1 / 22

Peringkatan Pemerolehan Bahasa (B1)

MINGGU 1. Peringkatan Pemerolehan Bahasa (B1). 1. Terdapat 4 peringkat bahasa: Peringkat 1 = Vokalisasi (Bebelan) Peringkat 2 = Holograsa (1 kata) Peringkat 3 = Telegrafik (2 dan 3 kata) Peringkat 4 = Perkembangan ayat-ayat kompleks.

zahur
Download Presentation

Peringkatan Pemerolehan Bahasa (B1)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MINGGU 1 Peringkatan Pemerolehan Bahasa (B1)

  2. 1. Terdapat 4 peringkat bahasa: Peringkat 1 = Vokalisasi (Bebelan) Peringkat 2 = Holograsa (1 kata) Peringkat 3 = Telegrafik (2 dan 3 kata) Peringkat 4 = Perkembangan ayat-ayat kompleks PEMEROLEHAN BAHASA

  3. Pengulangan bunyi-bunyi ini memberi kualiti bunyi-bunyi yang serupa dengan bahasa. Peringkat ini berlaku sekitar bayi berumur 10/11 bulan. • Perolehan lingkungan bahasa pertama terdiri daripada peringkat yang berikut: * Di peringkat awal, bayi menghasilkan bunyi-bunyi bukan bahasa untuk melatih dan mengawal alat artikulasi, dan menyelaraskan dengan pembikinan bunyi-bunyi. * Di peringkat selanjutnya, bayi dapat kenal pasti bunyi-bunyi suku kata vokal, konsonan vokal dan pola intonasi bahasanya, terutama pola intonasi ayat pernyataan, pertanyaan dan seruan. PEMEROLEHAN BAHASA

  4. Peringkat 1: Vokalisasi (Bebalan) 1. Kanak-kanak mengeluarkan berbagai-bagai bunyi dalam mulutnya. 2. Bunyi-bunyi ini membolehkan bayi melatih dan mengawal alat-alat artikulasinya. 3. Bayi dapat melatih menyelaraskan pernafasannya dengan pembikinan bunyi-bunyi. Bebalan  bisu dan pekak Vokalisasi lanjutan (vokal dan konsonan) (bisu dan pekak tidak mengalami peringkat ini) 4. Bayi yang pekak tidak meneruskan perkembangan bahasanya ke peringkat vokalisasi lanjutan (mirip kepada bahasa). 5. Vokalisasi melibatkan penggunaan bahasa, terutamanya suku kata vokal dan konsonan vokal. Contohnya: / a /, / u / dan / ma / PEMEROLEHAN BAHASA

  5. Peringkat 2: Holofrasa 1. Bagi kanak-kanak normal kata pertama muncul ketika kanak-kanak berumur 4 bulan dan ada juga muncul sewaktu 18 bulan. 2. Fakta * Secara purata kanak-kanak menuturkan kata pertama di sekitar 10 bulan. * Ketidaksamarataan wujud (perkembangan fizikal). * Penggunaan kata tunggal tanpa sebarang sintak untuk menamakan objek, meminta sesuatu, menegaskan dan melahirkan situasi yang rumit. PEMEROLEHAN BAHASA

  6. Kegunaan Kata Tunggal • Kata tunggal yang boleh digunakan untuk tujuan yang berlainan. 1. Suku kata boleh digunakan untuk menamakan satu objek. Contoh: / mama / (mama) ibu / nana / banana) 2. Kata yang sama boleh digunakan untuk meminta sesuatu. Contoh: / mama / I want my mama. / nana / I want a banana. 3. Kata tunggal boleh juga digunakan untuk menegaskan tindakan (seperti dalam ucapan). Contoh: ‘Hi’ hendak meninggalkan sesuatu tempat. 4. Kata tunggal juga digunakan untuk melahirkan situasi yang rumit. Contoh: dalam situasi si ayah meletakkan 1 potongan buah pic ke atas permukaan senduk. / pic / + / daddy / + / spoon / PEMEROLEHAN BAHASA

