isu isu kontemporari titas krisis alam sekitar l.
Download
Skip this Video
Loading SlideShow in 5 Seconds..
ISU-ISU KONTEMPORARI TITAS : KRISIS ALAM SEKITAR PowerPoint Presentation
Download Presentation
ISU-ISU KONTEMPORARI TITAS : KRISIS ALAM SEKITAR

Loading in 2 Seconds...

play fullscreen
1 / 23

ISU-ISU KONTEMPORARI TITAS : KRISIS ALAM SEKITAR - PowerPoint PPT Presentation


  • 646 Views
  • Uploaded on

ISU-ISU KONTEMPORARI TITAS : KRISIS ALAM SEKITAR . PENDAHULUAN. Masalah pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar merupakan salah satu cabaran dalam kehidupan masa kini, baik di peringkat tempatan mahu pun global.

loader
I am the owner, or an agent authorized to act on behalf of the owner, of the copyrighted work described.
capcha
Download Presentation

PowerPoint Slideshow about 'ISU-ISU KONTEMPORARI TITAS : KRISIS ALAM SEKITAR' - hayley


An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript
pendahuluan
PENDAHULUAN
  • Masalah pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar merupakan salah satu cabaran dalam kehidupan masa kini, baik di peringkat tempatan mahu pun global.
  • Permasalahan alam sekitar biasanya bersifat kompleks dan melibatkan perhubungan di antara banyak faktor.
  • Sebahagian daripada masalah alam sekitar yang berlaku pada hari ini adalah berkait dengan keputusan yang dibuat di peringkat individu.
pandangan dan sikap manusia terhadap alam sekitar
PANDANGAN DAN SIKAP MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR
  • Pandangan dan sikap seseorang mengenai persoalan alam sekitar boleh dilihat dalam tiga kategori yang utama :
    • Dominasi (Domination)
    • Kekhalifahan (Stewardship)
    • Romantisisme (Romanticism / Deep Ecology)
1 dominasi domination
1. Dominasi (Domination)
  • Pandangan ini membenarkan eksploitasi dan kawalan manusia terhadap alam sekitar demi memenuhi keperluan manusia.
  • Alam semulajadi dianggap sebagai satu gedung sumber atau bahan untuk kehidupan. Alam semulajadi tidak mempunyai nilai intrinsik dan kepentingan tersendiri.
  • Alam merupakan satu bentuk komoditi dan tertakluk kepada keperluan manusia.
  • Manusia dan alam dilihat sebagai dua entiti yang terpisah.
2 kekhalifahan stewardship
2. Kekhalifahan (Stewardship)
  • Pandangan ini mengatakan bahawa manusia adalah khalifah di bumi dan bukannya tuan punya alam ini.
  • Manusia bertanggungjawab di dalam memakmurkan alam dan bukan mengeksploitasinya secara sembarangan.
  • Manusia dan alam semulajadi merupakan dua entiti yang berbeza tetapi saling berkaitan di antara satu sama lain.
3 romantisisme romanticism deep ecology
3. Romantisisme (Romanticism / Deep Ecology)
  • Pandangan ini meletakkan nilai intrinsik dan kegunaan kepada setiap bentuk kehidupan.
  • Spesies hidupan selain daripada manusia dilihat sebagai suatu entiti yang perlu dihormati haknya.
  • Alam semulajadi perlu dihormati dan dijagai sebagai suatu yang suci.
  • Pandangan ini menganggap bahawa manusia dan alam merupakan entiti yang sama.
  • Manusia adalah sebahagian daripada alam.
slide7

