slide1 n.
Download
Skip this Video
Loading SlideShow in 5 Seconds..
Informan Bahasa Pengisah, orang yang memberi keterangan atau maklumat tentang sesuatu perkara. PowerPoint Presentation
Download Presentation
Informan Bahasa Pengisah, orang yang memberi keterangan atau maklumat tentang sesuatu perkara.

Loading in 2 Seconds...

play fullscreen
1 / 16

Informan Bahasa Pengisah, orang yang memberi keterangan atau maklumat tentang sesuatu perkara. - PowerPoint PPT Presentation


  • 121 Views
  • Uploaded on

Informan Bahasa Pengisah, orang yang memberi keterangan atau maklumat tentang sesuatu perkara. Orang yang menjadi fokus dalam masyarakat dan tahu sikap dan latar diri ahli masyarakatnya. Contoh: Ketua kampung, pegawai daerah, individu tertentu. Keperluan informan bahasa

loader
I am the owner, or an agent authorized to act on behalf of the owner, of the copyrighted work described.
capcha
Download Presentation

PowerPoint Slideshow about 'Informan Bahasa Pengisah, orang yang memberi keterangan atau maklumat tentang sesuatu perkara.' - imaran


An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript
slide1

Informan Bahasa

Pengisah, orang yang memberi keterangan atau maklumat tentang sesuatu perkara.

Orang yang menjadi fokus dalam masyarakat dan tahu sikap dan latar diri ahli masyarakatnya. Contoh: Ketua kampung, pegawai daerah, individu tertentu.

Keperluan informan bahasa

Kerjasama cari sampel kajian, keterangan tentang latar belakang dan sejarah masyarakat setempat.

Selepas kajian, perlu beri sedikit sagu hati mengikut keperluan orang tempatan.

Jangan menghina, pandang rendah. Jalin hubungan yg selamat, hindari dpd membuat sebarang komen.

slide2

Cara Merakam Data

  • Minta izin, terangkan tujuan rakaman, termasuk:
  • Diri perakam/penyelidik
  • Tempat rakaman dibuat
  • Tarikh rakaman dibuat
  • tajuk
  • Butir diri informan, iaitu nama,tarikh lahir (jika perlu), umur, pekerjaan, lama bermastautin.
slide3

Korpus Linguistik

Bahan linguistik, kumpulan ujaran tertulis atau lisan yang digunakan untuk menyokong atau menguji hipotesis tentang sesuatu struktur bahasa.

Contoh korpus linguistik ujaran lisan:

Tunduk kasih sayang kepada aku rawan kasihan

Sedangkan lagi harimau garang beranak

Berkat tanah seberang tunduk kasih sayang kepadaku

Rawan kasihannya kepadaku

Seperti engkau manusia tidak tunduk kasih sayangmu kepadaku

Lagikan gajah tunggal berkaki tunggal

Tanah seberang tunduk kasih sayang kepadaku

Mustahil manusia tidak tunduk kasih sayang

kepadaku……………………………………………………………

slide4

Contoh Korpus linguistik kumpulan ujaran tertulis:

Sha’er Bidasari

(Dipetik daripada Drie Maleische Gedichten (Tiga Sha’er Melayu) oleh H.C. Klinkert, Leiden, 1886).

Bismillahi itu permulaan kalam,

Dengan nama Allah Khalikul ‘alam,

Melimpahkan rahmat siang dan malam,

Pada segala mu’min dan Islam.

Dengarkan tuan suatu riwayat,

Raja di-desa negeri Kembayat,

Di-karangkan fakir jadi hikayat,

Di-sejokkan dengan sha’er ibarat.

slide5

Ada-lah raja sa-buah negeri,

Sultan Angkasa, bijak bestari,

Asal baginda raja yang bahari,

Limpah adil pada dagang senteri.

Berapa lama di-dalam kerajaan,

Baginda dudok di-dalam kesukaan,

Ada kapada suatu masa

Melayang-lah unggas dari angkasa,

Unggas geroda sangat perkasa,

Baginda pun lari menanggong seksa.

