Unit 3
This presentation is the property of its rightful owner.
Sponsored Links
1 / 19

UNIT 3 PowerPoint PPT Presentation


  • 57 Views
  • Uploaded on
  • Presentation posted in: General

UNIT 3. CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

Download Presentation

UNIT 3

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Presentation Transcript


Unit 3

UNIT 3

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

Ciri utama usahawan merupakan set tingkah laku yang menyumbang ke atas kejayaan seseorang usahawan berjaya. Individu yang cenderung untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan perlu memahami profil usahawan berjaya, menghayati dan mengamalkan ciri utama usahawan berjaya


Ciri ciri utama usahawan

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

CIRI-CIRI UTAMA USAHAWAN

  • KREATIF

  • INOVATIF

  • BIJAK MENGAMBIL PELUANG

  • BERWAWASAN ATAU BERPANDANGAN JAUH

  • MEMILIKI DORONGAN DALAMAN

  • TIDAK MUDAH PUTUS ASA

  • BERANI MENGAMBIL RISIKO


1 kreatif

1. KREATIF

  • Bermaksud : mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu produk atau idea baru dan asli.

  • Contoh :

    * berkemampuan mencipta kereta

    yang boleh terbang bila diperlukan.

    * penciptaan mesin Automatic Teller

    Machine (ATM).


2 inovatif

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

2. INOVATIF

  • Bermaksud: kebolehan untuk melakukan pembaharuan atau pengubahsuaian untuk mempertingkatkan atau memperbaiki mutu sesuatu produk

  • Kehendak manusia yang sentiasa berubah merupakan penggerak kepada inovasi

  • Inovasi yang dilakukan akan mengandungi elemen kreativiti di dalamnya.


Sambungan

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

Sambungan………….

  • Contoh: ketidakselesaan membawa pelbagai jenis kad seperti lesen, kad pengenalan, kad ATM dan lain-lain dapat diatasi dengan mencipta satu kad serba guna iaitu kad pintar

  • Matlamat inovasi ialah untuk melakukan sesuatu dengan efisyen dan berkesan


3 bijak mengambil peluang

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

3. BIJAK MENGAMBIL PELUANG

  • Peluang bermaksud kesempatan yang datang atau dicari untuk direbut dan dimanfaatkan oleh seseorang bagi mendapatkan hasil atau pulangan yang menguntungkan

  • Contoh: pembangunan kawasan perumahan baru akan mewujudkan pelbagai peluang perniagaan seperti peruncitan, pengangkutan dan komunikasi.

  • Oleh itu usahawan perlu bijak merebut peluang dan menjalankan perniagaan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak penduduk


4 berwawasan

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

4. BERWAWASAN

  • Wawasan ialah matlamat jangka panjang

  • Wawasan memberi hala tuju yang menjadi panduan kepada seorang usahawan

  • Wawasan yang diimpikan perlu diisi dengan usaha yang gigih dan realistik

  • Contoh: Tan Sri Azman Hashim mempunyai wawasan untuk mewujudkan satu rangkaian bank sendiri


5 memiliki dorongan dalaman

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

5. MEMILIKI DORONGAN DALAMAN

  • Dorongan dalaman : desakan yang terbit dari dalam diri usahawan untuk mencapai kejayaan

  • Usahawan yang mempunyai dorongan dalaman yang kuat dapat membuktikan kemampuan dirinya

  • Dorongan dalaman meliputi keyakinan diri untuk melakukan sesuatu tugas serta menghadapi cabaran dengan jayanya.


6 tidak mudah putus asa

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

6. TIDAK MUDAH PUTUS ASA

  • Bermaksud: cekal menghadapi pelbagai halangan dan cabaran

  • Usahawan yang berjaya tidak mudah putus asa apabila menghadapi kegagalan, berusaha berulang kali untuk mengatasi cabaran yang menghalang pencapaian matlamat

  • Apabila gagal dia akan terus mencuba kerana setiap kegagalan akan memberi pengajaran yang sangat berguna


Profil usahawan yang berjaya

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

PROFIL USAHAWAN YANG BERJAYA

  • Profil usahawan yang berjaya adalah satu gambaran yang menerangkan tentang latar belakang dan faktor yang membawa seseorang usahawan kepada kejayaan

  • Usahawan yang berjaya boleh ditakrifkan sebagai seorang usahawan yang telah berjaya mendirikan dan memperluaskan perniagaannya


Profil usahawan yang berjaya1

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

PROFIL USAHAWAN YANG BERJAYA

  • LATAR BELAKANG

  • FAKTOR DORONGAN

  • KEGAGALAN DAN HALANGAN

  • CARA MENGATASI KEGAGALAN DAN HALANGAN

  • KEJAYAAN

  • PRINSIP HIDUP


Latar belakang

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

LATAR BELAKANG

  • Usahawan yang berjaya mempunyai faktor latar belakang yang berbeza

  • Antaranya: latar belakang keluarga sama ada dari segi keluarga perniagaan atau makan gaji, kedudukan di dalam keluarga sama ada anak sulung atau tidak, pengalaman kepimpinan dan pengurusan, kemahiran teknikal dan kemahiran hubungan manusia (interpersonal)


Faktor dorongan

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

FAKTOR DORONGAN

  • Dorongan: rangsangan dalaman dan luaran yang diperlukan oleh usahawan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang

  • Dorongan dalaman menjadi pemangkin untuk berusaha bersungguh-sungguh – desakan dari dalam diri sendiri

  • Dorongan luaran adalah daripada ahli keluarga, masyarakat, kerajaan, dewan-dewan perniagaan dan tokoh korporat yang berjaya


Kegagalan dan halangan

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

KEGAGALAN DAN HALANGAN

  • Terdapat 2 jenis halangan iaitu halangan dalaman ( kelemahan diri sendiri) dan luaran (faktor persekitaran, undang-undang dan kebudayaan)

  • Faktor yang menyebabkan kegagalan : pengurusan kewangan yang tidak cekap, tidak peka kepada maklumat sekeliling, ketidakcekapan dalam pengeluaran dan produk yang tidak kompetitif


Sambungan1

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

Sambungan……

  • Usahawan perlu menjadikan kegagalan sebagai pengajaran, perlu memperbaiki kesilapan dan mengelakkan dari melakukan kesilapan yang serupa di masa hadapan


Cara mengatasi kegagalan dan halangan

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

CARA MENGATASI KEGAGALAN DAN HALANGAN

  • Mengatur strategi perniagaan yang lebih mantap

  • Melengkapkan diri dan sumber-sumber kawalannya seperti tenaga kerja, teknologi pengeluaran, mesin, peralatan dan bahan mentah

  • Contoh: kegagalan menyiapkan projek perumahan pada tempoh masa yang ditetapkan boleh diatasi dengan perancangan yang rapi


Kejayaan

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

KEJAYAAN

  • Bermaksud: suatu kemajuan ke arah pencapaian matlamat cemerlang

  • Setiap individu mempunyai takrif kejayaan yang tersendiri

  • Seseorang usahawan akan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan


Prinsip hidup

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

PRINSIP HIDUP

  • Bermaksud: asas pegangan yang dijadikan sebagai panduan dalam hidup seseorang

  • Usahawan berjaya biasanya mempunyai prinsip hidup sebagai pegangan mereka

  • Contoh: jujur dalam urusniaga, amanah, cekap, sederhana, telus mengendalikan perniagaan dan lain-lain


Unit 3

Sekian

Berjumpa lagi di

Unit 4


  • Login