PRINSIP-PRINSIP ISLAM

DI DALAM HUBUNGAN

MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Tawhid

Khalifah &

amanah

Syariah

Keadilan &

kesederhanaan

a tawhid
(a) Tawhid
  • Konsep tawhid merujuk kepada konsep keesaan Tuhan iaitu tiada Tuhan selain Allah s.w.t. Umat Islam seharusnya sentiasa mengingati Allah s.w.t. dalam setiap perbuatan, pemikiran dan perasaannya.
  • Matlamat utama segala perbuatan, pemikiran dan perasaan adalah untuk mendapat keredaan-Nya. Manusia adalah bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan akan mendapat balasan setimpal di hari akhirat.
  • Konsep tawhid ini tidak terhad kepada persoalan ibadah semata-mata tetapi turut merangkumi setiap aspek kehidupan termasuklah persoalan hubungan manusia dan alam sekitar.
tawhid
Tawhid
  • Manusia harus sedar bahawa bumi yang didiami ini adalah hak milik Allah s.w.t. jua. Spesies manusia hanyalah sebahagian daripada makhluk ciptaan-Nya; manusia perlu berinteraksi dengan lain-lain spesies yang mendiami bumi ini.
  • Meskipun diberikan kelebihan sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi, manusia tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya. Sebaliknya manusia mestilah mengambil kira kesan dan akibat tindakannya terhadap spesies-spesies lain.
  • Ini kerana manusia bertanggungjawab atas segala tindakannya dan akan dipersoalkan di hari kemudian kelak.
  • Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, maksudnya, ‘Semua ciptaan Allah s.w.t. adalah seperti satu keluarga; dan Dia paling menyayangi mereka yang paling baik terhadap keluarga-Nya.’
b khalifah dan amanah
(b) Khalifah dan amanah
  • Al-Quran menjelaskan bahawa alam ini dijadikan mengikut ukuran tertentu dan berada dalam keadaan seimbang dan harmoni.
  • Alam bersifat teratur dan boleh difahami. Ianya menjadi ‘ayat’ atau ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah s.w.t.
  • Ini dinyatakan dalam Surah Taha, ayat 53-54, yang bermaksud: ‘Yang telah menjadikan bagimu bumi sebagai hamparan dan telah menjadikan bagimu bumi itu jalan-jalan dan menurunkan dari langit air hujan. Maka kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis dari tumbuhan yang bermacam-macam... Makanlah dan gembalakanlah binatang-binatangmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang berakal.’
khalifah dan amanah
Khalifah dan amanah
  • Manusia dipilih sebagai khalifah kerana kelebihannya dikurniakan Allah s.w.t. dengan akal fikiran berbanding makhluk-makhluk lain.
  • Sebagai khalifah, manusia bertanggungjawab menjaga keharmonian dan keseimbangan alam dan bukannya mendominasi alam ini.
  • Amanah yang diberikan Allah s.w.t. kepada manusia ini perlu dijaga kerana pada akhirnya setiap individu akan dipersoalkan tentang tanggungjawabnya.
  • Dunia ini adalah tempat ujian bagi manusia dalam menentukan kesudahan di hari akhirat.
  • Surah al-An’am, ayat 165 menyatakan: ‘Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di bumi. Dia meninggikan setengah kamu atas setengah yang lain dengan beberapa darjat supaya Dia boleh menguji kamu apa yang telah dikurniakan-Nya. Tuhan menurunkan azab amat seksanya tetapi sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.’
c syariah
(c) Syariah
  • Syariah menggariskan asas etika dan norma serta perundangan untuk menjadi panduan umat Islam.
  • Syariah adalah berasaskan kepada ajaran al-Quran dan juga contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
  • Matlamat akhir hukum syariah adalah untuk kebaikan umum semua makhluk ciptaan Tuhan dalam kehidupan dunia dan juga akhirat.
  • Hukum syariah berkembang daripada kepercayaan tentang konsep tawhid atau keesaan Tuhan.
  • Allah s.w.t. adalah Maha Pencipta dan kepada-Nya jugalah tempat kembali bagi semua makhluk di dunia ini, sebagaimana dinyatakan dalam Surah Mulk, ayat 2, yang bermaksud: ‘Dialah yang menjanjikan adanya mati dan hidup, supaya Dia boleh menguji siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Perkasa Lagi Maha Penyayang.’
d keadilan dan kesederhanaan
(d) Keadilan dan kesederhanaan
  • Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.
  • Al-Quran dalam Surah 16, ayat 90 menyatakan bahawa: ‘Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan.’
  • Konsep adil dalam alam ini dapat dilihat daripada penciptaan alam semulajadi yang mematuhi ukuran-ukuran tertentu serta sentiasa berada dalam keseimbangan dan keharmonian.
  • Islam juga menganjurkan umatnya hidup dalam kesederhanaan dan tidak berlebih-lebihan.
  • Dalam persoalan alam sekitar, Allah s.w.t. tidak melarang manusia menggunakan sumber semulajadi tetapi penggunaan ini tidaklah sehingga berlebih-lebihan, sebaliknya cukup sekadar memenuhi keperluan.
keadilan dan kesederhanaan
Keadilan dan kesederhanaan
  • Misalnya dalam Surah An Nahl, ayat 5 ada menyatakan: ‘Dan binatang ternakan, diciptakan-Nya untuk kalian daripadanya mendapat pakaian panas dan keperluan (lain-lain) dan sebahagiannya untuk kalian makan’.
  • Contoh lain tentang kesederhanaan dalam kehidupan seharian ialah ketika berwuduk sebelum menunaikan sembahyang, di mana hanya anggota tubuh tertentu sahaja yang wajib dibasahi dan bukannya seluruh badan.
  • Selain itu, umat Islam juga digalakkan mengamalkan sikap berjimat cermat dan tidak membazir dalam penggunaan air.
slide15

