nilai-nilai persendirian dan nilai-nilai sosial ini tidak lagi sama.

  12. Kesan luaran negatif. • Bila ada kesan luaran negatif, kos marginal pesendirian lebih kecil dari kos marginal sosial MPC < MSC • Ada kos kepada pihak ketiga yang tidak dimasukkan • Kos ini dikenali sebagai kos luaran marginal (MEC) • Sebenarnya MPC + MEC = MSC

  13. Contoh pengeluaran kertas yang memberi pencemaran air sungai. HARGA MSC=MPS+MES MPS = S 110 G 105 B 100 A MSB = D 4.5 5 OUTPUT

  14. Titik A adalah keseimbanga pasaran dengan harga 100 dan kuantiti 5. • Titik A adalah tidak cekap kerana disini MSC > MSB • Pengeluaran yang cekap perlu menyamakan MSC = MSB • Oleh itu output perlu dikurangkan menjadi 4.5 dan harga akan naik ke 105. • Peralihan pengeluaran dari A ke B akan menghasilkan faedah bersih kpeada masyarakat sebanyak kawasan BGA.

  15. Kesimpulan: • Kesan luaran yang negatif bermakna terlalu banyak output sedang dikeluarkan, • untuk mencapai kecekapan output itu perlu dikurangkan.

  16. Kesan luaran positif. • Harga atau permintaan sepatutnya menunjukkan faedah sosial marginal yang didapati oleh pengguna. • Oleh itu P = MSB = MPB • Tetapi bila ada kesan luaran positif • MSB > MPB • Kerana ada faedah tambahan yang didapati oleh pihak ketiga. • MSB = MPB + MEB

  17. Contoh: • Kesan dari suntikan pelalian penyakit. Bila ramai mengambil pelalian ini, kurang yang akan kena penyakit itu, serta kuranglah orang yang akan merebakkannya. • Ada kesan luaran positif di sini.

  18. Keseimbangan pasaran, kesan luaran positif dan kecekapan

  19. Keseimbangan pasaran di U, di mana MPB = MSC • Sebanyak 10 juta pelalian di ambil setahun dengan harga RM25 • Disini diandaikan MSC = MPC • Titik ini adalah tidak cekap kerana di U MSB > MPB

  20. Titik yang cekap ialah V, di mana MSB = MPB + MEB • Output yang cekap ialah 12, dan harga 30. • Dengan peralihan dari 10 ke 12, masyarakat mendapat faedah bersih tambahan sebanyak kawasan UZV.

  21. Internalisasi kesan luaran (Pendalaman kesan luaran) • Ini terjadi bila faedah atau kos sesuatu barang dan perkhidmatan diubahsuai untuk memasukkan sebarang kesan luaran yang wujud. • Bagi kes kesan luaran negatif, kos luaran marginal (MEC) perlu dicampurkan kepada MPC. • Bagi kes kesan luaran positif, faedah luaran marginal (MEB) perlu dicampurkan kepada MPB.

  22. Setelah dilakukan pendalaman ini , harga akan menunjukkan sebarang kos atau faedah luaran yang terlibat.

  23. Langkah-langkah yang diperlukan bila membuat pendalaman. • Mengenal pasti individu yang terlibat • Mengukur nilai kewangan bagi kos dan faedah luaran tersebut.

  24. Masalah: • Malkumat yang diperlukan ini amat sukar didapati • Adalah mustahil mengukur kos dan faedah luaran ini dengan tepat, melibatkan penelitian dari segi kejuruteraan, saintifik dan juga ekomomi. Contohnya sukar menilai barang dengan nilai sentimental, menilai nyawa individu, dll.

  25. 3. Selalu berlaku percangahan pendapat mengenai kesan luaran . Contohnya kesan pencemaran udara, air dan bunyi masih diperdebatkan oleh ahli-ahli sains, biologi dan fizik.

  26. Contoh-contoh dasar pendalaman kesan luaran. • Cukai dan kesan luaran negatif. • Pasaran tidak sempurna dan pendalaman kesan luaran negatif. • subsidi dan kesan luaran positif

  27. Cukai dan kesan luaran negatif • Cukai boleh digunakan bagi mendalamkan (memasukkan) kos luaran tambahan kepada harga pasaran bagi barang yang mengakibatkan kesan tersebut. • Jumlah hasil cukai ini perlu sama dengan jumlah kos luaran tersebut. • Contoh: kilang pengeluaran kertas, yang menghasilkan buangan yang akan mencemarkan sungai.

  28. Keadaan asal, pengeluaran di A, outupt 5, harga 100 • Ada kesan luaran negatif dari pengeluaran kertas ini, MSC > MPC • Cukai T = MEC = 10 dikenakan kepada firma yang mengeluarkan kertas. • Cukai ini akan menaikkan kos persendirian sama seperti kos sosial

  29. Bila kos bertambah keluk penawaran akan beralih dari S ke S’ • Keseimbangan baru di B, output turun kepada 4.5 dan harga naik ke 105. • Hasil cukai yang dikutip adalah kawasan FBJH. • Kerana ada cukai ini, pencemaran dapat dikurangkan dan faedah bersih kebajikan akan didapati sebanyak kawasan BGA. • Hasil cukai ini boleh digunakan untuk membiayai projek-projek pembersihan sungai-sungai yang tersemar.

