slide1 n.
Download
Skip this Video
Loading SlideShow in 5 Seconds..
BICARA BIJAK CAKNA BAHASA PowerPoint Presentation
Download Presentation
BICARA BIJAK CAKNA BAHASA

Loading in 2 Seconds...

play fullscreen
1 / 63

BICARA BIJAK CAKNA BAHASA - PowerPoint PPT Presentation


  • 245 Views
  • Uploaded on

BICARA BIJAK CAKNA BAHASA. -Perbincangan secara bestari dalam keprihatinan tentang bahasa. TATABAHASA BAHASA MELAYU. -pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat atau nahu dalam bahasa Melayu. KESALAHAN TATABAHASA. KESALAHAN UMUM PENGGUNAAN KATA 1. Kesalahan ejaan

loader
I am the owner, or an agent authorized to act on behalf of the owner, of the copyrighted work described.
capcha
Download Presentation

PowerPoint Slideshow about 'BICARA BIJAK CAKNA BAHASA' - dante


An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript
slide1

BICARA BIJAK CAKNA BAHASA

-Perbincangan secara bestari dalam keprihatinan tentang bahasa

TATABAHASA

BAHASA MELAYU

-pembentukan perkataan

dan proses pembinaan ayat

atau nahu dalam bahasa Melayu.

slide2

KESALAHAN TATABAHASA

KESALAHAN UMUM PENGGUNAAN KATA

1. Kesalahan ejaan

2. Kesalahan tanda baca

3. Kesalahan imbuhan

4. Kesalahan hukum tatabahasa

5. Kesalahan struktur ayat

6. Kesalahan kata majmuk

7. Kesalahan kata sendi nama

8. Kesalahan ayat pasif

slide4

Kisah dari kawasan perkuburan

Kisah dari kawasan perkuburan

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. Untuk sampai ke kampung,

mereka terpaksa melalui jalan pintas yang bersebelahan dengan sebuah kawasan perkuburan. Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu, tambahan pula pada masa itu hujan renyai-renyai dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi burung hantu dan ketukan dari kawasan perkuburan itu. Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datangnya bunyi itu.

Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan dengan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu,

orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu di atas batu nisan. Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami,

ingatkan Pak cik ni hantu tadi,

Pak cik, pak cik, buat kami terkejut aje". Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :

"Apa yang pak cik buat malam-malam buta kat kubur ni??"

Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah...

"Bodoh betul dia orang ni !

Dia orang salah eja nama aku !"

Moral di sebalik cerita ini

slide5

BUKU BAHASA MALAYSIA IV (LKM 400 )

1. Kata nama dan frasa nama

- Ramai pelajar-pelajar ………

- Kebanyakan negara-negara…….

- Pelajar-pelajar USM…….

- Para-para atlet……….

- Rakyat-rakyat Malaysia……….

2. Ganti nama tanya “ apa “ dalam ayat penyata.

- Apa yang anda saksikan sebentar tadi……… .

- Apa yang mengganggu fikirannya……………. .

- Apa yang menjadi masalah …………………….. .

3. Kata ganti nama “ ia “ dan “ nya “ sebagai kata ganti nama

diri yang ketiga.

-terdiri daripada beberapa unsur…… .

4. Kata Pemeri

- “ ialah ’’ FN + FN ( Subjek dan Predikat )

Contoh: Thailand adalah jiran Malaysia.

Sepatutnya: Thailand ialah jiran Malaysia.

- “ adalah “ FN + FA dan FN + FS

Contoh: a. Bangunan KOMTAR adalah tinggi.

b. Surat ini adalah daripada Kementerian Kesihatan.

- Kata pemeri tidak boleh dimasukkan dalam FN + FK

Contoh: a. Adalah dimaklumkan bahawa pemohonan tuan telah ditolak.

b. Tuan-tuan adalah dijemput untuk menikmati jamuan….

slide6

Kata Sendi nama dan Frasa Sendi nama.

a. Kata sendi nama “ di “ ( pengertian geografi dan arah sahaja tidak boleh masa)

- Ahmad berada di kedai runcit itu.

- Rumah Aminah terletak di kiri jalan itu.

- Di zaman Jepun, ramai orang yang menderita.

b. Kata sendi nama “ pada “ ( keterangan waktu dan tempat bukan geografi/ruang )

-Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi.

-Notis itu ditampal pada papan kenyataan.

c. Kata sendi nama “ dari “ ( menyebut tempat, arah, masa dan waktu )

- Ayah dan ibu bari sampai dari Kota Bharu.

- Bola itu ditendang dari penjuru padang.

- Dia tidak berhenti menulis dari pukul 12.00 tengah malam tadi.

d. Kata sendi nama “ daripada “(menyebut asal kejadian, abstrak dan perbandingan)

- Tali pinggang itu diperbuat daripada kulit buaya.

- Kejayaan itu diperoleh daripada usaha yang gigih.

- Kain sutera itu lebih mahal daripada kain kapas.

e. Kata sendi nama “ ke “ (menyebut tempat, arah dan waktu)

- Mereka akan bertolak ke Pulau Pinang esok.

- Burung-burung itu terbang ke selatan.

-

(Kata sendi nama “ ke“ juga digunakan untuk mengimbangi kata sendi nama “dari”

- dari hati ke hati, dari semasa ke semasa, dari penjuru kiri ke penjuru kanan.

slide7

Kata sendi nama “ sebagai “ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan hubungan antara frasa nama dengan kata kerja sebelumnya dengan menggunakan perkataan seperti “ kesan, akibat, hasil, bukti, tindak balas dan seumpamanya.

