1 / 23

OBJEKTIF

MINGGU 1 MODUL 1: PEMUPUKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN Topik 1: Konsep dan Pembangunan Keusahawanan. OBJEKTIF. Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat: Menilai kepentingan bidang pengajian keusahawanan . Menerangkan konsep usahawan dan keusahawanan

larya
Download Presentation

OBJEKTIF

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MINGGU 1 MODUL 1: PEMUPUKAN BUDAYA KEUSAHAWANANTopik 1: Konsep dan Pembangunan Keusahawanan

  2. OBJEKTIF Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat: • Menilai kepentingan bidang pengajian keusahawanan. • Menerangkan konsep usahawan dan keusahawanan • Mengenalpasti ciri dan sifat keusahawanan • Membuat rumusan mengenai pembangunan keusahawanan di Malaysia

  3. 1.1 KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN • Pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi + daya saing negara • Melalui kreativiti dan inovasi; mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. • Usahawan adalah individu yang mencipta dan membahagi kekayaan • Membuka peluang perniagaan

  4. 1.2 DEFINISI USAHAWAN & KEUSAHAWANAN • Usahawan = mengesan peluang yang ada, membawa kepada pendapat baru dan memasarkan produk. Istilah ’usahawan’ berasal dari Bahasa Perancis entrependre (memikul atau mencuba)

  5. Proses

  6. 1.3 CIRI DAN SIFAT KEUSAHAWAN • Keinginandankesungguhan yang tinggi • Niat yang betul (mencarirezeki, menyediakanbarang, beribadat). • Mempunyaiilmudankemahiranperniagaan yang mencukupi. • Bertanggungjawab kepada semua yang berkepentingan dengannya. • Sentiasa berjimat menggunakan sumber Kemahiran membuat keputusan Berfikiran kehadapan. Kemahiran berkomunikasi. Menjaga kualiti. Menghindari dari aktiviti yang diharamkan Elakkan hutang Sentiasa menilai tindakan (bermuhasabah) dan berwaspada. Besyukur dengan kejayaan. Tidak boros Sentiasa membayar hutang jika berhutang. Perspektif Islam

  7. 1.4 PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA • Bermula seawal zaman kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing. • British memerintah Tanah Melayu, menjalankan pemerintahan (pecah dan perintah). Kaum Melayu sebagai pentadbir dan petani, kaum Cina bekerja di lombong dan kaum India di perladangan

  8. Selepas kemerdekaan: Dasar Ekonomi Baru (1971 – 1990 ), Dasar Pembangunan Negara (1990 – 2000) dan Wawasan 2020. Semua pihak menggalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia. • Tahun 1995, ditubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia. • Sejak tahun 2005 hingga 2009 Kementerian tersebut telah ditukarkan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KPUK). • Selepas 2009 - KPUK telah dimansuhkan dan tugas diserah kepada kementerian lain

  9. MINGGU 1 MODUL 1: PEMUPUKAN BUDAYA KEUSAHAWANANTopik 2: Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri

  10. OBJEKTIF • Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat: • Membangunkan tahap kompetensi keusahawanan diri • Mempamerkan ciri dan sifat keusahawanan dalam diri

  11. 2.1 Inisiatif Sikap individu yang berinisiatif adalah: • Melakukan usaha atau sesuatu sebelum terpaksa melakukannya, dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. • Giat berusaha untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang-bidang yang baru, keluaran atau perkhidmatan yang baru.

  12. 2.2 Melihat dan Merebut Peluang Sikap individu usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang dapat dilihat melalui aspek-aspek berikut: • Sentiasa mencari dan melihat peluang yang wujud di persekitarannya dan kreatif serta mampu merebut peluang-peluang tersebut. • Merebut peluang-peluang yang luarbiasa dalam memperluaskan pasaran, penggunaan teknologi baru, mendapatkan tempat perniagaan, mendapatkan bantuan kewangan, peralatan atau bantuan-bantuan yang boleh membantu meningkatkan prestasi perniagaan.

  13. 2.3 Kecekalan Sikap seseorang yang cekal dapat dilihat daripada ciri-ciri berikut: • Berusaha berulang kali dengan mencari jalan untuk mengatasi rintangan yang menghalang pencapaian matlamat. • Berusaha melakukan sesuatu untuk mengatasi halangan apabila menghadapi masalah yang besar tanpa cepat menyerah kalah.

