MINGGU 5
Download
1 / 10

MINGGU 5 KULIAH 9 & 10 INSTITUSI PENDIDIKAN - PowerPoint PPT Presentation


  • 62 Views
  • Uploaded on
  • Presentation posted in: General

MINGGU 5 KULIAH 9 & 10 INSTITUSI PENDIDIKAN. Metod Pengajaran dan Pembelajaran Rasulullah. Sukatan pelajaran yang disampaikan dalam pengajaran berdasarkan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui Al-Quran dan seterusnya disusuli dengan al-Hadis.

loader
I am the owner, or an agent authorized to act on behalf of the owner, of the copyrighted work described.
capcha

Download Presentation

MINGGU 5 KULIAH 9 & 10 INSTITUSI PENDIDIKAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Presentation Transcript


MINGGU 5

KULIAH 9 & 10

INSTITUSI PENDIDIKAN


Metod Pengajaran dan Pembelajaran Rasulullah

Sukatan pelajaran yang disampaikan dalam pengajaran berdasarkan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui Al-Quran dan seterusnya disusuli dengan al-Hadis.

Perkara ini ditegaskan dalam al-Quran:

“dan ia tidak memperkatakan (berhubung hal ehwal Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri, segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran atau al-Hadis) tidaklah melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya”

(Surah al-Najm: 3-4)


Antara strategi pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w:

  • Mewujudkan pusat-pusat pendidikan dimulai di rumah Al-Arqam bin Abi Arqam

  • Menyampaikan pengajaran di tempat-tempat terbuka

  • Menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan

  • Pengajaran yang dilakukan adalah secara berperingkat

  • Pengajaran pada mulanya dilakukan secara bersembunyi dan diikuti dengan terang-terangan

  • Memulakan pengajaran kepada kaum keluarga terdekat sebelum memulakan kepada umum

  • Mencari tempat pembelajaran yang sesuai iaitu setelah tiga belas tahun menyampaikan ajaran di Makkah, mula mengambil tempat yang lebih strategik iaitu di Madinah.


Kaedah Pengajaran Dalam Islam

Kaedah Hafazan

  • Kaedah ini adalah kaedah asas yang melibatkan ingatan secara langsung.Kaedah ini memerlukan kesungguhan dan ketekunan bagi mengingati apa yang dipelajari sama ada melalui lisan atau tulisan.

    Kaedah Dialog

  • Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Al-quran melalui pengajaran-pengajaran yang disampaikan sehingga menjadi satu kaedah tradisi pembelajaran dalam Islam yang selalu dipraktikkan oleh Rasulullah sendiri.

    Kaedah Soal Jawab

  • Kaedah ini digunakan untuk merangsang pemikiran semasa sesi pengajaran sedang berlangsung atau di akhir pengajaran dengan menggunakan beberapa strategi tertentu.

    Kaedah Pandang Dengar

  • Kaedah ini telah dilalui sendiri oleh Rasulullah ketika mana baginda dibawa berjalan dari Kota Makkah ke Baitul Maqdis pada malam Isra’ dan Mi’raj.


Sambungan …..

Kaedah Perbincangan

  • Kaedah ini adalah satu kaedah yang lazim digunakan dalam penyampaian ilmu bagi menggalakkan pertukaran idea secara bebas dan tidak terikat.

    Kaedah Lawatan

  • Melalui kaedah ini, seseorang guru dapat memperlihatkan secara langsung kepada pelajar-pelajar tentang apa yang dipelajari. Kaedah ini biasanya dilakukan di luar dari kelas biasa.

    Kaedah Pengulangan

  • Pendekatan yang dilakukan melalui kaedah ini ialah dengan cara pembacaan dan mengingat kembali secara berulang-ulang.

    Kaedah Tunjuk Cara atau Demonstrasi

  • Kaedah ini ialah satu cara menyediakan bahan pelajaran dengan menyediakan secara langsung objeknya atau prosesnya atau cara malakukannya.


Sambungan ……

Kaedah Latih Tubi

  • Kaedah ini merupakan kaedah yang biasa digunakan oleh seseorang pendidik dalam memastikan pelajarnya dapat memahami dan mengingati dengan baik terhadap sesuatu fakta.

    Kaedah Bercerita

  • Kaedah ini boleh menarik minat pelajar dan menghilangkan kebosanan semasa menghadapi pelajaran. Dalam Al-Quran, banyak cerita-cerita seperti kisah Rasul-Rasul dan para Anbia’ telah dinyatakan dengan jelas.

    Kaedah Penggunaan Isyarat

  • Kaedah ini amat diperlukan dalam memberikan penjelasan lebih lanjut tentang sesuatu fakta terutama yang memerlukan kepada tanda, alamat atau isyarat bagi menjelaskannya.

    Kaedah Penggunaan Lukisan

  • Kaedah ini juga sama peranannya dengan penggunaan isyarat.

    Kaedah Halaqat

  • Kaedah ini merupakan kaedah tradisi dalam pengajaran. Biasanya dilakukan di serambi atau di dalam masjid atau tempat-tempat yang dikhususkan untuk aktiviti pengajaran.


ADAB MENUNTUT ILMU

  • Membersihkan diri daripada tingkah laku yang buruk dan sifat-sifat yang terkeji.

  • Menumpukan sepenuh perhatian kepada ilmu yang dipelajari.

  • Menghormati dan memuliakan guru.

  • Membuat pilihan yang khusus terhadap ilmu yang ingin dipelajari.


Sambungan …….

  • Mendalami sesuatu ilmu yang dipelajari secara teratur dan bersistematik berdasarkan kepada kepentingannya.

  • Meletakkan niat yang ikhlas sebagai asas menuntut ilmu.

  • Menjadikan ilmu yang dipelajari sebagai cara untuk mencapai matlamat.


Adab Dan Tanggungjawab Ilmuan

  • Melahirkan rasa kasih dan bersikap penyayang terhadap pelajar.

  • Menyebarkan ilmu pengetahuan secara ikhlas.

  • Sentiasa memberikan nasihat, pandangan, tunjuk ajar dan bimbingan ke arah pemikiran yang sihat.

  • Memiliki akhlak mulia dan berperibadi tinggi .


Sambungan ……..

  • Tidak memperkecil-kecilkan bidang lain selain dari bidangnya.

  • Menyampaikan ilmu yang ada padanya mengikut kemampuan pelajar.

  • Menyampaikan ilmu dengan keterangan yang jelas dan tidak menimbulkan keraguan.

  • Beramal dengan ilmu yang ada padanya.


ad
  • Login