  • a. Ahmad dipilih sebagai ketua rombongan itu.
  • b. Rakyat Palestin menderita sebagai akibat kekejaman Zionis.
  • b. Penduduk dunia bertambah sebagai hasil kemajuan dalam bidang perubatan.

g. Kata sendi nama “ dalam “ ( digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang abstrak)

a. Dalam kalangan pelajar itu, dialah yang paling baik.

b Dalam hal ini, kita semua telah bersepakat.

( Kata “ dalam “ juga digunakan sebgai kata adjektif )

Contoh: Sungai itu sangat dalam.

h. Kata sendi nama “ di dalam “ ( digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang konkrit)

a. Mereka belajar di dalam Makmal Bahasa 2.

b. Dia kehilangan kad pengenalan semasa di dalam bas.

  • Kata sendi nama “ untuk “ ( digunakan untuk menyatakan tujuan)
  • a. Derma untuk anak yatim itu sedang dipungut.
  • b. Dia menelefon kepada polis untuk melaporkan kemalangan itu.

j. Kata sendi nama “ bagi “ ( menyatakan maksud bukan untuk tujuan )

a. Bagi kami, kalah menang memang adat pertandingan.

slide8

j. Kata sendi nama “ akan “ ( digunakan sebagai pelengkap kata adjektif yang

menyatakan perasaan kasih, benci, sayang, takut dan seumpamanya)

Kata sendi nama “ akan “ tidak boleh disingkatkan menjadi –kan atau digabungkan

dengan kata adjektif sebelumnya.

a. Saya sayang akan keluarga saya.

b. Orang Malaysia gemar akan buah durian.

k. Kata sendi nama “ di antara “ ( kedudukan kata arah yang ada jarak ruang fizikal )

a. Jambatan itu terletak di antara Georgetown dengan Butterworth.

b. Dia duduk di antara Ahmad dan Aminah.

l. Kata sendi nama “ antara “

i. membuat perbandingan – diikuti dengan kata “dengan” bukannya “ dan “.

a. Antara Johor dengan Singapura ada banyak persamaan.

ii. diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang.

a. Antara lagu persembahannya ialah Dondang Sayang dan Joget Lambak.

iii. mengikuti kata nama yang mengalami penggandaan separa.

a. Mereka berbincang antara adik beradik.

iv. diikuti oleh kata bilangan tentu dan tak tentu.

a. Perhubungan antara kedua-dua negara itu bertambah baik.

b. Mereka adalah antara beberapa pelajar yang cemerlang.

v. diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita, -nya.

a. Antara kita semua ada banyak persamaan.

b. Ramai antara mereka telah keluar daripada parti.

slide9

Kata sendi nama “ oleh ”, “ kerana”, dan “ oleh sebab ”

( tidak boleh digunakan sebagai “ oleh kerana ”)

( “ oleh sebab ” boleh dipendekkan menjadi “oleh ” tetapi tidak boleh dipendekkan

menjadi kata “ sebab ” kerana “ sebab ” ialah kata nama ).

a. Dia dihukum oleh guru kerana kenakalannya.

b. Oleh sebab kelaparan, dia sanggup mencuri.

Contoh ayat :

1. Doktor pakar itu membuat bedah siasat untuk mengenal pasti

sebab kematian pesakit itu.

2. Doktor pakar itu membuat bedah siasat untuk mengenal pasti

kerana kematian pesakit itu.

slide10

PELBAGAI PENGGUNAAN KATA YANG BETUL

1. Kata “ dapat dan boleh ”

2. Kata “ berbagai, berbagai-bagai, pelbagai ”

3. Kata “ setengah, separuh, seperdua , sesetengah”

4. Kata “ bermula dan mulai

5. Kata “ memakai dan menggunakan ”

6. Kata “ bila dan apabila ”

7. Kata “ yang mana dan di mana ”

slide11

KESALAHAN UMUM STRUKTUR

A. Besar kemungkinan projek empangan Bakun itu akan ditangguhkan.

Kemungkinan besar projek empangan Bakun itu akan ditangguhkan.

B. Hadiah untuk pemenang tempat pertama bernilai RM 5000 manakala

RM 3000 untuk penerima hadiah khas.

Hadiah untuk pemenang tempat pertama bernilai RM 5000 manakala

penerima hadiah khas bernilai RM 3000 .

C. Soal keamanan dan peperangan bukan urusan kerajaan sahaja.

Soal ini juga urusan rakyat.

Soal keamanan dan peperangan bukan urusan kerajaan sahaja.

Soal ini urusan rakyat juga.

D. Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai mulai 18 Ogos hingga 27 Nov.2006

Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 18 Ogos hingga 27 Nov.2006

E. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

(Engkau, kamu)Bersembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan.

slide12

KESALAHAN UMUM TANDA BACA

1. Tanda sempang ( - )

a. Awalan se – diikuti oleh Kata nama Khas ( huruf awalnya huruf besar)

Contohnya: se – Malaysia, se - Nusantara

b. untuk menulis kata ulang ( kata Ganda )

Contohnya: anak-anak, gunung-ganang

c. untuk memperjelaskan ungkapan

Contohnya: ber-evolusi dengan ber-revolusi.

d. untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama

( bentuk terikat diikuti dengan kata nama khas)

Contohnya: anti-Amerika, hamba-Mu, pro-Iran, rahmat-Nya

e. untuk merangkaikan imbuhan “ ke ” dengan angka

Contohnya: ke – 20 ( kedua belas), ke- 2000 (kedua ribu)

f. untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun akhiran –an

Contohnya: tahun 90-an ( tahun sembilan puluhan)

g. untuk menyatakan hubungan antara kata-kata pada rangkaikata

setara tertentu/rangkai kata istilah/kata majmuk.

