630 likes | 2.11k Views
Maksud Kata Tanya. Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Kata Ganti Nama Tanya siapa , apa dan mana digunakan juga sebagai kata tanya. Contoh – Contoh Kata Tanya. Ayat. BILA Bila kah bas ekspres ini akan bertolak ke Ipoh ? Bila kah dia balik dari Jepun ?.
E N D
Maksud Kata Tanya • Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. • Kata Ganti Nama Tanya siapa, apa dan mana digunakan juga sebagai kata tanya.
Ayat BILA • Bilakah bas ekspres ini akan bertolak ke Ipoh ? • Bilakah dia balik dari Jepun ?
BERAPA • Berapakah harga setin Milo ? • Berapakah jumlah penduduk Malaysia ?
MENGAPA 1.Mengapakah cuaca semakin panas ? 2. Mengapakah kanak – kanak itu tiba – tiba menjerit ?
BAGAIMANA • Bagaimanakah hubungan antara mereka berdua ? • Bagaimanakah keadaan kesihatan ibu kami ?
PANDUAN • Kata tanya boleh hadir di akhir ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Contoh : • Harga ikan itu berapa ? • Mereka sampai bila ?
Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya hendaklah disertai partikel “kah”. • Contoh : • Berapakah harga ikan itu ? • Bilakah mereka sampai ?
Jika kata tanya digunakan dalam ayat penyata, partikel “kah” tidak diperlukan. • Contoh : • 1. Dia hendak tahu berapa harga ikan itu ? • 2. Saya tidak tahu bila mereka sampai ?