1 / 26

Taklimat Skim Pembantu Penyelidik (RA) dan Skim Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA)

Taklimat Skim Pembantu Penyelidik (RA) dan Skim Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA). AUDI INOS, 16.02.2012. PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (RMIC). PENGENALAN 1. Penyelidikan dijalankan melalui projek-projek penyelidikan

Download Presentation

Taklimat Skim Pembantu Penyelidik (RA) dan Skim Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Taklimat Skim Pembantu Penyelidik (RA) dan Skim Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) AUDI INOS, 16.02.2012 PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (RMIC)

  2. PENGENALAN 1. Penyelidikan dijalankan melalui projek-projek penyelidikan yang di terima daripada kementerian-kementerian berkaitan atau agensi-agensi pemberi dana. Kebiasaanya, setiap projek diketuai oleh seorang Ketua Projek yang juga staf akademik. Perlaksanaan projek-projek tersebut biasanya dibantu oleh Pembantu Penyelidik / Pembantu Penyelidik Siswazah . 2. Universiti merasakan bahawa tugas menjalankan penyelidikan bukan sahaja dijalankan oleh Ketua Projek dan Penyelidik Bersama sahaja, malah juga dijalankan oleh Pembantu Penyelidik / Pembantu Penyelidik Siswazah.

  3. sam.. 3. Pembantu Penyelidik ialah seseorang yang dilantik oleh Universiti Malaysia Terengganu secara Sambilan ataupun Kontrak untuk membantu kerja-kerja penyelidikan dan di bayar elaun/upah berdasarkan kadar bulanan atau harian. 4. Pembantu Penyelidik Siswazah pula dilantik mengikut tempoh projek atau baki yang mencukupi atau yang mana terlebih dahulu. Pelajar adalah diwajibkan membayar yuran program ijazah lanjutan yang mereka ikuti. Bagi Penbantu Penyelidik Siswazah yang tidak mempunyai penaja atau yang masih mempunyai hutang dengan Sekolah Siswazah, Yuran Program Ijazah Lanjutan akan dipotong melalui elaun bulanan.

  4. SUMBER KUASA • Mesyuarat JK Penyelidikan Universiti kali ke 21 yang telah bermesyuarat pada 19 Julai 2007 telah bersetuju dengan Cadangan Skim Pembantu Penyelidik (Minit JKPU 21/2/2/2007). • Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UMT kali ke-8 Bil. 10 Tahun 2007 yang telah bermesyuarat pada 28 Ogos 2007 melalui Minit Mesyuarat JKE JKE 8/7/2007 telah bersetuju memperakukan Cadangan Skim Pembantu Penyelidik.

  5. sam…. 3. Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan UMT melalui minit 7/3/2007 telah meluluskan kadar elaun/upah dan kadar tuntutan perjalanan Pembantu Penyelidik. 4. Padatahun 2009, MesyuaratJawatankuasaPenyelidikanUniversiti (JKPU) melaluipetikanminit JKPU 27/5/2/2009 meluluskan pula kadarhitunganbatubagiPembantuPenyelidik. Kertas yang samadenganpenambahbaikantuntutanperjalanantelahdibincangdandiluluskanolehMesyuaratJawatankuasaPengurusanKewangandanAkaun (JPKA) yang bersidangpada 20 April 2011 melaluipetikanminit 9/16/2011. Seterusnya, diluluskanolehMesyuaratJawatankuasaPengurusandanKewangandanAkaun (JKPA) kali ke 19 Bilangan 2/2011 melaluipetikanminit 17/19/2011.

  6. OBJEKTIF SKIM PEMBANTU PENYELIDIK • Berikut adalah objektif Skim Pembantu Penyelidik ; • 1. Mewujudkan mekanisme Pembantu Penyelidik yang • lengkap; • 2. Mewujudkanminatdankecenderungandalambidang • penyelidikan; • 3. Menyumbang kepakaran dan idea dalam • perkembangan aktiviti penyelidikan ke arah penyelidikan • yang cemerlang dan mempunyai nilai komersil; • 4. Membantu UMT mencapai matlamat ke arah sebuah • Universiti Penyelidikan.;

  7. Sam… • 5. Melahirkan generasi baru sebagai pemangkin dalam penyelidikan pada masa akan datang; • 6. Membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja bagi menjalankan penyelidikan di Universiti; • 7. Menyemai dan menggalakkan pelajar Universiti untuk terlibat dalam bidang penyelidikan; • 8. Menggalak dan meningkatkan perkembangan penyelidikan di Universiti dengan kerjasama pelajar.

