Download
slide1 n.
Skip this Video
Loading SlideShow in 5 Seconds..
MODUL TEKNOLOGI TEKNIK MENUAI BTS PowerPoint Presentation
Download Presentation
MODUL TEKNOLOGI TEKNIK MENUAI BTS

MODUL TEKNOLOGI TEKNIK MENUAI BTS

380 Views Download Presentation
Download Presentation

MODUL TEKNOLOGI TEKNIK MENUAI BTS

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript

    1. 1 MODUL TEKNOLOGI TEKNIK MENUAI BTS

    2. 2 TUJUAN PENUAIAN Untuk mendapatkan kandungan dan mutu minyak sawit yang terbaik dari tandan yang dituai dengan cara yang paling cekap dan ekonomi. Kriteria mutu minyak yang dimaksudkan ialah dari segi kandungan asid lemak bebas (ALB/FFA) di dalam minyak sawit mentah (MSM). Kandungan ALB yang tinggi akan mengurangkan harga MSM disebabkan kos penapisan yang tinggi.

    3. 3

    4. 4 PENGENALAN Pokok sawit mula mengeluarkan hasil antara 24 hingga 30 bulan selepas ditanam di ladang. Pada peringkat awal penghasilan, saiz tandan adalah kecil dan terdapat juga pembentukan buah yang tidak sempurna seperti partenokarpi (buah yang terbentuk tanpa persenyawaan dan tidak mempunyai isirong). Dalam tempoh ini, penuaian tinjau (scout harvesting) dilakukan sebulan sekali di mana tandan yang kecil tidak sempurna perlu dibuang, manakala tandan yang sempurna pembentukannya dan melebihi berat dua kilogram dituai dan dijual. Selepas peringkat ini, penuaian akan menjadi aktiviti biasa dengan kekerapan kira-kira 2 minggu sekali sehinggalah akhir hayat ekonomi pokok sawit berkenaan.

    5. 5 PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PENEKANAN Piawaian tandan masak, Jarak pusingan menuai, Mengutip buah lerai / relai, Memotong pendek tangkai tandan, Penyeliaan semasa menuai, Menerapkan sistem insentif/denda kepada penuai, Menghantar BTS ke kilang dengan segera, Mengamalkan sistem penggredan dalam jualbeli BTS.

    6. 6 PIAWAIAN TANDAN MASAK Buah sawit dalam satu tandan tidak masak pada masa yang sama kerana terdapat sedikit perbezaan masa pendebungaan. Masa bunga betina mengorak ( antesis ) ialah antara 2 5 hari. Buah di bahagian atas tandan yang kedudukannya terdedah akan masak dan jatuh terlebih dahulu berbanding dengan buah di bahagian pangkal tandan dan tersorok. Buah yang masak dan jatuh mengandungi minyak yang maksimum. Secara teorinya, mengutip dan memproses buah lerai akan memberi Kadar Perahan Minyak (KPM) yang optimum.

    7. 7

    8. 8 PIAWAIAN TANDAN MASAK Tindakan memeram tandan akan meningkatkan pembentukan ALB/FFA. Dalam sistem penggredan BTS tandan yang diperam akan dianggap sebagai tandan lama dan akan dikenakan penalti. MPOB mengesyorkan piawaian tandan masak apabila sekurang-kurangnya satu biji sawit dari tandan telah jatuh ke tanah. Objektifnya ialah untuk mendapatkan purata KPM yang tertinggi bagi setiap pusingan tanaman. Piawaian yang disyorkan ini bagi mengimbangi kejadian buah lerai yang terlalu banyak dan pembentukan ALB/FFA yang tinggi.

    9. 9 JARAK PUSINGAN MENUAI Jarak Pusingan Menuai = Luas Kawasan dituai Kadar Penuaian x Bil Kumpulan Penuai

    10. 10 MENGUTIP BUAH LERAI Kerugian dari segi kehilangan berat jualan BTS boleh ditentukan melalui formula. Ia boleh dijadikan panduan untuk mengira kerugian pendapatan. Kerugian (RM/hektar/tahun) = A x B x C x D x E 1,000,000 A = Berat sebiji buah lerai (gram) B = Bilangan buah lerai tidak dikutip/tandan C = Purata bilangan tandan/pokok/tahun D = Bilangan pokok/hektar E = Harga BTS (RM/tan)

    11. 11 MEMOTONG PENDEK TANGKAI TANDAN Tangkai tandan perlu dipotong pendek dan sebaik-baiknya kurang daripada 5cm. Tangkai pendek juga memudahkan tandan disusun di dalam kenderaan dan mengurangkan penyerapan minyak semasa pemprosesan. Tangkai panjang akan menyebabkan kehilangan minyak. Adalah dianggarkan sebanyak 0.45% minyak akan diserap oleh tandan tangkai kosong semasa pemprosesan BTS, maka penyerapan minyak oleh tandan bertangkai panjang tentu akan lebih tinggi.

    12. 12

    13. 13 PENYELIAAN SEMASA KERJA PENUAIAN Antara tugas-tugas penting penyelia penuaian ialah untuk memastikan :- Semua penuai mesti menuai tandan masak sahaja, Semua buah lerai perlu dikutip, Tidak ada tandan masak yang tertinggal di pokok kerana ianya akan menjadi terlalu masak di pusingan berikutnya, Tangkai tandan dipotong pendek, Semua tandan ( BTS )yang dituai diangkut keluar dari ladang,

    14. 14 PENYELIAAN SEMASA KERJA PENUAIAN Antara tugas-tugas penting penyelia penuaian ialah untuk memastikan :- Kenal pasti kumpulan penuai yang menuai tandan muda/mengkal dan memberi nasihat/denda, Jalankan pre-grading BTS di ladang yang bertujuan untuk menentukan peratusan buah masak, mengkal, muda serta mengasingkan tandan kosong, busuk, berpenyakit dan lain-lain supaya tidak dihantar ke kilang.

    15. 15 MENGHANTAR BTS KE KILANG DENGAN SEGERA SELEPAS DITUAI Bagi menjamin mutu minyak yang tinggi dengan kehadiran asid lemak bebas (ALB) rendah. Kandungan ALB yang tinggi akan mengurangkan harga minyak mentah disebabkan kos penapisan yang meningkat. Kandungan ALB meningkat pada kadar 0.9% sehari selepas tandan dituai dan pembentukan ALB hanya akan berhenti apabila tandan tersebut disterilisasikan.

    16. 16 MENERAPKAN SISTEM INSENTIF/DENDA KEPADA PENUAI Insentif menuai tandan masak >90% Insentif memotong tangkai pendek <5% Insentif mengutip semua buah lerai Insentif menuai di kawasan bukit/paya/jalan rosak/pokok tinggi Insentif kehadiran menuai >25hari sebulan Denda menuai tandan muda, mengkal >10% Denda tangkai panjang >5% Denda mengutip buah lerai berdasarkan bilangan sebiji, sepokok atau sebeg.

    17. 17 KESIMPULAN Amalan agronomi dan pengurusan ladang yang sempurna supaya tidak menggangu pembentukan tandan yang baik. Pastikan supaya hanya tandan masak sahaja yang dituai bagi mendapatkan kadar perahan MSM yang optimum. BTS jangan diperam bagi mengelakan FFA/ALB yang tinggi Pusingan menuai yang munasabah. Kutip buah lerai dan elakkan bercampur dengan kotoran. Potong tangkai tandan pendek (<5cm). Amalkan sistem insentif/denda kepada penuai. Hantar BTS ke kilang dengan segera.

    18. 18 TERIMA KASIH