1 / 13

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB MELALUI KAEDAH NAHU TERJEMAHAN KAJIAN DI KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN,

PERNYATAAN MASALAH. Salah satu faktor yang biasa dikaitkan secara lansung sebagai masalah dalam pendidikan bahasa Arab ialah pemilihan kaedah yang tepat dalam pengajaran. Terdapat banyak kenyataan dan kajian yang mengaitkan punca kelemahan bahasa Arab di kalangan pelajar dengan kaedah pengajaran gu

ace
Download Presentation

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB MELALUI KAEDAH NAHU TERJEMAHAN KAJIAN DI KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN,

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


    1. PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB MELALUI KAEDAH NAHU TERJEMAHAN KAJIAN DI KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN, PERAK. Mohd Arif bin Jusoh Fakulti Bahasa Arab, Kolej Islam Darul Ridzuan

    2. PERNYATAAN MASALAH Salah satu faktor yang biasa dikaitkan secara lansung sebagai masalah dalam pendidikan bahasa Arab ialah pemilihan kaedah yang tepat dalam pengajaran. Terdapat banyak kenyataan dan kajian yang mengaitkan punca kelemahan bahasa Arab di kalangan pelajar dengan kaedah pengajaran guru amnya dan Kaedah Nahu Terjemahan khasnya. Menurut Abdul Rahim Ismail (1994), pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab rata-ratanya tidak memfokuskan pelajar, sebaliknya tertumpu kepada usaha guru yang menggerakkan pembelajaran. Perkara ini dikaitkan secara khusus dengan gaya pengajaran guru yang rata-ratanya menggunakan pendekatan terjemahan secara berleluasa.

    3. Kajian ini dapat memberi gambaran sejauh mana kebaikan dan kelemahan penggunaan kaedah Nahu Terjemahan dalam menarik minat sekaligus membantu pelajar di dalam pembelajaran bahasa Arab mereka. Dari segi kaedah pengajaran, pihak yang bertanggung jawab akan dapat menggunakan hasil kajian ini untuk merancang pendekatan pengajaran, strategi, teknik dan aktiviti pengajaran yang lebih berkesan. Ini memandangkan kurikulum yang terancang dan menepati keperluan pelajar dapat membantu pelaksana atau pengamal kurikulum dalam menjalankan tugas pengajaran bahasa dengan lebih berkesan

    4. TEMPAT DAN BATASAN KAJIAN Kajian telah dilaksanakan ke atas pelajar Kolej Islam Darul Ridzuan, Kuala Kangsar, Perak, terdiri daripada pelajar diploma Bahasa Arab, diploma Usuluddin dan diploma Syariah yang ditawarkan kursus bahasa Arab secara wajib. Responden adalah seramai 80 orang pelajar yang dipilih secara rawak dari tiga Fakulti tersebut. Kesemua responden terdiri daripada pelajar lelaki (33 orang pelajar) dan perempuan (47 orang pelajar) yang sedang mengikuti program peringkat diploma, yang telah dan sedang mengambil subjek bahasa Arab (al-Lughah al-Arabiyyah). Responden perempuan melebihi responden lelaki dengan perbezaan sebanyak 17.6 % iaitu berbeza sebanyak 14 orang pelajar.

    5. SAMPEL KAJIAN Kesemua responden terdiri daripada pelajar semester ketiga, keempat, kelima dan keenam. Kumpulan pelajar semester ketiga merupakan kumpulan pelajar yang paling ramai dengan jumlah pelajar 37 orang (46.3%). Profil latar belakang akademik menunjukkan responden daripada Sekolah Agama Rakyat (SAR) merupakan kumpulan yang paling ramai iaitu 42 orang (53 %). Manakala kumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) peratusan yang diperolehi bagi setiap kumpulan tidak lebih dari 16 %. Hal ini sekurang-kurangnya dapat menjelaskan bahawa lebih daripada separuh responden dalam kajian ini berlatar belakang akademik Sekolah Agama Rakyat (SAR).

    6. DAPATAN KAJIAN Tahap Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran Bahasa Arab Tahap Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Kaedah Nahu Terjemahan Di Dalam Memahami Sistem Nahu dan Sistem Sorof Kaedah Min SP Tahap Persepsi Kaedah nahu memahami sistem nahu 3.86 0.46 SEDERHANA TINGGI Kaedah nahu memahami sistem sorof 3.79 0.52 SEDERHANA TINGGI

    7. Tahap Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Kaedah Nahu Terjemahan Di Dalam Memahami Sistem Nahu Dan Sistem Sorof Berdasarkan Jantina Jantina Kaedah Min SP Tahap Persepsi Lelaki N.T memahami sistem nahu 4.03 0.53 Tinggi N.T memahami sistem sorof 3.97 0.57 Sederhana Tinggi Perempuan N.T memahami sistem nahu 3.73 0.37 Sederhana tinggi N.T memahami sistem sorof 3.67 0.45 Sederhana tinggi terdapat perbezaan persepsi antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan terhadap pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan.

