Aspek neurologi dalam pembelajaran bahasa pm dr s vijayaletchumy
This presentation is the property of its rightful owner.
Sponsored Links
1 / 28

Aspek Neurologi dalam Pembelajaran Bahasa (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY) PowerPoint PPT Presentation


  • 172 Views
  • Uploaded on
  • Presentation posted in: General

MINGGU 11. Aspek Neurologi dalam Pembelajaran Bahasa (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY). Definisi “Neurologi”……. Satu cabang perubatan yang berhubung dengan sistem saraf manusia (Terjemahan daripada Random House Webster’s College Dictionary)

Download Presentation

Aspek Neurologi dalam Pembelajaran Bahasa (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Presentation Transcript


Aspek neurologi dalam pembelajaran bahasa pm dr s vijayaletchumy

MINGGU 11

Aspek Neurologi dalam Pembelajaran Bahasa(PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)


Definisi neurologi

Definisi “Neurologi”……

  • Satu cabang perubatan yang berhubung dengan sistem saraf manusia

    (Terjemahan daripada Random House Webster’s College Dictionary)

  • Kajian tentang anatomi, fisiologi, dan penyakit-penyakit sistem saraf

    (Halaman 927, Kamus Dewan Edisi Ketiga)


Mengapakah penting untuk kita menghalusi aspek neurologi dalam pembelajaran bahasa

Mengapakah Penting untuk Kita Menghalusi Aspek Neurologi dalam Pembelajaran Bahasa?

  • Kita dapat memahami aktiviti dalam otak manusia yang dapat memproses, menjana, dan mencerakinkan ciri-ciri kebahasaan dan linguistik

  • Kita dapat merangka sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa yang lebih mujarab selaras dengan perkembangan kognitif individu

  • Kita dapat mengetahui jenis-jenis kecacatan dalam otak yang menjejaskan pembelajaran bahasa seseorang

  • Kita dapat mengkaji pendekatan saintifik untuk memulihkan atau mempermudah proses pemerolehan bahasa oleh individu yang bermasalah


Hubungan antara otak dengan bahasa

Hubungan antara Otak dengan Bahasa

  • Kajian menunjukkan bahawa hemisfera kiri otak manusia merupakan bahagian yang berperanan terhadap mekanisme pemerolehan bahasa

  • Bahasa berperanan sebagai wahana aktiviti kognitif dalam otak. Misalnya, perkara yang kita fikirkan (aktiviti kognitif) dapat diartikulasikan kepada orang lain melalui pertuturan (bahasa)


Aspek neurologi dalam pembelajaran bahasa pm dr s vijayaletchumy

Persekitaran

Maklumat

PANCAINDERA

RANGSANGAN

KEUPAYAAN

LINGUISTIK

DAN

ARTIKULASI

INPUT

AUDITORI

OTAK MEMPROSES

NIAT

INGATAN

BAHASA


Persediaan minda untuk mempelajari sesuatu bahasa

Persediaan Minda untuk Mempelajari sesuatu Bahasa

  • Dapat menanggapi kejadian yang berturutan dan akustik dalam jangka masa yang singkat lantas memberikan makna terhadapnya

  • Berkeupayaan untuk terlibat secara aktif, peka, responsif dan menelah hasil sesuatu rangsangan

  • Berkeupayaan untuk menggunakan simbol memandangkan bahasa bersifat simbolik

  • Berkeupayaan mencipta dan menguasai sintaksis melalui rangsangan daripada bahasa di persekitaran seseorang

  • Mempunyai tenaga mental mencukupi untuk mempelajari bahasa


Apakah kemungkinan yang mengakibatkan seseorang itu menghadapi masalah pembelajaran bahasa

Apakah kemungkinan yang mengakibatkan seseorang itu menghadapi masalah pembelajaran bahasa?

