1 / 88

Disampaikan oleh Syed Ismail Syed Mohamad

KAJIAN TINDAKAN. Disampaikan oleh Syed Ismail Syed Mohamad. Kajian Tindakan salah satu daripada strategi dalam PIPP 2006-2010.

Download Presentation

Disampaikan oleh Syed Ismail Syed Mohamad

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KAJIAN TINDAKAN Disampaikan oleh Syed Ismail Syed Mohamad

  2. Kajian Tindakan salah satu daripada strategi dalam PIPP 2006-2010 Teras Ke-empat dalam PIPP 2006-2010 ialah Memartabatkan ProfesionPerguruan melalui strategi pelaksanaan Peluasan dan Peningkatan R&D dan Penambahan Perjawatan dan Peluang Naik Pangkat Guru. Selain daripada dinyatakan dalam Fokus Memantapkan Latihan Perguruan, ianya juga disebut dalam Memantapkan Kerjaya Guru. Kajian Tindakan boleh meningkatkan pembudayaan penyelidikan di kalangan guru dan memberi peluang ke arah peningkatan profesional.

  3. Aa..encik JU....saya ni datang ganti orang lain, perlu ke saya buat kajian ni…?Bila ? Bagaimana nak buat? Saya tak minat Ini kerja Lebih, satu beban Saya tidak ada masa utk menjalankan k. Tindakan Apa tu kajian tindakan ?kajian tempatan ke?

  4. Apa kaedah yg paling baik utk masalah I ?? Saya perlu mengubah amalan saya dlm blk darjah I perlu sentiasa buat refleksi…..i mesti keluar dpd kongkongan amalan rutin Oh..Kajian Tindakan ini benda yang saya dah buat setiap hari..Cuma perlu didokumenkan sahaja…tentu ada manfaat kepada orang lain…saya pun boleh mohon guru pakar!!

  5. K.T.juga meningkatkan keyakinan diri & dapat membaiki prestasi dan kepuasan kerja Baru saya tahu rupanya ada kaedah lain yg lebih berkesan untuk mengajar tajuk ini…terima kasih kajian tindakan…

  6. Perbandingan Kajian tindakan Dengan Kajian Saintifik

  7. TUJUAN KAJIAN Kajian Tindakan Memperbaiki amalan guru & menambah keberkesanan amalan Kajian Saintifik Menghasilkan satu teori baru, memperjelaskan fenomena

  8. SUBJEK KAJIAN Kajian Tindakan Pelajar dan guru yang terlibat dengan kajian menjadi sampel Penyelidik adalah sebahagian dari sempel Kajian Saintifik Sampel dipilih melalui teknik persampelan yang Canggih Penyelidik bukan sampel

  9. ANALISIS DATA Kajian Tindakan Analisis secara deskriptif atau naratif sahaja Kajian Saintifik Menggunakan statistik yang canngih bagi membolehkan generalisasi

  10. LAPORAN KAJIAN Kajian Tindakan Menggunakan bahasa seharian yang difahami semua. Kajian Saintifik Menggunakan bahasa teknikal yang sukar difahami.

  11. PENGENALANKONSEP DAN PROSESKAJIAN TINDAKAN

  12. KAJIAN TINDAKAN Kajian tindakan (KT) merupakan satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukanoleh pengamal/guru/pendidik dalam situasi sosial mereka sendiri melalui tindakan (intervensi) mereka yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan pemahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. KT melibatkan proses mereflek,merancang, melaksana, dan memerhati.

  13. CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN • Satu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui perubahan P&P • Dilakukan oleh guru atau pendidik dalam konteks tugas seharian • Fokus utama ialah ke atas amalan diri guru • Dilakukan dalam situasi sebenar bilik darjah

  14. Tujuan Kajian Tindakan • Membentuk soalan kajian berdasarkan sifat ingin tahu terhadap amalan/ tindakan • Mengutip data secara sistematik daripada guru, pentadbir atau pelajar mereka • Menganalisis dan menginterpretasi data dengan bantuan rakan sepenyelidik • Berkongsi dapatan dengan pelajar, rakan, pendidik, pengamal lain • Bertanggungjawab terhadap pembangunan profesional mereka sendiri • Meningkatkan/Penambahbaikan amalan

  15. Sambungan…….. • Membantu guru menghadapi cabaran. • Menyelesaikan masalah profesional tanpa merujuk arahan luar. • Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan rutin. • Memberi kuasa(empowerment) untuk membuat keputusan terhadap amalan kita. • Menjadi agen perubahan.

