SEJARAH SK. KELAWAT TAMPARULI
This presentation is the property of its rightful owner.
Sponsored Links
1 / 1

SEJARAH SK. KELAWAT TAMPARULI PowerPoint PPT Presentation


  • 50 Views
  • Uploaded on
  • Presentation posted in: General

SEJARAH SK. KELAWAT TAMPARULI.

Download Presentation

SEJARAH SK. KELAWAT TAMPARULI

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Presentation Transcript


Sejarah sk kelawat tamparuli

SEJARAH SK. KELAWAT TAMPARULI

Sk. Kelawat Tamparuli yang terletak kira-kira 11 batu (17 kilometer) dari pekan Tamparuli dan mempunyai keluasan kawasan 4.74 ekar. Sekolah ini mempunyai 4 buah blok bangunan papan dan 4 buah lagi pondok kecil mempunyai sejarah yang tersendiri sebagai mana sekolah-sekolah yang lain.

Pada mulanya tanah kawasan sekolah ini adalah tanah kerajaan. Pada sekitar Tahun 1946 iaitu lewat setahun selepas tamat Perang Dunia ke-2, KK Sugara Bin Pantar dengan usaha gigih beliau, kerana mengenangkan betapa pentingnya pelajaran kepada kanak-kanak tempatan pada masa itu, maka beliau mula memohon kepada kerajaan British supaya sebuah sekolah bantuan di Desa Kelawat dapat didirikan.

Pada sekitar Tahun 1947 telah diujudkan sebuah sekolah atas bantuan oleh kerajaan British yang diberi nama Native Voluntary School (NVS). Dan tapak bangunan sekolah ketika itu didirikan dipinggir bukit dengan beroperasikan kayu-kayu bulat, berdindingkan bambu yang dibelah-belah dan beratapkan dengan daun-daun tumbuh-tumbuhan semulajadi yang diberi nama tarasan (Bahasa Dusun). Bangunan sekolah itu tidak berlantai dan hanya bertapak ditanah sahaja. Tapak sekolah pada mulanya terletak kira-kira 2 kilometer dari tapak sekolah sekarang.

Pada masa itu guru besar yang pertama mengandalikan sekolah itu ialah Cikgu Indan Bin Potong yang berasal dari Kg. Lakang Tuaran, Sabah. Bahasa perantaraan pada masa itu ialah Bahasa Malaysia. Pelajar-pelajarnya terdiri dari kanak-kanak tempatan yang berjumlah antara 30 – 40 orang sahaja.

Pada Sekitar tahun 1950-an, oleh kerana mengikut perubahan zaman, dimana kemajuan semakin meningkat maka bangunan sekolah tersebut terpaksa dirobohkan oleh karana dilanggar jalanraya. Dari itu kerajaan telah membina sebuah lagi sekolah yang baru untuk menggantikan sekolah yang telah dirobohkan itu. Sekolah yang baru itu didirikan kira-kira 2 kilometer dari tapak sekolah dahulu. Dari itu dengan inisiatif setiap guru yang dahulunya pernah bekerja di sekolah desa Kelawat ini, kini semakin meningkatlah kemajuan dan penduduk terutamanya yang berada disekitar tempat ini dari setahun ke setahun. Oleh kerana pertambahan bilangan kanak-kanak dari setahun ke setahun maka ianya semakin meningkat sehingga mencapai 120 orang. Oleh yang demikian, berikutan dengan peningkatan kemajuan sekolah didesa Kelawat, maka nama yang mula-mulanya iaitu NVS telah ditukar menjari SRK (Sekolah Rendah Kerajaan). Dalam tahun sekitar 80-an nama tersebut ditukar menjadi Sk (Sekolah Kebangsaan), sehinggalah pada masa kini.

Pada sekitar 80-an sebuan bangunan sekolah baru telah dibina untuk menggantikan sekolah yang lama dan ianya mempunyai 3 buah bilik dan 2 buah rumah guru. Bangunan ini telah dibina hasil daripada bantuan kerajaan Berjaya (Persekutuan Malaysia). Pada ketika itu sekolah didesa Kelawat dikendalikan oleh Cikgu Lohok Bin Gontuong yang berasal dari Kampung Malangang Tamparuli, Sabah. Pada pertengahan tahun 1981 bangunan sekolah baru itu telah dirasmikan oleh Datuk James Ongkili.


  • Login