GANGGUAN

PADA PUSAT

MEKANISME

NEUROLOGI(OTAK)

FAKTOR

GANGGUAN

BAHASA

GANGGUAN

PERIFERI

FAKTOR

PERSEKITARAN

DAN EMOSI


Maksud gangguan bahasa

Maksud “Gangguan Bahasa”

  • Gangguan bahasa atau Language Disorder dapat ditandai atau dikesan daripada tahap pemahaman, penghasilan (verbal) atau penggunaan bahasa yang rendah pada seseorang individu


Contoh contoh gangguan bahasa pada pusat mekanisme neurologi otak

Contoh-contoh Gangguan Bahasa pada Pusat Mekanisme Neurologi (OTAK)……

  • Specific Language Disability (SLD)

  • Kerencatan Mental

  • Pervasive Development Disorder (PDD)– Autisme

  • Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

  • Afasia - Kecederaan/ Kecacatan pada Otak


Ciri ciri umum individu yang menghadapi gangguan bahasa

Ciri-ciri Umum Individu yang Menghadapi Gangguan Bahasa

  • Mempunyai tahap kecerdasan yang biasa (tidak terencat akal)

  • Keupayaan verbal yang tidak memuaskan

  • Mempunyai daya tanggapan yang luar biasa sehingga mempengaruhi pendengaran, pembacaan, penulisan, pertuturan, malah matematik

  • Menghadapi masalah sosial dan behavioral seperti tidak memahami humor, sindiran, bahasa tubuh, perasaan orang lain, gagal membuat interpretasi, gagal berkomunikasi sehingga dicap sebagai malas atau tidak memberikan tumpuan.

  • Biasanya menghadapi masalah motor dan koordinasi yang menjejaskan pengucapan

  • Gagal menunjukkan respons terhadap rangsangan yang mendorong kepada penguasaan bahasa


Apa itu afasia

Apa itu “Afasia”?

  • “The loss of a previously held ability to speak or understand spoken or written language, due to disease or injury of the brain.”

    Random House Webster’s College Dictionary, p 64

  • Ketakupayaan berkomunikasi, sama ada melalui pertuturan, tulisan, dan isyarat, atau ketakupayaan untuk memahami pertuturan dan bahasa bertulis yang disebabkan kecederaan pada otak.

    Hlm 11, Kamus Dewan Edisi Ketiga, DBP.

  • “ Aphasia means partial or total loss of the ability to articulate ideas due to brain damage.”

    National Institutes of Health Information, U.S.


Siapakah yang berisiko menghidap afasia

Siapakah yang berisiko Menghidap Afasia?

  • Penghidap afasia biasanya terdiri daripada warga tua, tetapi afasia boleh berlaku pada semua peringkat umur.

  • Pesakit hipertensi dan strok paling berisiko tinggi menghidap afasia

  • Kajian menunjukkan bahawa afasia menyerang kedua-dua jantina

  • Afasia tidak membezakan kaum, latar pendidikan dan latar sosioekonomi.

  • Ringkasnya, afasia bersifat non-discriminatory


Apakah implikasi afasia kepada penghidapnya

Apakah implikasi afasia kepada penghidapnya?

  • Kebanyakan pesakit yang menjalani terapi masih tidak berupaya untuk bekerja.

  • Mereka yang menceburi alam kerjaya semula hanya dapat menyandang jawatan yang berkeperluan minimum ekoran daripada keterbatasan penggunaan bahasa.

  • Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pesakit afasia disisihkan oleh masyarakat kerana kesukaran dalam komunikasi.


Implikasi afasia terhadap aspek pembelajaran bahasa

Implikasi Afasia terhadap Aspek Pembelajaran Bahasa

1.Kekurangan dari segi Penerimaan Bahasa

  • Masalah Pemahaman Auditori – menghadapi kesukaran untuk memahami perkara yang diperkatakan.

  • Masalah Membaca Petikan – Perkataan atau diksi tidak memberikan makna kepada penghidap afasia. Tidak dapat mengecam huruf dan kata.


