1 / 30

KULIAH 5

KULIAH 5. HIDROSFERA. HIDROSFERA. Hidrosfera adalah komponen air atau cecair pada bumi. Ia termasuk lautan, Laut, tasik, kolam, sungai dan saliran. Hidrosfera meliputi 70 peratus di bumi ini Hidrosfera adalah jisim-jisim dalam bentuk cecair, pepejal dan wap di muka bumi. Ia m eliputi –

slone
Download Presentation

KULIAH 5

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KULIAH 5 HIDROSFERA

  2. HIDROSFERA • Hidrosfera adalah komponen air atau cecair pada bumi. Ia termasuk lautan, Laut, tasik, kolam, sungai dan saliran. Hidrosfera meliputi 70 peratus di bumi ini • Hidrosfera adalah jisim-jisim dalam bentuk cecair, pepejal dan wap di muka bumi. Ia meliputi – • Air permukaan bumi : Laut, sungai, tasik. • Air bawah Tanah : air tanah dan terperangkap dalam batu. • Wap : di atmosfera/ udara. • Pepejal : ais dan glasier

  3. Hidrosfera adalah termasuk semua air di lautan, tasik, sungai dan bawah tanah. (MacDonald, 2003; Fellman et al, 2001)

  4. HIDROLOGI Hidrologi ialah bidang sains mengkaji segala aspe air di dunia ini, kewujudan, pusingan dan taburan, sifat kimia dan fizik dan tindakbalas dengan persekitaran termasuk pertalian dengan benda-benda hidup. Ruangnya mencakupi keseluruhan sejarah kewujudan air di atas bumi. • Secara ringkasnya pula hidrologi adalah kajian tentang air. Contohnya kualiti air,kejadian kerpasan atau hujan dan banyak lagi. • Menurut W,C Ackman (dlm D.E Walling 1989) hidrologi bukan lagi terhad kepada sains geofizik peredaran semula jadi dan simpanan air di bumi. Sungguhpun peredaran masih merupakan ciri dominan, tetapi semakin banyak diubahsuai dan diuruskan oleh manusia dan ahli hidrologi yang tidak mengakui hakikat ini akan ketinggalan pada abad ke-19

  5. Hidrologi ialah bidang sains yang mengambil kira air di dunia ini, kewujudan, pusingan dan taburan, sifat kimia dan fizik dan tindak balas dengan persekitaran termasuk pertalian dengan benda-benda hidup. Ruangnya mencakupi keseluruhan sejarah kewujudan air di atas bumi. Majlis Bersekutu, Sains & Teknologi USA • Hidrologi ialah sains mengenai air dari segi sumber, distribusi, pergerakan dan sifat/ciri-ciri air. Air boleh wujud dalam 3 bentuk iaitu Cecair, Wap dan Pepejal Hamirdin Ithnin, 1990

  6. Jumlah air yang dikitarkan dalam bentuk kitaran hidrologi

  7. Kitaran Hidrologi/ kitaran air di bumi

  8. Model yang menunjukkan kejadianproses hidrologi (proses aliran air)dengan adanya input dan output bahan

  9. Bentuk-bentuk hidrosfera • Contoh berdasarkan Rajah sebelah • kanan ini • Kerpasan dalam sungai • Aliran permukaan • Air larian permukaan • Air larian bawah permukaan • Aliran antara lapisan • Aliran air tanah

  10. Bentuk hidrosfera lain adalah seperti: SUNGAI : Lembah, Pola Sungai, Delta, Dataran Banjir dll. KOLAM : Cetek, dalam, luas dll TASIK: Pola, saiz, cetek, dalam dll LAUTAN: Pola, saiz, cetek, dalam dll EMBUN/ AWAN/ WAP AIR/ PELUH/ FROS/ SALJI dll

  11. Proses-proses dalam hidrologi • Kerpasan (Precipitation) • Pintasan (Interseption) • Susupan/ penyerapan (Infiltration/Percolation) • Air Larian (Runoff) • Sejatan/ Sejatpeluhan (Evapotranspiration)

