340 likes | 1.29k Views
PERTUNANGAN. DR. HASANAH ABD. KHAFIDZ Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia. Firman Allah s.w.t.: )) ومن آياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة (( Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah
E N D
PERTUNANGAN DR. HASANAH ABD. KHAFIDZ Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia
Firman Allah s.w.t.: ))ومن آياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة(( Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu tenteram dengannya, dan dijadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang.
LANGKAH-LANGKAH SEBELUM PERKAHWINAN • Mencari sifat yang dituntut pada kedua-dua belah pihak • Melihat bakal tunang • Meminang
SIFAT-SIFAT YANG DIUTAMAKAN • Beragama Islam, bertaqwa & berakhlak • Taat, beramal soleh, menjauhi perkara haram, amanah pada tanggungjawab dll. • Hadis: ((إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض)) Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinakannya. Jika kamu tidak mengahwinkannya nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi ini. (Riwayat Tirmizi)
Keturunan • Keturunan yang baik agama dan akhlak • Subur (keluarga besar) • Hadis: ((تزوجوا الودود والودود فإني مكاثر بكم الأمم يوم القيامة)) Kahwinilah perempuan yang pengasih dan subur kerana aku berbangga dengan umat yang ramai pada hari akhirat nanti. (Riwayat Ahmad)
Masih perawan / dara (bagi lelaki yang belum beristeri) • Hadis: ((عليكم بالإبكار فإنهن أعذب أفواها وأنتق أرحاما وأرضى باليسير)) Hendaklah kamu memilih perempuan yang masih dara kerana mereka menuturkan kata-kata yang baik, mampu mempunyai anak yang ramai dan lebih reda kepada kehidupan yang susah. (Riwayat Ibn Majah)
Bukan dari kaum kerabat • Mengurangkan risiko penyakit keturunan (asma dll) • Meluaskan hubungan persaudaraan sesama Islam
Sekufu • Persamaan antara calon suami & isteri • Hak calon isteri dan wali • Bagaimana menilai sekufu? Lihat firman Allah s.w.t.: ((أفمن كان مؤمنا كمن كان فاسقا، لا يستوون)) Apakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasiq? Mereka sama sekali tidak sama • Sekufu dari sudut agama, iffah & ketaatan pada agama hendaklah diutamakan. Firman Allah s.w.t.: ((إن أكرمكم عند الله أتقاكم)) Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling tinggi taqwanya.
MELIHAT BAKAL ISTERI • Sunat melihat bakal isteri sebelum dipinang • Harus melihat 2-3 kali JIKA perlu • Untuk memastikan keadaan wanita • Mengelakkan kekecewaan selepas berkahwin • Pesanan Rasulullah s.a.w. kepada al-Mughirah bin Syu’bah: ((أنظر إليها فإنه أحرى أن يؤدم بينكما)) Lihatlah perempuan itu semoga ia akan mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua (Riwayat Tirmizi) - Perempuan juga diharuskan untuk melihat bakal suami
Batasan melihat: • Muka & tapak tangan. Firman Allah s.w.t.: ((ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها)) Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan yang zahir padanya (an-Nur: 31) • Hantar wakil untuk lihat selain muka & tapak tangan. Hadis Rasulullah s.a.w.: ((شمي عوارضها وانظر إلى عرقوبيها)) Hidulah bau badannya dan lihat kedua-dua tumitnya.
ISU-ISU PERTUNANGAN PERGAULAN DALAM PERTUNANGAN • Hadis: ((لا يخلون رجل بامرأة إلا ومعها ذو محرم)) Tidak boleh sama sekali lelaki dan perempuan berdua-duaan melainkan ada mahram bersama mereka. (Riwayat Bukhari) • Hadis: ((لا يخلون رجل بامرأة لا تحل له فإن ثالثهما شيطان إلا محرم)) Janganlah seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya, maka sesungguhnya orang yang ketiga yang akan bersama-sama mereka ialah syaitan kecuali jika bersama mereka seorang mahram. (Riwayat Ahmad)
MEMINANG TUNANG ORANG • Hadis: ((لا يخطب الرجل على خطبة الرجل حتى يترك الخاطب قبله أو يأذن له الخاطب)) Jangan seorang lelaki meminang atas pinangan lelaki lain melainkan apabila peminang sebelumnya sudi melepaskannya atau peminang itu memberi izin kepadanya. (Riwayat al-Nasai)
Apa guna bertanam betik, Kalau tidak enak manisnya, Apa guna berwajah cantik, Kalau tidak dengan akhlaknya. Menahan ikan di tepi kuala, Indah kuala jadi igauan; Bersimpuh sopan berbudi bahasa, Islam jua menjadi pegangan. Ikan dilaut asam di darat, Dalam kuali bertemu jua; Hati terpaut janji diikat. Atas pelamin bertemu jua.
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w.:“Sampaikanlah (sebarkanlah) dariku walaupun satu ayat”Sekian Terima kasihHakcipta terpeliharaHasanah Abd. Khafidz, 2010www.drhasanah.comhasanah@ymail.com