1 / 57

RAMADHAN YANG DINANTI

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. RAMADHAN YANG DINANTI. 5 JULAI 2013 / 26 SYAABAN 1434H. 1. Pujian Kepada Allah S.W.T. اَلْحَمْدُ ِللهِ. Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. 2. Firman Allah S.W.T. ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ. 3. Syahadah.

crescent
Download Presentation

RAMADHAN YANG DINANTI

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia RAMADHAN YANG DINANTI 5 JULAI 2013 / 26 SYAABAN 1434H 1

  2. Pujian Kepada Allah S.W.T. اَلْحَمْدُ ِللهِ Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. 2

  3. Firman Allah S.W.T. ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ 3

  4. Syahadah أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الْمَبْعُوْثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang Maha Esa dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah hambaNya dan rasulNya. 4

  5. Selawat اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى هَذَا النَّبِيِّ الْكَرِيْمِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْن Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W., keluarga dan seluruh sahabatnya. 5

  6. Pesanan Takwa أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ Bertakwalah kepada Allah S.W.T. dengan sebenar-benar takwa, sesungguhnya berjayalah orang-orang bertakwa. 6

  7. Di kesempatan pada hari Jumaat dan akhir bulan Syaaban yang mulia ini • Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT • Melaksanakan segala perintah-Nya • Meninggalkan segala larangan-Nya • Mudah-mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat 7

  8. Tajuk Khutbah Ramadhan Yang Dinanti 8

  9. Kini kita berada di akhir bulan Syaaban • Detik akhir Syaaban adalah proses pecutan terakhir menghadapi bulan Ramadhan • Peluang kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT 9

  10. Ruang yang besar untuk kita memohon maghfirah yang diluaskan oleh Allah SWT ketika Ramadhan • Rasulullah SAW telah mengajar umatnya untuk menantikan kehadiran bulan Ramadhan dan mengharapkan ketibaanya dengan penuh kegembiraan 10

  11. Doa Rasulullah S.A.W Maksudnya:“ Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.” (Riwayat. Ahmad dan Tabrani) 11

  12. Sabda Rasulullah S.A.W Maksudnya: Apabila masuknya bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga, tertutuplah pintu-pintu neraka, dan dirantailah syaitan-syaitan.”(Riwayat al-Bukhari) 12

  13. Rasulullah SAW memberi galakkan kepada para sahabat • MenantidanmengharapkankehadiranRamadhan Galakan • Baginda menyebut-nyebutkan kelebihan bulan Ramadhan yang menimbulkan kerinduan para sahabat terhadap bulan yang mulia itu. 13

  14. Sabda Rasulullah S.A.W Di dalam syurga mempunyai sebuah pintu yang digelar ar-Rayyan. Orang akan berpuasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat. Tidak akan masuk kedalamnya seorangpun melainkan mereka sahaja.Dipanggil : ‘Siapakah orang yang berpuasa?’Lalu orang yang berpuasa pun bangun. Tidak ada yang memasuki syurga melaluinya selain dari mereka. Apabila mereka semua telah masuk, ia ditutup. Maka tidak ada lagi yang akan masuk melaluinya walaupun seorang.(Riwayat al-Bukhari) 14

  15. Berdasarkan ayat al-Quran dan Hadis • Rasulullah SAW menunjukkan bahawa bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan bulan - bulan yang lain • Kerana difardhu padanya ibadah puasa 15

  16. Firman Allah S.W.T. 16

  17. Maksud Ayat Maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”. (Surah al-Baqarah : Ayat 183) 17

  18. Persoalan besar timbul disini Bagaimanakah caranya untuk kita menyambut kedatangan bulan yang mulia ini? Bagaimanakah caranya untuk melakukan ibadah puasa? Mimbar ingin menyatakan bahawa terlalu banyak persediaan yang patut kita lakukan menjelang Ramadhan. 18

  19. Persediaan menjelang Ramadhan 1. Memantapkan ilmu agama 19

  20. Perkara yang perlu diberi keutamaan Syarat sah Adab Rukun Perkara yang batal puasa Akhlak ber puasa Penting untuk mendapat kesempurnaan ibadah puasa 20

  21. Persediaan menjelang Ramadhan 2. Menjaga dan memelihara kesihatan • Kesihatan tubuh badan yang sempurna menjamin kesempurnaan ibadah puasa Tubuh badan memerlukan tenaga bagi melaksanakan segala amalan seperti solat sunat tarawih, qiamullail, membaca al-Quran, iktikaf dan sebagainya 21

  22. Persediaan menjelang Ramadhan 3. Kewangan yang cukup • Kita hendaklah banyak bersedekah • Bersedekah • Rasulullah SAW merupakan seorang yang paling suka bersedekah dan dermawan serta Baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan 22

  23. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas RA “Rasulullah SAW ialah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan di saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al- Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.”(Riwayat al-Bukhari) 23

  24. Persediaan menjelang Ramadhan 4. Senantiasa berdoa Di kesempatan bulan Ramadhan kita dituntut memperbanyakkan berdoa Para Salaf as-Soleh berdoa selama enam bulan sebelum ketibaan bulan Ramadhan mereka berdoa untuk menyatakan kerinduan mereka terhadap Ramadhan 24