  12. Kerpasan Hujan, salji, hujan bercampur salji, hujan batu dan embun secara kumpulannya dinamakan kerpasan. Hujan berlaku apabila wap air yang telah dikondensasikan menjadi manik-manik kecil dan membentuk awan. Di dalam awan berlaku proses cantuman antara manik sehingga manik air itu mampu untuk jatuh ke bumi. Di Malaysia, penerimaan hujan adalah dipengaruhi oleh keadaan topografi (Aiken et al., 1994). Menerima hujan tahunan purata sebanyak 2500mm setahun di mana Semenanjung (2420mm), Sabah (2630mm) dan Sarawak (3830mm). Hujan tertinggi pernah direkodkan iaitu 5130 mm di Sarawak (1994) dan terendah di Perlis sebanyak 1350 mm (1992).

  13. Sumber : Disesuaikan dari Kerajaan Malaysia, 1996

  14. Pintasan Semasa hujan turun, air hujan tidak akan sampai terus ke bumi kerana terdapat objek yang menghalang air tersebut seperti pokok, bangunan dan sebagainya. Proses penghalang ini dinamakan sebagai (Pintasan)Intersepsi • Jatuhan Langsung • Titisan Kanopi • Aliran Batang • Sejatpeluhan

  15. Menurut Horton (1919), 20% daripada hujan terawal akan diintersepsikan dan disimpan di atas permukaan daun. Bagi kawasan hutan yang padat, kira-kira 50% hujan dipintaskan (Aldrigde dan Jackson, 1968) dan rumput hanya 20%. • Kajian di Malaysia, Low (1979) jumlah intersepsi di kawasan HUTAN iaitu 36% manakala Manokaran (1979) menyatakan 21.8%. Teoh (1973 dan 1977) menunjukkan keupayaan intersepsi oleh pokok GETAH yang berumur 6.5 tahun dengan kepadatan 220 – 250 pokok/ha ialah 13.6 – 15.0% berbanding 26.4 – 31.9% bagi pokok getah dengan kepadatan 1000 pokok/ha. Bagi pokok KELAPA SAWIT yang berumur 13 tahun pula, keupayaan intersepsinya ialah 17.2% (Univ. Pertanian Malaysia, 1979)

  16. 3. Susupan (Infiltration) • Proses susupan berlaku apabila air memasuki permukaan tanih dengan mengisi rongga-rongga tanih yang kosong. • Keliangan dan ketelapan air sangat penting dalam proses ini (Douglas, 1977). • Kebolehupayaan tanah untuk menyusup air bergantung kepada Saiz liang, kandungan lembapan tanih dan tumbuhan tutup bumi (Carson dan Kirkby, 1972).

  17. Sekiranya tanih berada dalam keadaan kering keupayaan susupan adalah tinggi kerana rongga-rongga dalam tanih belum lagi terisi. Pada masa ini air larian belum lagi wujud (Lockwood, 1976). Sekiranya kesemua rongga terisi, maka kadar susupan akan mencapai had. Ini menyebabkan tanih mencapai tahap tepu dan tidak dapat lagi menyusupkan air dan terpaksa membawa air ini keluar ke atas permukaan tanih menjadi air larian permukaan.

  18. Douglas (1977) telah mengumpul kajian terhadap keupayaan infiltrasi terhadap siri-siri tanah. • Kadar infiltrasi Siri Tanah Batu Anam yang terdiri dari laterit dan tanah liat berlumpur iaitu 10 – 13.6 mm/jam - Eyles, 1967. • Siri Malacca (laterit besar dan tanah liat berlumpur) mempunyai kadar infiltrasi iaitu 15 – 420 mm/jam - Eyles, 1967. • Bagi siri Malacca (laterit besar) mempunya kadar infiltrasi sebanyak 107 – 650 mm/jam - Tippets e. al, 1967. • Tanih Segamat (Latosol merah keperangan) iaitu 116 - 132 mm/jm - Tippetts et. Al, 1967