  8. OBJEKTIF SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH Berikut adalah objektif Skim Pembantu Penyelidik Siswazah ; • Memberi galakan kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah di samping memantapkan lagi penyelidikan yang dijalankan di UMT. • Membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja bagi menjalankan penyelidikan di Universiti • Menyemai dan menggalakkan pelajar Universiti untuk terlibat dalam bidang penyelidikan; • Melahirkan generasi baru sebagai pemangkin dalam penyelidikan pada masa akan datang.

  9. TARAF LANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK Pembantu Penyelidik boleh dilantik secara: i) Sambilan: • Pelantikan Pembantu Penyelidik bertaraf Sambilan adalah bagi tempoh tidak melebihi satu tahunpada satu-satu masa bermula dari tarikh melapor diri. • Pembantu Penyelidik bertaraf Sambilan akan dibayar elaun secara bulanan dan berdasarkan kadar elaun harian atau bulanan. Bayaran adalah tertakluk kepada peruntukan penyelidikan yang sedia ada, keperluan perkhidmatan dan persetujuan Ketua Projek yang berkenaan. • Pembantu Penyelidik bertaraf Sambilan boleh dilantik semula setelah tempoh lantikan tamat atas dasar persetujuan kedua-dua pihak. • Pihak Universiti tidak akan mencarum dalam KWSP bagi lantikan ini

  10. ii) Kontrak: • - Pelantikan Pembantu Penyelidik bertaraf Kontrak adalah bagi • tempoh sekurang-kurangnya satu tahun dan maksima tiga • tahunpada satu-satu masa bermula dari tarikh melapor diri. • - Pembantu Penyelidik bertaraf Kontrak akan dibayar upah secara bulanan dan berdasarkan kadar upah bulanan. Bayaran adalah tertakluk kepada peruntukan penyelidikan yang sedia ada, keperluan perkhidmatan dan persetujuan Ketua Projek yang berkenaan. • - Pembantu Penyelidik bertaraf kontrak boleh dilantik semula setelah tempoh lantikan tamat atas dasar persetujuan kedua- dua pihak. • - Pihak Universiti akan mencarum dalam KWSP bagi lantikan ini.

  11. TUGAS DAN KEWAJIPAN PEMBANTU PENYELIDIK Pembantu Penyelidik adalah dikehendaki membantu dalam kerja-kerja penyelidikan yang berkaitan sebagaimana yang diarah oleh ketua projek penyelidikan. Pembantu Penyelidik adalah bertanggungjawab kepada Ketua Projek Penyelidikan yang berkenaan.

  12. TUGAS DAN KEWAJIPAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH Selain membuat penyelidikan untuk menghasilkan tesis sendiri, Pembantu Penyelidik Siswazah adalah diperlukan :- • Membantu pensyarah dalam tutorial / pengajaran atau sebagai penunjukajar dalam makmal tidak melebihi enam (6) jam seminggu. • Membantu pensyarah menjalankan kerja-kerja penyelidikan

  13. TEMPOH LANTIKAN

  14. UPAH / ELAUN RA/GRA yang dilantik akan dibayar upah/elaun mengikut kadar kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 di bawah; Jadual 1 : Kadar upah/elaun mengikut kelayakan: * tidak termasuk caruman majikan KWSP dan PERKESO Penyelidik boleh menawarkan gaji yang kurang daripada kadar yang ditetapkan dalam Jadual 1 berdasarkan kemampuan kewangan projek berkenaan.

  15. CONTOH JADUL POTONGAN ELAUN GRA BAGI PELAJAR YANG BERHUTANG UNTUK YURAN SEM 1 SESI 2010/2011

  16. PENERIMAAN ELAUN VS BAYARAN LAIN

  17. Sam. PENERIMAAN ELAUN VS BAYARAN LAIN

  18. PENGHANTARAN TUNTUTAN ELAUN

  19. TUNTUTAN PERJALANAN Pembantu Penyelidik dan Pembantu Penyelidik Siswazah perlu mendapat kelulusan dari Pengarah RMIC untuk membuat perjalanan sama ada berkaitan dengan projek penyelidikan atau menghadiri seminar, konferensi atau kursus yang diadakan di Malaysia sahaja dan mempunyai peruntukan seperti yang diluluskan dalam permohonan awal. Perjalanan Luar Negara tidak dibenarkan kecuali dinyatakan oleh pihak penaja. a) Kadar-kadar tuntutan perjalanan adalah seperti berikut :

  20. KADAR HITUNGAN BATU Pembantu Penyelidik dan Pembantu Penyelidik Siswazah juga layak diberi kemudahan untuk membuat tuntutan Hitungan Batu mengikut kadar kelayakan seperti peraturan yang berkuatkuasa kepada staf tetap UMT. Namun demikian, ia masih tertakluk kepada syarat-syarat berikut:i. Nilai Kadar Tuntutan Hitungan Batu per kilometer adalah tidak melebihi kadar kelayakan sepertimana kakitangan tetap yang berkuatkuasa di UMT.ii. Tuntutan bayaran perlu dicaj kepada vot penyelidikan ketua projek terlibat.iii. Ketua projek penyelidikan bertanggungjawab (responsible and accountable) atas budi bicara beliau untuk menetapkan kadar tuntutan hitungan batu per kilometer (tidak melebihi kelayakan kakitangan tetap UMT yang setara) yang bersesuaian mengikut kemampuan sedia ada kewangan geran projek penyelidikannya.