  14. 2.4 Mencari maklumat • Melakukan penyelidikan atau tinjauan untuk mendapatkan maklumat atau maklumbalas dalam usaha memberikan perkhidmatan atau mengeluarkan barangan untuk memenuhi kehendak pelanggan. • Mendapatkan khidmat nasihat pakar untuk memajukan perniagaan. • Mencari maklumat dengan bertanya sendiri kepada pelanggan atau pembekal tentang kehendak-kehendak pengguna. • Melakukan siasatan sendiri melalui kajian pasaran dan menganalisisnya. • Menggunakan rangkaian maklumat atau rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat baru dan berguna. • Melakukan sendiri penyelidikan dan anlisis terhadap maklumat yang diperolehi sebelum membuat keputusan-keputusan perniagaan atau dalam menjalankan tugas harian.

  15. 2.5 Menitikberatkan Mutu Kerja yang tinggi Sikap usahawan yang menitikberatkan mutu kerja yang tinggi adalah: • Menunjukkan keinginan menghasilkan atau menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi. • Sentiasa membuat perbandingan mutu kerja sendiri atau syarikat dengan orang lain supaya setanding atau berada di peringkat yang lebih baik.

  16. 2.6 Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja Sikap usahawan yang menepati perjanjian kerja adalah: • Memberi tumpuan kepada perniagaan dan melakukan pengorbanan peribadi dalam mencapai atau menyelesaikan kerja. • Menerima tanggungjawab sepenuhnya dalam menyelesaikan kerja untuk pelanggan. • Sanggup membantu pekerja atau mengambilalih tugas mereka untuk menyelesaikan kerja. • Melahirkan perasaan mengambil berat untuk memuaskan hati pelanggan.

  17. 2.7 Berorientasikan Ke Arah Kecekapan Individu usahawan yang berorientasikan ke arah kecekapan adalah: • Sentiasa mencari jalan untuk melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah dan pantas. • Menggunakan maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan perniagaan yang terkini untuk memperbaiki kecekapan syarikat dan diri sendiri. • Mengambilberat perkiraan kos atau keuntungan hasil daripada sesuatu pembaharuan, perubahan dan tindakan.

  18. 2.8 Membuat Perancangan Yang Sistematik Seseorang usahawan perlu mampu membuat perancangan sistematik dalam: • Melakukan sesuatu tugas atau kerja dengan merancang dan mengatur langkah yang sistematik dan mudah untuk dilaksanakan. • Mewujudkan rancangan yang dapat mengatasi masalah-masalah yang dijangkakan. • Menilai dan memilih beberapa alternatif sebagai keputusan. • Mengambil satu pendekatan yang logik dan sistematik untuk mencapai matlamat

  19. 2.9 Menyelesaikan Masalah Sikap usahawan yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah adalah berkebolehan dari segi: • Mencari dan mengambil strategi untuk mencapai matlamat. • Mencari dan melahirkan idea baru untuk menyelesaikan masalah secara berinovatif.

  20. 2.10 Keyakinan Diri Usahawan yang berkeyakinan diri mampu: • Melahirkan keyakinan melalui kemampuan, keberkesanan dan pendirian diri sendiri dalam menyelesaikan sesuatu tugas. • Memperolehi dan mengumpul pengetahuan dan pengalaman luar daripada bidang pengkhususannya. • Mengurangkan sikap rasa takut kepada kegagalan. • Sedia melakukan perubahan dari masa ke semasa.

  21. 2.11 Ketegasan Usahawan yang tegas mampu: • Menyuarakan sesuatu masalah kepada orang lain secara langsung dan mampu mengambil tindakan walaupun menghadapi tentangan pihak lain.

  22. 2.12 Meyakinkan Orang Lain Individu usahawan mampu menunjuk dan meyakinkan orang lain melalui: • Penonjolan diri dalam meyakinkan pelanggan untuk membeli barangan atau perkhidmatan yang diniagakan. • Kemampuan meyakinkan orang lain untuk mendapatkan sumber modal atau pinjaman yang mendapatkan kontrak-kontrak perniagaan. • Keyakinan menonjolkan kemahiran diri sendiri, kualiti diri dan syarikat.

  23. 2.13 Menggunakan Strategi-strategi Pengaruh Seorang usahawan yang mampu menggunakan strategi-strategi pengaruh mampu: • Berkecenderungan memikirkan strategi mempengaruhi orang lain tanpa tipu helah dalam mencapai matlamat perniagaan. -Finish-

More Related