Contohnya: alat pandang-dengar

slide13

KESALAHAN UMUM TATABAHASA (1)

1. Bila / Apabila

2. Antara / di antara

3. Bermula / Mulai

4. Dalam / di dalam

5. Apa / apa-apa

6. Boleh / dapat

7. Berasa / merasa

8. Rindu akan / rindukan

9. Di mana / ianya

10. Di zaman / pada zaman

11. Oleh kerana / oleh sebab

12. Di kalangan / dalam kalangan

slide14

KESALAHAN UMUM TATABAHASA (2)

13. Selain daripada itu / selain itu

14. Mengenai / tentang / terhadap

15. Ialah / adalah / merupakan

16. Suatu / sesuatu / satu

17. Menghadiahkan / menghadiahi

18. Bagi / untuk / demi

19. Berbagai / pelbagai / berbagai-bagai

20. Yang mereka hasilkan / Yang dihasilkan oleh mereka

21. Yang saya baca / Yang dibaca oleh saya

23. Kami tidak akan lupakan / Tidak akan kami lupakan

slide15

KESALAHAN UMUM TATABAHASA (3)

24. Adakah / apakah

25. Bukan / tidak

26. pedalaman / pendalaman

27. banyak / ramai

28. Dia senyum kepada saya ../ Dia tersenyum kepada saya…..

29. Dia memberikan saya sebatang pen./ Dia memberi saya sebatang pen.

30. Saya bertemu Ali … / saya bertemu dengan Ali…

31. Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi.

32. Soalan inilah paling sukar sekali.

33. Berdasarkan pada keterangan itu.

slide16

KESALAHAN UMUM TATABAHASA (4)

34. Jawaban / jawapan

35. semakin kecil / semakin mengecil.

36. berbanding dengan……. / jika dibandingkan dengan…..

37. Saling membantu / saling bantu -membantui

38. Merbahaya / berbahaya

39. Kamu ingin bertemu dekan esok

40. Surat itu saya akan balas

41. Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu

42. Kami membincangkan tentang masalah itu

43. Para hadirin sekalian diminta berdiri.

slide17

KESALAHAN UMUM TATABAHASA (5)

44. Buku cerita itu ada dengan Haryati.

45. Penghawa dingin / pendingin hawa

46. Temu janji / janji temu

47. Beliau ditahan lokap untuk membantu siasatan

48. Tokoh Korporat itu mempunyai banyak kereta mewah.

49. Bintang-bintang berkerdipan di langit.

slide18

mat rempit

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan. Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata:

"Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya." Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan insya'Allah pun pak cik tak sebut?".Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!".

Moral di sebalik cerita ini: i. Gunakanlah Otak Anda ii. Kenal pasti kesalahan bahasa

slide19

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

26 contoh kesalahan penggunaan kata

1. bila / apabila

bila – Merupakan sejenis kata tanya yang merujuk kepada masa

Hanya boleh digunakan dalam ayat tanya sahaja

Contoh ayat: Sampai bila kamu akan terus begini?

apabila – Merupakan kata hubung yang menghubungkan ayat besar

dengan ayat kecil dan digunakan dalam ayat penyata sahaja.

Contoh ayat: Mereka sungguh gembira apabila menerima berita itu

2. antara / di antara

Antara – (i) menunjukkan perbandingan, kata nama

Contoh ayat: Banyak perbezaan antara Ali dengan Abu.

(ii) mengikuti kata nama yang tidak perlu diulang

Contoh ayat: Antara lagu yang dipersembahkan ialah dikir barat

di antara - menunjukkan ruang / jarak yang konkrit

Contohnya ayat: Bangunan itu terletak di antara bank dengan pasar.

slide20

3. bermula / mulai

bermula – bentuk kata kerja tak transitif

Contoh : Ekspo kampus akan diadakan bermula pada hari Ahad ini.

mulai – (i). bentuk kata kerja pasif yang pelakunya terdiri daripada

ganti nama diri pertama dan kedua

Contoh : Dia mulai majlis ini dengan bacaan doa.

(ii). Menunjukkan ayat perintah

Contoh : Anda boleh mulai menjawab kertas peperiksaan sekarang.

4. dalam / di dalam

dalam – (i). kata sendi nama yang digunakan sebagai kata adjektif

Contoh ayat: Lombong itu sangat dalam.

(ii). Digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang abstrak

Contoh: Dalam hal ini kita tidak boleh bertindak membabi buta.

di dalam - digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang konkrit

Contoh: Di dalam rumah itu terdapat perabot yang mahal-mahal.

slide21

5. apa / apa-apa

apa – merupakan kata ganti nama tanya

dan tidak boleh digunakan dalam ayat penyata

Contoh : Apa gunanya anda datang ke sini?

Apa-apa – merupakan kata nama am- sesuatu, segala apa

Contoh: Mintalah apa-apa sahaja yang anda suka.

6. boleh / dapat

boleh – menyatakan keizinan atau kebenaran

Contoh: Negara itu tidak boleh dilawati kerana berlaku peperangan.

