1 / 12

Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa

Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa. Unit-unit bahasa yang diberikan tumpuan dalam analisis bahasa ialah perkataan, frasa, klausa, dan ayat. Perkataan

roxy
Download Presentation

Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa Unit-unit bahasa yang diberikan tumpuan dalam analisis bahasa ialah perkataan, frasa, klausa, dan ayat. Perkataan Perkataan boleh didefinisikan sebagai bentuk bebas yang terkecil, boleh hadir bersendirian, bermakna dalam rangkai kata dan ayat. Perkataan dalam BM boleh dibentuk melalui proses pengimbuhan, penggandaan, dan penggabungan. Dari segi bentuk, perkataan dalam BM boleh dibahagikan kepada kata selapis, kata berlapis, kata majmuk, dan kata ganda. Frasa Dalam BM, satu atau lebih perkataan boleh membentuk frasa. Dalam BM, ada empat frasa, iaitu Frasa Nama (FN),Frasa Kerja (FK),Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi (FS). MINGGU 10

  2. Klausa Klausa merupakan unit terbesar dalam ayat yang mempunyai subjek dan predikat. Dalam BM, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu i. Klausa bebas (ayat besar) ii. Klausa terikat (ayat kecil.atau anak ayat) Ayat Ayat yang lengkap terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam BM, jenis-jenis ayat pada umumnya boleh dibahagikan kepada empat jenis bergantung pada intonasi dan tujuannya, iaitu: • Ayat Penyata • Ayat Tanya • Ayat Perintah • Ayat Seruan

  3. Dari segi struktur, ayat BM boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu: Ayat Selapis Ayat Berlapis Ayat Berkait Ayat Bercampur Ayat Ringkas

  4. BAHASA SEBAGAI WAHANA ILMU Ciri Bahasa Ilmu Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan ilmu dan memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Mengikut Nik Safiah Karim (1986: 14), yang memetik pendapat Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi, iaitu bahasa terhad (restricted code) dan bahasa terbina (elaborated code). Untuk maksud penulisan ilmu, variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sesuatu bahasa ilmu tidak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau digunakan dalam suasana yang tidak formal. Untuk menguasai bahasa terbina, pengguna BM perlu menguasai ragam bahasa dan laras bahasa.

  5. Mengikut Asraf (1986: 69-73), ciri bahasa Melayu yang menjadi asas bahasa ilmu mestilah: • Bukan loghat • Bukan bahasa pasar • Bukan bahasa orang yang baharu belajar bahasa Melayu • Bukan bahasa budak • Bukan bahasa orang yang mengalami gangguan jiwa. Ciri Khusus Bahasa Ilmiah • Tingkat bahasa rasmi • Nada formal dan objektif • Sudut pandangan orang ketiga • Ragam pasif • Istilah khusus • Wacana pemaparan • Nada bersahaja • Kata membazir • Ayat majmuk • Bantuan ilustrasi

  6. Laras Bahasa dan Aspek Kajian Laras Bahasa Definisi Laras Bahasa Nik Safiah Karim (1982: 629) menyatakan laras bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud sesuatu variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada bahasa tersebut. Abdullah Hassan (1997: 248) pula menyatakan laras ialah ciri gaya penceritaan yang istimewa digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-ciri istimewa itulah yang membolehkan kita segera dapat menjangka apa-apa yang menjadi topik atau tajuk utama sesuatu teks sebaik-baik sahaja kita membaca ayat pertama.

  7. Ure dan Ellis (1977) menjelas laras sebagai pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaan tertentu. Edward A.D. (1969) menyatakan laras bahasa sebagai bentuk bahasa yang khusus untuk situasi tertentu dan dapat dibezakan daripada bentuk yang digunakan dalam situasi lain. Hymes dan Gumperz (1980:216) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai gaya percakapan dalam situasi tertentu. Jika laras berbeza, maka situasi pun turut berbeza, begitulah sebaliknya. Kesimpulan: laras bahasa adalah penggunaan bahasa yang ditandai oleh ciri-ciri khusus dan setiap laras berbeza mengikut bidang penggunaannya.

  8. Aspek Kajian Laras Bahasa Sesuatu laras bahasa boleh dianalisis dari segi: • Ciri-ciri keperihalan • Ciri-ciri linguistik Ciri-ciri Keperihalan Ure dan Ellis (1977) membahagikan ciri keperihalan kepada dua, iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran. Situasi luaran bermaksud latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan sesuatu anggota masyarakat.

  9. Situasi Persekitaran Mencakupi aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa. Antara aspek persekitaran yang dapat menghasilkan kemunculan laras bahasa yang berlainan ialah: • Cara penyampaian • Perhubungan sosial dan peribadi • Bahan yang diperkatakan • Fungsi sosial perlakuan bahasa

  10. Ciri Linguistik Penganalisisan sesuatu laras dari sudut linguistik boleh diteliti daripada beberapa dimensi atau matra, iaitu: 1. Leksis 2. Tatabahasa 3. Gaya bahasa 4. Kohesi

  11. Faktor-faktor Kewujudan Laras Bahasa Laras bahasa ialah bentuk bahasa yang wujud akibat situasi sosial yang berlainan. Terdapat beberapa faktor yang mewujudkan sesuatu laras bahasa, iaitu: i. Bangsa ii. Jantina iii. Status Sosial iv. Pendidikan v. Kerjaya/Profesion vi. Bidang/Disiplin ilmu

  12. Faktor Kewujudan Kepelbagaian Laras Mengikut Dell Hymes (1966), faktor yang mewujudkan sesuatu laras bahasa ialah: i. Pemula ii. Penerima iii. Bentuk Mesej iv. Cara Penyampaian v. Jenis Bahasa vi. Tajuk/Judul vii. Latar

More Related