1 / 41

Teori Penggunaan Kitaran Hidup . ( The life Cycle Theory of Consumption

Teori Penggunaan Kitaran Hidup . ( The life Cycle Theory of Consumption. teori ini dibina oleh Modigliani, Ando dan Brumberg dalam tahun 1963 Individu diandaikan akan merancang penggunaan berasaskan jangkaan pendapatan sepanjang hayat mereka. Implikasi teori ini ke atas fungsi penggunaan.

Download Presentation

Teori Penggunaan Kitaran Hidup . ( The life Cycle Theory of Consumption

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Teori Penggunaan Kitaran Hidup.(The life Cycle Theory of Consumption • teori ini dibina oleh Modigliani, Ando dan Brumbergdalam tahun 1963 • Individu diandaikan akan merancang penggunaan berasaskan jangkaan pendapatan sepanjang hayat mereka.

  2. Implikasi teori ini ke atas fungsi penggunaan • (contoh mudah)Seorang individu berumur 30 tahun , • Dengan jangkaan hidup (T) selama 50 tahun, • baki masa didalam tenaga kerja (N) adalah 40 tahun (hidup 10 tahun dalam persaraan)

  3. Andaian lain mengenai individu ini; • menginginkan penggunaan yang seragam sepanjang hayatnya. • akan menggunakan semua jumlah pendapatan sepanjang hayatnya, campur dengan harta semasanya, dan tidak berhasrat meninggalkan pewarisan.

  4. kadar faedah ke atas harta adalah sifar, oleh itu nilai simpanan tidak berbeza sekarang dan di masa depan. * andaian-andaian ini boleh dilonggarkan apabila membincangkan contoh yang lebih rumit.

  5. Jadi penggunaan dalam tempoh tertentu adalah nisbah tetap (1/T) dari jangkaan sumber-sumber yang ada sepanjang hayat. • Fungsi penggunaan yang akan didapati dariadalah seperti berikut;

  6. Ct = 1/T  Yt1 + (N – 1) Y1e + At Dimana, Ct = penggunaan di tempoh t Yt1= pendapatan buruh individu ini di tempoh semasa (t) Y1e = jangkaan pendapatan purata buruhsepanjang tempoh ia dijangka bekerja (N-1) tahun. At = nilai harga yang dipegang sekarang.

  7. Dari formula di atas didapati penggunaan tidak hanya bergantung kepada pendapatan semasa, • Tetapi juga bergantung kepada ; • jangkaan pendapatan di masa hadapan • nilai harta semasa.

  8. Penggunaan didapati tidak begitu sensitif kepada pendapatan semasa, • Dan penggunaan juga tidak akan mengubah jangkaan pendapatan di masa depan.

  9. Dari persamaan di atas boleh dikira Ct = 1 = 1 = 0.02 Yt1 T 50 • Pertambahan pendapatan yang dijangka berterusan semasa tahun bekerja akan meningkatkan Y1e,

  10. dan kesannya keatas penggunaan akan lebih besar; Ct + Ct = 1 + N – 1 = N Yt1Y1e T T T = 40 = 0.8 50

  11. pertambahan sekali dalam pendapatan (RM100) akan meningkatkan penggunaan seumur hidup sebanyak RM100, • individu yang dijangka hidup selama 50 tahun lagi, akan membahagikan pertambahan ini bagi jangka hayatnya,(100/50) • dan menambah perbelanjaan sebanyak RM2.00 setiap tahun.

  12. Pertambahan tetap dalam pendapatan pula meningkatkan penggunaan sebanyak RM80 bagi tempoh kehidupan selebihnya, • termasuk apabila ia sudah bersara. • Penggunaan dalam tempoh persaraan (10 tahun) berjumlah RM800 • akan ditampung melalui tabungan yang dibuat semasa masih bekerja (100-80) x 40 = RM800

  13. Teori kitaran hidup ini mengambil kira kaitan umur individu dengan penggunaan dan tabungannya • Orang muda akan memasuki tenaga kerja pada tingkat pendapatan yang rendah dan juga tingkat tabungan yang rendah atau negatif.

  14. Apabila umur bertambah matang, pendapatan dan kadar tabungan akan bertambah juga. • Usia persaraan akan menunjukkan penurunan dalam pendapatan dan tabungan.

  15. Rajah 3: Pendapatan dan penggunaan sepanjang kitaran hidup Penggunaan, Pendapatan

  16. Secara amnya, fungsi penggunaan agregat mengikut hipotesis kitaran hidup ini boleh ditulis seperti; Ct = b1Yt1 + b2Y1e + b3At

  17. bila andaian-andaian awal tadi dilongarkan, parameter b1, b2 dan b3 tidak hanya bergantung kepada N dan T seperti sebelumnya. • Walau bagaimana pun bagi kes agregat ini, kesan pertambahan pendapatan sekali akan juga lebih kecil berbanding pertambahan pendapatan sepanjang hayat, seperti bagi kes individu tadi.

  18. Dalam kajian mereka bagi Amerika Syarikat, Ando dan Modigliani membuat andaian bahawa jangkaan pendapatan buruh dimasa depan adalah gandaan dari pendapatan semasa; atau Y1e = Yt1 > 0

  19. Dengan menggantikan persamaan di atas ke dalam fungsi penggunaan akan didapati Ct =( b1 + b2)Yt1 + b3At

  20. Keputusan kajian Ando dan Modigliani adalah seperti berikut; Ct =0.72Y1t + 0.06At • Ini bermakna pertambahan pendapatan buruh semasa sebanyak RM100 , penggunaan akan bertambah sebanyak RM72.