Geroda menyambar ka-dalam desa,

Habis-lah negeri rosak binasa,

Di-sambar geroda burong angkasa,

kelam kabut, sabor termasa.

slide6

Cara Mendapatkan Maklumat Kajian

  • Maklumat tentang budaya bendaan
  • saiz, ketinggian, warna, kegunaan
  • Maklumat tentang gerak-geri, contohnya yang berkaitan dengan istilah seni tari
  • 3. Maklumat sebutan atau lafaz
  • 4. Maklumat daripada cerita
  • 5. Maklumat daripada perbualan/temuduga
  • 6. Maklumat daripada soal selidik
slide7

Persampelan

Prinsip utama persampelan adalah memastikan kebolehan sampel mewakili populasi.

Jenis persampelan yang paling asas ialah persampelan rawak mudah.

Persampelan rawak mudah dijalankan dengan mencabut satu sampel daripada senarai nama individu.Senarai nama individu ini dipanggil Rangka Persampelan. Melalui proses rawak ini, setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih dengan individu lain pada tiap-tiap cabutan.

Bagi memilih satu sampel daripada suatu rangka persampelan, maka kita gunakan Jadual Nombor Rawak.

Cara Mengambil Sampel dengan Menggunakan Jadual Nombor Rawak

Katakan kita ada senarai nama 3000 pelajar dari sebuah universiti. Kita ingin mengambil satu sampel berjumlah 50 orang daripada senarai tersebut.

Senarai nama telah diberikan nombor siri dari 1 hingga 3000.

Nombor maksimum adalah 3000, iaitu empat angka. Maka kita gunakan empat turus angka sahaja. Kita boleh mula mengira daripada barisan atas, turus paling kiri (nombor 07018) dan turun ke bawah.

slide8

Tajuk: Persampelan

1. Persampelan Strata

Persampelan strata digunakan oleh penyelidik bagi menentukan sampel mengikut pecahan yang sama banyak. Misalnya pecahan 1/20 bersamaan 100/5 daripada sampel. Perhatikan contoh:

KolejPopulasi

1 5,461

2 1,850

3 2,092

4 3,508

5 2,112

6 318

7 482

N=

Kiraan menggunakan pecahan sampel, 1/20:

KolejPopulasiSampel

1 5,461

2 1,850

3 2,092

4 3,508

5 2,112

6 318

7 482

N= n=

slide9

2. Persampelan Rawak Berlapis

Populasi terdiri daripada lebih satu golongan, misalnya golongan lelaki dan golongan perempuan. Tiap-tiap golongan dikenali sebagai lapisan. Misalnya, dalam satu populasi, terdapat 58% (110org) perempuan dan 42% (80org) lelaki. Berapa jumlah sampel yang sah?

Lapisan perempuan 110/100 =______

____ X 58 =______

Lapisan lelaki 80/100 =______

___X 42 =______

3. Persampelan Kelompok

Mengambil sampel daripada sekelompok unsur yang dikaji.

Contoh:

Seorang penyelidik ingin mengetahui pendapat staf sebuah fakulti tentang isu bahasa rojak. Staf dikelompokkan mengikut tingkat sesebuah blok dalam fakulti tersebut. Setiap tingkat dipanggil kelompok. Jika fakulti tersebut mempunyai 5 blok, dan setiap blok mempunyai 3 tingkat, maka dalam fakulti itu terdapat 15 kelompok. Kelompok-kelompok ini diberi nombor siri 1 hingga 15. Daripada senarai nombor siri, kelompok dipilih mengikut tatacara sampel rawak mudah. Saiz sampel yang sebenar tidak diketahui sehinggalah kelompok dipilih. Hal ini kerana kelompok lazimnya tidak mengandungi jumlah sampel yang sama, dan bergantung kepada kelompok-kelompok yang terpilih secara rawak.

slide10

4. Persampelan Sistematik

Persampelan sistematik memerlukan rangka persampelan. Bagi mendapat sampel, pilih satu unit persampelan secara rawak daripada unsur pertama dalam rangka persampelan. Sebagai contoh, daripada senarai rangka persampelan 50 pelajar, kita memerlukan 30% sampel (15 pelajar). Kita mempunyai 3 pelajar bagi setiap unsur. Secara rawak, kita tentukan sampel yang pertama. Katakanlah pelajar 3. Sampel berikutnya ialah pelajar 6, dan seterusnya, sehingga sampel genap 15 pelajar.

