MINGGU 09
Download
1 / 34

MINGGU 09 - PowerPoint PPT Presentation


  • 134 Views
  • Uploaded on

MINGGU 09. PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK:. PERINGKAT PERKEMBANGAN DAN. PEMODENAN. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat mengenal pasti perkembangan ilmu linguistik peringkat perkembangan dan pemodenan, iaitu: > bahasa abad ke-18 > bahasa abad ke-19 > golongan 80-an

loader
I am the owner, or an agent authorized to act on behalf of the owner, of the copyrighted work described.
capcha
Download Presentation

PowerPoint Slideshow about ' MINGGU 09' - winifred-buck


An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript

MINGGU 09

PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK:

PERINGKAT PERKEMBANGAN DAN

PEMODENAN


Hasil pemelajaran
HASIL PEMELAJARAN

  • Pelajar dapat mengenal pasti perkembangan ilmu linguistik peringkat perkembangan dan pemodenan, iaitu:

    > bahasa abad ke-18

    > bahasa abad ke-19

    > golongan 80-an

    > Ferdinand de Saussure

    > L. Bloomfield

    > Noam Chomsky


Peringkat perkembangan
PERINGKAT PERKEMBANGAN

  • Linguistik dilihat sebagai ilmu yang berautonomi

  • Bahasa dipelajari sebagai objek bukan lagi sebagai alat


Bahasa abad ke 18
BAHASA ABAD KE-18

  • Pengumpulan bahasa secara besar-besaran telah berlaku, sama ada bahasa di Eropah atau manca Eropah

  • Pada abad ini, fikiran diagung-agungkan. Semua aktiviti keilmuan berlandaskan akal semata-mata

  • Pada abad ini juga perbandingan bahasa amat popular. Sir William Jones telah mengetengahkan hubungan antara bahasa seperti bahasa Sanskrit, Yunani, Latin dan Jerman. Beliau juga telah memperkenalkan Sakuntala dan Manukepada dunia


Bahasa abad ke 19
BAHASA ABAD KE-19

  • Wujud istilah linguistik sejarah perbandingan. Linguistik dilihat sebagai ilmu yang berautonomi, dan asal-usul bahasa mula digarap

  • Asal-usul bahasa berpangkal pada bunyi alamiah yang berupa teriakan emosi dan kemudian berkembang menjadi bahasa

  • Asal-usul bahasa juga berlandaskan dorongan dan kesedaran serta kecendekiaan manusia, bukan daripada Tuhan

  • Persamaan bentuk infleksi dan derivasi (penerbitan kata) antara bahasa bukan kerana peminjaman tetapi persamaan asal


Bahasa abad ke 191
BAHASA ABAD KE-19

  • Pengasas ilmu linguistik am ialah Wilhelm von Humboldt. Beliau berpendapat bahawa berbahasa merupakan keinginan batin manusia

  • Setiap perlakuan mewujudkan kesan, dan setiap kesan menjadi objek pemikiran, dan setiap objek pemikiran menjadi objek penyataan, dan setiap objek penyataan perlu dinyatakan dengan bahasa

  • Pada abad ini, bahasa dianggap pekerjaan jiwa yang selalu diulang melalui bunyi untuk menyatakan fikiran


Bahasa abad ke 192
BAHASA ABAD KE-19

  • Rumusan bahasa oleh R.K.Rask:

    > Bahasa Nur Kuno (Islandia) ialah bahasa yang amat baik kerana sistem fleksinya tuntas dan leksikonnya murni

    > Persamaan yang wujud antara dua bahasa kerana kekeluargaan bahasa tersebut

    > Perubahan bunyi bergantung pada organ mekanisme artikulasi, dan cara membunyikannya

  • Franz Bopp berpendapat bahawa setiap ayat mengandung tiga bahagian, iaitu subjek, predikat dan kopula


Bahasa abad ke 193
BAHASA ABAD KE-19

  • Jacob Grimm telah memperluas filologi dan perbandingan bahasa. Beliau memperkenalkan Hukum Grimm yang menghuraikan perubahan konsonan dalam anjakan bunyi pertama dan bunyi kedua yang memisahkan bahasa Jermanik daripada bahasa Indo-Eropah yang lain, dan juga bahasa Jerman tinggi daripada bahasa Jerman rendah . Hukum ini telah membuka jalan pengkajian ilmu bunyi

  • A. Schleicher berpendapat bahawa pertumbuhan bahasa bersifat historis, sumbernya alam, dan bentuknya tuntas dan murni

  • Idea A. Schleicher yang terkenal ialah rajah Pohon untuk memerikan salasilah antara bahasa satu keluarga, atau hubungan tatabahasa antara kata dalam ayat


