Perkembangan tamadun islam pentadbiran zaman abbasiyyah
This presentation is the property of its rightful owner.
Sponsored Links
1 / 22

Perkembangan Tamadun Islam (Pentadbiran Zaman ‘Abbasiyyah) PowerPoint PPT Presentation


  • 206 Views
  • Uploaded on
  • Presentation posted in: General

Perkembangan Tamadun Islam (Pentadbiran Zaman ‘Abbasiyyah). Program Berterusan Jarak Jauh FPI, UKM PY1262 SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (Kuliah 2/Bab 8). OBJEKTIF Bab 8. Mengenali dan mengetahui sistem pentadbiran ‘Abbasi . Mengenal pasti sejarah perkembangan pentadbiran Kerajaan ‘Abbasiyyah.

Download Presentation

Perkembangan Tamadun Islam (Pentadbiran Zaman ‘Abbasiyyah)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Presentation Transcript


Perkembangan tamadun islam pentadbiran zaman abbasiyyah

Perkembangan Tamadun Islam (Pentadbiran Zaman ‘Abbasiyyah)

Program Berterusan Jarak Jauh FPI, UKM

PY1262 SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM

(Kuliah 2/Bab 8)


Objektif bab 8

OBJEKTIF Bab 8

  • Mengenali dan mengetahui sistem pentadbiran ‘Abbasi.

  • Mengenal pasti sejarah perkembangan pentadbiran Kerajaan ‘Abbasiyyah.

  • Mendalami aspek-aspek kecemerlangan pentadbiran Kerajaan ‘Abbasiyyah.

Bab 8 / 2


Sistem pentadbiran abbasiyyah

SISTEM PENTADBIRAN ‘ABBASIYYAH

  • Khalifah Abu al-‘Abbas al-Saffah isytihar Kerajaan ‘Abbasiyyah ialah sebuah dawlah yang berdaulat.

  • Kerajaan ini melaksanakan konsep yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh Khulafa’ al-Rashidin.

  • Turut meminta bantuan ulama bagi membantu untuk mentadbir kerajaan.

  • Ini sesuai dengan kempen yang dilaksanakan dalam gerakan revolusi ‘Abbasiyyah.

  • Namun slogan ini nyata indah khabar dari rupa.

  • Khalifah lantik putera mahkota; monarki.

Bab 8 / 3


Sistem pentadbiran abbasiyyah1

SISTEM PENTADBIRAN ‘ABBASIYYAH

  • Perbezaan besar: Penghapusan konsep diskriminasi etnik yang diamalkan Kerajaan Umawi sebelum ini.

  • Berjaya hidupkan Sunnah: Memberi hak sama rata kepada semua golongan tanpa bezakan warna kulit.

  • Para khalifah juga bersedia untuk berbincang dengan para ulama.

  • Para ulama boleh menegur segala tindakan kerajaan dengan cara yang lebir responsif.

  • Gandingan kerajaan-rakyat perlu diperkukuh.

  • Jika keadilan tidak diberi perhatian, rakyat pasti akan memberontak.

Bab 8 / 4


Institusi al wizarah

INSTITUSI AL-WIZARAH

  • Penubuhan al-wizarah merupakan satu perkembangan baru dalam sejarah pemerintahan Islam.

  • Zaman Umawi: Khalifah bertanggungjawab atas semua perkara secara langsung.

  • Wazir tidak pernah diwujudkan pada zaman Nabi, Khulafa’ dan Umawi.

  • Institusi ini berasal dari Parsi.

  • Dipercayai orang pertama yang menjadi wazir ialah Abu Salamah al-Khallal.

  • Gelaran rasmi: wazir Al Muhammad.

  • Al-Wizarah: Jentera kerajaan paling utama.

Bab 8 / 5


Institusi al wizarah1

INSTITUSI AL-WIZARAH

  • Jabatan ini diketuai oleh Wazir al-Wuzara’ (Perdana Menteri).

  • Beliau dibantu oleh beberapa orang wazir.

  • Kedudukan Wazir al-Wuzara’ paling tinggi dan memiliki kuasa paling besar.

  • Ia merupakan lidah rasmi kerajaan.

  • Ada kuasa untuk melantik dan memecat gabenor dan qadi (hakim) wilayah.

  • Khalifah boleh berikan tumpuan kepada aspek lain seperti pembangunan ekonomi dan sosial untuk kemajuan negara.

  • Urusan pentadbiran dilakukan oleh org lain.

Bab 8 / 6


Jabatan al hajib

JABATAN AL-HAJIB

  • Jawatan kedua penting sepelas Wazir al-Wuzara’ (Perdana Menteri).

  • Tugasnya ialah sebagai setiausaha dan pegawai protokol kepada Khalifah.

  • Menjadi pengganti Khalifah untuk menyelesaikan masalah rakyat.

  • Orang yang paling rapat dengan Khalifah.

  • Jawatan ini wujud semenjak zaman Umawi.

  • Diwujudkan oleh Khalifah ‘Abd al-Malik b. Marwan.

  • Ditugaskan untuk melancarkan urusan untuk berjumpa dengan Khalifah.