Dapat – menyatakan keupayaan atau kesanggupan

Contoh : Dia tidak dapat datang kerana banjir.

slide22

. 7. berasa / merasa

berasa – mempunyai atau memperoleh rasa

( terutama yang dialami oleh badan)

Contoh: Kedua-dua kakinya berasa lenguh dan kebas.

Merasa – mengecap untuk mengetahui rasa makanan

atau minuman dengan lidah.

Contoh : Nenek hendak merasa bubur yang saya buat itu.

8. Oleh kerana –Penggunaannya adalah salah.

Kata oleh dan kata kerana ialah kata sendi

dan tidak boleh digabungkan bersama-sama.

Oleh sebab –Penggunaannya adalah betul.

Kerana kata oleh ialah kata sendi nama

Manakala kata sebab ialah kata nama.

slide23

9. di kalangan / dalam kalangan

di kalangan –penggunaanya adalah salah.

Perkataan kalangan bermakna kelompok, kumpulan, atau golongan

Jadi adalah salah kalau kita katakan di kelompok, di kumpulan atau

di golongan.

dalam kalangan – penggunaannya adalah betul.

Iaitu dalam kelompok, dalam kumpulan atau dalam golongan

10. selain daripada itu / selain itu

selain daripada itu –Kata sendi nama ini salah

kerana perkataan ‘selain’ dan ‘daripada’ kedua-duanya

merupakan kata sendi nama. Begitu jugalah perkataan

‘selain’ dan ‘dari’ atau selain dari itu adalah salah.

Jadi perkataan ‘Selain itu’ adalah tepat dan gramatis

slide24

11. di zaman / pada zaman

Perkataan ‘di zaman’ adalah salah dari segi tatabahasa

Perkataan ini hanya digunakan dalam sastera/penulisan kreatif sahaja.

Penggunaan perkataan ‘pada zaman’ adalah tepat dan gramatis

Kata sendi nama ‘pada’ merujuk kepada masa/waktu dan tempat.

12. menghadiahkan / menghadiahi

Perkataan ‘menghadiahkan’ bermaksud memberikan sesuatu sebagai hadiah.

Contoh: Bapa menghadiahkan basikal kepada adik.

Perkataan ‘menghadiahi’ bermaksud memberikanhadiah kepada seseorang.

Contoh: Bapa menghadiahi adik sebuah basikal.

slide25

13. rindukan / rindu akan

Perkataan ‘rindukan’ adalah salah sepatutnya ‘rindu akan’

kerana sebarang perkataan yang membawa maksud perasaan/emotif

seperti ‘ marah’, ‘sayang’, ‘benci’,’ rindu’ perlu diikuti dengan

kata sendi nama ‘akan’. Contohnya:

perkataan “rindu akan’ bermaksud rindu buat, rindu pada, rindu untuk

(perkataan ‘rindukan’ hanyalah bentuk bahasa lisan )

14.dari sudut / daripada sudut

Perkataan ‘dari’ digunakan untuk menyatakan arah, tempat, waktu

atau masa. Contohnya: dari kanan, dari Pasir Mas, dari subuh.

Perkataan ‘daripada’ digunakan untuk menyatakan punca, sumber,

dan perbandingan. Contohnya: daripada beruang, daripada logam,

daripada harga barangan.

Jadi perkataan ‘dari sudut’ adalah tepat dan gramatis.

slide26

15. perlaksanaan / pelaksanaan

Kata perlaksanaan bermaksud hasil melaksanakan.

Contoh: _ _ _ _ _ meninjau perlaksanaan projek

Kata pelaksanaan bermaksud perbuatan melaksanakan.

Contoh: Pelaksanaan KBSR sedang dijalankan_ _ _ _

16. ialah / adalah / merupakan

Kata ‘ialah’ hadir di hadapan frasa nama secara persamaan/ekuatif.

Contoh: Dia ialah seorang pensyarah/ Dia pensyarah

Kata ‘adalah’ hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama

Contoh: Dia adalah sangat peramah/ Dia peramah

Kata ‘merupakan’ bermaksud menggambarkan sesuatu perkara

dan bukannya kata pemeri tetapi kata kerja transitif.

slide27

17. mengenai / tentang/ terhadap

Perkataan ‘mengenai’ bermaksud ‘kena pada’

Contoh: Bola itu mengenai tiang gol.

Perkataan ‘tentang’ bermaksud ‘berkenaan dengan’

Contoh: Kuliah ini berkisar tentang tatabahasa bahasa Melayu

Perkataan ‘terhadap’ bermaksud rujukan/berkenaan

Contoh: Kerajaan memberi perhatian terhadap kebajikan rakyat

18. bagi / untuk / demi

slide28

BICARA BAHASA BERSAMA MUNSYI

Antara “demi”,” untuk” dan “bagi” yang mengelirukan

Oleh: Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah @ M’SIA.( MUNSYI DEWAN DBP)

1. Rakyat Malaysia mestilah bersatu padu demi untuk menjaga kestabilan negara.

2. Semua pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi peraturan dan disiplin yang

ditetapkan demi untuk mengelakkan daripada kemalangan jalan raya.

Kata sendi nama “demi” membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan

kata nama atau frasa nama. Contohnya:

1. Demi kestabilan dan keamanan negara, marilah kita bersama-sama

berganding bahu menentang musuh negara.

2. Rakyat Malaysia mestilah hormat-menghormati antara satu sama lain

demi perpaduan dan kesejahteraan negara.

Selain itu, “demi” digunakan juga sebagai unsur penegas dalam ungkapan atau ayat. Contohnya:

Demi Allah, aku tidak akan berlumba haram lagi.

