1 / 18

KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957

BAB 5. KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957. Hasil olah: Pn. Ginawati Raji. PENGENALAN. Parti Perikatan telah memenangi pilihan raya 1955. 2. Selepas membentuk kerajaan, satu rombongan telah dihantar ke London untuk merundingkan kemerdekaan.

danyl
Download Presentation

KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 5 KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957 Hasil olah: Pn. Ginawati Raji

  2. PENGENALAN • Parti Perikatan telah memenangi pilihan raya • 1955. • 2. Selepas membentuk kerajaan, satu rombongan telah dihantar ke London untuk merundingkan kemerdekaan. • 3. Satu Suruhanjaya bebas dibentuk bagi menggubal perembagaan kemerdekaan. • 4. Perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 telah menamatkan penjajahan asing terhadap Persekutuan anah Melayu yang berlangsung selama 446 tahun.

  3. 5.1 Rombongan Kemerdekaan • Parti Perikatan telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan negara pada awal 1956. • 2. Melalui kemerdekaan, rakyat negara ini bebas memerintah mengikut cara dan hala tuju yang ditentukan oleh mereka sendiri. • 3. Justeru, Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri telah berunding dengan raja-raja Melayu dan British untuk mendapatkan kemerdekaan • 4. Persetujuan telah dicapai untuk mengadakan mesyuarat rasmi dengan kerajaan British di London.

  4. 5. Bagi tujuan tersebut, satu rombongan yang dinamakan Rombongan Merdeka telah dibentuk. 6. Rombongan terdiri daripada empat wakil Raja-raja Melayu, empat wakil Parti Perikatan (kerajaan) dan empat wakil pentadbiran British di Tanah Melayu.

  5. Matlamat Rombongan Merdeka • Matlamat Rombongan Merdeka adalah untuk • merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah • Melayu dengan pihak British. • 2. Beberapa keputusan dicapai sebagai asas perundingan • mendapatkan kemerdekaan negara.

  6. Perjanjian London • Rundingan di London dipengerusikan oleh • Lord Lennox-Boyd, setiausahaTanah Jajahan British. • 2. Rundingan tersebut berlangsung selama • hampir tiga minggu iaitu dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. • 3. Beberapa keputusan dicapai sebagai asas perundingan mendapatkan kemerdekaan negara.

  7. Antara kandungan Perjanjian London: • Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu • ditetapkan pada 31 Ogos 1957 • 2. Pelantikan sebuah suruhanjaya bebas untuk • menggubal Perlembagaan Merdeka • 3. Parti Perikatan tidak akan mengambil alih • perniagaan British atau kepentingan Barat di Persekutuan Tanah Melayu

  8. Antara kandungan Perjanjian London: • 4. Satu Perjanjian pertahanan dengan British • akan ditandatangani bagi menjaga keselamatan • dan kepentingan ekonomi British di • Persekutuan Tanah Melayu • 5. Konspe Raja Berperlembagaan diperkenalkan. • 6. Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri diteruskan.

  9. 4. Rombongan Merdeka telah kembali ke Tanah Melayu pada 20 Februari 1956. Orang ramai menyambut kepulangan mereka dalam satu perhimpunan besar di Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka. 5. Tarikh kemerdekaan telah diisytiharkan oleh Tunku Abd. Rahman dan disusuli dengan seruan merdeka . 6. Orang ramai menyambutnya dengan laungan ”Merdeka” yang bergema membakar semangat mereka.

  10. 5.2 Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu • Perlembagaan merupakan peraturan atau undang-undang • utama sebagai panduan untuk menguruskan pentadbiran • instiusi, organisasi atau pemerintahan. • 2. Sebagai sebuah negara yang bakal merdeka, perlembagaan • yang dipersetujui oleh semua kaum adalah penting. • 3. Parti Perikatan telah bersetuju dengan pelantikan sebuah • suruhanjaya bebas iaitu Suruhanjaya Reid untuk • menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu • yang merdeka bagi berlaku adil kepada semua kaum.

  11. Suruhanjaya Reid • Suruhanjaya Reid dibentuk pada bulan Mac 1956. • 2. Tujuannya adalah untuk menyusun Perlembagaan • Persekutuan Tanah Melayu. • 3. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord William Reid

  12. Ahli Suruhanjaya Reid yang lain ialah: • Sir Ivor Jennings (England) • Sir William Mckell ( bekas Gabenor Jeneral Australia) • Tuan B. Malik ( Hakim Mahkamah Tinggi India ) • Tuan Abdul Hamid ( Pakistan )

  13. Tugas Suruhanjaya Reid ialah: • Merangka sebuah perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka • Membentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri • Menjamin kedudukan khas raja-raja Melayu • Mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu

  14. 6. Suruhanjaya ini menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak termasuk raja-raja Melayu. 7. Pada Februari 1957, Sruhanjaya Reid telah mengeluarkan draf perlembagaan untuk dibahaskan oleh penduduk dan parti politik tempatan.

  15. Perkara yang dipersetujui dalam Suruhanjaya Reid • . Sebuahnegara persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa pusat dan kuasa negeri ii. Kerakyatan secara jus soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu iii. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain iv. Institusi Raja-Raja Melayu dan konsep Raja-Berperlembagaan dikekalkan v. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, bahasa Cina dan bahasa Tamil boleh dikembangkan dan menjadi bahasa pengantar di sekolah masing-masing. vi. Agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan . Walau bagaimanapun, agama lain boleh terus diamalkan.

  16. 9. Perkara-perkara di atas adalah tolak ansur dan permuafakatan yang dibuat oleh penduduk Tanah Melayu. 10. Persetujuan tersebut membolehkan pembentukan sebuah kerajaan yang demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan. 11. Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan tersebut kerana mereka menyedari bahawa pakatan tersebut akan mewujudkan perpaduan antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu.

  17. 12. Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada bulan Jun 1957 13. Draf Perlembagaan Merdeka telah dibentangkan untuk diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan . 14. Pada 15 Ogos 1957, upacara menandatangani Perjanjian Merdeka 1957, telah diadakan antara raja-raja Melayu dengan British di Kuala Lumpur.

  18. Perlembagaan Merdeka • . Sebuah kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu • Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara • Pembentukan sebuah parlimen yang mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan Negara • Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran Negara dengan dibantu oleh sebuah cabinet • Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu • Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan • Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan • Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa mengurangkan hak warganegara yang lain.

More Related