1 / 20

Bengkel Untuk Guru-Guru Pusat Sumber Sekolah Pengenalan dan Konsep Pusat Sumber Sekolah

Bengkel Untuk Guru-Guru Pusat Sumber Sekolah Pengenalan dan Konsep Pusat Sumber Sekolah. Dr. Zohra Ibrahim Pensyarah Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi Mara. Pusat sumber sekolah. Ditubuhkan untuk membantu dalam meningkatkan mutu pendidikan dari segi:

zoey
Download Presentation

Bengkel Untuk Guru-Guru Pusat Sumber Sekolah Pengenalan dan Konsep Pusat Sumber Sekolah

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Bengkel Untuk Guru-Guru Pusat Sumber Sekolah Pengenalan dan Konsep Pusat Sumber Sekolah Dr. Zohra Ibrahim Pensyarah Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi Mara.

  2. Pusat sumber sekolah • Ditubuhkan untuk membantu dalam meningkatkan mutu pendidikan dari segi: • penggunaan pelbagai bahan pengajaran pembelajaran • penggunaan teknologi pendidikan • penggunaan maklumat/ bahan tambahan. • Penggunaan IT dalam P&P

  3. PSS • Penggunaan istilah PSS mula diperkenalkan pada tahun 1983 - bagi menggantikan istilah perpustakaan sekolah. • Bahan bercetak dan elektronik digabungkan dalam satu ruang atau bilek dan digunakan untuk proses prngajaran pembelajaran. • PSPN juga diwujudkan di 4 buah negeri.

  4. Konsep PSS dahulu dan kini • Bangunan, bilek atau ruang khas yang: • menyediakan koleksi yang pelbagai dari segi format, jenis, bidang dan keperluan, bertujuan untuk penambahan ilmu dan maklumat. • Mempunyai kemudahan untuk menggunakan bahan yang terdapat serta keadaan persekitaran yang selesa.

  5. Menyediakan kemudahan pencarian maklumat berasaskan bahan bercetak, elektronik dan atas talian. • Menjalankan aktiviti mengenalpasti sumber maklumat, memperolehinya, memproses serta memastikan bahan boleh digunakan dalam proses P&P.

  6. Menjalankan program untuk meningkatkan budaya mmbaca, cintakan ilmu serta mengetahui akan nilai dan kepentingan ilmu dan maklumat dalam kehidupan harian. • Menyemaikan sifat pencarian ilmu sebagai aktiviti sepanjang hidup dan memastikan sikap pendidikan sepanjang hayat diperolehi oleh pelajar dan guru.

  7. Matlamat PSS • Berasaskan Falsafah Pendidikan Negara, PSS perlu bermatlamat untuk menyemaikan sikap positif seperti berakhlak mulia, bertakwa, berbudaya membaca, berbudaya ilmu berasaskan sumber bercetak, elektronik dan atas talian kepada masyarakat sekolah.

  8. Contoh Matlamat • Memupuk budaya membaca dan kemahiran penggunaan media pendidikan di kalangan warga pendidikan agar dapat mencapai matlamat P&P serta Dasar Pendidikan Negara. • SMKSSAAS

  9. Contoh • Memupuk budaya kerja dan budaya sekolah yang berteknologi dan berilmu tinggi ke arah mempertingkatkan lagi akhlak, ketaqwaan, kemahiran, daya kreativiti dan inovatif di kalangan warga sekolah dalam pemberkembangkan proses P&P untuk mencapai matlamat, dasar, wawasan serta falsafah pendidikan sekolah dan negara.

  10. PSS boleh dikendalikan secara manual dan berkomputer. Era teknologi maklumat kini memerlukan PSS menggunakan sistem automasi dalam pengurusan dan penyediaan perkhidmatan supaya pengguna akan mendapat akses kepada bahan maklumat yang lebih global.

  11. Ini boleh dilakukan melalui: • pencarian maklumat menggunakan pangkalan data tempatan dan antarabangsa • pengorganisasian dan pengurusan bahan yang lebih sistematik • keupayaan mewujudkan rangkaian maklumat • penghasilan bahan maklumat yang lebih bermutu.

  12. Pusat Sumber Elektronik • 1996- BTP memperkenalkan konsep PSE atau pusat sumber digital. PSE ini mempunyai koleksi yang diurus dengan bantuan sistem komputer yang mempunyai keupayaan untuk mengorganisasi sumber dengan berkesan. • Penggunaan sistem komputer ini memberi peluang kepada capaian maklumat global.

  13. Penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan akan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta menyokong dan memantapkan perlaksanaan kurikulum. • PSE sebagai pusat ilmu memainkan peranan penting untuk membudayakan ilmu dan teknologi.

  14. Setiap individu berkemahiran menggunakan IT untuk memperolehi dan menguasai ilmu serta dapat menghasilkan ilmu baru bagi memperkayakan ilmu negara.

  15. Peranan PSS/E • Mendidik pelajar memanafaatkan ilmu dan maklumat melalui: • penurunan kuasa kepada setiap individu dengan ilmu pengetahuan • mendidik dan melatih individu dengan literasi maklumat • menambah dan memperkayakan ilmu negara • membangunkan ilmu tempatan

  16. Peranan PSS/E • Pusat pengumpulan bahan dalam pelbagai bentuk dan format. • Pusat rekreasi minda • pusat ilmu, inforia dan didikria • pusat pembudayaan teknologi maklumat dan ilmu • pusat rekod/maklumat tempatan & luar.

  17. Fungsi PSS/E • Memperkaya dan memelihara warisan intelek dan budaya bangsa dalam pelbagai bentuk: • perkongsian ilmu dan maklumat dengan pelbagai pihak (knowledge management) • menggalakkan dan menyemaikan kecintaan terhadap ilmu

  18. menggunakan ilmu dan maklumat untuk membuat keputusan atau membuat sesuatu. • Menerapkan kemahiran menangkis atau menapis maklumat palsu atau tidak sahih. • Menekankan bahawa ilmu ada dimana-mana dan ilmu adalah hak semua.

  19. Perkhidmatan • Menyemaikan sebanyak mungkin kemahiran yang diperlukan oleh pelajar seperti; kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran perpustakaan, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklmat, kemahiran komunikasi, dan kemahiran menghasilkan bahan ilmu.

  20. Sumber manusia • Kepimpinan perlu diterajui oleh Pengetua. • Perlantikan guru sebagai pengurus atau penyelaras pusat sumber yang mempunyai fungsinya dan bidang tugasnya yang tersendiri. • Pembentukkan Ahli Jawatankuasa kerja • Pengawas pusat sumber yang terdiri daripada pelajar.

More Related