Demi cinta suciku, akan kuserahkan jiwa dan ragaku.

“Demi” juga digunakan dalam ungkapan atau ayat untuk menghasilkan makna

urutan satu atau kumpulan. Contohnya:

1. Dia menterjemah perkataan itu satu demi satu.

2. Mereka menang setelah menewaskan pasukan

demi pasukan yang sememangnya kuat-kuat belaka.

slide29

Kata sendi nama “untuk” dan “bagi” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang mempunyai fungsi tertentu iaitu menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Contohnya:

1. Rumah untuk/bagi orang tua itu sudah uzur.

2. Kenderaan pacuan empat roda itu untuk/bagi

kegunaan rasmi kerajaan negeri sahaja.

Selain berfungsi menunjukkan kegunaan untuk sesuatu kata sendi nama “untuk” juga berfungsi menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam konteks ini kata sendi nama “untuk” tidak boleh ditukar ganti dengan kata sendi nama “bagi”. Contohnya:

1. Cenderahati itu kubeli khas untukmu.

2. Pakaian itu untuk pelarian Bosnia.

Jelaslah, kata sendi nama “untuk” dan “bagi” mempunyai makna yang sama tetapi perbezaannya hanya terletak pada penggunaannya dalam ayat. Bagi penutur jati bahasa Melayu ,secara umumnya mereka tidak mempunyai masalah untuk menggunakan kata sendi nama “untuk” atau “bagi”. Hal ini disebabkan oleh rasa bahasa atau intuisi seseorang penutur itu yang dapat membezakan fungsi dan penggunaannya berdasarkan kelaziman dalam pertuturan atau ujaran

slide30

19. Yang mereka hasilkan / yang dihasilkan oleh mereka

Yang mereka hasilkan – salah

Sepatutnya mereka menghasilkan_ _ _ _

Yang dihasilkan oleh mereka – betul

Kata ganti nama diri ketiga sahaja boleh dipasifkan

20. Yang saya baca / yang dibaca oleh saya

Yang saya baca – betul ( ayat pasif kata ganti nama diri pertama)

Yang dibaca oleh saya – salah

Kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh dipasifkan

Hanya kata ganti nama diri ketiga sahaja boleh dipasifkan

slide31

21. kami tidak akan lupakan / tidak akan kami lupakan

kami tidak akan lupakan – salah

sepatutnya- kami tidak akan melupakan budi baik…(Ayat aktif)

tidak akan kami lupakan – betul ( Ayat pasif )

22. berbagai / pelbagai / berbagai-bagai

Perkataan ‘berbagai’ bermaksud tandingan atau saingan.

Perkataan ‘pelbagai’ bermaksud berbagai-bagai, berjenis-jenis

Perkataan ‘berbagai-bagai’ bermaksud berjenis-jenis

Jadi disyorkan penggunaan perkataan ‘pelbagai’ dalam

kebanyakan hal dan dianggap lebih ekonomik.

slide32

23. mengandungi banyak protein / banyak mengandungi protein

mengandungi banyak protein – salah

mengandungi protein yang banyak – betul

banyak mengandungi protein - betul

24. penggunaan kata majmuk

Kata majmuk mengandungi dua kata dasar atau dua morfem

bebas atau lebih. Namun begitu terdapat beberapa kata

majmuk yang utuh dan mantap dan dieja sabagai satu

perkataan. Contohnya:

antarabangsa bumiputera beritahu

sukacita dukacita sukarela

kakitangan kerjasama warganegara

pesuruhjaya setiausaha tanggungjawab

suruhanjaya tandatangan

matahari jawatankuasa

slide33

BICARA BAHASA BERSAMA MUNSYI

" Di manakah terpesonanya bahasa Melayu sehingga adanya hukum persona" ?

Hukum Aneksi Persona Bahasa Melayu

Oleh: Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah @ M’SIA(Munsyi Dewan DBP)

Salam bicara bersama Munsyi, Bertemu lagi kita pada kali ini. Setelah Munsyi merenung seketika, teringatlah Munsyi akan beberapa peristiwa bahasa yang tidak dapat Munsyi lupakan. Namun begitu, pada kali ini Munsyi ingin berkongsi satu peristiwa yang Munsyi alami sendiri ketika bersama-sama pelajar asing dari luar negara yang begitu berminat belajar dan bertutur dalam bahasa Melayu.

Katanya " Dimanakah terpesonanya bahasa Melayu sehingga adanya hukum persona" ? Tersentak juga Munsyi apabila mendengar soalan yang sedemikian apatah lagi pertanyaan itu datangnya daripada pelajar asing yang tidak Munsyi sangka-sangkakan tahu akan adanya hukum aneksi persona dalam bahasa Melayu.

Dalam tatabahasa bahasa Melayu ada beberapa hukum tatabahasa yang begitu penting dalam bidang sintaksis atau binaan ayat. Namun begitu terdapat dua hukum yang sering digunakan iaitu hukum DM ( diterangkan dan menerangkan) dan hukum aneksi persona.

Hukum DM merujuk kepada frasa atau struktur sesuatu perkataan atau ayat iaitu 'diterangkan' mendahului 'menerangkan' Sebagai contohnya dalam frasa “buku tebal”, “rumah panjang” atau “kereta besar”. Kata adjektif atau kata sifat ‘teba’l, ‘panjang’ atau ‘besar’ yang menerangkan kata nama ‘buku’, ‘rumah’ atau ‘kereta’ tidak boleh didahulukan menjadi ‘tebal buku’, ‘panjang rumah’ atau ‘besar kereta’ seperti struktur bahasa Inggeris.

slide34

Hukum aneksi persona pula ialah hukum pembentukan frasa dengan kata kerja pasif

yang tidak boleh dipisahkan atau disisipkan dengan sesuatu kata yang lain.