  7. Peringkat 3: Telegrafik (Pertuturan 2/3 kata) 1. Ketika 18 bulan (1 tahun 6 bulan) kanak-kanak menghasilkan pertuturan 2 dan 3 kata. 2. Kanak-kanak pandai menggunakan bahasa untuk: * meminta sesuatu * memberikan amaran * menolak * cakap besar/megah * bertanya * menjawab * memberitahu PEMEROLEHAN BAHASA

  8. 3. Kanak-kanak juga melahirakan idea seperti: * kuantiti (more) * milik (my) * nafian (no sleep) * lokasi (banana table) * attribut @ sifat semula jadi yang ada pada seseorang/benda (red, big) PEMEROLEHAN BAHASA

  9. Beberapa Pertuturan Dua-Tiga Kata dan Tujuan PEMEROLEHAN BAHASA

  10. Telegrafik PEMEROLEHAN BAHASA

  11. Perkembangan Kata-kata Fungsi dan Infleksi 1. Selepas memperoleh pertuturan 2 dan 3 kata barulah kanak-kanak belajar kata-kata fungsi seperti sendi nama dan kata kerja bantu. • Perkembangan Kata Jamak dan Kata Milik 2. Kata jamak dan kata milik dipelajari sebelum kata ganti diri orang ke-3. 3. Kata jamak dan kata milik membawa lebih banyak makna dan maklumat kepada kanak-kanak itu (termasuk situasi, fizikal, objek-objek yang terdapat di sekitar kanak-kanak). PEMEROLEHAN BAHASA

  12. PEMEROLEHAN BAHASA

  13. Perkembangan Masa Sekarang Sebelum Kala Lampau 1. Bagi ayat yang merujuk masa sekarang, kanak-kanak akan mendengar pertuturan yang melibatkan objek, peristiwa, dan situasi. 2. Bagi ayat yang merujuk kala lampau, kanak-kanak mesti mengingat peristiwa persekitaran yang berlaku pada masa lampau. Contoh: 1. bunyi ‘pernah berkokok’ 2. bunyi ‘sedang berkokok’ PEMEROLEHAN BAHASA

  14. Peringkat 4 : Perkembangan Ayat-ayat Kompleks • Pertuturan kanak-kanak menjadi lebih panjang. • Sturktur-struktur ayat yang mudah berkembang menjadi ayat-ayat yang kompleks. • Kanak-kanak mula menggunakan ayat-ayat negatif/nafian, soalan-soalan, klausa-klausa relatif dan struktur-struktur yang kompleks. • Mengikut Bellugi dan Klima (1973), ayat nafi atau negatif berkembang dalam tiga masa yang utama, iaitu: Masa 1, Masa 2, dan Masa 3 PEMEROLEHAN BAHASA

  15. Masa 1 Masa 1: ‘No money’; ‘Not a teddy bear’; ‘No play that’; ‘No fall’; ‘No singing song’; ‘No the sun shining’. • Pada Masa 1, penanda negatif (Neg) ‘no’ atau ‘not’ diletakkan di depan sesuatu pertuturan dengan jawapan yang mengiakan (U). • Pertuturan berbentuk negatif + jawapan yang mengiakan (Neg + U). • Kanak-kanak Perancis misalnya, meletakkan ‘non’ atau ‘pas’ sebelum jawapan yang mengiakan kanak-kanak Jepun meletakkan penanda negatif ‘nai’ selepas jawapan yang mengiakan U (U + Neg). PEMEROLEHAN BAHASA