  30. Kesimpulan: • Cukai ini telah mengurangkan pengeluaran kertas dan mengurangkan pencemaran air sungai. • Telah berlaku perpindahan pendapatan dari pengilang kepada pengguna. • Akan ada golongan yang setuju dan ada yang tidak setuju dengan cukai ini.

  31. Pasaran tidak sempurna dan pendalaman kesan luaran negatif. • Dalam banyak kes dijumpai keadaan kehilangan kecekapan yang disebabkan oleh dua atau lebih faktor dalam satu-satu pasaran. • Contohnya didapati kesan luaran negatif berhubung dengan barang yang dijual di pasaran monopolistik.

  32. Dua penyebab kehilangan kecekapan di sini adalah, pasaran monopolisitk dan kesan luaran negatif • Pengeluar pasaran monopolistik ini akan mengeluarkan kurang dari output kecekapan • Sementara kesan luaran negatif akan menyebabkan firma ini mengeluarkan lebih daripada output kecekapan.

  33. Beberapa cara boleh dilakukan bagi mencapai kecekapan bagi pengeluaran barang ini. 1. penyelesaian terbaik (first best solusion) • memecahkan kuasa monopoli firma ini, • bila firma-fima bersaing di pasaran, lebih output akan dihasilkan. • Peneluaran firma-firma yang telah besaing sempurna ini kemudiannya boleh dikenakan cukai bagi mengambilkira kesan luaran negatifnya.

  34. 2. cara penyelesaian alternatif kedua (second-best efficient solution) • cara ini membenarkan firma beroperasi sebagai monopoli, • kecekapan dapat dicapai tanpa perlu mengenakan cukai ke atas output monopoli ini, bila pengurangan output monopoli ini sama besar dengan kos luaran yang dihasilkan oleh pengeluaran itu.

  35. second-best efficient solution ini : bila adadua faktor bertentangan menyebabkan kehilangan kecekapan di pasaran, herotan dari kedua-dua faktor ini akan menghapuskan kesan kehilangan kecekapan teresebut.

  36. Rajah: Second-best efficient solution

  37. output kecekapan adalah bila MR=D=MSB, iaitu di titik B • dengan output Q* • monopoli ini mengeluarkan di Qm, iaitu bila MR=MPC, • kehilangan kecekapan sebanyak kawasan ABC • tetapi oleh kerana monopoli ini juga menghasilkan kesan luaran negatif, keluk kos sebenarnya lebih tinggi iaitu di MPC+PEC=MSC,

  38. pengurangan output dari Q* kepada Qm telah menghasilkan faedah sebanyak kawasan AFB • kehilangan kecekapan sebanyak ABC telah dihapuskan oleh faedah sebanyak AFB.

  39. Subsidi dan kesan luaran positif.

  40. Urusiaga di pasaran persaingan sempurna ini akan melibatkan 10 unit suntikan pada harga RM25 • Tingkat 10 unit ini tidak cekap kerana faedah sosial marginal (MSB=MPB + MEB) lebih tinggi dari MSC • Tingkat yang cekap adalah 12 unit, tetapi tingkat harga adalah RM30, dan pengguna sanggup membayar RM10

  41. Kerajaan boleh membuat pembayaran subsidi kepada pembeli atau pemjual bagi mengurangkan harga yang dibayar oleh pembeli. • Subsidi itu mesti sama dengan jumlah faedah luaran marginal (MEB), • dalam kes ini jumlah subsidi yang perlu diberi adalah RM20 atau (30-10) • jumlah subsidi yang perlu diberi adalah kawasan RVXY.

  42. Teorem Coase • Teorem ini diperkenalkan oleh Ronald Coase dalam tahun 1960. • Ia menyatakan bahawa apabila kos tawar menawar adalah sifar, kerajaan dapat mendalamkan kesan luaran dengan hanya melalui pengistiharan hak milik harta.

  43. Contoh: • Sebuah sungai boleh digunakan untuk dua tujuan; • tempat membuang sisa kilang (sungai yang kotor) • tempat rekreasi –menangkap ikan (sungai yang bersih)

  44. kerajaan boleh memberi hak penggunaan sungai ini kepada salah satu pihak, kilang atau penamgkap ikan. • Oleh kerana kos tawar menawar adalah sifar, kedua-dua pihak ini akan tawar menawar mengenai pembayaran yang akan dibuat dan diterima, sehingga penggunaan sungai yang cekap akan dicapai.

  45. Jika hak diberi kepada kilang, ia akan bersedia menerima bayaran dari penangkap ikan untuk mengurangkan pencemaran sungai, supaya penangkap ikan dapa menggunakan sungai itu juga. • Jika hak diberi kepada penangkap ikan, ia akan bersedia menerima bayaran kilang untuk bersetuju sungai itu dicemarkan sedikit oleh kilang.

  46. Oleh itu tidak kira kepada pihak mana hak penggunaan sungai itu diberikan, penyelesaian serupa akan didapati. • Kesimpulannya kerjaan tidak perlu mengenakan tindakan seperti denda atau cukai. • Kerana pesaingan diantara kedua pihak akan mendalamkan kesan luaran yang timbul.

  47. Tamat tajuk 3

More Related