1 / 37

PENGGAL KEDUA SEJARAH ISLAM (500  1918) 940 SEJARAH

PENGGAL KEDUA SEJARAH ISLAM (500  1918) 940 SEJARAH. PENGENALAN.  Sejarah Islam dipelajari dalam penggal kedua.  Masa yang diperuntukkan bagi kertas ini adalah sebanyak 80 waktu pengajaran.  Isi kandungan kertas ini dibahagikan kepada tiga tema, iaitu: . 2.

asher
Download Presentation

PENGGAL KEDUA SEJARAH ISLAM (500  1918) 940 SEJARAH

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENGGAL KEDUA SEJARAH ISLAM (5001918) 940 SEJARAH

  2. PENGENALAN  Sejarah Islam dipelajari dalam penggal kedua.  Masa yang diperuntukkan bagi kertas ini adalah sebanyak 80 waktu pengajaran.  Isi kandungan kertas ini dibahagikan kepada tiga tema, iaitu: 2

  3. Tema 1 Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Pehubungan Luar Tema 2 Pembangunan dan Penerokaan Tema 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa.  Setiap satu tema di atas dipecahkan kepada beberapa tajuk kecil bagi mendalami tema berkenaan. 3

  4. TEMA 1 1 Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan, dan Perhubungan Luar. Masa pembelajaran bagi tema ini adalah 38 waktu pengajaran. Setelah mempelajarinya, calon seharusnya dapat membincangkan perubahan masyarakat, sistem masyarakat, sistem pemerintahan, dan hubungannya dengan dunia luar. 4

  5. 1.1 Masyarakat Jahiliah Perbincangan bertumpu kepada masyarakat Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab pada abad ke-6 Masihi. Setelah dua waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan konsep dan struktur masyarakat jahiliah. 5

  6. 1.2 Masyarakat Islam Bahagian ini memberikan tumpuan kepada kemunculan dan perkembangan masyarakat Islam sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin di Semenanjung Tanah Arab dalam abad ke-6 dan ke-7 Masihi. Setelah empat jam waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan konsep ummah; (b) membincangkan perkembangan masyarakat Islam. 6

  7. 1.3 Sistem pemerintahan Bahagian ini membincangkan pemerintahan Islam di Madinah pada masa Nabi Muhammad SAW. Setelah tiga waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan kandungan dan peranan Piagam Madinah; (b) memerihalkan struktur pemerintahan di Madinah. 7

  8. 1.4 Kepimpinan Nabi Muhammad SAW Bahagian ini membincangkan Nabi Muhammad SAW bukan sahaja sebagai seorang Rasul, tetapi juga adalah seorang pemimpin dalam sebuah negara Islam. Setelah dua jam waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW. 8

  9. 1.5 Institusi khalifah 1.5.1 Pemilihan khalifah Bahagian ini memerihalkan kemunculan institusi khalifah selepas kewafatan Nabi SAW. Tumpuannya adalah kepada cara pemilihan Khalifah al-Rasyidin dan Umayyah dalamabad ke-7 dan ke-8. Setelah dua waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan konsep dan ciri-ciri khalifah; (b) membincangkan kaedah pemilihan khalifah. 9

  10. 1.5.2 Sumbangan khalifah/tokoh Khalifah adalah pemimpin tertinggi dalam negara Islam pada zaman khalifah al-Rasyidin , khalifah Umayyah dan juga khalifah Abbasiyah . Mereka memainkan peranan penting dalam memajukan negara dan menegakkan Islam. Setelah mempelajari ketiga-tiga zaman itu dalam empat waktu pengajaran, calon seharusnya dapat menilai sumbangan khalifah/tokoh berikut: 10

  11. (i) Khalifah Abu Bakar (ii) Khalifah Umaral-Khatab (iii) Khalifah Umar Abdul Aziz (iv) Khalifah Harun al-Rasyid. 11

  12. 1.6 Bentuk pemerintahan 1.6.1 Pemerintahan pusat dan wilayah Dalam empat waktu pengajaran perbincangan ditumpukan kepada pemerintahan pusat dan wilayah zaman Khalifah al-Rasyidin pada abad ke-7 dan Khalifah Uthmaniyah pada abad ke-16 dan ke-17. Setelah mempelajarinya, calon seharusnya dapat: (a) membincangkan struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah. 12

  13. 1.6.2 Pemerintahan pusat dan wilayah Dalam bahagian ini, tumpuannya adalah kepada pemerintahan di Andalusia abad ke-13 Masihi dan India abad ke-16 hingga abad ke-17. Setelah empat jam waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (b) menjelaskan sistem pemerintahan raja dan amir. 13

