1 / 20

PERKAMPUNGAN ILMU 31 Mei 2009

PERKAMPUNGAN ILMU 31 Mei 2009. Mikroekonomi 8.00am – 10.00am. Format Peperiksaan STPM Ekonomi 1. Taburan Soalan Ekonomi 1 Mengikut Bab. Persediaan Peperiksaan.

ivana
Download Presentation

PERKAMPUNGAN ILMU 31 Mei 2009

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PERKAMPUNGAN ILMU31 Mei 2009 Mikroekonomi 8.00am – 10.00am panitiaekonomi@kisas09

  2. Format Peperiksaan STPM Ekonomi 1 panitiaekonomi@kisas09

  3. Taburan Soalan Ekonomi 1 Mengikut Bab panitiaekonomi@kisas09

  4. Persediaan Peperiksaan Dalam masa menjelang peperiksaan, pelajar hendaklah menentukan ulangkaji pelajaran telah dibuat dengan baik.  Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diperhatikan: Persediaan malam sebelum peperiksaan • Baca nota ringkas di kad-kad ulang kaji. • Semak kotak pensil. • Semak masa dan tempat peperiksaan daripada jadual peperiksaan. • Cuba lakukan latihan rileks. • Berdoa agar tenang dan dapat menjawab soalan dengan baik. Teknik-teknik ketika di dalam dewan peperiksaan. • Duduk dengan tenang. • Berdoa. • Baca keseluruhan kertas soalan. • Rancangkan jawapan. • Proses.  Jawab mengikut kehendak soalan. • Pastikan tulisan anda senang dibaca. panitiaekonomi@kisas09

  5. Kehendak soalan • Jelaskan… • Dengan bantuan gambar rajah… • Huraikan… • Hitung… • Nyatakan panitiaekonomi@kisas09

  6. Bahagian B Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga. (6 markah) (B2:2007) Jawab dalam masa 10 minit panitiaekonomi@kisas09

  7. Contoh Jawapan: Tiga faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga ialah: • Kewujudan barang pengganti (1/2 – 1 m) Sekiranya sesuatu barang mempunyai banyak barang pengganti, perubahan harga yang sedikit akan menyebabkan perubahan kuantiti diminta yang besar terhadap barang tersebut. Ini bermakna apabila harga barang tersebut naik sedikit, kuantiti diminta akan berkurang dengan banyak kerana pengguna beralih kepada barang pengganti yang lebih murah. (1.5 – 2 m) panitiaekonomi@kisas09

  8. Bahagian C Jelaskan bagaimana sistem pasaran bebas menyelesaikan masalah • Penggunaan sumber [3] • Pengeluaran barang [4] • Pengagihan barang kepada masyarakat [3] (C9:2007) Jawab dalam masa 17.5 minit. panitiaekonomi@kisas09

  9. Contoh jawapan • Sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah penggunaan sumber melalui mekanisme harga, iaitu kuasa permintaan dan penawaran faktor di pasaran (1m). Sistem ekonomi pasaran bebas akan menggunakan sumber dengan cekap (1m), iaitu menggunakan sumber yang sedikit untuk menghasilkan keluaran yang banyak kerana matlamat utama sistem ekonomi pasaran bebas adalah untuk memaksimumkan keuntungan. Oleh itu ia akan menggunakan sumber dengan minimum (1m). panitiaekonomi@kisas09

  10. (b) – mekanisme harga, kuasa permintaan dan penawaran barang di pasaran. - masalah apa dan berapa hendak dikeluarkan. - pengeluaran ditentukan oleh permintaan, penawaran ditentukan oleh kos pengeluaran. - matlamat adalah memaksimumkan keuntungan dan DD = SS untuk menentukan pengeluaran barang. panitiaekonomi@kisas09

  11. PERKAMPUNGAN ILMU31 Mei 2009 Makroekonomi 10.30am – 12.30am panitiaekonomi@kisas09

  12. Format Peperiksaan STPM Ekonomi 2 panitiaekonomi@kisas09

  13. Taburan Soalan Ekonomi 2 Mengikut Bab panitiaekonomi@kisas09

  14. Bahagian B Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan data pendapatan negara kurang sesuai digunakan untuk membandingkan taraf kemakmuran masyarakat dan prestasi ekonomi antara negara. (6 markah) (B1:2007) Jawab dalam masa 10 minit panitiaekonomi@kisas09

  15. Contoh jawapan Tiga faktor yang menyebabkan data pendapatan negara kurang sesuai digunakan untuk membandingkan taraf kemakmuran masyarakat dan prestasi ekonomi antara negara ialah: Perbezaan jumlah penduduk (0.5 – 1m) Setiap negara mempunyai jumlah penduduk yang berbeza. Andaikan negara A dan negara B mempunyai pendapatan negara yang sama, tetapi negara A mempunyai jumlah penduduk yang lebih ramai. Maka pendapatan per kapita bagi setiap penduduk di negara A adalah lebih rendah berbanding di negara B. Ini bermakna, taraf kemakmuran dan prestasi ekonomi negara B adalah lebih baik daripada negara A walaupun pendapatan kedua-dua negara adalah sama. Oleh itu, data pendapatan negara tidak boleh digunakan untuk membandingkan taraf kemakmuran dan prestasi ekonomi antara negara disebabkan jumlah penduduk yang berbeza. panitiaekonomi@kisas09

  16. Bahagian D Jadual di bawah menunjukkan pelbagai jenis aktivit ekonomi dan nilai jualan yang bermula daripada aktiviti pembalakan hingga aktiviti penjualan perabot. • Apakah yang dimaksudkan dengan nilai ditambah? [2] • Hitung nilai ditambah yang diwujudkan oleh pelbagai jenis aktiviti di atas. [2] • ‘Jumlah nilai ditambah dalam pengeluaran barang perantaraan adalah sama dengan nilai barang akhir’. Buktikan pernyataan ini dengan menggunakan jadual di atas. [2] • (i) Nyatakan dalam sektor ekonomi yang mana setiap jenis aktiviti ekonomi di atas tergolong. [2] • (ii) Berdasarkan nilai jualan dalam jadual di atas, hitung nilai sumbangan setiap sektor ekonomi kepada pendapatan negara. [2] panitiaekonomi@kisas09 Jawab dalam masa 17.5 minit…

  17. Contoh jawapan • Nilai ditambah ialah tambahan nilai terhadap sesuatu keluaran setelah melalui proses pengeluaran. Contohnya, kayu balak bernilai RM10 diproses menjadi papan bernilai RM15, iaitu mengalami pertambahan nilai sebanyak RM5 • RM800 • Bandingkan pengiraan nilai ditambah dengan nilai akhir barang. Jadi pernyataan tersebut dibuktikan benar. panitiaekonomi@kisas09

  18. (d) (e) panitiaekonomi@kisas09

  19. Musuh yang paling bahaya adalah diri sendiri… Seringkali diri gagal kerana menurut hawa nafsu… Jangan biarkan diri anda hanyut dilayar nafsu… Kelak nanti sendiri yang lesu Tingkatkan usaha, cemerlangkan prestasi, terbilangkan diri… Guru hanya membantu anda mencungkil prestasi diri… panitiaekonomi@kisas09

  20. “Berilah pendidikan kepada anak-anak kamu yang dilahirkan untuk zaman lain daripada zaman kamu” Umar Alkhatab SEKIAN TERIMA KASIH panitiaekonomi@kisas09

More Related