1 / 11

GURINDAM

GURINDAM. E-LEARNING DAY SEKOLAH TINGGI NAN CHIAU SELASA, 21 OKTOBER 2008. Disediakan oleh: Cikgu Rohayah Ya’acub. Salam sejahtera, pelajar-pelajar semua!. Objektif mengetahui tentang “Gurindam” mencipta Gurindam sendiri

lang
Download Presentation

GURINDAM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. GURINDAM E-LEARNING DAY SEKOLAH TINGGI NAN CHIAU SELASA, 21 OKTOBER 2008 Disediakan oleh: Cikgu Rohayah Ya’acub

  2. Salam sejahtera, pelajar-pelajar semua! • Objektif • mengetahui tentang “Gurindam” • mencipta Gurindam sendiri • menulis sinopsis berdasarkan tema daripada Gurindam yang telah dicipta • mereka kulit DVD yang menarik • Ruang Chat akan dibuka dari jam 9.30 hingga 10.30 pagi. Ruang ini khas untuk kamu berinteraksi dan berbincang dengan Cikgu Rohayah serta rakan-rakan kamu yang lain. • Jangka masauntuk tugasan ini ialah dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari.

  3. GURINDAM Gurindam adalah sejenis bentuk puisi yang terdiri daripada dua baris, berisi dengan pelbagai pengajaran. Asal usul perkataan gurindam adalah daripada Bahasa Sanskrit dan dikatakan memasuki Bahasa Melayu melalui Bahasa Tamil iaitu 'kirandum'. Dalam baris kedua, termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama. Rima akhir tiap-tiap baris gurindam adalah sama.

  4. AKTIVITI 1 Sila dengar lagu yang telah disertakan dalam pembelajaran ini. Kamu digalakkan mendengarnya berulang kali. Apakah pengajaran-pengajaran yang hendak disampaikan melalui lirik lagu itu? Pastikan kamu pergi ke “Ruang Chat” di lelaman http://persadanchs.homebizexplorer.com - pada pukul 9.30 – 10.30 pagi untuk membincangkan tentangnya.

  5. LIRIK LAGU GURINDAM PUSAKA GURINDAM LAMA PUSAKA BANGSA NASIHAT BERGUNA UNTUK SEMUA APABILA BANYAK BERKATA-KATA DI SITULAH JALAN MASUK DUSTA APABILA BANYAK BERLEBIH-LEBIHAN SUKA ITULAH TANDA HAMPIR DUKA Sambung di halaman sebelah…..

  6. LIRIK LAGU GURINDAM PUSAKA GURINDAM LAMA PUSAKA BANGSA NASIHAT BERGUNA UNTUK SEMUA APABILA ANAK TIADA DILATIH JIKA BESAR KELUARGANYA LETIH APABILA BANYAK MENCELA ORANG ITULAH TANDA DIRINYA KURANG

  7. AKTIVITI 2 Secara berpasangan atau individu, sila cipta sendiri dua rangkap Gurindam. Sila muat turun dokumen MS Word “Gurindam Aktiviti 2”. Lengkapkan tugasan kamu itu di situ. Berdasarkan dua rangkap Gurindam yang telah dicipta itu, fikirkan sebuah cerita ringkas yang berkaitan dengan pengajaran daripada Gurindam yang telah kamu cipta itu. Tulis sinopsis cerita tersebut, tidak melebihi 100 perkataan. Tugasan ini boleh dilengkapkan secara berpasangan atau individu.

  8. AKTIVITI 3 Reka kulit DVD (depan dan belakang) berdasarkan cerita ringkas yang telah kamu lengkapkan itu. Seperti kulit DVD, ia harus ada tajuk, gambar, grafik dan sebagainya. Sinopsis yang telah kamu taipkan tadi perlu disertakan di belakang kulit DVD. Tugasan ini perlu dilengkapkan dengan menggunakan MS Powerpoint. Kamu boleh lihat contoh kulit DVD (depan & belakang) di dua halaman selanjutnya.

  9. Kasih sayang antara dua adik-beradik dalam kesepian (WITH ENGLISH SUBTITLES) Untuk Abang Dari Siti KASIH SAYANG Buat Selama-lamanya Penerbitan: Penaja:

  10. Kisah seorang pemudi bernama Siti Fatimah yang dilahirkan pada tahun 1949, dimana Singapura masih huru-hara dari tamat peperangan. Kematian ibu dan bapanya pada hari lahir Siti membuat abang Siti yang bernama Abdul Rahman kecewa. Dia berumur 5 tahun ketika tragedi itu. Mak Cik Maimoon menjaga Siti dan Mak Cik Halimah menjaga Abdul. Kedua-dua tidak berjumpa lagi selama 10 tahun. Tahun 1959, kedua adik-beradik bertemu dan kedua keluarga itu bercadang agar tinggal bersama. Setelah tinggal bersama Siti dan Abdul mula berkasih sayang antara mereka. Abdul menjaga adik kesayangannya dengan penuh kekuatan. Pada tahun 1964, ada pertempuran antara kaum Cina dan Melayu. Kedua-dua adik-beradik itu harus menyelamatkan diri mereka.

  11. Akhir sekali….. Kesemua tugasan (Gurindam Aktiviti 2 & Kulit DVD) harus dihantar selewat-lewatnya hari ini, Selasa 21 Oktober, 5 petang. Hantar tugasan kamu menerusi e-mel ini: rroxyangel@hotmail.com Semoga kamu semua berasa seronok dan memperolehi manfaat serta ilmu melalui pembelajaran ini. Terima kasih.  Salam hormat, Cikgu Rohayah

More Related