1 / 21

TEKNIK MENGAWAL RUMPAI SAWIT

TEKNIK MENGAWAL RUMPAI SAWIT. (PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH. PENDAHULUAN.

toan
Download Presentation

TEKNIK MENGAWAL RUMPAI SAWIT

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TEKNIK MENGAWAL RUMPAI SAWIT (PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

  2. PENDAHULUAN • Mengawal rumpai adalah salah satu aktiviti agronomi yang penting dalam penanaman sawit. Ia dilakukan bagi mengelakkan persaingan supaya tanaman sawit hidup subur dan produktif. • Rumpai bersaing untuk mendapatkan sumber nutrien, air, cahaya dan ruang. • Persaingan mengganggu tumbesaran pokok, melewatkan proses kematangan serta mengurangkan pengeluaran buah tandan segar. • Kos kawalan rumpai merupakan kos kedua tertinggi selepas pembajaan 17 – 27% daripada keseluruhan kos operasi.

  3. Kehadiran rumpai menyukarkan aktiviti perladangan seperti penuaian BTS, pemungutan buah relai, pengangkutan BTS, pembajaan dan penyeliaan ladang.- Rumpai menjadi perumah sementara bagi serangga perosak, penyakit dan persembunyian binatang kecil. Penggunaan racun rumpai secara berleluasa pada peringkat muda boleh menjadikan pertumbuhan tanaman sawit tidak normal.

  4. JENIS RUMPAI - Bagi memperoleh strategi kawalan rumpai yang berkesan pengelasan rumpai adalah perlu. - Pengelasan rumpai dibuat berdasarkan gabungan bentuk morfologi daun dan ciri pertumbuhan. • 4 kumpulan utama seperti berikut: i. Jenis Rumput - Daun berbentuk tirus, memanjang serta urat daunnya selari. - Biasanya membiak melalui biji benih yang banyak dan disebar melalui angin, haiwan dan aktiviti manusia.

  5. - Ada juga membiak menerusi bahagian tampang seperti stolon, rizom, pecahan rumpun dan umbisi- Antara spesies rumpai yang memberi persaingan hebat kepada tanaman sawit ialah Imperata cylindrica (lalang), Ischaemum muticum (rumput dawai) dan Pennisetum polystachion (rumput gajah).

  6. ii)Jenis Menjalar - Daun lebar dan urat daun berbentuk jaring. - Batang yang lembut dan kecil serta tumbuh menjalar dan merayap dipermukaan tanah, memanjat tunggul kayu mati atau batang pokok yang masih hidup. - Pembiakan utama melalui biji benih. - Tunas pada setiap ruas boleh menghasilkan pokok baru apabila bersentuh/tertimbus dengan tanah yang lembap. - Contoh: Mikania micrantha (selaput tunggu), Passiflora foetida (timun padang). - Tanaman penutup bumi boleh menjejaskan pertumbuhan pokok sawit dengan memanjat dan menutupi keseluruhan permukaan pelepah sawit jika tidak diurus dengan baik.

  7. iii) Jenis Renek • Tumbuh merimbun, besar dan mempunyai banyak ranting kecil. • Sesetengah mempunyai batang yang keras, ada juga berbatang lembut. • Pembiakan utama melalui biji benih, tunas pada setiap ruas menghasilkan pokok baru apabila bersentuh dan tertimbus dengan tanah yang lembap. • Contoh: Asystasia intrusa (akar ruas) Chromolaena odorata (pokok kapal terbang), Melastoma malabathricum (senduduk) dan Clidemia hirta (senduduk bulu).

  8. iv) Paku-pakis dan resam- Pakis dan resam sering kelihatan tumbuh di atas tanah yang kurang subur. - Mempunyai sistem perakaran yang cetek dan tidak memberi persaingan serius kepada tanaman sawit. - Sering terdapat di kawasan sawit matang dan sesetengahnya hidup secara epifit pada batang sawit. - Pembiakan utama melalui spora yang terdapat di bawah permukaan daun dan melalui rizom. - Contoh: Nephrolepis bisserata (paku larat), Stenochlaena palustris (paku rawan), Dicranopteris linearis (resam) dan Lygodium lexuosum (ribu-ribu gajah).

