1 / 7

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI). Terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput; Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak tersebut. Faktor kelupaan kepada seseorang menyebabkan apa-apa sahaja kebaikannya tidak akan dikenang. Anak itik terenang-renang,

bao
Download Presentation

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PANTUN EMPAT KERAT (BUDI) Terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput; Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak tersebut. Faktor kelupaan kepada seseorang menyebabkan apa-apa sahaja kebaikannya tidak akan dikenang.

  2. Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan; Budi sedikit bila kan hilang, Itu menjadi kenang-kenangan. • Anak merak mati tersangkut, • Mati dipanah Seri Rama; • Resam di dunia juga disebut, • Orang yang mati meninggalkan nama. Telah menjadi adat atau kelaziman, manusia yang meninggal dunia, akan disebut dan dikenang (meninggalkan nama) Budi walaupun sedikit, sentiasa diingati sampai bila-bilapun atau menjadi ingatan sepanjang masa

  3. Kasih, sayang dan jasa yang dicurahkan diterima dan akan sentiasa dihargai. Semua itu tidak akan langsai walau seribu tahun lamanya. Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun; Kasih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun

  4. TEMA • Kepentingan menabur budi iaitu dalam kehidupan manusia, budi dan kebaikan yang kita taburkan akan sentiasa dikenang dan disebut walaupun seseorang itu telah tiada lagi di dunia ini.

  5. Persoalan • Kepentingan mengenang budi seseorang – budi seseorang perlu dikenang dan diingati. • Kepentingan budi – telah menjadi kelaziman atau adat dunia, manusia dikenang kerana budi dan kebaikannya atau sebaliknya. • Penghargaan atas budi atau kebaikan – budi atau kebaikan yang kita taburkan akan sentiasa abadi dan budi ini tiada tara nilainya. • Hutang budi dibawa mati – budi yang ditabur tidak dapat dibeli dan menjadi kewajiban orang yang menerima budi, membalasnya dengan cara berhemah.

  6. Nilai • Menghargai/membalas budi – budi yang ditaburkan akan sentiasa dikenang walaupun orang yang berbudi itu telah tiada. • Keikhlasan – tindakan menghulurkan budi tanpa meminta balasan. • Mengenang budi – menjadi tanggungjawab seseorang mengingati dan tidak melupakan budi yang ditaburkan.

  7. Pengajaran • Setiap orang hendaklah memberi sumbangan supaya sentiasa dikenang apabila sudah meninggal. • Setiap orang yang memperoleh sumbangan mesti mengenang budi walaupun budi itu tidak sebesar mana. • Setiap budi yang ditaburkan mesti diberi setinggi-tinggi penghargaan • Jangan sesekali melupakan orang terutama orang yang telah berbudi kepada kita.

More Related