  16. Masa 2: ‘I don’t want it’; ‘I don’t know his name’’ ‘We can’t talk’; ‘You can’t dance’; ‘Book say no’; ‘He no bite you’; ‘I no want envelope’; ‘There no squirrels’. • Pada Masa 2, kata bantu ‘do’ muncul secara kombinasi dengan penanda negatif (don’t). • Pertuturan masih belum lancar dan ayat larangan negatif yang tidak sempurna seperti ‘Touch the snow no’ dibentuk. • Ini sama dengan Masa 1 (‘No play that’, ‘No fall’). PEMEROLEHAN BAHASA

  17. Masa 3: ‘Paul can’t have one’; ‘This can’t stick’; ‘I didn’t did it’; ‘You did’nt caught me’; ‘Donna won’t let go’; ‘I am not a doctor’; ‘This not ice-cream’; ‘Paul not tired’; ‘I not hurt thim’; ‘Don’t touch the fish’; ‘Don’t kick my box’. Kanak-kanak pada masa ini telah mendapat idea bagaimana ‘do’ harus disisipkan dalam ayat: ‘You did’nt caught me’, ‘Don’t touch the fish’, ‘Don’t kick my box’. dan bila ‘do’ tidak sepatutnya disisipkan dalam ayat ‘I am not a doctor’, ‘Donno won’t let go’. PEMEROLEHAN BAHASA

  18. Kanak-kanak masih melakukan kesilapan-kesilapan tetapi telah mendapat kepercayaan asas bahawa ‘do’ tidak ditambah apabila ada satu modal (can, will): This can’tstick, Donna won’t let go. atau bila ‘be’ ialah kata kerja (‘I am not a doctor’) Selepas Masa 3, dalam masa beberapa bulan sahaja kebanyakan masalah penggunaan nafian akan berakhir. PEMEROLEHAN BAHASA

  19. Peta Minda Peringkat Bahasa Pertama Pemerolehan linguistik bahasa pertama terdiri daripada peringkat yang berikut: Peringkat 1: Vokalisasi (Bebelan) Fakta  Di peringkat awal, bayi menghasilkan bunyi-bunyi bukan bahasa untuk melatih dan mengawal alat artikulasi, juga menyelaraskan pernafasan dengan pembikinan bunyi-bunyi. Di peringkat selanjutnya, bayi dapat kenal pasti bunyi-bunyi suku kata vokal, konsonan vokal, dan pola intonasi bahasanya, terutama pola intonasi ayat penyata, pertanyaan, dan seruan. PEMEROLEHAN BAHASA

  20. Peringkat 2: Pertuturan Satu Kata (Holofrasa) Fakta  Purata kanak-kanak menuturkan kata pertama di sekitar umur 10 bukan. Penggunaan kata tunggal tanpa sebarang sintak untuk menamakan objek, meminta sesuatu, menegaskan tindakan, dan melahirkan situasi yang rumit. PEMEROLEHAN BAHASA

  21. Peringkat 3: Pertuturan Dua dan Tiga Kata (Telegrafik) Fakta  Purata berlaku di sekitar umur 1 tahun 6 bulan. Pertuturan digunakan untuk melahirkan idea seperti kuantiti, milik, nafian, lokasi, dan attribut. Penggunaan kombinasi kata inti yang pendek-pendek terdiri daripada kata nama, kata kerja, dan kata sifat untuk meminta, memberi amaran, menolak, cakap besar, bertanya, menjawab, dan memberitahu. PEMEROLEHAN BAHASA

  22. Peringkat 4: Perkembangan Ayat-Ayat Komplek Fakta  Kanak-kanak mula menggunakan nafian, soalan klausa relatif, dan struktur yang lebih kompleks. Kanak-kanak memperoleh kata nafi ketika berumur antara 1 tahun 6 bulan dan 2 tahun 6 bulan. Ketika berumur 4 atau 5 tahun, kanak- kanak telah dapat menghasilkan struktur ayat yang berguna dalam bahasanya. Kanak-kanak memperoleh semua struktur bahasa pertamanya sekitar usia 9 atau 10 tahun. PEMEROLEHAN BAHASA

More Related