  16. Bilakah KT boleh dimulakan? • Apabila kita mula ambil berat tentang amalan kita • Apabila kita rasakan sesuatu perlu dibuat untuk merubah amalan kita • Apabila kita didedahkan dengan satu program baru dan kita ingin mencubanya • Apabila kita dan rakan merasakan perlu diadakan perubahan… • Apabila kita rasa kecewa kerana amalan kita selama ini tidak membuahkan hasil yang diharapkan

  17. PROSES KAJIAN TINDAKAN

  18. MODEL PROFESIONALISME GURU

  19. Berapa lamakah sesuatu Kajian dijalankan ? • Beberapa minggu atau beberapa bulan • Bergantung kepada target/matlamat kita

  20. MERANCANG DAN MENULIS PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

  21. MERANCANG PENULISAN PROPOSAL • Apakah kandungan proposal? • Apakah Fungsi Proposal ? • Apakah yang dirancang? • Bagaimanakah Format Proposal Ditulis? • Bagaimanakah menentukan tajuk KT? • Bagaimanakah Menulis Objektif Kajian? • Apakah kriteria pemilihan Isu/Fokus kajian? • Contoh Jadual Pelaksanaan • Contoh kos kajian • Syarat-syarat Kelulusan Proposal

  22. Apakah Kandungan Proposal? • Mengandungi penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan oleh penyelidik spt - tajuk - fokus kajian/isu/masalah yang dikaji - objektif kajian - langkah-langkah melaksanakan kajian - tempoh pelaksanaan - kos kajian

  23. Bagaimanakah Format Proposal Ditulis? • Nama sekolah (berserta alamat penuh) • Nama penyelidik • Tajuk kajian • Refleksi Amalan Lalu • Isu keprihatinan/Fokus Kajian • Objektif Kajian • Kumpulan sasaran • Tindakan/Aktiviti yang dicadangkan • Bahan yang diperlukan • Jadual Pelaksanaan Kajian 11. Jumlah Peruntukan yang dipohon

  24. Bagaimanakah Menentukan Tajuk Kajian? • Isu penting kepada kita, program yang kita anjurkan dan kepada pelajar kita. • Mungkin masalah yg perlu penyelesaian atau perkara baru yg ingin dicuba • Melibatkan permasalahan/isu yang boleh diselesaikan • Ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji. • Tajuk hendaklah positif, ringkas, mengandungi hala tuju kajian, tindakan dan sasaran kajian.

  25. Contoh Tajuk • Meningkatkan Kemahiran Mendapat Maklumat Dalam Sesi Kaunseling Kelompok Pelajar Tkn 2 Arif • Program Kenali Diri: Meningkatkan Kesedaran Kendiri Pelajar Tkn 1 Ibnu Sina • MURDER: Meningkatkan Kemahiran Membaca di Kalangan Pelajar Tkn 4 Cemerlang

  26. Contoh Tajuk • Contoh: 1) Meningkatkan kemahiran membaca secara kognitif dan mekanis menggunakan teknik ramalan dikalangan murid darjah 2A • - Fokus kajian : meningkatkan kemahiran membaca • - Orientasi tindakan : secara kognitif dan mekanis menggunakan teknik ramalan.

  27. Contoh Tajuk 2. Memperkaya kosa kata pelajar tingkatan 4 Bestari dengan menggunakan Program Sehari Selembar Benang dan Program 200-4. • Fokus kajian: Memperkayakan kosa kata • Orientasi tindakan: Program Sehari Selembar Benang dan Program 2004 3. Teknik ‘Comil’ : Satu kaedah untuk menguasai subtopik sifat kimia sebatian karbon. • Fokus kajian: Untuk menguasai subtopik … • Orientasi tindakan: Teknik ‘Comil’

  28. Elakkan tajuk yg tidak difahami dan tidak nampak tindakan yg hendak diambil Contoh: • Projek Vc 2003 • Segunung harapan • Siri Kereaktifan Logam • Kelas Rancangan Khas Sejarah • Pecutan SPM Bahasa Inggeris

  29. REFLEKSI

  30. Apakah refleksi anda tentang gambar ini ????

  31. Apalah refleksi anda tentang kejadian dalam kelas bagini ??

  32. Apakah kaedah yg paling sesuai utk mengajar tajuk ini Bagaimana saya boleh memperbaiki amalan saya?? Kenapa susah pelajar nak faham bab ni..??

  33. Refleksi Pengajaran & Pembelajaran lalu • Isu dikenalpsti dgn melihat kpd 4 perkara utama dlm P & P : Guru, murid, isi kandungan pel, persekitaran. • Refleks pengalaman P&P lepas. • Kaitkan dgn 4 perkara atas • Rujuk bahan yg berkaitan spt buku latihan, ujian,sukatan pel & bahan yg berkaitan utk membantu mengingat balik apa yg telah dilaku • Terjemahkan refleksi secara bertulis.

