1 / 32

PENGGAL DUA KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) 940 SEJARAH

PENGGAL DUA KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) 940 SEJARAH. PENGENALAN.  Kerja kursus diperkenalkan sebagai satu komponen baru dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Download Presentation

PENGGAL DUA KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) 940 SEJARAH

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENGGAL DUA KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) 940 SEJARAH

  2. PENGENALAN  Kerja kursus diperkenalkan sebagai satu komponen baru dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).  Tujuannya adalah untuk membina kemahiran penyelidikan dan penulisan dalam kalangan calon STPM.

  3.  Kerja kursus bagi mata pelajaran sejarah memerlukan calon membuat kerja penyelidikan bagi menyediakan sebuah esei, dan membentangkan esei tersebut di sekolah pada akhir penggal dua.  Sebelum menjalankan penyelidikan, calon diberikan pendedahan kepada ilmu sesuatu bidang dan juga pengetahuan serta kemahiran bagaimana menjalankan penyelidikan dan menulis hasil kerja penyelidikan (esei) tersebut.

  4.  Bagi membantu calon menjalankan penyelidikan dan penulisan, sebanyak 40 waktu pengajaran diperuntukkan untuk memberikan kefahaman tentang sifat ilmu sejarah dan tatacara menjalankan penyelidikan dan menulis hasil kajian.  Penilaian kerja kursus akan dibuat ke atas esei yang dihasilkan menerusi kerja penyelidikan yang calon jalankan sepanjang penggal kedua ini.

  5. ILMU SEJARAH Aspek yang diberikan perhatian dalam waktu pengajaran tersebut adalah tentang: 1. Apa itu sejarah?, 2. Kaedah penyelidikan dan penulisan sejarah, 3. Penyediaan cadangan penyelidikan, 4. Penyelidikan bahan dan 5. Penulisan hasil kajian.

  6. 1. Apa itu Sejarah? Dalam tajuk ini, calon diberikan pendedahan kepada konsep dan teori ilmu sejarah. Setelah dua waktu pengajaran diharap calon dapat: (a) menjelaskan konsep dan teori tersebut.

  7. KAEDAH PENYELIDIKAN DAN PENULISAN 2. Kaedah penyelidikan dan penulisan sejarah 2.1 Penyelidikan dalam sejarah – menjelaskan pengertian penyelidikan sejarah dan tatacara dalam penyelidikan sejarah. Setelah dua waktu pengajaran calon seharusnya dapat: (a) mengenal pasti langkah yang perlu dalam penyelidikan sejarah

  8. 2.2 Sumber sejarah – menghuraikan bahan-bahan yang digunakan dalam penulisan sejarah. Setelah dua waktu pengajaran calon seharusnya dapat: (a) membezakan jenis sumber (b) menggunakan sumber sejarah secara kritis

  9. 2.3 Tafsiran sejarah – menjelaskan bagaimana ahli sejarah membuat tafsiran setelah mereka memperolehi maklumat/bukti daripada bahan sejarah. Setelah dua waktu pengajaran calon seharusnya dapat: (a) Menilai maklumat dalam sumber sejarah (b) Menganalisis kesahan sesuatu tafsiran yang terdahulu (c) merekonstruksi peristiwa lalu dengan menggunakan sumber sejarah

  10. 2.4 Penulisan sejarah – menjelaskan proses bagaimana ahli sejarah membina naratif sejarah menggunakan pelbagai maklumat yang dikumpul menerusi penyelidikan sejarah. Setelah dua waktu pengajaran calon seharusnya dapat:

  11. (a) mengorganisasi maklumat dalam bentuk naratif; (b) memberi penjelasan secara kritis dan imaginatif terhadap perubahan dan kesinambungan dalam kehidupan; (c) membincangkan pelbagai perspektif terhadap sesuatu peristiwa lampau; (d) membuat sintesis terhadap tafsiran peristiwa lampau dan kaitannya dengan masa kini.

  12. 3 Penyediaan Cadangan Penyelidikan 3.1 Pemilihan tajuk – menghuraikan cara bagaimana sesuatu tajuk kajian dipilih. Setelah mengikutinya calon seharusnya dapat: (a) memilih tajuk yang mempunyai makna penting dalam peristiwa sejarah

  13. 3.2 Pengenalan – bahagian yang paling penting dan menerangkan tesis utama dalam esei. Setelah mengikutinya calon seharusnya dapat: (b) menerangkan idea awal tentang kajian 3.3 Objektf kajian – bahagian yang menjelaskan sebab kajian dilakukan. Setelah mengikutinya calon seharusnya dapat: (c) menyatakan dengan jelas tujuan kajian yang dijalankan.

  14. 3.4 Permasalahan kajian – menghuraikan persoalan yang hendak dikupas dalam kajian. Setelah mengikutinya calon seharusnya dapat: (d) mengenal pasti persoalan yang perlu dijawab oleh kajian. 3.5 Skopkajian – membina batasan kajian dari segi jangka masa, kawasan, dan isu yang hendak dikaji. Setelah mengikutinya calon seharusnya dapat: (e) menentukan tempoh, kawasan, dan isu yang dikaji.

