1 / 15

tilawah

tilawah. BERPEGANG TEGUH DENGAN AGAMA ALLAH. BY MOHD KHAIRI MOHD ZIN. Objektif pelajaran ini : Menyatakan maksud ayat dengan ringkas Membezakan maksud tiada paksaan orang bukan Islam memeluk Islam dengan larangan keras murtad kepada orang Islam

ormand
Download Presentation

tilawah

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. tilawah BERPEGANG TEGUH DENGAN AGAMA ALLAH BY MOHD KHAIRI MOHD ZIN

  2. Objektif pelajaran ini: • Menyatakan maksud ayat dengan ringkas • Membezakan maksud tiada paksaan orang bukan Islam memeluk Islam dengan larangan keras murtad kepada orang Islam • Menghuraikan maksud taghut serta boleh memberikan contohnya • Merumuskan kesan buruk amalan taghut • Menyenaraikan hikmat berpegang teguh dengan agama Allah dan kesan buruk membelakangi ajaran Islam • Menerangkan kewajipan berdakwah dan kesannya • Menerangkan pengajaran ayat ini

  3. Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

  4. Maksud tiada paksaan orang bukan Islam memeluk Islam dengan larangan keras murtad kepada orang Islam • Islam agama yang adil, memberi kebebasan kepada manusia memeluk agama yang disukainya • Kita tidak boleh memaksa orang bukan Islam memeluk Islam sebaliknya hendaklah berdakwah kepada mereka • Bagi orang yang telah menganut Islam mereka tidak dibenarkan sama sekali murtad • Islam menetapkan peraturan ini agar penganutnya tidak menjadikan agama sebagai mainan

  5. Faktor tiada paksaan beragama • Supaya seseorang itu menerima Islam dengan hati yang ikhlas • Supaya Islam tidak mudah dipermainkan • Memberi kebebasan kepada seseorang memilih agama yang disukainya • Supaya penganut Islam melaksnakan suruhan Allah dengan ikhlas • Menunjukkan kebaikan Islam tidak memaksa sesiapa memilih cara hidup

  6. Maksud Taghut • Taghut bermaksud berhala, syaitan dan apa-apa sahaja kepercayaan dan amalan yang menyesatkan

  7. Iman Iman ialah membenarkan di dalam hati, berikrar dengan lidah bahawa tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah dan Nabi Muhamad pesuruh-Nya serta mengamalkan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya

  8. Amalan menyerupai taghut • Menyembah berhala • Menyekutukan Allah dengan sesuatu • Melakukan perbuatan memuja syaitan • Melakukan perkara mungkar dan maksiat • Mengajak orang melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam • Menentang dan mempersendakan hukum Allah • Zalim kepada manusia atau makhluk Allah

  9. Kesan-kesan buruk amalan taghut • Mendorong seseorang melakukan kejahatan • Dibenci masyarakat • Masyarakat berpecah belah • Jenayah berleluasa • Dimurkai Allah

  10. Kebaikan berpegang dengan ajaran Islam • Selamat di dunia dan di akhirat • Dikasihi dan diredai Allah • Terhindar daripada melakukan kejahatan • Istaqamah dalam sesuatu urusan • Dikurniakan ketenangan dan ketenteraman • Tabah menghadapi liku-liku hidup

  11. Keburukan membelakangkan ajaran Islam • Tidak memperolehi hidayah Allah • Hidup dalam kesesatan • Semua amal kebajikan tiada ganjaran • Terdedah untuk melakukan kejahatan • Bersifat zalim dan suka melakukan penindasan • Sentiasa keluh kesah • Mendapat azab di akhirat

  12. Ciri-ciri mukmin yang berpegang pada agama Allah • Melaksanakan ibadah • Berilmu pengetahuan • Menjaga masa • Bermanfaat kepada orang lain • Ikhlas • Sanggup berkorban kepada agama dan negara

  13. Cara berdakwah • Dengan hikmat iaitu menyampaikan dakwah dengan cara baik • Bijaksana iaitu menyampaikan dakwah mengikut suasana dan keadaan • Memberi contoh teladan yang baik • Melalui perbahasan yang baik dan lemah lembut

  14. Pengajaran ayat • Islam melarang penganutnya memaksa orang lain menganut islam • Dakwah Islam hendaklah disebarkan dengan terancang dan bijaksana • Orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan selamat di dunia dan di akhirat • Orang yang mantap imannya tidak akan terpengaruh dengan perbuatan yang merosakkan • Kita wajib menjauhi kepercayaan dan amalan-amalan taghut

More Related