  14. 1.7 Pertahanan dan pembukaan wilayah 1.7.1 Jihad Dalam membincangkan subtajuk di atas, salah satu tumpuan adalah kepada aspek jihad dalam Islam. Dalam dua waktu pengajaran, konsep jihad sebagaimana difahami pada zaman Nabi Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin dihuraikan. Setelah mempelajarinya, calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan pengertian jihad. 14

  15. 1.7.2 Peperangan Berkaitan dengan di atas, bahagian ini membincangkan peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin. Setelah mempelajarinya dalam tiga waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (b) menghuraikan etika dan strategi peperangan. 15

  16. 1.7.3 Kepimpinan Bahagian ini membincangkan aspek kepimpinan beberapa tokoh Islam terkemuka di Mesir abad ke-12 dan dalam Khalifah Uthmaniyah pada abad ke-15. Setelah dua waktu pengajaran, calon dapat: (c) menilai kepimpinan dan sumbangan tokoh seperti Salehuddin al-Ayubi dan Sultan Muhammad al-Fatih. 16

  17. 1.8 Perhubungan luar Bahagian ini membincangkan bentuk hubungan luar sejak zaman Nabi Muhammad SAW sehingga Khalifah Uthmaniyah di abad ke-17dan ke-19. 1.8.1 Diplomatik Calon mempelajari hubungan diplomatik negara Islam Madinah zaman Nabi Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin pada abad ke-7. Setelah dua waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (i) membincangkan bentuk hubungan luar (diplomasi) dalam dua zaman tersebut. 17

  18. 1.8.2 Naungan Calon mempelajari aspek ini dalam konteks hubungan luar pada zaman Khalifah al-Rasyidin dan Khalifah Umayyah pada abad ke-7 hingga abad ke-8. Setelah dua waktu pengajaran, calon dapat: (ii) menjelaskan bentuk hubungan penaungan melalui pembayaran jizyah. 18

  19. 1.8.3 Perjanjian Hubungan dalam bentuk perjanjian dipelajari dalam konteks hubungan luar dalam zaman Khalifah Abbasiyah abad ke-9 hingga abad ke-13 dan Khalifah Uthmaniyah abad ke-17 hingga abad ke-19. Setelah dua waktu pengajaran, calon dapat: (iii) menjelaskan bagaimana kedua-dua pemerintah mengamalkan hubungan luar menerusi perjanjian dengan negara lain. 19

  20. TEMA 2 2 Pembangunan dan penerokaan Bahagian ini memberi tumpuan kepada kemajuan yang dicapai oleh kerajaan Islam dari segi ekonomi, pendidikan, intelektual, penerokaan, dan seni bina. Setelah mempelajari aspek tersebut dalam 24 waktu pengajaran calon seharusnya dapat membincangkan perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi, kebudayaan, dan penerokaan. 20

  21. 2.1 Ekonomi Bahagian ini membincangkan sistem dan institusi ekonomi negara Islam. 2.1.1 Sistem ekonomi Calon mempelari perjalanan sistem ekonomi pada zaman Nabi Muhammad SAW, zaman kerajaan Abbasiyah dan Kesultanan Melaka. Setelah empat waktu pengajaran, calon dapat: (a) menghuraikan konsep dan ciri-ciri ekonomi; (b) membincangkan kegiatan ekonomi. 21

  22. 2.1.2 Institusi ekonomi Pengajaran tentang institusi ekonomi merujuk kepada perkembangan yang berlaku pada zaman Khalifah al-Rasyidin abad ke-7 hingga abad ke-8 dan Khalifah Abbasiyah abad ke-9 hingga abad ke-11. Setelah tiga waktu pengajaran, calon akan dapat: (a) menganalisis peranan institusi ekonomi dan pelaksanaannya: (i) Baitulmal (ii) Cukai (iii) Zakat 22

  23. 2.2 Pendidikan Aspek yang akan dipelajari di bawah tajuk ini bertumpu kepada dua perkara, iaitu falsafah dan perkembangan pendidikan Islam. 23

  24. 2.2.1 Falsafah Pendidikan Islam Calon mempelajari falsafah pendidikan yang mendasari perkembangan pendidikan Islam pada zaman khalifah Umayyah dan Abbasiyah abad ke-7 hingga abad ke-12. Setelah satu waktu pengajaran calon seharusnya dapat: (a) membincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan Islam 24