Golongan 80 an
GOLONGAN 80-AN

  • J. Schmidt mengemukakan teori Gelombang, iaitu teori yang menjelaskan bahawa bentuk bahasa berkembang daripada sesuatu dialek atau bahasa tertentu, dan kemudian tersebar luas kepada bahasa sanak. Menurutnya kepelbagaian batasan bahasa mewujudkan ragam peralihan

  • Whitney menganggap bahawa perkembangan bahasa wujud secara peralihan akibat daripada keperluan manusia untuk saling mengerti

  • Aliran Leipzig mengetengahkan persoalan tatabahasa dan teori perkembangan vokal. Antaranya ialah hukum Palatal, iaitu perubahan velar menjadi palatal. Misalnya perubahan [ k, g ] menjadi [ j, c, sy dan zy ]


Peringkat pemodenan
PERINGKAT PEMODENAN

  • Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) dikenali sebagai Bapa Linguistik Moden. Beliau telah mengetengahkan konsep:

    > Linguistik diakronik dan linguistik sinkronik

    > Langue, parole dan langage

    > Bentuk dan makna

    > Sintagmatik dan paradigmatik

  • Linguistik diakronik ialah subdisiplin linguistik yang mengkaji perkembangan bahasa dari semasa ke semasa, iaitu kajian yang bersifat vertikal


Peringkat pemodenan1
PERINGKAT PEMODENAN

  • Linguistik sinkronik meneliti bahasa pada suatu kurun tertentu sahaja, dengan tidak mempersoalkan urutan waktu, iaitu bersifat horizontal

  • Langage bermaksud bahasa secara umum, languebermaksud keseluruhan sistem tanda yang berfungsi sebagai alat komunikasi verbal bersifat mujarad, dan parole bermaksud dialek, ucapan, ujaran, pertuturan masyarakat bahasa yang lebih konkrit, yang dapat diamati dan diteliti

  • Langage: objek paling mujarad, langue: objek mujarad, dan parole: objek konkrit


Peringkat pemodenan2
PERINGKAT PEMODENAN

  • Setiap tanda linguistik dibentuk oleh dua komponen, iaitu signfiant (kata) dan signifie (makna). Signfiant bermaksud citra bunyi atau kesan psikologi bunyi dalam minda, dan signifie bermaksud pengertian atau kesan makna dalam minda

  • Bentuk merujuk bunyi, dan bahan merujuk idea. Bahasa mengandung sistem nilai bukan koleksi unsur yang ditentukan oleh bahan

  • Hubungan sintagmatik ialah hubungan antara unsur dalam suatu ujaran, yang tersusun secara berurutan, bersifat linear, yang terserlah dalam fonologi, morfologi dan sintaksis


* fonologi: terlihat pada urutan fonem dalam kata yang tidak dapat diubah dengan tidak merusakkan makna. Contohnya kata kita, jika diubah urutan, maknanya akan berubah atau tidak bermakna sama sekali

kita = kata ganti diri pertama jamak, termasuk lawan bicara

kiat = kaku atau kejang…

kati = ukuran berat

kait = besi, bulu yang bercangkut hujungnya…

ikat = tali untuk mengebat

tika = penggulung benang

atik = tiada makna


Peringkat pemodenan3
PERINGKAT PEMODENAN

  • Sistem nilai ditentukan oleh keterbatasannya. Contoh: tari dan lari. Dua kata ini berbeda bukan kerana perbedaan fonem /t / dan / l /, tetapi perbedaan nilai dalam sistemnya, iaitu / t / dan / l/ membedakan makna

  • Lambang merupakan gabungan antara bentuk dengan makna. Kata yang diucapkan sebagai /rumah / ialah bentuk yang mengandung makna rumah. Makna rumah itu merupakan abstraksi daripada sesuatu yang wujud di luar bahasa. Lambang dalam sistem tidak berubah, tetapi realitinya boleh berubah dan berbeda


Peringkat pemodenan4
PERINGKAT PEMODENAN

  • Contoh:

Lambang rumah

rumah: Melayu

bele: Gorontolo

huis: Belanda

loaigo: Suwowa

house: Inggeris


Peringkat pemodenan5
PERINGKAT PEMODENAN

  • Sinonim lain untuk rumah:cungkup, gerogol, sudung, pondok, bangsal, rompok, bait, panti, tempat tinggal, vila, gedung, pejabat, balai, dewan, wisma, khanah, bangunan…

  • Apabila orang menyebut [rumah], terdengar kepada kita rentetan bunyi / r, u, m, a, h /, yang kalau ditulis menjadi rumah, maka yang didengar itu bentuknya, dan bayangan kita terhadap rumah itu (jendela, tangga, atap, dinding…) ialah maknanya


