html5-img
1 / 19

UIGHUR DI TURKESTAN TIMUR

UIGHUR DI TURKESTAN TIMUR. Disediakan oleh : Wardah bt Abdul Rahman. skuadpenyelamataqidah@gmail.com http://skuad-penyelamat-aqidah.blogspot.com/. Konflik. 25 Jun 09-Perhimpunan aman dilakukan bagi menuntut penjelasan berkenaan kematian dua pekerja kilang mainan Islam Uighur

malo
Download Presentation

UIGHUR DI TURKESTAN TIMUR

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. UIGHUR DI TURKESTAN TIMUR Disediakan oleh : Wardah bt Abdul Rahman skuadpenyelamataqidah@gmail.com http://skuad-penyelamat-aqidah.blogspot.com/

  2. Konflik.. • 25 Jun 09-Perhimpunan aman dilakukan bagi menuntut penjelasan berkenaan kematian dua pekerja kilang mainan Islam Uighur • tindakan keras oleh pihak berkuasa-ketegangan etnik • 5 Julai 09-rusuhan bermula -156 terbunuh,828 cedera

  3. Wilayah Uighur

  4. Turki Turkestan Timur

  5. Bahasa • Bahasa Uyghur berasal dari kumpulan Qarluq Bahasa Turki. Dielek Uyghur yang dikenalpasti melalui etnologi adalah seperti Uyghur tengah, Hotan dan Luobu. • Terdapat dua bahasa utama di wilayah autonomi Uyghur iaitu bahasa Uyghur serta bahasa Mandarin sebagai bahasa utama. • Menurut laman sesawang www.omniglot.com, Bahasa Uyghur pada awalnya ditulis dalam huruf Orkhon iaitu tulisan yang diinspirasikan daripada tulisan Sogdian. • Sogdian adalah tulisan yang diwarisi daripada kumpulan Aramaic (Aram) yang semestinya berkaitan dengan tulisan ketamadunan semitik dan arab. • Tulisan huruf Sogdian yang dikenali sebagai Uyghur kuno digunakan sekitar abad ke-8 hingga abad ke-16. • Tidak seperti Sogdian yang ditulis dari kanan ke kiri, Orkhon pula ditulis dari kiri ke kanan secara menurun (vertikal). • Tulisan dan bahasa Uyghur juga ditulis dengan huruf Syiria misalnya ditemui dalam dokumen peninggalan pengaruh Kristian. • Bermula abad ke-16 hingga awal abad ke-20, bahasa Uyghur ditulis dalam versi huruf arab yang juga dikenali sebagai huruf Chagatai. • Manakala sekitar abad ke-20, huruf Latin dan Cyrillic mula mempengaruhi pengguna bahasa Uyghur. Namun begitu perlu kita sedar, tulisan Latin (rumi) tidak berjaya menjadi tulisan popular masyarakat Uyghur, sebaliknya tulisan arab dijadikan tulisan rasmi bermula 1987 di China hingga ke hari ini.

  6. Contoh penggunaan huruf arab Uyghur : • Contoh tulisan menggunakan huruf Cyrillic : • “Һемме адем занидинла еркин, иззет-һөрмет ве һоқуқта бапбаравер болуп туғулған. Улар еқилге ве вийдан'ға иге һемде бир-бириге қэриндашлиқ мунасивитиге хас роһ билен билен муамил қилиши кэрек”. • Teks dalam tulisan Uyghur Latin : • “Hemme adem zanidinla erkin, izzet-hörmet we hoquqta bapbarawer bolup tughulghan. Ular eqilge we wijdan'gha ige hemde bir-birige qérindashliq munasiwitige xas roh bilen muamile qilishi kérek”. • Maksud teks di atas, “Semua manusia dilahirkan bebas dan sama dari segi hak. Mereka dianugerahi dengan sebab dan dan harus bertindak ke satu sama lain dalam satu semangat persaudaraan”. (Artikel 1 Deklarasi hak Asasi PBB)

  7. poem

  8. Kraftangan • Karpet merupakan barangan kraf tangan terkenal etnik Uygur. Kemahiran melukis, mengukir, menenun dan menyulam karpet etnik itu sangat tinggi tarafnya dan mendapat sambutan baik di China. • Ukiran batu jed etnik Uygur juga merupakan barangan kraf tangan terkenal etnik Uygur, mereka menggunakan batu jed berkualiti tinggi dan sangat jernih, barangan itu semakin hari semakin berharga.

  9. Budaya • "12 Mukams" (opera) - epik yang mengandungi lebih daripada 340 lagu-lagu klasik dan tarian. • "Daolang Mukams," popular di Korla, Bachu (Maralwexi), Markit dan Ruoqiang (Qarkilik), adalah antara epik lain milik Uighur yang kian pupus. • Alat muzik pelbagai-dutar, petikan rawap dan dap. Dutar dan rawap dimainkan secara solo dan persembahan orkestra. Dap adalah tamborin yang diperbuat daripada kulit kambing biri-biri dengan gelang besi yang kecil dan banyak bersambung pada bingkainya. Tamborin ini digunakan ketika tarian. • Tarian Uighur-"Bowls-on-Head Dance," "Drum Dance," "Iron Ring Dance" dan "Puta Dance” • "Sainaim Dance" paling popular • "Duolang Dance," kadang kala dirujuk sebgai bunga kepada budaya Uighur. Ia menggambarkan aktiviti memburu yang dilakukan oleh orang Markit dahulu. Pergerakannya menggambarkan kekuatan dan semangat. • "Nazilkum," popular di Turpan, Shanshan dan Hami, menggambarkan sepenuhnya sikap optimis dan humor Uighur.