APLIKASI PRINSIP-PRINSIP ISLAM

DI DALAM HUBUNGAN

MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Hubungan

manusia

dan haiwan

Hubungan manusia

dan tumbuh-tumbuhan

Penggunaan

dan pemilikan

tanah

hubungan manusia haiwan
Hubungan manusia & haiwan
  • Islam menganjurkan supaya manusia sentiasa mengamalkan sikap yang baik walaupun kepada haiwan.
  • Hadis : ‘Kebaikan yang dibuat oleh seseorang itu terhadap haiwan adalah sama baiknya dengan kebaikan yang dibuatnya terhadap manusia; sementara kejahatan yang dilakukan terhadap haiwan adalah sama jahatnya dengan perbuatan kejam yang dilakukan terhadap manusia.’
  • Islam juga membenarkan manusia memelihara dan menternak haiwan untuk dijadikan makanan (misalnya ayam, itik dan kambing), kenderaan tunggangan atau menarik pedati (misalnya unta, kuda dan kaldai) dan juga kegunaan-kegunaan lain yang berpatutan.
  • Namun, setiap haiwan peliharaan perlu diberikan haknya!
  • Jika haiwan perlu dibunuh atau disembelih, ianya mestilah dilakukan dengan kaedah yang betul bagi mengurangkan kegelisahan dan rasa sakit kepada haiwan itu.
  • Kisah pada zaman Rasulullah saw : Lelaki dengan anjing & Wanita dengan kucing.
hubungan manusia tumbuh tumbuhan
Hubungan manusia & tumbuh-tumbuhan
  • Hadis Rasulullah s.a.w. : ‘Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.’
  • Al-Quran dan hadis banyak menyebut tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan kepada manusia serta juga keperluan untuk manusia bercucuk tanam.
  • Al-Quran, surah 80, ayat 24 hingga 32 menyatakan tentang tumbuhan sebagai makanan manusia. Ayat itu bermaksud: ‘Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami telah benar-benar mencurahkan air dari langit. Kemudian kami belah bumi dengan sebaik-baiknya. Lalu kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu. Anggur dan sayur-sayuran. Zaitun dan pohon kurma. Kebun-kebun (yang lebat) dan buah-buahan serta rumput-rumputan untuk kesenanganmu dan binatang-binatang ternakmu.’
slide18
Kepentingan bercucuk tanam dan mengekalkan kehijauan bumi sememangnya mendapat keutamaan dan amat digalakkan oleh Islam
  • Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan bahawa sekiranya sewaktu hampir kiamat ada di tangan seseorang itu sebatang pokok, maka pokok itu hendaklah ditanam.
  • Allah s.w.t. menjanjikan ganjaran bagi mereka yang bercucuk tanam.
  • Hadis : ‘Sesiapa yang menanam pokok dan menjaganya dengan baik sehingga besar dan mengeluarkan hasil akan mendapat ganjaran di akhirat.’
  • Hadis : ‘Jika ada sesiapa yang menanam sebatang pokok dan bercucuk tanam dan manusia serta haiwan atau burung-burung mendapat makanan darinya, ia hendaklah menganggapnya sebagai satu kebajikan.’
  • Pemeliharaan hutan dan tumbuh-tumbuhan adalah menjadi amalan pemerintahan Rasulullah s.a.w. di Mekah dan Madinah.
  • Amalan melindungi pokok-pokok ini juga dilakukan di waktu peperangan di mana umat Islam dilarang daripada mencabut atau membunuh tumbuhan sekiranya tidak diperlukan.
penggunaan dan pemilikan tanah
Penggunaan dan pemilikan tanah
  • Penggunaan tanah menurut undang-undang Islam boleh dibahagikan kepada empat jenis yang utama iaitu tanah yang sudah dibangunkan (amir), tanah terbiar (mawat), tanah yang dilindungi (harim) dan tanah yang dirizabkan secara kekal (hima).