slide11

KANDUNGAN CADANGAN PENYELIDIKAN

BAB

I PENDAHULUAN

Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah

Objektif Kajian

Kepentingan Kajian

Skop Kajian

Definisi Istilah/Operasional

II SOROTAN KAJIAN

Subtajuk A

Subtajuk B

Subtajuk C

slide12

II SOROTAN KAJIAN

Subtajuk A

Subtajuk B

Subtajuk C

…………………

III METODOLOGI

Rekabentuk Kajian

Kerangka Teori

Kerangka Konsepsi

Kaedah Kajian

Tempat Kajian

Populasi dan Persampelan

Pembolehubah Kajian

Alat Kajian

Tatacara Kajian

Penganalisisan Data

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

*Jika Perlu

slide13

Cara Menulis Bibliografi

Format bibliografi yang dicadangkan di sini dipetik daripada American Psychological Association (APA) edisi ketiga tahun 1983. Format ini seringkali digunakan untuk sains sosial dan pendidikan. Perlu diingat bahawa format penulisan bibliografi seringkali mengalami perubahan tetapi asasnya adalah sama.

Abdul Hamid Mahmood (1990). “Penguasaan Bahasa Malaysia Baku di Kalangan Pelajar-Pelajar” dlm. Jurnal Dewan Bahasa 34: 4, hlm. 243-252.

Abdullah Hassan (1983). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bellugi, U., dan Klima, E. (1973). The Signs of Language. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Bialystok, E. dan Frohlich, M. (1977). “Aspects of Second Language Learning in Classroom Settings.” Kertas kerja rencana Bilingualism, no. 13. The Ontario Institute for Studies in Education.

Brown, R. (1973). A First Language: The Early Stages. Cambridge, MA:Harvard University Press.

slide14

Chomsky. N. (1965). Aspects of the Theory of Syntax. Cambridge, MA: MIT Press.

Clark, H.H. dan Clark, E.V. (1977) Psychology and Language: An Introduction to

Psycholinguistics. New York: Harcourt Brace Jovanovich.

Dulay, H.C., dan Burt, M.K. (1974). “Natural Sequences in Child Second Language Acquisition” dlm. Language Learning 24:37-53.

Dulay, H.C., Burt, M.K., dan Finochiaro, M. (1977). Remarks on Creativity in Language Acquisition. New York: Regents.

Ellis, A., dan Beattie, G. (1987) The Psychology of Language and Communication.

London: Weidenfeld & Nicolson.

Farid M. Onn dan Ajid Che Kob (l981). Pengaruh Bahasa Daerah dalam Proses Pembelajaran Bahasa Malaysia di Kalangan Pelajar-pelajar Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

slide15

Green, M, 1999. University of Calgary Research Policies and Procedures Handbook. http://www.ovpr.uga.edu/rpph/rph misn.html. Diakses pada 23 Februari 1999.

Noor Aina Dani, 1996. Pemindahan bahasa di kalangan pelajar dwibahasa, Tesis Ph.D, Universiti Putra Malaysia, Malaysia.

slide16

LAMPIRAN A

Tajuk: Contoh Format Abstrak

Abstrak kertas projek yang dikemukakan kepada Fakulti Bahasa Moden dan

Komunikasi sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Master Sastera

ANALISIS AYAT MAJMUK PANCANGAN

DALAM NOVEL EMPANGAN

Oleh

ABDULLAH BIN YUSOFF

Februari 1999

Pengerusi: Noor Aina Dani, Ph.D.

Fakulti: Bahasa Moden dan Komunikasi

Ayat majmuk pancangan dalam novel-novel Melayu jarang dikaji oleh penyelidik bahasa kerana fokus kajian lebih mengutamakan gaya bahasa dan unsur-unsur sastera. Ayat majmuk pancangan yang terdapat dalam novel Empangan dianalisis oleh penyelidik dengan menerapkan kaedah analisis kandungan.

Penggunaan ayat majmuk pancangan dalam novel Empangan sangat ketara, yang terdiri daripada pancangan relatif, pancangan komplemen, dan pancangan keterangan. Ayat majmuk pancangan komplemen lebih dominan digunakan oleh penulis novel ini berbanding ayat majmuk relatif. Di samping itu, penulis menggunakan ayat majmuk pancangan dengan intensif untuk menyampaikan mesejnya kepada pembaca.