  9. Kaedah Kawalan Rumpai 4 kaedah kawalan yang boleh dilaksanakan di kawasan tanaman sawit dan pemilihannya boleh dilakukan secara individu atau integrasi pelbagai kaedah. i. Kultur - Melibatkan amalan pertanian seperti sungkupan di sekeliling pangkal pokok, menanam tanaman kontan atau kekacang penutup bumi. - Bahan yang biasa digunakan sebagai sungkupan ialah tandan sawit kosong atau racikan batang sawit tua yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok. - Teknik sungkupan menggunakan helaian plastik hitam, guni plastik baja yang kosong boleh digunakan sebagai bahan sungkupan.

  10. Mekanikal - Kaedah mekanikal mudah dilakukan melibatkan penggunaan peralatan seperti cangkul, sabit, tajak, parang, mesin pemotong rumput dan alat pembajakan tanah.iii) Biologikal - Melibatkan penggunaan spesis organisma hidup seperti serangga, kulat, bakteria, parasit dan integrasi dengan haiwan ternakan.- Ternakan lembu secara integrasi.

  11. KimiaKaedah kawalan rumpai yang digunakan secara meluas. Menggunakan racun rumpai yang disembur dengan alat penyembur tertentuKaedah ini berkesan untuk kawalan rumpai dan tempoh agak panjang .Penggunaan racun rumpai memerlukan pengawasan yang betul supaya berkesan.

  12. RACUN RUMPAI BAGI KAWASAN TANAMAN SAWIT MUDA

  13. Kawasan Sawit Matang • Tanaman sawit mula membesar, kanopinya mula bersentuh antara satu masa lain. Jumlah cahaya matahari yang melepasi permukaan tanah akan berkurangan. • Keadaan ini menyebabkan tanaman kekacang penutup bumi mula pupus secara semula jadi. • Habitat pertumbuhan bertukar dengan rumpai yang tahan naungan di kawasan tanaman sawit. • Jika tiada program kawasan yang baik rumpai akan membesar dan bersaing dengan tanaman sawit dan menyukarkan aktiviti harian ladang. • Pengawalan rumpai terlalu intensif menyebabkan permukaan tanah terdedah kepada proses hakisan.

  14. Kawalan rumpai biasanya dilakukan dengan semburan racun rumpai supaya kawalan lebih dalam jangka masa panjang.- Strategi kawalan rumpai perlu bijak dan sistematik supaya pokok sawit membesar dengan baik dan menjadi lebih produktif.- Kawalan rumpai secara integrasi dengan haiwan ternakan boleh dilakukan tetapi masih memerlukan semburan racun rumpai kerana tidak semua rumpai dimakan oleh haiwan ternakan. Kawasan Sawit Matang ( smbg )

  15. Pembersihan Di Keliling Pangkal Pokok Dan Lorong Tuaian • Kawasan bulatan bersaiz 4m garis pusat di keliling pangkal pokok dan lorong tuaian selebar 1.8m perlu bebas daripada rumpai bagi memudahkan kerja membaja, pengambilan nutrien oleh pokok, penuaian buah tandan masak dan memungut buah relai.

  16. Campuran Racun Rumpai untuk kawalan rumpai untuk kawalan rumpai di sekeliling pangkal pokok sawit matang dan lorong tuaian buah sawit.

  17. RACUN RUMPAI UNTUK KAWALAN RUMPAI TERPILIH

  18. Panduan Keseluruhan Penggunaan Racun Rumpai • Sebelum menyediakan bancuhan racun: i) Baca arahan pada label ii) Pastikan alat penyembur racun berkeadaan baik • Sewaktu menyediakan bancuhan racun: i) Pakai sarung tangan getah ii) Gunakan kayu yang bersih untuk mengacau bancuhan racun iii) Jangan membancuh racun dalam bekas atas peralatan yang digunakan seharian di rumah.

  19. Sewaktu Menyembur Racun i) Memakai pakaian keselamatan dan alat pelindung diri ii) Elakkan menyembur kawasan berdekatan sumber air yang masih digunakan. iii) Jangan makan,minum, merokok sambil menyembur racun. iv) Jangan menyembur racun bertentangan dengan arah tiupan angin.

  20. D.Selepas Meracun: i) Bersihkan alat semburan dan peralatan dan simpan ditempat selamat. ii) Bersihkan segera bahagian badan dan pakaian yang terkena racun dengan sabun dan air. iii) Sekiranya berasa pening dan muntah, segera berjumpa doktor untuk rawatan sewajarnya

  21. Sekian Terima Kasih RUJUKAN : Buku Perusahaan Sawit Di Malaysia ( MPOB )

More Related