1 / 28

BAB 1 PENGENALAN

BAB 1 PENGENALAN. Objektif: Menerangkan kepentingan analisis dan reka bentuk sistem Menerangkan tugas utama juruanalisa sistem. Menerangkan jenis sistem yang mungkin dikendalikan oleh seorang juruanalisa Menerangkan konsep-konsep sistem Menerangkan orang-orang di sebalik sistem maklumat.

Download Presentation

BAB 1 PENGENALAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 1 PENGENALAN • Objektif: • Menerangkan kepentingan analisis dan reka bentuk sistem • Menerangkan tugas utama juruanalisa sistem. • Menerangkan jenis sistem yang mungkin dikendalikan oleh seorang juruanalisa • Menerangkan konsep-konsep sistem • Menerangkan orang-orang di sebalik sistem maklumat. • Menerangkan kitaran hayat pembangunan sebuah sistem maklumat. • Menerangkan penggunaan CASE tool bagi membangunkan sistem maklumat.

  2. PENGENALAN • Sistem maklumat sangat penting untuk kejayaan dalam organisasi perniagaan moden. • Kewujudan sistem maklumat memberikan kelebihan bersaing dalam dunia perniagaan. • Peningkatan produktiviti dan keuntungan melalui IT dan orang yang membangunkan sistem maklumat. • Kunci kejayaan pembangunan sistem merupakan analisis dan reka bentuk yang terperinci dalam memahami apa yang diperlukan oleh sebuah bisness dari sistem maklumat yang akan dibina.

  3. ANALISIS SISTEM • Analisis sistem merupakan proses memahami dan memperincikan apa yang perlu dilakukan oleh sistem maklumat. • Kajian tentang masalah bisnes untuk mencadangkan peningkatan dan menentukan keperluan bisnes REKA BENTUK SISTEM • Rekabentuksistemmerupakanproses yang memerihalkansecaraterperincibagaimanakomponen-komponensistemmaklumatdilaksanakansecarafizikal. • Spesifikasipenyelesaianteknikaldanberasaskankomputerbagikeperluanbisnes yang ditakrifkandalamanalisissistem.

  4. JURUANALISA SISTEM • Siapakah Juruanalisa Sistem? • Individu yg memahami bisnes dan pengkomputeran. • Merupakan orang tengah antara pengguna dan orang teknikal. • Merupakan orang yang akan menjalankan analisis dan reka bentuk sistem Maka, Juruanalisa merupakan seorang bisnes profesional yang menggunakan teknik analisis dan reka bentuk untuk menyelesaikan masalah bisnes menggunakan teknologi maklumat

  5. Juruanalisa Sistem sebagai Fasilitator

  6. Juruanalisasistemmerupakanorang yang menyelesaikanmasalahbisnes TETAPI apakahpenyelesaian yang akanbiasanyaditawarkanolehseorangjuruanalisasistem???

  7. Konsep Sistem • Sistem adalah satu koleksi komponen2 berkaitan dan saling berinteraksi untuk mencapai tujuan tertentu. • Ciri-ciri bagi suatu sistem adalah: • Tujuan – matlamat yang hendak dicapai. Sepakat dalam mencapai satu tujuan. • Komponen – terbina dari beberapa komponen atau elemen yg juga dikenali sebagai sub-sistem • Berinteraksi - Setiap komponen berinteraksi dan berkerjasama utk mencapai tujuan. • Sempadan - garis pemisah antara sistem dan persekitaran

  8. Konsep Sistem(samb.) • Persekitaran - sebarang elemen luar yang tetapi berinteraksi dengan sistem samada membekalkan input atau menerima output dari sistem. • Antaramuka – laluan di sempadan di mana input dari persekitaran masuk ke dlm sistem dan output dari sistem keluar ke persekitaran. • Input – sebarang objek atau elemen yang masuk dari persekitaran ke dalam sistem. Input membolehkan komponen subsistem berfungsi • Output – Input yang dimasukkan menghasilkan output dan di keluarkan ke persekitaran. • Kekangan - batas yang menghalang sistem mencapai tujuan. Boleh datang dari sistem itu sendiri atau dari persekitaran.

  9. Output keluar dari Sistem ke persekitaran Melalui antaramuka Antaramuka Input daripada Persekitaran Masuk melalui antaramuka Sub Sistem Sub Sistem Sub Sistem Sub Sistem Output keluar dari Sistem ke persekitaran Melalui antaramuka PERSEKITARAN Sempadan CIRI-CIRI BAGI SISTEM UMUM Adaptasi: Mohamad Noorman Masrek et.al

  10. SISTEM MAKLUMAT Terdiri gabungan manusia, data, proses, antaramuka, rangkaian dan teknologi yg berinteraksi utk menyokong dan meningkatkan operasi harian bisnes serta menyokong penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan bagi pihak pengurusan.