Peringkat pemodenan6
PERINGKAT PEMODENAN

  • Leonard Bloomfield (1887 – 1949) telah menghasilkan karya yang berjudul language(1933). Buku ini membahaskan tatabunyi dan tatabahasa. Konsep yang diketengahkannya telah membawa matra baharu dalam ilmu bahasa, yang kemudiannya terkenal dengan nama aliran Struktural

  • Bloomfield mengatakan bahawa apa pun yang dilafazkan pasti mempunyai struktur. Jika kita menyebut rumah, maka strukturnya [rumah] bukan [hamur] atau [maruh]

  • Bloomfield lebih mengutamakan bahasa lisan sebagai objek kajiannya. Hal ini telah menyebabkan wujudnya linguistik deskriptif


Peringkat pemodenan7
PERINGKAT PEMODENAN

  • Oleh sebab bahasa mempunyai struktur, maka kaedah penganalisisan struktur perlu ditentukan. Antara kaedahnya ialah pemenggalan bentuk yang ada. Contoh:

    > Orang itu akan pergi ke bulan

    > Orang itu + akan + pergi + ke bulan

    > Dilaksanakan: laksana, di + laksana + kan

  • Pandangan Bloomfield berasaskan teori Behaviorisme, iaitu yang beranggapan bahawa tingkah laku manusia dapat ditanggap oleh indera. Setiap rangsangan (stimulus) akan mewujudkan tindak balas (respons)


Peringkat pemodenan8
PERINGKAT PEMODENAN

  • Peristiwa bahasa berada di luar manusia. Penyataan ini berasaskan analisis bahasa melalui teori Stimulus – Respons

  • Aliran Bloomfield terus berkembang dan kemudiannya telah mewujudkan aliran baharu yang dinamakan tagmemik

  • Teori Tagmemik ini telah diketengahkan oleh Kenneth L. Pike *1912 – 2000). Teori ini menekankan proses penemuan yang tidak bersifat mekanis tetapi bersifat intuisi


Peringkat pemodenan9
PERINGKAT PEMODENAN

  • Dalam teori Tagmemik, unit terkecil yang berfungsi dalam ujaran disebut tagmeme. Setiap tagmeme dapat mengisi slot dalam suatu konstruksi. Contoh:

    > Saya menendang bola: saya dapat disi oleh KN, menendangdapat diisi oleh KKJ, dan bola dapat diisi oleh Obj

  • Teori Tagmemik ini dapat diterapkan pada semua peringkat, iaitu ayat, klausa, frasa, kata dan morfem

  • Teori ini juga mengetengahkan alat konseptual yang dikenali sebagai perspektif, satuan, hierarki, dan konteks


Peringkat pemodenan10
PERINGKAT PEMODENAN

  • Ciri linguistik sesudah Bloomfield adalah seperti yang berikut:

    > Menitikberatkan deskripsi bahasa

    > Merincikan klasifikasi bunyi, morfem dan hubungannya dalam satuan yang lebih besar

    > Kurang memperhatikan makna

    > Menganalisis bahasa dengan korpus terbatas

    > Mengemukakan tatacara dan penemuan unsur


Peringkat pemodenan11
PERINGKAT PEMODENAN

  • Noam Chomsky telah menghasilkan Syntactic Structures (1957). Kewujudan buku ini memulakan fasa linguistik baharu, dan revolusi ilmiah dalam linguistik

  • N. Chomsky menyarankan bahawa tatabahasa merupakan teori ilmiah yang berdasarkan pengamatan korpus ungkapan oleh penutur asli

  • N. Chomsky berpendapat bahawa tingkat kajian linguistik dalam fonetik, fonologi, morfologi dan sintaksisbelum merupakan deskripsi linguistik yang tuntas, tetapi merupakan tatacara untuk mencapai kajian linguistik yang tuntas


Peringkat pemodenan12
PERINGKAT PEMODENAN

  • Premis teori Chomsky ini ialah bahawa seseorang dewasa dapat mengeluarkan kalimat baharu bahasanya pada kesempatan yang sesuai, dan penutur lain dapat pula mengerti kalimat itu dengan segera

  • Buku Chomsky Aspects of the Theory of Syntax (1965) menampakkan pendiriannya yang lebih jelas. Teorinya dikenali dengan nama Teori Tansformasi Generatif

  • Chomsky beranggapan bahawa tatabahasa terdiri daripada tiga komponen asas, iaitu sintaksis, semantik dan fonologi


Peringkat pemodenan13
PERINGKAT PEMODENAN

  • Tujuan kajian bahasa untuk penyusunan tatabahasa yang dapat dijadikan tatabahasa pegangan. Tatabahasa merupakan sistem kaedah yang menghubungkan bunyi dengan makna

  • Tatabahasa itu perlu memenuhi syarat:

    > Ayat harus berfungsi dalam ujaran

    > Bersifat umum, dan tidak berdasarkan gejala bahasa tertentu

  • Chomsky juga mengetengahkan konsep kemampuan bahasa(competence) dan perlakuan bahasa(performance)


