1 / 16

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KLUSTER (BPSBPSK) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DASAR, SYARAT DAN KRITERIA PENGAMBILAN MURID TINGKATAN EMPAT (4) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2010. BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KLUSTER (BPSBPSK) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. oBJEKTIF.

zody
Download Presentation

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KLUSTER (BPSBPSK) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. DASAR, SYARAT DAN KRITERIA PENGAMBILAN MURID TINGKATAN EMPAT (4) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2010 BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KLUSTER (BPSBPSK) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  2. oBJEKTIF Semua warga kerja BPSBPSK boleh menerangkan dengan jelas serta berkesan dasar, syarat dan kriteria pengambilan murid ke Tingkatan Empat (4) SBP tahun 2010

  3. Latar Belakang • Pada setiap tahun tidak kurang 45,000 permohonan untuk kemasukan Tingkatan Empat (4) dikendalikan oleh Unit Pengambilan, Sektor Pengurusan HEM, BPSBPSK • Sehingga Mei 2009, sebanyak 57 buah SBP menawarkan tempat ke Tingkatan Empat (4) termasuk tiga (3) buah SBP yang baru dibuka iaitu Sekolah Menengah Sains (SMS) Kepala Batas, SMS Bagan Datoh dan SMS Kubang Pasu. Sebanyak enam (6) buah SBP menawarkan kemasukan bermula di Tingkatan Empat (4) iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang (KISAS), SMS Muar, SMS Kuala Terengganu, SMS Alam Shah Kuala Lumpur, SMS Seri Puteri Kuala Lumpur dan SMS Seremban.

  4. Dasar Pemilihan Dan Penempatan Murid • Sebanyak 70 % tempat diperuntukkan kepada pelajar-pelajar dari lokasi sekolah pedalaman serta luar bandar dan 30 % lagi untuk pelajar-pelajar di bandar (70 : 30) • Peruntukan tempat khas untuk pelajar-pelajar dari keluarga miskin yang pendapatan keluarga kurang dari Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2007 (merujuk kepada Buku Pendidikan Untuk Semua, Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia) ke mana-mana Sekolah Berasrama Penuh dengan status “Projek Khas”.

  5. ….2/..Dasar Pemilihan Dan Penempatan Murid • Peruntukan tempat khas untuk pelajar tajaan Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak – Program Integrasi Nasional • Penempatan murid-murid yang terdiri dari anak Orang Asli dan kaum pribumi adalah diberi keutamaan.

  6. …2/..Syarat Pemilihan • Warganegara Malaysia • Bersekolah di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan Contoh Angka Giliran PMR 2009 : BD 101K001 Tidak Layak L, P, N

  7. Syarat Pemilihan • Memenuhi syarat kelayakan minimum akademik dengan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 seperti berikut : • Mendapat sekurang-kurangnya Gred A bagi 6 mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa / Bahasa Ketiga seperti Bahasa Arab, Perancis, Jerman, Iban , Jepun, Mandarin, Tamil atau seumpamanya; • Mesti mendapat Gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran yang lain; dan • Untuk ke tingkatan empat (4) Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama, calon juga hendaklah memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab (Komunikasi).

  8. Kriteria Pemilihan • Merit Akademik (berdasarkan keputusan PMR) 80 markah • Merit penglibatan dalam aktiviti kokurikulum30 markah • Merit status sosio-ekonomi ibu bapa atau penjaga, akan dinilai sebanyak 20 markah • Merit lokasi sekolah asal 5 markah;

  9. Prosedur Permohonan, Pemilihan dan Penempatan ke Tingkatan Empat (4) SBP Tahun 2010 Murid boleh membuat permohonan secara online melalui laman web KPM www.moe.gov.my ; pemohon diberi peluang untuk membuat pilihan SBP Pemohon mencetak salinan maklumat permohonan ; salinan permohonan dihantar kepada Pengetua sekolah asal masing-masing untuk pengesahan maklumat. 1 Sept – 15 Okt 2009

  10. 3. Pengetua mengesahkan maklumat pemohon dan menghantar salinan kepada JPN / PPD Pegawai di JPN / PPD melaksanakan proses pengesahan maklumat secara online 16 – 31 Okt 2009

  11. 5. BPSBPSK memproses pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan Empat (4) SBP 2010 menggunakan SST4 6. Keputusan pemilihan dan penempatan murid diumumkan secara online melalui laman web KPM www.moe.gov.my 5 – 14 Januari 2010 15 Januari 2010

  12. 7. Pemohon yang tidak berjaya mengemukakan rayuan permohonan secara online( e- rayuan ) 8. Pemohon yang berjaya bagi akan mendaftar sebagai Ambilan Pertama 9. Ambilan seterusnya oleh BPSBPSK 15 Januari – 5 Februari 2010 2 Februari 2010 8 – 16 Februari 2010

  13. Keputusan Pemilihan dan Penempatan • Keputusan pemilihan dan penempatan murid akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari setelah keputusan PMR diumumkan • Semakan keputusan tersebut boleh dibuat melalui ketetapan berikut: • Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my • Kaunter BPSBPSK • Talian hotline BPSBPSK • Kaunter JPN / PPD yang berhampiran

  14. Pakej Aliran Mata Pelajaran

  15. Proses Tawaran Kepada Murid • Tawaran yang diberikan adalah tertakluk kepada syarat-syarat tawaran seperti yang dinyatakan dalam Lampiran Tawaran dan Syarat Kemasukan ke Tingkatan Empat (4)) SBP • Tawaran kepada murid-murid yang berjaya adalah muktamad. Walau bagaimanapun BPSBPSK berhak membuat pindaan atau membatalkan tawaran berdasarkan sebab-sebab yang munasabah • Sebarang permohonan bertukar SBP dan aliran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan • Tawaran kepada murid yang berjaya akan terbatal sekiranya murid tidak mendaftar dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pendaftaran

More Related