  11. Asas Sistem Maklumat • Apakah perbezaan di antara Data & Maklumat? Data – fakta mentah yang tidak bermakna yang berkaitan dengan organisasi dan transaksi bisnes yang dijalankan. Maklumat – data yang telah diproses dan mempunyai makna. • Sistem Maklumat menukarkan data kepada maklumat yang berguna. • Teknologi maklumat meningkatkan kuasa dan potensi sesebuah Sistem Maklumat • Teknologi maklumat merupakan gabungan teknologi komputer (perkakasan dan perisisan) dan teknologi komunikasi (rangkaian)

  12. Jenis-jenis Sistem Maklumat • SistemPemprosesanTransaksi (TPS) SM ygmengumpuldanmemproses data ygdijanadariurusniagahariansebuahorganisasi. Jugadikenalisebgsistempemprosesan data. • SistemMaklumatPengurusan (MIS) SM ygberupayamemenuhikeperluanpengurusdalamsebuahorganisasisepertimenjanalaporandalam format yang ditentukan. Laporandalambentukberkaladanataspermintaan. • SistemSokonganKeputusan (DSS) SM ygberorientasikankeputusandimanasituasi yang memerlukankeputusandibuat. DSS hanyamenyokongdalamprosespembuatankeputusanbukanpenentukeputusan.

  13. Jenis-jenis Sistem Maklumat (samb..) • Sistem Pakar (ES) SM yg berupaya meniru cara manusia berfikir dan membuat pertimbangan utk membuat keputusan. Ia merupakan cabang bidang Kecerdasan Buatan • Sistem Automasi Pejabat (OA) Aplikasi yg menyokong aktiviti pejabat utk memperbaiki aliran kerja dan komunikasi antara pekerja tanpa mengira masa dan lokasi dalam persekitaran pejabat secara fizikal mahupun secara maya (virtual)

  14. Prinsip Pembangunan Sistem Maklumat • Libatkan pengguna dan pemilik sistem • Gunakan pendekatan penyelesaian masalah • Wujudkan fasa dan aktiviti • Wujudkan keseragaman supaya konsisten dlm pembangunan dan dokumentasi • Justifikasikan sistem sbg pelaburan kapital • Jangan ragu utk batal dan semak semula skop sistem • Agih dan kawal • Pastikan sistem direka bentuk untuk berkembang dan bertukar

  15. Persediaan Profesion Juruanalisa Sistem • Kemahiran & BerpengetahuanTeknikal • Mahirdanberpengalamandalampengaturcaraankomputer • KemahiranAnalisisdanRekabentukSistem • Berpengetahuandalamkerja-kerjadanmaklumatterkini IT • Tool danTeknik yang digunakan • KemahirandanBerpengetahuanBisnes • Apakahfungsibisness yang dilaksanakanolehorganisasi • Bagaimanastrukturorganisasi • Bagaimanaorganisasidiuruskan • Pengetahuantentangorganisasi • Apa yang dilakukan • Apa yang menyebabkaniaberjaya • Apastrategidanperancangan yang ada • Apatradisidannilai yang ada

  16. Persediaan Profesion Juruanalisa Sistem • Kemahiran dan Berpengetahuan Personel • Mempunyai kemahiran penyelesaian masalah. • Kemahiran komunikasi • Kemahiran interpersonel relation • Flexibility dan adaptability • Keperibadian dan etika (kejujuran & Kepercayaan) • Berpengetahuan untuk memahami bagaimana seseorang itu: • Berfikir • Belajar • Bertindak kepada perubahan • Berkomunikasi • Berkerja (dalam pelbagai jenis kerja dan peringkat)

  17. Individu di sebalik SM • Individu yang terlibat dalam kerja2 mencipta, mengumpul, memproses, mengagih dan menggunakan maklumat. • Mereka terdiri daripada:- • Pemilik Sistem - Penaja dan ketua SM. Biasanya membuat anggaran wang & masa utk membangun, mengguna dan menyelenggara SM. Bertanggungjawab menerima & mengesah SM • Juruanalisa sistem - Bertanggungjawab dalam keseluruhan aktiviti2 pembangunan dan sistem maklumat bermula dari permohonan sistem sehinggalah kepada perlaksanaan dan penyelenggaraan.