Aspek neurologi dalam pembelajaran bahasa pm dr s vijayaletchumy

2. Kekurangan dari segi Mengekspresikan Buah Fikiran

  • Ekspresi Lisan

    • Afasia Fasih - Fasih bertutur tetapi ayat yang diujarkan tidak bermakna

    • Afasia “Tidak Fasih” – Ujaran terputus-putus, tidak berkesinambungan, terpaksa “bergelut” dengan perkataan. Hanya menggunakan kata kunci untuk menyampaikan sesuatu.

      3. Kemahiran Penulisan yang Terhad – hanya dapat menggunakan beberapa patah perkataan malah ada yang langsung tidak dapat menulis apa-apa.


Ciri ciri pesakit afasia

Ciri-ciri Pesakit Afasia

  • Anomia – masalah pengenalpastian diksi. Pesakit afasia mengetahui perkara yang hendak diucapkan oleh mereka tetapi tidak berupaya mengenal pasti perkataan yang tepat. Gerak badan seseorang mungkin dapat mencetuskan ingatan mereka terhadap perkataan itu.

  • Paraphasia – penggantian perkataan; mungkin menggunakan perkataan dengan bunyi yang hampir sama atau menggunakan perkataan yang hampir seerti.

  • Neologisme – menggunakan perkataan ciptaan sendiri secara yakin seolah-olah perkataan itu wujud dan tepat.


Ciri ciri pesakit afasia sambungan

Ciri-ciri Pesakit Afasia (sambungan)

  • Agramatisme- meninggalkan kata-kata yang berfungsi, ujaran terputus-putus ; amat biasa dalam kalangan pesakit Afasia “Tidak Fasih”.

  • Jargon – Ucapan yang berkesan dan lancar tetapi tidak relevan dan tidak bermakna.

  • Stereotaip Verbal – menggunakan beberapa patah kata atau ayat yang sama sahaja secara berulang-ulang untuk menyampaikan apa-apa atau menjawab apa-apa sahaja


Jenis jenis afasia

Jenis-jenis Afasia

  • Walaupun penyelelidikan demi penyelidikan telah dijalankan sehingga pelbagai dapatan tentang taksonomi kecederaan otak yang berhubung dengan kebahasaan telah dianalisiskan secara terperinci, jenis-jenis afasia masih berasaskan dua orang penyelidik abad ke-19, iaitu Paul Broca dan Carl Wernicke.


Aspek neurologi dalam pembelajaran bahasa pm dr s vijayaletchumy

Jenis-jenis Afasia

Afasia Broca

Berpunca daripada

kecederaan pada bahagian

hadapan di kawasan otak

yang dominan untuk bahasa

Afasia Wernicke

Berpunca daripada

kecederaan pada bahagian

belakang di kawasan otak

yang dominan untuk bahasa


Kedudukan kawasan broca dan kawasan wernicke

Kedudukan Kawasan Broca dan Kawasan Wernicke


Afasia broca

Afasia Broca

  • Afasia Broca kadangkala dikenal sebagai disfluent aphasia atau afasia agramatik.

  • Dijelaskan sindromnya dan hubungannya dengan kecederaan di sesuatu kawasan spesifik pada otak oleh seorang pakar bedah dan antroplogi Perancis, Pierre-Paul Broca(1824-1880)


Afasia broca sambungan

Afasia Broca (sambungan)

  • Agramatisme secara tipikalnya membabitkan ujaran yang terkial-kial (laboured speech) barangkali disebabkan oleh kerosakan pada jalur motor(motor strip) yang terletak bersebelahan dengan kawasan Broca

  • Agramatisme juga memperlihatkan kekuranagn penggunaan sintaksis dalam penghasilan ucapan dan proses pemahaman


Contoh ujaran agramatik

Contoh Ujaran Agramatik

  • Ah ... Isnin ... ah, Abah dan Hanif [pesakit sendiri] and abah ... hospital. Dua .. .ah, doktor ... dan ah ... Tiga puluh minit .. .dan ya ... ah ... hospital.  Dan, er, Rabu ... Pukul sembilan. Dan er Khamis, sepuluh .. .doktor. Dua doktor ... Dan ah ... gigi. Ya, ... baik.