    8. Tahap Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Kaedah Nahu Terjemahan Di Dalam Memahami Sistem Nahu dan Sistem Sorof Berdasarkan Bidang Pengajian Bidang Pengajian Kaedah Min SP Tahap Persepsi Dip. Syariah N.T memahami nahu 3.83 0.48 Sederhana Tinggi N.T memahami sorof 3.70 0.56 Sederhana Tinggi Dip. Bahasa Arab N.T memahami nahu 3.95 0.44 Sederhana Tinggi N.T memahami sorof 3.95 0.40 Sederhana Tinggi Dip. Usuluddin N.T memahami nahu 3.85 0.46 Sederhana Tinggi N.T memahami sorof 3.85 0.50 Sederhana Tinggi

    9. Perbezaan Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab Mengikut Jantina Kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar lelaki dengan persepsi pelajar perempuan terhadap pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan Nilai min dan sisihan piawai pelajar lelaki lebih tinggi daripada nilai min dan sisihan piawai pelajar perempuan. Nilai min pelajar lelaki 3.84 dan sisihan piawai 0.76. Manakala nilai min pelajar perempuan 3.43 dan sisihan piawai 0.53. Perbezaan nilai min persepsi antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan sebesar 0.41 merupakan perbezaan yang signifikan. Ini ditunjukkan oleh nilai signifikan yang diperoleh iaitu 0.023 < 0.05. Nilai t yang diperolehi 2.845 > 2.000 ( t tabel ). Pada analisis deskriptif (tahap persepsi) juga menunjukkan persepsi pelajar lelaki terhadap kaedah Nahu Terjemahan lebih tinggi berbanding persepsi pelajar perempuan. Pelajar lelaki berada pada tahap tinggi dengan nilai min 4.03 dan sisihan piawai 0.53. Manakala persepsi pelajar perempuan berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min 3.73, dan sisihan piawai 0.37.

    10. Perbezaan Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Kedah Nahu Terjemahan Mengikut Bidang Pengajian Terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan berdasarkan bidang pengajian . Ujian post hoc menunjukkan bahawa terdapat perbezaan persepsi antara pelajar diploma Syariah dengan diploma Bahasa Arab terhadap pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan dengan nilai sig yang diperolehi 0.028 < 0.05. Seterusnya nilai signifikan 1.000 menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan antara persepsi pelajar diploma Syariah dengan persepsi pelajar diploma Usuluddin. Dan nilai signifikan 0.149 menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar diploma Bahasa Arab dengan persepsi diploma Usuluddin.

    11. RUMUSAN Pelajar perempuan adalah yang paling ramai terlibat dalam kajian ini. Pelajar diploma Syariah merupakan pelajar yang paling ramai terlibat dalam kajian ini. Pelajar semester ketiga merupakan kumpulan pelajar yang paling ramai terlibat dalam kajian ini. Pelajar yang berlatar belakang akademik Sekolah Agama Rakyat (SAR) adalah pelajar yang paling ramai terlibat dalam kajian ini. Keputusan bahasa Arab dengan tahap lulus merupakan keputusan yang paling tinggi kekerapan dan peratusannya pada masa responden pelajar di peringkat PMR dan SPM dan pada tahap pengajian semester I dan semester II. Tahap persepsi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan berada pada tahap sederhana tinggi. Tahap persepsi pelajar lelaki terhadap pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan di dalam memahami sistem nahu berada pada tahap tinggi, dan tahap persepsi pelajar lelaki terhadap pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan di dalam memahami sistem sorof berada pada tahap sederhana tinggi. Tahap persepsi pelajar perempuan terhadap pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan di dalam memahami sistem nahu dan pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan di dalam memahami sistem sorof berada pada tahap persepsi sederhana tinggi.

    12. Tahap persepsi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan di dalam memahami sistem nahu dan persepsi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan di dalam memahami sistem sorof bagi pelajar diploma Syariah, diploma Bahasa Arab dan diploma Usuluddin berada pada tahap sederhana tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar lelaki dengan persepsi pelajar perempuan terhadap pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan. Terdapat perbezaan persepsi terhadap pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan antara pelajar diploma Syariah dengan diploma Bahasa Arab. Tidak terdapat perbezaan persepsi terhadap pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan antara pelajar diploma Syariah dengan diploma Usuluddin. Tidak terdapat perbezaan persepsi terhadap pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan antara pelajar diploma Bahasa Arab dengan diploma Usuluddin

    13. SEKIAN TERIMA KASIH

More Related