  21. Pertambahan penggunaan disebabkan pertambahan harta (MPC) adalah 0.06, • Kesan pertambahan pendapatan sekali, juga sama seperti pertambahan harta • Teori penggunaan kitaran hidup mengatakan terdapat fungsi penggunaan jangka pendek (SCF), dan ada fungsi penggunaan jangka panjang (LCF).

  22. Fungsi jangka pendek akan beralih ke atas mengikut masa, • Dari SCF akan didapati LCF (rajah 4)

  23. Rajah 4: fungsi penggunaan jangka pendek dan jangka panjang C

  24. Penerangan ini dapat menjawab persoalan pengapa keputusan jangkapendek dan jangkapanjang bagi hipotesis pendapatan mutlak adalah berbeza. • Rajah 3 juga boleh digunakan bagi menerangkan penemuan kajian penggunaan isirumah ,

  25. Di mana isirumah dengan pendapatan lebih tinggi didapati membuat penggunaan dengan kadar yang lebih kecil. • Menurut teori kitaran hidup, keluarga ini berada ditingkat pendapatan teratas, • di sini perbezaan antara pendapatan dengan penggunaan adalah paling besar,

  26. berbeza pula dengan keluarga dengan pendapatan terendah, • mereka terpaksa mengeluarkan tabungan untuk menampung penggunaan.

  27. Kritikan ke atas hipotesis kitaran hidup. • Ackley dalam tahun 1971, mengkritik andaian yang digunakan, • Kerana isirumah diandaikan mempunyai wawasan yang jelas, dan merancang penggunaan mereka berdasarkan wawasan ini.

  28. Sebenarnya terdapat banyak ketidakpastian, jadi andaian ini tidak mengambarkan keadaan dunia sebenar. • Satu lagi kritikan adalah berkaitan dengan masalah kekangan kecairan,

  29. Adalah sukar bagi isirumah mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan, bagi membuat penggunaan sekarang, jika hanya berasaskan jangkaan pendapatan di masa depan. • Oleh itu tingkat penggunaan akan bergantung kepada perubahan dalam pendapatan semasa, • tidak kira sama ada perubahan itu sementara atau kekal.

  30. Walau bagaimana pun, tindakbalas ini akan berbeza mengikut usia isirumah, • Penggunaan isirumah muda akan lebih responsif terhadap perubahan pendapatan kerana kekangan kecairan yang dihadapi, • Penggunaan isi rumah tua pula, tidak begitu responsif terhadap perubahan pendapatan kerana telah mengumpulkan kekayaan.

  31. Ini menunjukkan pendapatan semasa adalah penting bagi menentukan penggunaan. • Satu kajian oleh Kotlikoff dan Summer (1981) mencadangkan warisan memainkan peranan dalam mengalakkan tabungan.

  32. Tetapi Modigliani telah menyanggah keputusan ini kerana hanya 15 ke 20 peratus tabungan adalah untuk tujuan warisan. • Oleh itu perdebatan mengenai kepentingan warisan masih berlarutan. • (baca Perspective 14.1).

  33. Implikasi dasar dari hipotesis kitaran hidup Dasar fiskal dan kesan pengganda: • Analisis pengganda Keynesian menekankan kesan perubahan pelaburan dan angkubah dasar fiskal ke atas pendapatan semasa dan seterusnya ke atas pengunaan.

  34. Tetapi menurut hipotesis kitaran hidup, pendapatan semasa tidak penting dalam menentukan penggunaan. • kajian Modigliani dan rakan-rakan menunjukkan pendapatan jangkaan berkadar dengan pendapatan semasa. • Jadi boleh disimpulkan tiada perbezaan ketara diantara hipotesis kitaran hidup dengan analisis pengganda Keynesian

  35. Hipotesis kitaran hidup menyentuh kesan dasar cukai ke atas penggunaan. • Jika pengurangan cukai hanya memberi kesan sementara kepada pendapatan semasa, dikatakan kesannya ke atas penggunaan adalah kecil sahaja.

  36. Dan sama ada pengurangan cukai ini dapat mengurangkan kekangan kecairan yang dialami oleh kebanyakan pengguna. • Jika ya, dasar pengurangan cukai itu akan berjaya menambah penggunaan.

  37. Dasar monetari dan penggunaan • Menurut hipotesis kitaran hidup, kekayaan isirumah akan mempengaruhi penggunaan. • Dasar monetari dapat mempengaruhi kekayaan, oleh itu akan mempengaruhi penggunaan.

  38. Dasar monetari dapat mengubah kadar faedah, dan seterusnya mengubah nilai kekayaan isirumah. • Dasar monetari yang ketat, akan meningkatkan kadar faedah, seterusnya mengurangkan nilai kekayaan, • Pengunaan akan kurang.

  39. Sebaliknya dasar monetari mengembang akan mengurangkan kadar faedah, • Nilai kekayaan bertambah, begitu juga penggunaan. • Dasar monetari juga akan mempengaruhi kekangan kecairan isirumah,

  40. Dasar ketat (menguncup) akan menyukarkan isirumah mendapat pinjaman, penggunaan akan kurang, • Sebaliknya dasar mengembang, menyenangkan kredit diperolehi, penggunaan bertambah.

  41. TAMAT TAJUK 1

More Related