    (Sumber: School of Medicine, UCDAMS(Terjemahan))


Afasia wernicke

Afasia Wernicke

  • Afasia Wernicke dikenal juga sebagai sensory aphasia atau Afasia Fasih.

  • Ujaran pesakit Afasia Wernicke biasanya memperlihatkan aliran yang lancar serta berlandaskan hukum tatabahasa tetapi menghadapi kesukaran mengingati perkataan yang tepat dengan isi kandungan wacana, terutamanya kata nama (anomia). Perkataan yang digunakan mungkin langsung tidak bermakna (neologisme atau parafasia)


Contoh ujaran pesakit afasia wernicke

Contoh Ujaran Pesakit Afasia Wernicke

  • Apabila ditanya tentang kejadian yang berlaku di sesuatu tempat, pesakit afasia Wernicke berkata:

    I can't tell you what that is, but I know what it is, but I don't now where it is. But I don't know what's under. I know it's you couldn't say it's ... I couldn't say what it is. I couldn't say what that is. This shu-- that should be right in here. That's very bad in there. Anyway, this one here, and that, and that's it. This is the getting in here and that's the getting around here, and that, and that's it. This is getting in here and that's the getting around here, this one and one with this one. And this one, and that's it, isn't it? I don't know what else you'd want

    (Sumber: School of Medicine, UCDAMS)


Perbandingan secara ringkas antara afasia broca dan afasia wernicke

Perbandingan secara Ringkas Antara Afasia Broca dan Afasia Wernicke

Afasia Broca

  • Masalah pada jalur motor

  • Sindromnya menyifatkannya sebagai afasia penghasilan

  • Ekspresi idea tidak fasih

  • Ujaran bermakna, namun kurang jelas kerana tidak lancar

  • Pesakit berasa lebih terseksa

  • Kurang serius secara bandingan dengan Afasia Wernicke

Afasia Wernicke

  • Masalah pada korteks auditori

  • Sindromnya menyifatkannya sebagai afasia penerimaan

  • Gagal menerima dan memahami ujaran orang lain

  • Ujaran tidak bermakna, wacana tidak koheran

  • Pesakit berasa kurang terseksa (tidak sedar)

  • Lebih serius secara bandingan dengan Afasia Broca


Terapi untuk afasia

Terapi untuk Afasia

  • Secara individu atau berkumpulan. Terapi individu paling berkesan jika dijalankan sebaik sahaja setelah simptom mula dikesan. Terapi secara berkumpulan dijalankan pada peringkat yang seterusnya

  • Terapi berkumpulan bermatlamat untuk mewujudkan komunikasi secara berkesan

  • Teknik-teknik khusus

    • Meniru atau mengulangi bunyi ; mengikut arahan.

    • Berfokus pada komponen bahasa yang telah dikuasai.

    • Meningkatkan kemahiran berbahasa melalui muzik.

  • Komunikasi dalam Keluarga

    Ahli keluarga perlu dilatih untuk mewujudkan persekitaran yang dapat melahirkan komunikasi berkesan dengan pesakit afasia


Kesimpulan

Kesimpulan

  • Aspek neurologi mempunyai hubungan yang amat rapat dengan proses pembelajaran bahasa

  • Pakar linguistik dan pakar neurologi perlulah menggembleng tenaga untuk merangka terapi dan merencanakan pedagogi yang mujarab supaya pesakit yang bermasalah neurologi mampu menggunakan bahasa - wahana komunikasi sesama manusia.


  • Login