  19. 4. Larian Permukaan (Runoff) Pergerakan air sama ada dalam bentuk bebenang halus atau pun sebagai aliran deras pada permukaan cerun memasuki sungai (Selby, 1993). Keadaan ini berlaku apabila keupayaan susupan telah dilepasi akibat hempasan hujan yang kuat. Purata air larian tahunan kira-kira 147 billion m3 di Semenanjung Malaysia, 113 billion m3 di Sabah dan 306 billion m3 di Sarawak (JICA, 1982a). Jumlah inilah yang memberikan sumbangan kepada kegunaan domestik, industri dan pertanian serta kegunaan berfaedah yang lain

  20. Kumulatif curahan hujan ini sebanyak 990 billion meter3. Daripada jumlah tersebut yang mengalir sebagai air permukaan sebanyak 556 billion meter3 di mana Semenanjung (147 bmp), Sabah (113 bmp) dan Sarawak (306 bmp). Menyusup ke dalam tanah sebanyak 64 bmp dan balik ke atmosfera sebanyak 360 bmp. • Daripada jumlah tersebut, permukaan Malaysia telah dialiri oleh lebih 1800 batang sungai dengan jumlah panjang 38 000 km. • Daripada jumlah sistem sungai ini, JPS telah membentuk 150 sistem lembangan saliran di mana 100 terdapat di Semenanjung dan selebihnya terletak di Sabah dan Sarawak.

  21. 5. Sejatan/ Sejatpeluhan • Haba daripada cahaya matahari akan menyerap air dari kawasan berair seperti tasik, sungai, kolam, lautan dan permukaan tanah. Proses ini dinamakan sejatan. • Air yang terperangkap di daun sama ada melalui hujan atau proses transpirasi juga turun disejat oleh haba matahari. Proses ini dinamakan sejatpeluhan. • Contoh kes sejatpeluhan: Hujan yang turun di beberapa bahagian Banjaran Utama di Negeri Selangor iaitu sebanyak 2920 mm setahun telah hilang melalui proses sejat peluhan sebanyak 100 mm. Ini bermakna kira-kira 36% yang terlibat dengan proses ini dan 64% lagi turun sebagai hujan yang digunakan oleh tumbuhan, binatang dan manusia. Di kawasan tanah rendah, 45% terlibat dengan proses sejatpeluhan dan 55% lagi untuk tujuan lain (Aiken et al., op cit).

  22. 1. Lebihan Discas

  23. 2. Kehadiran Bahan Mendak

  24. 3. Kehadiran Bahan Cemar

  25. Kesimpulan • Hidrosfera ialah lapisan atau bahagian air dalam bumi. • Kajian tentang hidrosfera ialah Hidrologi • Proses-proses biasa yang berlaku dalam hidrosfera ialah • Kerpasan (Precipitation) • Pintasan (Interseption) • Susupan/ penyerapan (Infiltration/Percolation) • Air Larian (Runoff) • Sejatan/Sejatpeluhan (Evapotranspiration)

  26. Manakala bentuk-bentuk hidrosfera antaranya ialah:SUNGAI : Lembah, Pola Sungai, Delta, Dataran Banjir dll.KOLAM : Cetek, dalam, luas dllTASIK: Pola, saiz, cetek, dalam dllLAUTAN: Pola, saiz, cetek, dalam dllEMBUN/ AWAN/ WAP AIR/ PELUH/ FROS/ SALJI dllBagi melihat proses hidrologi, kitaran air atau pun kejadian lembangan saliran boleh digunakan. Contohnya bagi melihat pencemaran air kolam, gangguan pada kitaran air oleh bahan kimia atau bahan cemar lain boleh menjelaskan keadaan ini.

  27. SEKIAN TERIMA KASIH SELAMAT BERJAYA

More Related