  15. 3.6 Sorotan kajian lepas – menerangkan kajian terdahulu berkenaan isu atau aspek yang sama/hampir sama dan kaitannya dengan kajian yang bakal dijalankan. Calon perlu menggunakan tiga hingga lima buah buku termasuk artikel dalam jurnal. Setelah mengikutinya calon seharusnya dapat: (f) membincangkan tulisan yang sedia ada berkaitan dengan tajuk yang dipilih.

  16. 3.7 Kaedah kajian – menjelaskan tatacara bagaimana memperolehi bahan kajian/maklumat untuk memenuhi objektif/ tujuan/permasalahan kajian. Setelah mengikutinya calon seharusnya dapat: (g) memilih kaedah yang sesuai untuk mengumpul bahan seperti kajian perpustakaan, kerja lapangan, dan temu bual.

  17. 3.8 Pembahagian struktur esei  bahagian ini menjelaskan cara membuat susunan sebuah esei yang baik. Setelah mengikutinya calon seharusnya dapat: (h) mengorganisasi persembahan dan isi penulisan kajian. 3.9 Penutup  bahagian ini memberi penjelasan cara membuat rumusan perbincangan dan seterusnya membuat kesimpulan dalam esei. Setelah mengikutinya calon seharusnya dapat: (i) membuat rumusan dan kesimpulan tentang kajian;

  18. 3.10 Bibliografi  Bahagian ini membicarakan kaedah menyenaraikan sumber rujukan dalam esei. Dalam esei yang ditulis, calon perlu menggunakan sekurang-kurangnya tiga hingga lima sumber rujukan. Setelah mengikutinya calon seharusnya dapat: (j) menyenaraikan sumber rujukan yang digunakan.  Setiap subtajuk di atas menggunakan satu waktu pengajaran

  19. 4 Penyelidikan bahan Dalam 20 waktu pengajaran, calon mempelajari hal-hal berikut: 4.1 Mengenal pasti bahan  Meneliti bahan yang sesuai dengan kajian. Setelah mengikutinya calon seharusnya dapat: (a) menyenaraikan sumber yang sesuai dan berkaitan dengan tajuk

  20. 4.2 Mencari dan mengumpul bahan  Mengesan tempat terdapatnya bahan yan diperlukan. Setelah mengikutinya, calon dapat: (b) mengumpul sumber yang sesuai dan berkaitan dengan tajuk yang dipilih daripada sumber Internet, arkib, temu bual, dan perpustakaan

  21. 4.3 Menyaring bahan  Meneliti cara membuat saringan bagi memperolehi maklumat. Setelah mempelajarinya, calon dapat: (c) mengumpul maklumat yang relevan dengan tajuk.

  22. NOTA:  Masa yang diperuntukkan untuk kegiatan ini adalah sebanyak 20 jam waktu pengajaran.  Guru akan memberikan penerangan tentang tiga aspek di atas, calon kemudiannya perlu menjalankan kerja tersebut sebagai sebahagian daripada kerja penyelidikan mereka.

  23. 5 Penulisan hasil kajian (a) Proses menulis hasil kajian berjalan sepanjang penggal kedua. (b) Calon diharap memperolehi pengetahuan dan kemahiran menerusi pengajaran tentang ilmu sejarah, kaedah penyelidikan dan juga penulisan.

  24. (c) Setelah mengikuti pengajaran guru, calon berupaya menjalankan penyelidikan secara amali dan menyiapkan esei pada penghujung penggal kedua (d) Calon diharapkan mampu menghasilkan dan membentangkan esei. (e) Pentaksiran oleh guru sekolah bagi calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan

  25. TEMA KAJIAN KERTAS PROJEK  Calon dikehendaki memilih satu tajuk berdasarkan dua tema yang dikenalpasti pada tahun berkenaan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia. Tema-tema tersebut adalah daripada senarai berikut:

  26. (a) Sejarah ekonomi (b) Sejarah kehakiman dan perundangan (c) Sejarah ketenteraan (d) Sejarah kulinari dan makanan (e) Sejarah etnik/kaum/klan/suku kaum (f) Sjarah pendidikan (g) Sejarah perubatan dan kesihatan

  27. (h) Sejarah politik (i) Sejarah sains dan teknologi (j) Sejarah seni dan kebudayaan (k) Sejarah sukan (i) Sejarah tempat (m) Sejarah tokoh 27

  28. Calon boleh memilih mana-mana tajuk daripada kajian Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, dan Sejarah Dunia bermula dari 500 Masihi sehingga 2000 Masihi. Pemilihan tajuk tidak terikat dengan kandungan yang telah dipelajari dalam sukatan pelajaran sejarah STPM 28

  29. PENYEDIAAN DAN PENILAIAN KERTAS PROJEK  Setiap calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu wajib melaksanakan tugasan kerja projek yang melibatkan penyelidikan sejarah berdasarkan tajuk pilihan mereka sendiri. 29

  30.  Kerja projek adalah satu daripada komponen pentaksiran untuk penggal kedua.  Wajaran markah bagi komponen kerja projek ini adalah 20%.  Pada akhir kerja projek calon mesti membentang esei penyelidikan. 30

  31. Panjang esei tersebut adalah kira-kira 2500 hingga 3000 patah perkataan, tidak termasuk nota kaki, jadual, rajah, graf, dan bibliografi. Panduan dan arahan tugasan kerja projek akan diberikan melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my 31

  32. SEKIAN TERIMA KASIH

More Related