1 / 20

 Pengertian & Sejarah Kefardhuan Solat Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

بيجق صلاة. BIJAK SOLAT. Program Intensif Kemahiran Solat Tahun 6 Pasca UPSR 2008.  Pengertian & Sejarah Kefardhuan Solat Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat Tempat Larangan Mengerjakan Solat Syarat Sah Solat Pakaian yang boleh digunakan untuk bersolat Rukun-rukun Solat

mahola
Download Presentation

 Pengertian & Sejarah Kefardhuan Solat Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. بيجق صلاة BIJAK SOLAT Program Intensif Kemahiran Solat Tahun 6 Pasca UPSR 2008 •  Pengertian & Sejarah Kefardhuan Solat • Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat • Tempat Larangan Mengerjakan Solat • Syarat Sah Solat • Pakaian yang boleh digunakan untuk bersolat • Rukun-rukun Solat • Perkara yang membatalkan Solat Siri 1

  2. بيجق صلاة BIJAK SOLAT SabdaRasulullah saw..

  3. بيجق صلاة Sketsa BIJAK SOLAT "Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al-Ankabut : 45)

  4. بيجق صلاة TAKRIF SOLAT BIJAK SOLAT Dalam bahasa Arab, solat digunakan dengan makna BERDOA untuk kebaikan. Firman Allah SWT: “Dan berdoalah untuk mereka, sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka.” (Surah at-Taubah : 103) Istilah Fuqaha’ : Ia adalah satu kalimah yang digunakan dengan makna – Perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. Ia dinamakan solat kerana ia mengandungi pengertian kalimah tersebut dan doa merupakan sebahagian besar perkara yang terdapat dalam solat.

  5. بيجق صلاة SEJARAH SOLAT BIJAK SOLAT Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan. SUBUH : Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma. Terbitanoleh : PanitiaPendidikan Islam 2009

  6. بيجق صلاة BIJAK SOLAT ZOHOR : Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat. Rakaat pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan. Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. Rakaat ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT. Rakaat keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

  7. بيجق صلاة BIJAK SOLAT ASAR : Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu: Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan. Rakaat kedua : Kelam dengan air laut. Rakaat ketiga : Kelam dengan malam. Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan Nun.

  8. MAGHRIB : • Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu: • Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. • Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. • Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya • bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT • semata-mata, tiada dua atau tiganya. بيجق صلاة BIJAK SOLAT

  9. بيجق صلاة BIJAK SOLAT ISYAK : • Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. • Rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya. • Rakaat kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya • Nabi Harun. • Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun. • Rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun

  10. بيجق صلاة HIKMAH SOLAT BIJAK SOLAT Mengingatkan manusia kepada identitinya yang sebenar iaitu hamba kepada Allah SWT. Jiwa manusia sentiasa merasakan bahawa tidak ada yang memberi bantuan dan nikmat yang sebenarnya melainkan Allah. Manusia dapat menggunakan sebahagian daripada masa solatnya untuk bertaubat kepada Allah daripada dosa-dosa yang telah dilakukan. Solat akan menjadi makanan / pengisian yang berterusan kepada aqidah keyakinan kepada Allah di dalam hati. SabdaRasulullah saw.. “Maka yang demikian itu (iaitu mandi lima kali sehari di sungai yang mengalir) umpama solat lima waktu. Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan (dosa) dengan menunaikannya.”

  11. بيجق صلاة Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?” Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.” BIJAK SOLAT BALASAN MENINGGALKAN SOLAT Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

  12. بيجق صلاة BALASAN MENINGGALKAN SOLAT BIJAK SOLAT Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.” Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

  13. بيجق صلاة BALASAN MENINGGALKAN SOLAT BIJAK SOLAT • Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya : • Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah. • Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. • Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. • Maka inilah balasannya.

  14. بيجق صلاة TEMPAT LARANGAN BERSOLAT BIJAK SOLAT SabdaRasulullah saw.. “Aku diberi lima perkara yang tidak diberi kepada mana-mana Nabi sebelumku… (salah satu antara lima itu) … dan dijadikan bumi dan seluruh tanahnya masjid dan suci. Maka di mana sahaja aku berada, aku akan menunaikan solat padanya.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

  15. بيجق صلاة TEMPAT LARANGAN BERSOLAT BIJAK SOLAT Tempat pembuangan najis atau tempat najis. Tempat penyembelihan binatang – bagi mengelakkan najis binatang. Kawasan perkuburan – bagi mengelakkan najis dan menghadap kubur. Di tengah-tengah jalanraya kerana hati akan sentiasa Sibukkan orang dan kenderaan yang lalu-lalang. Bilik air, kerana ia tempat perlindungan syaitan. Tempat perteduhan binatang, kerana baunya yang kuat akan mengganggu solat. Di atas Kaabah.

  16. بيجق صلاة SYARAT SAH SOLAT BIJAK SOLAT Beragama Islam. Baligh. Suci daripada hadas. Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat. Menutup aurat. Aurat bagi wanita, seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Sedangkan aurat bagi laki-laki ialah antara pusat dan lutut. Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan. Menghadap ke arah kiblat.

  17. بيجق صلاة CONTOH PAKAIAN UNTUK BERSOLAT BIJAK SOLAT

  18. RUKUN SOLAT MENURUT MAZHAB SYAFI’I Niat. 1 Takbiratul Ihram. 2 Berdiri tegak bagi yang mampu ketika solat fardhu. Manakala bagi yang tidak mampu, disebabkan sakit & sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring, terlentang atau dengan isyarat. 3 Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat. 4 Rukuk dengan tomakninah. 5 6 I’tidal dengan tomakninah. Sujud dua kali dengan tomakninah. 7 8 Duduk antara dua sujud dengan tomakninah. 9 Duduk tasyahud akhir dengan tomakninah. Membaca tasyahud akhir. 10 Membaca selawat ke atas Nabi pada tasyahud akhir. 11 Membaca salam yang pertama. 12 13 Tertib. Ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

  19. PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT 1 Jika salah satu rukunnya tidak dikerjakan / sengaja ditinggalkan. Berlaku hadas kecil dan hadas besar. 2 Terkena najis secara langsung yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian / tempat solat. 3 Berkata-kata dengan percakapan luar solat dengan 2 perkataan yang boleh difahami. 4 Terbuka auratnya dengan sengaja. 5 Makan dan minum walaupun hanya sedikit. 6 Mengubah niat ketika sedang bersolat. 7 8 Bergerak besar berturut-turut sebanyak 3 kali seperti melangkah / berjalan. 9 Membelakangi kiblat. Menambah rukun. 10 Tertawa terbahak-bahak. Senyum tidak membatalkan solat. 11 Mendahului imamnya. 12 13 Murtad.

  20. بيجق صلاة BIJAK SOLAT

More Related