Peringkat pemodenan14
PERINGKAT PEMODENAN

  • Kemampuan ialah pengetahuan penutur terhadap bahasa ibundanya, dan perlakuan ialah penampilan bahasa penutur dalam kegiatan harian. Dalam pertuturan harian, kecekapan berbahasa tidak merupakan refleksi kemampuan

  • Dari sudut semantik, tatabahasa ialah yang didengar dan dilatih dahulu sewaktu belajar bahasa

  • Ayat terdiri daripada dua struktur, iaitu struktur luaran dan struktur dalaman. Struktur bahasa ialah peristiwa bahasa dalam bahasa berkenaan

  • Struktur bahasa mencakup susunan fonem, susunan kata, susunan frasa, lagu bicara dan intonasi


Peringkat pemodenan15
PERINGKAT PEMODENAN

  • Struktur luaran ialah pewujudan sintaksis peringkat akhir ayat yang menjadi input komponen fonologi, iaitu ayat sebenar yang diucapkan. Contoh:

    > A menonton teater (aktif)

    > Menonton teater, A (aktif songsang)

    > Teater ditonton (oleh) A (pasif)

    > Ditonton oleh A teater (pasif songsang)

  • Contoh ini menunjukkan bahawa struktur luarannya berbeda, walaupun struktur dalamannya sama


Peringkat pemodenan16
PERINGKAT PEMODENAN

  • Struktur dalaman ialah pewujudan sintaksis abstrak ayat, yang menentukan faktor pengawalan interpretasi ayat. Contoh:

    > A menonton teater, menonton teater A, teater ditonton oleh A…

  • Ayat di atas sama struktur dalamannya, tetapi berbeda struktur luarannya

  • Terdapat juga struktur luaran yang sama, tetapi struktur dalamannya berbeda. Contoh:

    > Kereta api lama berhenti di Serdang

    lama = masa, lama = sifat


Peringkat pemodenan17
PERINGKAT PEMODENAN

  • Proses perlakuan bahasa dan kemampuan bahasa dapat dilihat dengan jelas dalam skema laku ucapan Teori Chomsky

  • Teori linguistik bersifat mental. Tugas linguis mengikut Chomsky: mencari dan menerangkan kemampuan linguistik nurani penutur jati

  • Penganalisisan kalimat dapat dilakukan menerusi tatabahasa model generatif, dan penanda frasa

  • Chomsky lebih menekankan perihal bahasa sebagai kawasan akal budi manusia daripada sebagai perilaku sosial


Peringkat pemodenan skema laku ucapan teori chomsky
PERINGKAT PEMODENAN: SKEMA LAKU UCAPAN TEORI CHOMSKY

Kemampuan: competence

Kemampuan: competence

Tatabahasa: grammar

Tatabahasa: grammar

Kalimat: data

percakapan

Pendengar (P2)

Penutur (P1)


Tatabahasa model generatif
TATABAHASA MODEL GENERATIF

representasi semantik

komponen semantik

rumus struktur [ struktur dalaman ] leksikon

frasa

rumus transformasi

struktur permukaan

komponen fonologi

representasi fonetik


Rumus struktur frasa bm
RUMUS STRUKTUR FRASA BM

  • A S + P

  • S FN

    FN

    FKJ

  • P FAdj

    FSN

  • FN (bil) + (penj. bil.) + (gel) + KNI + (KNI) + (pen) + (pent)


Rumus struktur frasa bm1
RUMUS STRUKTUR FRASA BM

KJT + obj

  • FKJ (kb) AKomp + (Ket)

    KJTT + Pel

    AKomp

  • FAdj (kb) + (peng) + Adj + (Ket) + (AKomp)

  • FSN (kb) + KSN + (KNA) + FN + AKomp

    (Ket)


Kesimpulan
KESIMPULAN

  • Perkembangan ilmu linguistik dapat dilacak dan ditelusuri berasaskan peringkat awal, perkembangan dan pemodenan

  • Peringkat awal ditandai oleh aktiviti kebahasaan zaman India, Yunani, Romawi, pertengahan dan pembaharuan

  • Peringkat perkembangan ditandai oleh aktiviti kebahasaan pada abad ke-18, abad ke-19, dan 80-an

  • Peringkat pemodenan ditandai oleh aktiviti kebahasaan Ferdinand de Saussure, Bloomfield, dan Noam Chomsky


Kata bijak pandai
KATA BIJAK PANDAI

KEBAHAGIAAN ITU PERLU DIUKIR DENGAN KETEKUNAN, PERLU KESABARAN APABILA TERJADI KHILAF, DAN PERLU KEBESARAN HATI APABILA BELUM TERAIH


ad