  25. Antara doa Salaf as-Soleh menjelang Ramadhan Ya Allah, benarkanlah aku sampai ke bulan Ramadhan, dan benarkanlah kepadaku Ramadhan, dan benarkanlah ia bertemu denganku.” 25

  26. Persediaan menjelang Ramadhan 5. Memperbanyak menyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan Kita juga dituntut memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan Memberi rangsangan dan semangat kepada kita bagi membuat persediaan bertemu Ramadhan 26

  27. Sesuatu perkara itu akan menjadi lebih meriah dan suasananya dapat dirasai jika senantiasa diwar-warkan Bulan yang begitu mulia ini sepatutnya lebih layak disebut-sebut kemulian dan ganjarannya oleh media massa 27

  28. Percayalah • Kita adalah makhluk ciptaan Allah yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan sama ada dosa kecil atau dosa besar • Allah SWT Maha mengetahui cara dan kaedah yang sesuai untuk membaiki, membaik pulih dan mempertingkatkan iman dan akhlak manusia Selari dengan kelemahan makhluknya! Allah menawarkan kepada umat Islam bulan Ramadhan dengan keampunan dan pahala yang berganda serta mengembalikan fitrah akhlak manusia 28

  29. Sabda Rasulullah S.A.W 29

  30. Maksud Ayat Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu” (Riwayat Bukhari) 30

  31. Oleh itu • Umat Islam diseru memberi tumpuan kepada tawaran daripada Allah SWTagar bertepatan syarak • Bukan terpengaruh dengan promosi tertentu seperti pasaraya, hotel, bufel Ramadhan dan sebagainya Ingatlah! • Ibadah Puasa yang dilakukan dengan sempurna mampu mengawal segala kemaksiatan dunia • Dapat mendidik jiwa kita menjadi lebih tenang • Membentuk diri menjadi seorang hamba yang bertakwa 31

  32. Ingatlah! • Berpuasa bukan sahaja menahan diri dari keinginan makan dan minum • Malahan mestilah memelihara mata daripada melihat perkara yang diharamkan, telinga daripada mendengar umpatan, lidah daripada menuturkan fitnah dan cacian, tangan daripada melakukan dosa dan permusuhan, kemaluan daripada melakukan kemaksiatan dan kaki daripada melangkah ke arah kejahatan dan kemungkaran 32

  33. Cerminlah diri • Adakah selama ini anggota tubuh kita gunakan untuk beribadah dan memberi manfaat kepada masyarakat, agama dan negara • Ataupun kita hanya gunakan untuk melakukan kerosakan, kehancuran dan memecahbelahkan ummah. 33

  34. Muhasabahlah • Kembalilah ke pangkal jalan. • Kita juga dituntut memperbanyakkan amal ibadah • Bertaubat di atas dosa-dosa yang dilakukan dengan mengisi ruang-ruang yang ada bagi meningkatkan keimanan kepada Allah SWT di dalam usaha mencari keredhaannya. 34

  35. Firman Allah S.W.T Maksudnya: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”(Surah an-Nuur : Ayat 31) 35

  36. Mengakhiri Khutbah Mimbar menyeru • Marilah kita sama-sama menyambut kehadiran Ramadhan kali ini dengan penuh ketakwaan • Membuat persiapan dengan sebaik mungkin • Ambillah kesempatan apa yang telah Allah SWT janjikan sepanjang bulan Ramadhan dengan menjana kekuatan jati diri kita untuk beribadat kepada-Nya. 36

  37. Bulan barakah ini merupakan anugerah Allah SWT kepada hamba-Nya yang hanya datang setahun sekali Penuhilah ruang dan masa dengan melakukan perkara-perkara kebaikan kerana mungkin bagi tahun yang mendatang kita tidak merasainya lagi 37

  38. Firman Allah S.W.T 38

  39. Maksud Ayat Maksudnya: “ Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan”.(Surah an-Nahl :Ayat 97) 39

  40. Penutup 40

  41. Segalapuji-pujianhanyabagi Allah S.W.T. 42

  42. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Esa. Aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah hambaNya dan rasulNya. 43

  43. Bertakwalah kepada Allah S.W.T. dan bersama-samalah dengan orang-orang yang benar. 44

  44. 45

  45. (Surah Al-Ahzab : Ayat 56) 46

  46. 47

  47. Ya Allah, kurniakanlah keredaan kepadaempatorangkhulafaar-RasyidinSaidina Abu Bakar, Umar, Usmandan Ali bin AbiTalib. Isteri-isteriNabi yang suci, ahlikeluarga, seluruhsahabatsertaparatabiin. Juga, redailah kamisekalianwahaiTuhan Yang MahaPenyayang. 48

  48. Ya Allah, ampunkanlahdosagolonganmuslimindanmuslimat, samaada yang masihhidupatau yang telahmati. 49

  49. Ya Allah anugerahkanlahrahmatkeatas Raja-raja kamidanpemimpin-pemimpinkami yang melaksanakankebenarandanmenegakkankeadilan. 50

More Related