Bab 8 / 7


Penubuhan al dawawin

PENUBUHAN AL-DAWAWIN

  • Diwan telah muncul semenjak zaman Khulafa’ di bawah pemerintahan ‘Umar b. al-Khattab (r.a.).

  • ‘Abbasiyyah telah mengembangkan jabatan ini secara lebih meluas.

  • Antaranya seperti al-Jund, al-Kharaj, al-Rasa’il, al-Sawafi dan al-Sirr.

  • Terdapat dua diwan yang terpenting dalam zaman ‘Abbasiyyah, iaitu al-Jund dan al-Kharaj.

  • Jabatan pos (al-barid) misalnya, tidak berfungsi seumpama pejabat pos hari ini.

Bab 8 / 9


Diwan al jund

DIWAN AL-JUND

  • Dikenali juga sebagai Jabatan Ketenteraan.

  • Bertanggungjawab dalam semua urusan ketenteraan negara.

  • Perlu untuk menyediakan keperluan asas untuk tentera.

  • Memberi latihan dan memilih anggota tentera baru.

  • Diwan ini diasas oleh ‘Umar b. al-Khattab.

  • Dimansukhkan pula oleh Mu’awiyah.

  • Khalifah Hisham b. ‘Abd al-Malik al-Umawi wujudkan semula dengan perubahan.

  • Khalifah al-Mansur lakukan perubahan lagi.

Bab 8 / 9


Diwan al jund1

DIWAN AL-JUND

  • Objektif diwan ini ialah mempertahankan negara dan ancaman dan serangan orang bukan Islam.

  • Ketua tentera perlu ingatkan anak buahnya tentang ganjaran dunia dan Akhirat.

  • Orang awam juga turut berkhidmat dalam tentera.

  • Mereka dikenali sebagai al-mutawwi‘in; termasuk Arab dan ‘ajam.

  • Mereka turut diberi ganjaran ibarat gaji.

  • ‘Abbasiyyah perkemaskan dengan selaraskan bayaran gaji.

Bab 8 / 10


Diwan al jund2

DIWAN AL-JUND

  • Mereka yang berdaftar sahaja boleh meperoleh pelarasan ganji.

  • Gaji yang dibayar adalah berdasarkan kategori; infantri, berkuda.

  • Zaman Umawi, diwan ini eksklusif untuk orang Arab sahaja.

  • ‘Abbasi membenarkan ‘ajam menganggotai diwan ini.

  • Gaji zaman Umawi lebih tinggi daripada zaman ‘Abbasi.

  • Ini kerana kemasukan yang ramai dan keadilan yang perlu diberikan.

Bab 8 / 11


Diwan al jund3

DIWAN AL-JUND

  • Untuk tujuan keberkesanan, ‘Abbasiyyah telah menubuhkan satu unit khas bagi matlamat perisikan.

  • Misal: Khalifah al-Rashid telah hantar perisik diseluruh negara musuh.

  • Contoh: ‘Abd Allah b. al-Sidi yang dihantar ke Byzantine.

  • Laporan para perisik ini memudahkan para geografi Muslim untuk melakar peta.

  • ‘Abbasiyyah berjaya mencipta peralatan perang yang canggih.

  • Contoh: Manjaniq, peluru, baju kalis api.

Bab 8 / 12


Diwan al kharaj

DIWAN AL-KHARAJ

  • Turut dikenali sebagai Jabatan Percukaian.

  • Mengutip segala hasil cukai tanah yang mengeluarkan hasil pertanian.

  • Ia diketuai oleh seorang pegawai yang mempunyai kuasa untuk melantik wakil bagi memungut cukai.

  • Kadar kharaj tidak sama antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.

  • Kharaj berperanan untuk memantapkan ekonomi negara.

  • Diwujudkan semenjak zaman Nabi (s.a.w.).

  • Mengalami perubahan; Khulafa’ dan Umawi.

Bab 8 / 13


Kecemerlangan baghdad

KECEMERLANGAN BAGHDAD

  • Zaman keagungan ‘Abbasiyyah ialah pada masa pemerintahan al-Rashid dan al-Ma’mun.

  • Antara sumbangan utama kecemerlangan ini ialah kemantapan aspek ketenteraan.

  • Ini dibantu pula dengan kekentalan aspek perbendaharaan negara.

  • Jika tiada gabungan kedua-dua aspek ini, sukar untuk ‘Abbasiyyah mengecapi kecemerlangan.

  • Zaman ini dikenali oleh Barat sebagai the golden age of Islam.

Bab 8 / 14


Rumusan

RUMUSAN

  • Kerajaan ‘Abbasiyyah mengecapi aspek kecemerlangan dalam pentadbiran.

  • Ini dapat dilihat pada:

    • Penubuhan Institusi al-Wizarah.

    • Pengwujudan Jabatan al-Hajib.

    • Pemantapan al-Dawawin.

  • Diwan al-Jund dan diwan al-kharaj diberi perhatian kerana ia dapat menjamin pembangunan negara.

  • Kecemerlangan aspek pentadbiran turut menyumbang kepada kecemerlangan kota Baghdad dan ‘Abbasiyyah sendiri.

Bab 8 / 15


Perkembangan tamadun islam pentadbiran zaman abbasiyyah

↑Bendera ‘Abbasiyyah Istana lama zaman Abbaisyyah 


  • Login