  21. Sam.KADAR HITUNGAN BATU iv. Tuntutan hitungan batu ini hanya boleh diluluskan dengan syarat dilampirkan dokumen bertulis dari ketua projek menjelaskan kenderaan universiti tidak dapat ditempah pada waktu yang diperlukan oleh Pembantu Penyelidik (RA) atau Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA).v. Semua tuntutan hitungan batu RA dan GRA perlu disahkan oleh ketua projek.vi. Hanya RA dan GRA yang mempunyai surat lantikan rasmi RMIC sahaja layak membuat tuntutan hitungan batu. vii. Kemudahan ini tertakluk kepada peraturan atau garis panduan pemberi dana penyelidikan seperti MOSTI, KPTM, dan lain-lain.

  22. PENGISYTIHARAN PENERIMAAN BIASISWA @ BANTUAN BAYARAN LAIN Sekiranya menerima RA/GRA sebarang pekerjaan tetap atau kontrak atau menerima gaji bulanan secara tetap atau menerima pembiayaan daripada lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran) dalam tempoh pelantikan maka RA/GRA adalah bertanggungjawab melaporkan penerimaan pekerjaan atau pembiayaan tersebut kepada pihak RMIC. Jika pelantikan diteruskan disebabkan kecuaian atau kegagalan RA/GRA melaporkan perkara ini, pihak RMIC atau Ketua Projek berhak membuat tindakan tuntutan gantirugi ke atas jumlah elaun atau perbelanjaan lain yang telah dibayar.

  23. PENAMATAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK (a) Pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berhak menamatkan perkhidmatan Pembantu Penyelidik Sambilan tanpa memberi sebarang sebab pada bila-bila masa selepas memberi tujuh (7) hari notis. Pembantu Penyelidik Sambilan boleh meletakkan jawatan dengan cara yang sama. Notis bertulis perlu dibuat kepada Pengarah RMIC melalui Ketua Projek (b) Pihak Universiti Malaysia Terengganu ( UMT) berhak menamatkan Perkhidmatan Pembantu Penyelidik Kontrak tanpa memberi sebarang sebab pada bila-bila masa selepas memberi tiga puluh (30) hari notis atau dibayar sebulan gaji sebagai ganti notis. Pembantu Penyelidik Kontrak boleh meletakkan jawatan dengan cara yang sama. Notis bertulis perlu dibuat kepada Pengarah RMIC melalui Ketua Projek. (c) Selain itu, UMT pada bila-bila masa berhak menamatkan perkhidmatan Pembantu Penyelidik atau mengambil apa apa tindakan lain mengikut peraturan-peraturan yang berkuat kuasa di UMT, sekiranya Pembantu Penyelidik didapati melanggar peraturan Universiti yang berkuatkuasa.

  24. PENAMATAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH Khidmat Pembantu Penyelidik Siswazah boleh ditamatkan apabila : a) Digugurkan daripada pengajian. b) Tempoh penyelidikan telah tamat atau amaun geran penyelidikan tidak mencukupi. c) RMIC atas nasihat Ketua Projek boleh menamatkan khidmat Pembantu Penyelidik Siswazah apabila didapati prestasi Pembantu Penyelidik Siswazah tidak memuaskan. d ) Sekiranya Pembantu Penyelidik Siswazah itu sendiri ingin menamatkan perkhidmatan sebagai Pembantu Penyelidik Siswazah pelajar tersebut perlulah menjelaskan yuran semester bagi yang berhutang kepada Ketua Projek dan memberi 14 hari notis bertulis yang disahkan oleh Ketua Projek kepada Pengarah RMIC.

  25. TATATERTIB DAN KELAKUAN Sepanjang lantikan, Pembantu Penyelidik dan Pembantu Penyelidik Siswazah juga adalah tertakluk kepada Perlembagaan Universiti dan segala Statut, Akta, Peraturan - peraturan dan Kaedah-kaedah yang berkuatkuasa di Universiti ini dan kepada Arahan - arahan Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Universiti dari semasa ke semasa.

  26. TAMAT

More Related