MINGGU 3
This presentation is the property of its rightful owner.
Sponsored Links
1 / 59

MINGGU 3 PowerPoint PPT Presentation


  • 141 Views
  • Uploaded on
  • Presentation posted in: General

MINGGU 3. Pengertian bahasa, hakikat dan ciri bahasa, aspek dan fungsi bahasa. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: >pengertian bahasa >hakikat bahasa >ciri bahasa (dalaman dan luaran) >aspek bahasa >fungsi bahasa.

Download Presentation

MINGGU 3

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Presentation Transcript


Minggu 3

MINGGU 3

Pengertian bahasa,

hakikat dan ciri bahasa,

aspek dan fungsi bahasa.


Hasil pemelajaran

HASIL PEMELAJARAN

  • Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan:

    >pengertian bahasa

    >hakikat bahasa

    >ciri bahasa (dalaman dan luaran)

    >aspek bahasa

    >fungsi bahasa


Bahasa

  • Istilah bahasa dalam BM, sama dengan taal(Belanda), langue (Perancis), language(Inggeris), sprache (Jerman), kokugo(Jepun),lughatun(Arab), bhasa (Sanskrit)

  • Melalui bahasa, kita dapat:

  • * berkomunikasi

  • * meluahkan perasaan

  • * menyampaikan ilmu dan mengakumulasikannya

  • * mengungkapkan keindahan dalam pelbagai wahana

  • * mewariskan ilmu, budaya, peradaban dan agama

  • Melalui pengkajian bahasa, kita akan menemukan hakikat kemanusiaan dan dapat memberikan sumbangan ke arah kebahagiaan

BAHASA


Bahasa kamus dewan edisi keempat

BAHASA: KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT

  • Sistem lambang bunyi suara yang dipakai

    sebagai alat perhubungan dalam lingkungan

    satu kelompok manusia (antara individu dengan individu yang lain)

  • Percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, sopan santun


Bahasa kamus besar bahasa melayu utusan

BAHASA: KAMUS BESAR BAHASA MELAYU UTUSAN

  • Dialek, loghat

  • Bicara, ujaran, omong

  • Adab, tatatertib, sopan santun, tingkah laku yang baik

  • Pertuturan yang baik


Bahasa kamus besar bahasa indonesia

BAHASA: KAMUS BESAR BAHASA INDONESIA

  • Sistem daripada lambang (tanda) yang berupa sebarang bunyi (bunyi bahasa) yang dipakai orang untuk meluahkan fikiran dan perasaan

  • Perkataan yang dipakai oleh sesuatu bangsa (suku, bangsa, negara, daerah)

  • Percakapan (perkataan) yang baik, sopan santun, tingkah laku yang baik


Rumusan definisi bahasa

RUMUSAN DEFINISI BAHASA

  • Bahasa ialah keupayaan fitrah manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi ucapan yang arbitrari, yang dipersetujui bersama oleh satu kelompok sosial dan melaluinyalah manusia berkomunikasi

  • Bahasa diwujudkan oleh dua komponen utama, iaitu:

    > bunyi ucapan

    > satuan pengalaman yang mencakup cita, rasa, dan makna


Hakikat bahasa

HAKIKAT BAHASA

  • Bahasa tertentu: Mahasiswi belajar bahasa Hindi, mahasiswa belajar bahasa Parsi

  • Bahasa umum: Haiwan tidak mempunyai bahasa

  • Etika bahasa: Mahasiswa itu tidak tahu bahasa

  • Kebijaksanaan tindakan: Ideanya tidak tekal kerana dia menggunakan bahasa yang tidak sama

  • Laras kesusasteraan: Usman Awang menulis puisi menggunakan bahasa yang romantik

  • Dengan cara: Demontrasi tidak dapat dibanteras dengan bahasa kepolisan

  • Ujaran: Dia mengajarkan Bahasa Melayu dengan bahasa lisan

  • Hipotesis: Hang Tuah menguasai dua belas bahasa


Ciri bahasa dalaman

CIRI BAHASA: DALAMAN

  • Bahasa ialah satu sistem

  • Bahasa ialah satu sistem simbol

  • Bahasa ialah simbol bunyi

  • Bahasa ialah arbitrari

  • Bahasa ialah alat komunikasi

  • Bahasa itu konvensional

  • Bahasa itu produktif

  • Bahasa itu unik

  • Bahasa itu sejagat

  • Bahasa itu dinamis

  • Bahasa itu bervariasi

  • Bahasa itu insani


Ciri bahasa luaran

CIRI BAHASA: LUARAN

  • Masyarakat bahasa

  • Variasi dan status bahasa

  • Penggunaan bahasa

  • Kontak bahasa

  • Bahasa dan budaya


Bahasa ialah satu sistem

BAHASA IALAH SATU SISTEM

  • Susunan teratur berpola yang membentuk suatu keseluruhan yang bermakna

  • Sejumlah unsur yang bertalian secara fungsional, mengikut peraturan tertentu

  • Peraturan tersebut ialah tentang bunyi dan urutannya, kata dan bentuknya, serta ayat dan susunannya