  34. TUJUAN REFLEKSI • Menafsir kemahiran mengajar sendiri dan mempertingkatkannya. • Menilai sesuatu strategi pengajaran dan bahan-bahan pengajaran yang digunakannya. • Menganalis nilai-nilai pendidikan yang menjadi asas amalan pengajaran. • Terus menerus mengkaji dan menjelaskan pegangan dan nilai peribadi berkaitan dengan pendidikan. • Mencuba membina satu penjelasan tentang murid, interaksi bilik darjah serta proses-proses P &P. • (David Frost 1993)

  35. Contoh soalan untuk refleksi bersama • 1. Apakah masalah dalam kelas/saya? mengapa? • 2. Bagaimana masalah itu boleh ditangani dan diselesaikan? • 3. Apakah strategi yang perlu digunakan dan bagaimana? • 4. Bagaimana saya menilai keberkesanan strategi saya?

  36. Contoh Refleksi • Saya sedih kerana prestasi pelajar saya semakin merosot.Adakah kaedah pengajaran saya sesuai untuk pelajar saya ? • Saya tidak tahan lagi dgn pelajar saya yg sering ponteng kelas. Bagaimana boleh saya mengatasi masalah ini ? • Saya jemu mengajar teknik yg sama saja sepanjang tahun. Apakah kaedah yg lebih berkesan untuk meningkatkan prestasi murid saaya ? • Students in 2K are not keen to learnt the topic` integer’They copied their work from their friends, failed the test, what can I do to help them

  37. FOKUS KAJIAN

  38. Apakah kriteria pemilihan Isu/fokus kajian? 1.Skop Kajian yang Jelas Fokus kepada satu isu kecil/ satu tajuk kecil Apakah yang guru lakukan? Apakah yang murid lakukan? Kenapa ia berlaku? Jika masalah ini tidak diatasi, apakah perkara-perkara yang dijangka akan berlaku

  39. Kritiria Isu/Fokus Kajian 2. Kerelevanan • Sejauh manakah pentingnya persoalan/ masalah ini diperbaiki? • Apakah yang boleh saya lakukan terhadap situasi ini? • Adakah saya berminat untuk memperbaiki permasalahan/situasi ini?

  40. sambungan….. • Adakah situasi/masalah yg ingin dikaji itu di bawah kawalan kita? • Bolehkah kita melakukan sesuatu terhadap situasi ini bagi memperbaikinya? • Adakah saya akan terlalu bergantung kepada orang lain bila hendak melakukan sesuatu perubahan terhadap masalah/situasi ini?

  41. Kritiria Isu/ Fokus Kajian 3. Kebolehurusan • Adakah saya mempunyai sokongan/tenaga/ masa untuk menangani persoalan/masalah ini? • Apakah persiapan yang perlu dilakukan?

  42. Kritiria Isu/ Fokus Kajian 4. Keserasian • Adakah tindakan ini melibatkan kerja-kerja yang sememangnya selalu saya lakukan? • Adakah mungkin aktiviti /penyiasatan/ kajian/ tindakan ini digabungkan terus dengan bidang tugas saya?

  43. Contoh Fokus Kajian • Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada kemahiran membuat nota. Pelajar Tingkatan 4 Cemerlang tidak tahu cara membuat nota yang baik. Mereka mencatat semua maklumat yang disampaikan oleh guru. Mereka juga tidak membezakan maklumat penting dengan maklumat yang kurang penting apabila membuat nota. • Dengan memberikan kemahiran membuat nota menerusi program yang dirancang , saya mengharapkan pelajar boleh membuat nota dengan lebih baik, mudah difahami, dan teratur. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka menghadapi peperiksaan serta lulus dengan baik dalam semua subjek yang diambil dalam peperiksaan SPM. Keadaan ini juga pasti akan meningkatkan % kelulusan di sekolah saya.

  44. Bagaimanakah Menulis Objektif Kajian? • OBJEKTIF AM/UMUM • Menyatakan secara keseluruhan apakah tujuan kajian. Cth: Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan % cemerlang……. • OBJEKTIF KHUSUS/SPESIFIK • Pastikan objektif boleh diukur/dikesan bukti • Berlandaskan tujuan atau objektif tertentu • Setiap aktiviti mempunyai tujuan tersendiri/tertentu

  45. Kumpulan Sasaran Bilangan dan kumpulan pelajar yang hendak dikaji (Boleh dihuraikan dengan ringkas deskripsi tentang kumpulan pelajar sasaran)

  46. PERANCANGAN TINDAKAN

  47. Tindakan Yang Dirancang(aktiviti-aktiviti yg akan dijlnkan) • Tinjauan awal masalah- mengumpul data (pilihan: soal selidik, pemerhatian, temu bual, ujian, dokumen dll) • Aktiviti yg dirancang- terang cara pelaksanaan. Contoh : * Program PQR3 – bagaimana laksana? * Program MURDER – bagaimana?

More Related