  10. Ekonomi • Wilayah Autonomi Entik Uygur Xinjiang merupakan kawasan yang paling awal menanam kapas dalam sejarah China. Pada abad ke-5 hingga ke-6, penduduk etnik Uygur sudah menanam kapas. Memelihara ulat sutera dan menggunakan teknologi menghasilkan benang sutera daripada kepompong ulat sutera merupakan kejayaan besar etnik Uygur.

  11. Masyarakat Uighur

  12. Uighur di dunia • Kongres Uighur Sedunia berpangkalan di Amerika Syarikat (AS). • Kumpulan perlindungan untuk etnik Uighur dan golongan pejuang hak etnik Uighur yang diusir ke luar negara, ekoran demonstrasi di kedutaan-kedutaan.

  13. Rebiya Kadeer

  14. Etnik Islam China yang lain

  15. Xinjiang di era Mao Zedong(1949-1976) • 1949-Presiden Parti Komunis, Mao Zedong berhasrat untuk mengasingkan umat Islam berdasarkan latar belakang etnik dan bukan identiti sebagai Islam. • 1966, poster-poster ditampal di sekitar Peking (kini Beijing) secara terbuka mendesak ajaran agama Islam dihapuskan. Umat Islam juga diharamkan mempelajari bahasa penulisan Arab (bahasa al-Quran dan aspirasi Islam). • Ketika polisi Mao diperkenalkan, bilangan populasi umat Islam telah berkurangan sehingga 10 juta orang. Berdasarkan statistik populasi yang dikeluarkan pada tahun 1936, bilangan umat Islam di China dianggarkan berjumlah 48,104,240 orang. • Penghapusan sekitar 38 juta orang umat Islam yang begitu drastik tidak pernah dijelaskan oleh kerajaan Kuomingtang pada ketika itu. Walaupun begitu, rayuan sejumlah sami Tibet atau pejuang-pejuang demokrasi di Dataran Tiannamen telah mengurangkan penghapusan umat Islam China secara beramai-ramai. • Imam-imam diwajibkan memperoleh lesen daripada kerajaan negeri. • Penjawat awam termasuk guru pula diharam keras daripada bersembahyang di masjid ketika cuti sakit. • Sesiapa yang berusia 18 tahun ke bawah dibenar mempelajari sebarang ajaran agama Islam

  16. Ancaman • Penduduk-peningkatan jumlah Cina Han • Dahulu, Xinjiang yang diambil alih oleh Empayar China pada abad ke-19 ini memiliki populasi berjumlah 19 juta orang. Sekitar tahun 1949, hanya enam peratus daripada keseluruhan penduduk Xinjiang adalah masyarakat Cina Han. • Hari ini, bilangan kelompok masyarakat ini telah meningkat kepada 41 peratus. Sebanyak 45 peratus pula terdiri daripada etnik Uighur.

  17. Bahasa • Mao Tze Tung menghapuskan tulisan dan bahasa Uyghur yang berteraskan bahasa arab-turki yang telah digunakan selama 1000 tahun melalui pembakaran 350 000 buah buku bertulisan huruf arab serta memutuskan dunia Xinjiang dari dunia keintelektualan luar suatu ketika dahulu • Buku literasi berbahasa Uygur yang membawa nilai kebangsaan Islam serta nilai agama dibakar besar-besaran pada tahun 2002. • Pendidikan paksa melalui bahasa mandarin. Sumber South China Morning Post (1998), terdapat satu maklumat realiti berkenaan dasar bahasa di sekolah-sekolah dalam wilayah Xinjiang. Di 16 kawasan majoriti masyarakat Uygur, Bahasa Uygur adalah bahasa persekolahan dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Bagi yang ingin meneruskan pelajaran ke peringkat pendidikan ketiga tertinggi, pelajar mestilah mempelajari bahasa Mandarin sepenuh masa selama setahun atau lebih. Secara tidak langsung, pelajar Uyghur yang terpilih dimestikan meninggalkan kebudayaan asal, bahasa dan agama mereka untuk berada sama tinggi dengan bangsa Han. • Mac 2004, Xinjiang Daily mengumumkan kaum minoriti (antaranya Uyghur) dalam rantau itu harus menerima dan memberi arahan dalam bahasa Mandarin. Parti Komunis China dan kerajaan telah memutuskan bahawa sekolah-sekolah etnik minoriti mesti bergabung dengan sekolah-sekolah etnik China dan pelajar-pelajar etnik minoriti mesti bercampur dengan pelajar etnik Han. Pengajaran seharusnya dikendalikan dalam bahasa Cina semaksima mungkin. Pengajaran bahasa China untuk pelajar-pelajar etnik minoriti perlu dimulakan pada gred pertama dalam sekolah rendah.

More Related