Sebagai contohnya:

a. Buku itu kamu sudah baca ( x ) Buku itu sudah kamu baca. ( / )

b. Alasan itu saya tidak dapat terima ( x ) Alasan itu tidak dapat saya terima ( / )

Dari segi hukum aneksi persona, dua patah kata iaitu ‘kamu baca’ dan ‘saya terima’.merupakan bentuk paduan aneksi atau bentuk frasa yang terikat erat tidak boleh terpecah ikatannya oleh sebarang sisipan seperti ‘sudah’ dalam ayat a. atau ‘dapat’ dalam ayat b. Sekiranya ayat a. dan b. diterima sebagai ayat yang betul maka kita sudah melanggar hukum tatabahasa dan ayat tersebut juga tidak gramatis atau sempurna kerana ayat atau ujaran yang gramatis dan sempurna mestilah suatu binaan yang terjadi oleh sebab adanya susunan atau struktur tertentu yang menurut ketetapan yang dikenali sebagai sistem atau hukum bahasa.

Di sinilah indahnya dan terpesonanya bahasa Melayu kerana tidak mengambil bulat-bulat struktur bahasa lain malah sederhana dalam mengambil kira aspek-aspek yang dapat meningkatkan lagi susunan dan struktur bahasa sehingga menjadi sistem atau hukum bahasa yang mantap, utuh dan berwibawa sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan bahasa sejagat. Diharapkan sidang pembaca dan pelajar tadi ( dari negara matahari terbit) faham dan bertambah faham dengan hukum aneksi persona dan terus terpesona dengan bahasa Melayu yang mempesonakan.

Nota: (Perkamusan)

persona - istilah bahasa

mempesona - menggoda, mengagumkan

slide35

A. Jalan ini tidak boleh dilalui.

B. Jalan ini tidak dapat dilalui.

OLEH:

MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH

PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KAMPUS KESIHATAN, KELANTAN

slide36

KATA BANTU "BOLEH" DAN "DAPAT"

Nyatakan dengan jelas perbezaan ayat-ayat di bawah ini.

1. Jalan itu tidak dapat dilalui kerana tanah runtuh.

2. Jalan itu tidak boleh dilalui kerana tanah runtuh.

"Kata bantu "boleh" bermakna "diizinkan atau dibenarkan".

Kata bantu "dapat" bermaksud "berupaya atau berpotensi".

Sekarang ini kedua-dua kata tersebut digunakan orang dengan maksud

yang sama sehingga ketepatan makna terjejas.

Misalnya tidak betul jika kita mengatakan:

* Adik saya yang berumur tiga belas tahun "'boleh" memandu kereta,

tetapi betul jika kita mengatakan:

Adik saya yang berumur tiga belas tahun "dapat" memandu kereta.

slide37

26. penggunaan imbuhan menge- ( kata ekasuku)

Terdapat banyak kata ekasuku (satu sukukata) dalam bahasa

Melayu. Kesemua perkataan ini menerima imbuhan ‘menge-’

Contohnya:

cat - mengecat bukannya mencat

cas - mengecas bukannya mencas

bom - mengebom bukannya membom

pos - mengepos bukannya mempos

pin - mengepin bukannya menpin

pam - mengepam bukannya mempam

* terdapat 118 kata ekasuku dalam perkamusan bahasa Melayu

yang aktif dan efektif digunakan secara meluas.

slide38

KATA pemeri merupakan salah satu aspek tatabahasa yang amat penting, walaupun penggunaannya amat terbatas dan tidak digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Namun, pengguna bahasa Melayu sering keliru akan penggunaan kata pemeri yang betul.

Kata-kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.

Oleh yang demikian, penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat-ayat berikut

dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu: (i). "Adalah" dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan. (ii). "Adalah" diisytiharkan bahawa hari Raya Puasa jatuh pada hari Rabu. (iii). Kemalangan jalan raya "adalah" disebabkan oleh kecuaian pemandu.

Ayat-ayat yang salah di atas seharusnya berbentuk seperti yang berikut: (i). Dengan ini dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan. (ii). Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya puasa jatuh pada han Rabu. (iii). Kemalangan jalan raya disebabkan oleh kecuaian pemandu. Satu lagi aspek menarik dalam kata pemeri, iaitu "ialah" dan "adalah" tidak perlu

wujud dalam sesuatu ayat, yakni kata pemeri ini boleh digugurkan.

Contoh: (i). Gadis yang pintar itu ialah anak Pak Ahmad. (ii). Pakaian yang dipakai oleh artis itu adalah terlalu mahal.

slide39

APAKAH PERBEZAANNYA ANTARA ‘DI ANTARA’ DENGAN ‘ANTARA’,?

A.    Perkataan ‘antara’ dapat berfungsi sebagai kata sendi nama.

...antara adik beradik         ...antara sektor awam dengan sektor swasta         ...antara mereka

B. Perkataan ‘antara’ yang menunjukkan arah atau kedudukan seperti ‘atas,

bawah, tengah, depan, belakang, luar,dalam, antara dan seumpamanya.’