  18. Individu di sebalik SM (samb.) • Jurureka bentuk pangkalan data Bertanggungjawab mereka bentuk pangkalan data bagi kegunaan SM yang akan dibangunkan. • Pentadbir Pangkalan Data (DBA) Bertanggungjawab mengurus & mengawasi kandungan pangkalan data • Jurutera Rangkaian Terlibat dalam mereka bentuk dan membangunkan rangkaian bagi kegunaan SM yang akan dibangunkan. • Pengaturcara Komputer Membina komponen SM berdasarkan spesifikasi reka bentuk dari pereka bentuk sistem. Menulis aturcara menggunakan bahasa pengaturcaraan yang telah dipilih.

  19. Individu di sebalik SM (samb.) • Vendor perkakasan dan perisian Membekal segala perkakasan dan perisian utk kegunaan SM • Juruteknik Membantu menyelenggara SM • Pengguna Juga dikenali sebagai pengguna akhir dan merupakan orang yang menggunakan sistem dan mendapat faedah secara terus dari SM. • Operator Juga merupakan pengguna akhir sistem dan terlibat dalam operasi harian seperti memulakan dan menamatkan pengunaan sistem, membuat salinan pendua dan membuat pertanyaan status.

  20. Kitaran Hayat Pembangunan Sistem(SDLC) • SDLC merupakan kaedah/metodologi tradisional bagi pembangunan sebuah sistem. • Setiap aktiviti projek dikelas kepada 5 fasa iaitu: • Perancangan • Analisis • Reka Bentuk • Implementasi • Sokongan • Merupakan proses logikal di mana beberapa individu terlibat sepenuhnya seperti Juruanalisa Sistem, Pengatur Program Komputer dan Pengguna.

  21. Fasa SDLC • Perancangan • Mengenalpasti permasalahan • Menghasilkan jadual projek • Memastikan kebolehlaksanaan projek • Menentukan kakitangan projek • Memulakan projek • Analisis • Mengumpul maklumat • Menentukan keperluan • Menentukan keutamaan keperluan • Menjana dan menilai alternatif • Review cadangan dengan pihak pengurusan

  22. Fasa SDLC (samb…) • RekaBentuk • RekaBentukAplikasi • RekaBentukPangkalan Data • RekaBentuk Input dan Output • Pembangunan & Implementasi • Binakomponenperisian • Menyemakdanmenguji • Penukaran data • Melatihpenggunadanmendokumensistem • Memasang(install) sistem • Sokongan • Penyelenggaraansistem • Memperbaikisistem • Menyokongpengguna

  23. Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) Obsolete solution Problem to be solved 1.Planning Related problem to be solved 2. Analysis 5. Support New solution Implementation to same problem error to be fixed Problem analysis and Implemented Solution requirements solution Acceptable 4. Implemen 3. Design solution tation

  24. Kejuruteraan Sistem Berbantukan Komputer (CASE) • Satu aplikasi teknologi maklumat bagi aktiviti, teknik dan metodologi pembangunan sistem • CASE Tools adalah perisian komputer yg menyokong dan mengautomasikan satu atau lebih fasa dalam SDLC. • Teknologi CASE diguna utk mempercepatkan proses pembangunan sistem dan memperbaiki kualiti penghasilan sistem. • CASE bukan satu metodologi atau alternatif kpd metodologi

  25. Senibina CASE • CASE terdiri dpd: • Satu pangkalan data (REPOSITORI) yg dikelilingi oleh satu koleksi tools atau kemudahan yang membolehkan pengguna membina atau membangunkan dokumentasi sistem. • Maklumat yang dimasukkan ke repositori boleh digunakan oleh kumpulan pembangun sistem. • Contoh pakej CASE – Power Builder, Delphi, Rational Rose, Oracle Designer 2000, Paradigm Plus, System Architecture & Accelerator.

  26. Error Checking Tool Prototyping tool Reverse Engineering Tool Query tool & Report generator Security & Version Control Design Generator Diagram Generator Code Generator Database Generator Drawing Tool CASE tool repository KANDUNGAN REPOSITORI CASE TOOL

  27. Senibina CASE • CASE tool biasanya dikategorikan sebagai • Upper CASE – menyokong permodelan proses dan menghasilkan reka bentuk logikal bagi sebuah sistem maklumat. • Lower CASE – mempercepatkan proses pembangunan melalui penjanaan kod sumber berdasarkan reka bentuk logikal. • ICASE (Integrated CASE) – kombinasi Upper CASE dan Lower CASE

  28. Kebaikan menggunakan CASE tool • Memperbaiki produktiviti • Memperbaiki kualiti • Dokumentasi yang baik • Mengurangkan masa penyelenggaraan • Mempunyai metodologi yang betul dan berkesan

More Related