  25. 2.2.2 Perkembangan Pendidikan Bahagian ini merujuk kepada perkembangan pendidikan di Mesir abad ke-8 dan Acheh pada abad ke-16 dan abad ke-17. Setelah empat waktu pengajaran, calon dapat: (b) menjelaskan jenis institusi pendidikan seperti (i) halaqah, (ii) masjid/surau, (iii) pondok/madrasah, (iv) istana dan (v) universiti. (c) menghuraikan sistem pendidikan, iaitu (i) pendidikan fardu ain dan fardu kifayah, dan (ii) kaedah pengajaran dan pembelajaran. 25

  26. 2.3 Perkembangan intelektual 2.3.1 Perkembangan ilmu pengetahuan Tumpuan perbincangan adalah kemajuan ilmu pengetahuan pada zaman Khalifah Abbasiyah abad ke-11 hingga abad ke-13 dan Khalifah Umayyah di Andalusia abad ke-11hingga abad ke-13. Setelah dua waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan perkembangan ilmu naqli dan aqli. 26

  27. 2.3.2 Sumbangan tokoh Dalam lima waktu pengajaran, perbincangan ditumpu kepada sumbangan tokoh terhadap kemajuan ilmu pada zaman Khalifah Abbasiyah dan kerajaan Islam di Mesir abad ke-15. Setelah mempelajarinya, calon seharusnya dapat: (b) menilai sumbangan tokoh: (i) al-Khwarizmi (ii) Ibn Sina (ii) al-Ghazali (iv) Ibn Khaldun 27

  28. 2.4 Penerokaan Calon mempelajari kegiatan penerokaan dalam zaman Khalifah Umayyah abad ke-7 dan ke-8, zaman Abbasiyah abad ke-9 hingga abad ke-13 dan zaman kerajaan Umayyah di Andalusia abad ke-14. Setelah tiga waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menilai sumbangan tokoh: (i) al-Masudi (ii) Ibn Majid (iii) IbnBattutah 28

  29. 2.5 Seni bina Kemajuan seni adalah salah satu pencapaian tinggi tamadun Islam. Bahagian ini beri tumpuan kepada kemajuan seni bina Islam pada zaman Andalusia abad ke-13 dan India abad ke-14. Setelah dua waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menghurai ciri-ciri seni bina Islam 29

  30. TEMA 3 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa Tema ini memberikan tumpuan kepada perkembangan dalam negara Islam sejak abad ke-18 hingga awal abad ke-20. Dalam masa 18 waktu pengajaran, calon seharusnya dapat membincangkan proses, kesan, dan respons masyarakat tempatan terhadap penjajahan dan pembentukan negara bangsa. Perbincangan ditumpukan kepada tajuk-tajuk berikut: 30

  31. 3.1 Perluasan kuasa Barat Bahagian ini memberi tumpuan kepada perluasan kuasa Barat dalam abad ke-18 hingga abad ke-20, di Asia Barat, khususnya dalam wilayah kekuasaan Khalifah Uthmaniyah. Setelah dua jam pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) membincangkan faktor-faktor perluasan kuasa Barat. 31

  32. 3.2 Reaksi masyarakat tempatan Tumpuan bahagian ini adalah kepada respon penduduk tempatan perluasan kuasa Barat. Setelah empat waktu pengajaran, dengan merujuk kepada perkembangan di Mesir dan Algeria pada abad ke-19 dan ke-20, calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan reaksi masyarakat tempatan. 32

  33. 3.3 Gerakan nasionalisme Bahagian ini memberi tumpuan kepada kebangkitan nasionalisme kesan daripada perkembangan kuasa Barat, menerusi penelitian ke atas perkembangan nasionalisme di Mesir dan Syria dalam abad ke-20. Setelah empat waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: 33

  34. (a) menerangkan faktor kemunculan nasionalisme: (i) pengaruh agama (ii) peranan bahasa dan kesusasteraan (iii) pengaruh kewartawanan (iv) peranan pendidikan (v) peranan golongan intelektual (vi) pengaruh luar 34

  35. 3.4 Perang Dunia Pertama Perang Dunia Pertama yang tercetus pada 1914 turut mengheret Asia Barat, khususnya kerajaan Khalifah Uthmaniyah dalam kancah peperangan yang melibatkan kuasa-kuasa utama Eropah. Setelah empat waktu pengajaran, calon seharunya dapat: (a) membincangkan penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama. 35

  36. 3.5 Pembentukan negara bangsa Pada abad ke-20, banyak negara bangsa yang baru telah muncul. Dengan merujuk kepada perkembangan di Turki dan Mesir pada awal abad ke-20, dalam empat waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa. 36

  37. TERIMA KASIH SEKIAN

More Related