Kata arah ‘antara’ hanya dapat bergandingan dengan kata sendi nama

dalam pembentukan frasanya.

i. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

ii. Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat dua dengan tingkat tiga.

C.  Frasa-frasa ‘Johor Bahru dan Kota Bharu’, tingkat dua dengan tingkat lima’,

‘Shahrul dengan Shahril ’, kedua-dua ibu bapanya’, boleh mengikuti kata

sendi nama antara di dalam ayat yang menunjukkan perbandingan.

Contohnya:

i. Antara Johor Bahru dengan Kota Bharu, banyak perbezaannya. ii. Antara tingkat dua dengan tingkat lima,tingkat lima lebih baik kedudukannya.

iii. Banyak persamaannya antara Shahrul dengan Shahril. iv. Antara kedua-dua ibu bapanya sudah tidak ada persefahaman lagi.

slide40

D. Kata sendi nama ‘antara’ yang biasanya diikuti oleh kata nama am tidak

perlu diulang. Kesilapan yang selalu berlaku ialah kata nama am yang

mengikutinya diulang. Contohnya:

slide41

F. kata sendi nama ‘antara’ boleh juga diikuti oleh kata bilangan tentu

(seperti ‘dua, tiga, sepuluh, seribu dan seumpamanya.’),

kata bilangan tidak tentu (seperti ‘beberapa, semua dan seumpamanya.’),

dan kata bilangan himpunan (seperti ‘kedua-dua, keenam-enam, beratus-

ratus, berjuta-juta dan seumpamanya').

slide42

G. Kata sendi nama ‘antara’ juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri

seperti ‘mereka, kita dan -nya’. Contohnya:

1. Antaranya, kita mahu masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan

maju dengan mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri, bangga

dengan apa-apa yang ada, dengan apa-apa yang dicapai, gagah

menghadapi pelbagai masalah.

ii. Malah ramai antara mereka yang terkenal sebagai pengkritik sosial

yang melampau sehingga ada yang dibuang daripada parti.

iii. Antara kita, sememangnya banyak yang sama.

slide43

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

1. HUKUM DM ( Diterangkan dan Menerangkan)

Hukum ini mestilah dimulakan oleh inti yang bertindak sebagai unsur yang

diterangkan” manakala “menerangkan” bertindak sebagai penerang

kepada inti.

SALAH BETUL

a. cili sos

b. Jaya Klinik

c. lain-lain hal

2. KATA PENGUAT

SALAHBETUL

a. sangat tinggi sekali

b. paling indah sekali

c. amat menakutkan sekali

d. terbesar sekali

slide44

3. KATA BILANGAN

SALAH

1. Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.

2. Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.

4. PENGGUNAAN “ di “

SALAHBETUL

a. diSarawak

b. di makan

5. PENGGUNAAN “ ke “

SALAHBETUL

a. Imran mendapat tempat ke tiga

b. Imran mendapat tempat ke 3

c. Kearah melahirkan masyarakat cakna..

d. Kedua ibu bapa saya telah tiada

slide45

6.PENGGUNAAN “adakah”/ “apakah “

Adakah - untuk mendapat jawapan Ya atau Tidak

Contoh ayat: Adakah benar cerita awak itu ?

Adakah kamu sakit ?

Apakah _ untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda,

keterangan tentang sesuatu dan bertanyakan sesuatu yang khusus.

Contoh ayat: Apakah nama haiwan dua alam ?

Apakah benda di atas meja itu ?

7. PENGGUNAAN “ bukan “/ “ tidak “

bukan - diikuti oleh kata nama atau frasa nama sahaja

Contoh ayat: Dia bukan adik saya

: Lili bukan anak perempuan En. Ahmad

tidak – diikuti oleh frasa kerja dan frasa adjektif

Contoh ayat: Saya tidak pergi ke kuliah hari ini.

: Beg itu tidak berat

slide46

8. “Pedalaman”/ “Pendalaman“

pedalaman –

pendalaman –

9. Penggunaan Kata Adjektif pada bentuk jamak

SALAH

(a). Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi belaka.

(b). Anak-anak Pak Mat pandai-pandai belaka.

slide47

10. Penggunaan kata sendi nama pada imbuhan “ber___an”

SALAH

(a). Berdasarkan kepada keterangan yang diberikan………….

(b). Bertanyakan tentang khabar berita di kampung………….

11.

SALAH BETUL

a. Hasil daripada kajian ini…

b. Akibat daripada peristiwa itu..

c. Ekoran daripada kejadian tersebut..

d. Susulan daripada penemuan itu..

e. Kesan daripada penyelidikan ini..

slide48

SOALAN PEPERIKSAAN

  • BAHAGIAN B : MEMBETULKAN AYAT ( 30 MARKAH )
  • Arahan: Betulkan ayat-ayat yang berikut dari aspek imbuhan, ejaan
  • kata dan struktur ayat.
  • Krisis ekonomi yang sedang Malaysia dan lain-lain negara Asia hadapi pada masa kini amat memeritkan sekali. Ini kerana pembangunan negara yang terlibat tersebut terbantut.
  • Krisis ekonomi yang sedang dihadapi oleh negara Malaysia dan negara Asia yang lain pada masa ini amat memeritkan. Hal ini kerana pembangunan negara yang terlibat turut terbantut.
  • 2. Akibat daripada tabiat merokok yang kerap, masalah yang lebih serius seperti kanser paru-paru yang boleh membawa maut akan timbul.
  • Sebagai akibat tabiat merokok yang kerap menyebabkan penyakit kanser paru-paru akan menjadi lebih serius atau membawa maut.
  • 1/5
slide49

SOALAN PEPERIKSAAN

3. Sebagai seorang kanak-kanak saya amat takut sekali dengan mati

terutama sekali bila memikirkan tentang ajal saya nanti, hinggakan ini

menyebabkan saya mengigau di waktu tidur.