  • Tanah yang sudah dibangunkan atau amir merujuk kepada mana-mana kawasan yang telah didiami manusia atau mengandungi aktiviti-aktiviti pertanian.
  • Tanah terbiar atau mawat merupakan tanah yang tidak didiami manusia dan tidak digunakan untuk bercucuk tanam, misalnya padang ragut liar dan kawasan hutan.
  • Mawat boleh dimajukan oleh sesiapa sahaja sama ada secara usaha sendiri atau mendapat kebenaran dari kerajaan.
  • Antara usaha yang boleh dilakukan untuk menghidupkan kembali tanah yang telah mati ini termasuklah menggali telaga, mengairi tanah sekiranya terlalu kering, mengeringkan tanah sekiranya terlalu basah, membersihkan pokok-pokok, bercucuk tanam atau membuat bangunan.
slide20
Tanah dilindungi atau harim pula merujuk kepada kawasan yang dilindungi yang letaknya di sekitar tanah yang dimajukan.
  • Tujuan harim adalah untuk melindungi sumber yang ada di kawasan pembangunan berkenaan dan juga menyediakan laluan masuk ke kawasan tersebut.
  • Hima pula merupakan mawat yang tidak boleh dibangunkan sama sekali atau dirizabkan secara kekal.
  • Secara umumnya, harim dan hima mempunyai tujuan yang sama iaitu sebagai kawasan yang dilindungi atau tidak dibangunkan.
  • Perbezaannya ialah harim diuruskan oleh individu atau masyarakat setempat manakala hima pula diuruskan oleh kerajaan untuk kegunaan dan faedah awam.
  • Contoh harim adalah tanah di sekitar perigi persendirian, tebing sungai dan bahu jalan.
  • Contoh hima pula adalah kawasan hutan simpanan untuk pemuliharaan tumbuhan dan juga hidupan liar atau sebagai tempat simpanan kuda-kuda yang digunakan semasa peperangan.
slide21
Pembahagian tanah tersebut dibuat secara berhati-hati dan mengikut penggunaan yang ditetapkan.
  • Selain itu persoalan kepentingan bersama untuk masyarakat setempat turut diberi perhatian.
  • Misalnya penggunaan tanah awam untuk dijadikan zon hima adalah dibuat secara adil.
  • Hima hanya diwujudkan sekiranya benar-benar perlu dan kawasannya hendaklah tidak terlalu luas sehingga menganggu kegunaan orang ramai.
  • Meskipun kerajaan berhak untuk mewartakan sesuatu hima, namun ianya tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana kepentingan awam adalah diutamakan.
krisis alam sekitar
KRISIS ALAM SEKITAR
  • Pemanasan Suhu dunia
  • Krisis tenaga nuklear
  • Pencemaran udara dan jerebu
  • Banjir kilat
kesimpulan
KESIMPULAN
  • Alam ini merupakan manifestasi keagungan Allah s.w.t. dan menjadi ‘ayat’ dalam memahami hakikat kewujudan dan keagungan Allah s.w.t.
  • Kesejahteraan alam ini perlu dipelihara sebagai tanda kesyukuran dan demi mendapat keredaan Allah.
  • Tugas pemeliharaan dan pemuliharaan alam sebenarnya merupakan tanggungjawab setiap manusia yang mendiami alam ini, tanpa mengira batasan agama.
  • Setiap agama dan kepercayaan di dunia mempunyai panduan tertentu dalam menyatakan perhubungan mengenai manusia dan alam sekitar.
  • Apa yang penting adalah keupayaan dan usaha penganut setiap agama dalam merealisasikan prinsip-prinsip panduan menjadi amalan kehidupan seharian.
  • Hasil dan kesan daripada perlakuan manusia pada hari ini akan menentukan kesejahteraan alam pada masa akan datang.