Sebagai kanak-kanak, saya amat takut mati terutamanya apabila

saya memikirkan ajal hingga menyebabkan saya mengigau pada

waktu malam.

4. Kita pernah kemukakan memorandum penyelesaian ekonomi pada bulan

Jun lalu dan kita telah rangka memorandum itu hasil daripada

pandangan mereka yang pakar dalam ekonomi yang dibincangkan

bersama.

Kita telah mengemukakan memorandum itu berdasarkan

pandangan pakar ekonomi yang berbincang bersama-sama

dan kita merangka memorandum penyelesaian ekonomi

pada bulan Jun lalu.

2/5

slide50

SOALAN PEPERIKSAAN

  • Perpindahan kampus USM Perak ke tapak baru itu dijangka membawa kepada banyak perubahan sosio-ekonomi di kawasan itu yang bersempadan dengan tiga negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
  • Pemindahan kampus USM Perak ke tapak baru itu dijangka menyebabkan perubahan sosioekonomi yang banyak di kawasan itu yang bersempadan dengan tiga negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah
  • 6. Keputusan yang kerajaan ambil untuk memindahkan pusat pentadbiran negara daripada ibukota Kuala Lumpur berpindah ke Putra Jaya akan secara automatiknya menjadikan Kuala Lumpur sebuah kotaraya yang mana akan hanya menumpukan kepada kegiatan-kegiatan dagangan semata-mata.
  • Keputusan yang diambil oleh kerajaan untuk memindahkan pusat pentadbiran negara dari ibu kota Kuala Lumpur berpindah ke Putrajaya akan secara automatiknya menjadikan Kuala Lumpur sebuah kota raya yang hanya menumpukan kepada kegiatan dagangan semata-mata.
  • 3/5
slide51

SOALAN PEPERIKSAAN

7. Mulai daripada sekarang kita tidak lagi akan menggunakan penyataan

” hujahan yang baik “ dan “ hujahan yang tidak baik ‘‘ sebaliknya kita

memakai guna hujahan yang sah atau tidak sah.

Bermula dari sekarang kita tidak lagi menggunakan penyataan

“hujahan yang baik” dan “hujahan yang tidak baik” sebaliknya kita

akan menggunakan hujahan yang sah atau tidak sah.

8. Anugerah skrin adalah merupakan anugerah yang terbaik sekali anjuran

akhbar Berita Harian dan TV3. Ianya dianugerahi kepada artis Malaysia

yang berkebolehan cemerlang. Mereka yang layak dipertimbangkan

perlu memenuhi semua syarat-syarat yang di senaraikan.

Anugerah skrin merupakan anugerah yang terbaik anjuran Berita Harian

dan TV3. Ia dianugerahkan kepada artis Malaysia yang berkebolehan

cemerlang. Mereka yang layak dipertimbangkan perlu memenuhi semua

syarat yang disenaraikan

4/5

slide52

SOALAN PEPERIKSAAN

9. Kepimpinan yang ditunjukkan tidak menunjukkan tauladan yang baik

kepada rakyat. Apa yang amat membimbangkan adalah masalah yang

dihadapi golongan ini akan memberi impak ke atas keselamatan dan

kemakmuran negara.

Kepemimpinan yang ditunjukkan tidak menunjukkan teladan

yang baik kepada rakyat. Yang amat membimbangkan ialah

masalah yang dihadapi oleh golongan ini akan memberikan

impak/kesan terhadap keselamatan dan kemakmuran negara.

10. Mengikut penulis, ramai yang menyalah tanggapan erti globalisasi

dimana mereka mengganggap seluruh dunia ini sebagai sebuah

pasaran besar yang tidak bersempadan dan oleh kerana itu batasan

politik tidak harus dianggap sebagai halangan pasaran.

Mengikut penulis, ramai memberikan tanggapan yang salah tentang

erti globalisasi iaitu mereka menganggap seluruh dunia ini sebagai

sebuah pasaran besar yang tidak bersempadan. Oleh sebab itu

batasan politik tidak harus dianggap sebagai halangan pasaran.

5/5

slide53

LEMBAR BAHASA - DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

PILIH SALAH SATU PERKATAAN YANG BETUL

m/s : 1/9

slide62

Sejarah Ringkas Bahasa Melayu

Morfologi Bahasa Melayu

Golongan Kata Bahasa Melayu

Sintaksis Bahasa Melayu

Pembentukan Ayat

( Ketebalan 582 muka surat )

PERMASALAHAN BAHASA

a. Kesalahan bahasa

b. Kesalahan ayat

c. Kesalahan kata

Kamus Dewan Edisi ke – 4 (2005)

82900 kata masukan (entri)

5848 kata masukan baru

1817 muka surat

Cetakan pertama 1970

slide63

Yang kurik itu kundi

Yang merah itu saga

Yang baik itu budi

Yang indah itu bahasa

"Sesungguhnya segala kecantikan dan keindahan itu

datangnya daripada Allah s.w.t

dan sebarang kekurangan dan kelemahan itu sepanjang pertemuan ini

adalah daripada kedaifan saya sendiri. . .

Sekian, terima kasih.