  • Bahasa bersifat sistematisdan sistemis. Sistematis bermaksud susunan kata mengikut pola, dan tidak arbitrari.Sistemis bermaksud bahasa mempunyai subsistem, dan disusun mengikut hierarki

  • Susunan ini dinamakan tataran linguistik atau tataran bahasa


Tatatingkat unit bahasa

TATATINGKAT UNIT BAHASA

  • Wacana (discourse): unit bahasa yang terlengkap dan tertinggi, terdiri daripada deretan kata atau ayat, bentuk lisan atau tulisan

  • Ayat (sentence): unit tatabahasa tertinggi, ungkapan fikiran yang lengkap, intonasi sempurna, dimulai dan diakhiri kesenyapan, mempunyai subjek dan predikat

  • Klausa (clause): unit lebih rendah daripada ayat, terdiri daripada satu kumpulan atau lebih

  • Frasa (phrase): kata yang membentuk unit sintaksis, letaknya antara kata dengan klausa

  • Kata (word): morfem atau gabungan morfem, unit terkecil yang berstatus ayat atau ujaran

  • Morfem (morpheme): unit tatabahasa terkecil yang bermakna leksikal atau fungsian

  • Fonem (phoneme): unit terkecil mujarad yang membedakan makna bunyi bahasa dalam bidang fonemik

  • Fon (phone): unit bunyi ujaran dalam bidang fonetik


Sistem bahasa

SISTEM BAHASA

  • Peringkat fonologi: penyusunan bunyi

    BM: VKV (aku), KVK (hormat)

    BI: VKKKVK (abstrac)

  • Peringkat morfologi: penyusunan kata

    BM: hukum DM (Restoran Minang)

    BI: hukum MD (old man)

  • Peringkat Sintaksis: penyusunan frasa

    BM: Orang itu malas

    BI: He is lazy


Bahasa ialah sistem simbol

BAHASA IALAH SISTEM SIMBOL

  • Pertuturan seseorang mempunyai pertalian yang simbolik dengan objek atau peristiwa tertentu, iaitu menggambarkan pelbagai pengalaman

  • Dalam pertuturan, dua keadaan terjadi, iaitu penanggapan bunyi, dan mempertalikan bunyi yang ditanggap itu dengan makna

  • Simbol merupakan satu daripada tanda. Tanda yang lain ialah tanda, isyarat, gejala, gerak isyarat, kod, indeks, dan ikon

  • Tanda dapat mewakili idea, fikiran, perasaan, benda dan tindakan secara langsung dan alamiah. Misalnya: kemalangan jalan raya, keadaan selepas hujan…

  • Simbolmenandai sesuatu yang lain secara konvensional, tidak secara alamiah. Misalnya: warna bendera, warna logo institusi…

  • Tanda tidak bersifat arbitrari, sedangkan simbol bersifat arbitrari. Simbol amat erat hubungannya dalam kegiatan manusia. Ini dicerminkan oleh bahasa, kerana bahasa ialah simbol


Bahasa ialah sistem simbol1

BAHASA IALAH SISTEM SIMBOL

  • Isyarat ialah tanda yang disengajakan supaya penerima bertindak balas. Misalnya: isyarat dalam acara sukan, lalu lintas…

  • Gerak isyarat (gesture) ialah tanda yang dilakukan dengan gerakan badan yang mungkin berupa tanda atau lambang. Misalnya: gerakan manusia dan haiwan

  • Gejala (symptom) ialah tanda yang tidak disengajakan, tanpa maksud tertentu, tetapi bersifat alamiah untuk menunjukkan bahawa sesuatu akan berlaku. Misalnya: ramalan doktor terhadap pesakit

  • Ikon ialah tanda yang mirip dengan sesuatu yang diwakilinya. Misalnya: gambar bangunan, patung… Ada waktunya ikon bermaksud lambang

  • Indeks ialah tanda kewujudan sesuatu yang lain seperti asap yang menunjukkan wujudnya api, tanda penunjuk arah …

  • Kod ialah tanda wujudnya sistem, sama ada berupa lambang, isyarat atau gerak isyarat yang mewakili fikiran, perasaan, idea, benda dan tindakan. Misalnya: bahasa rahsia


Bahasa ialah simbol bunyi

BAHASA IALAH SIMBOL BUNYI

  • Bunyiialah kesan pada saraf akibat getaran gegendang telinga yang terjadi kerana perubahan tekanan udara. Bunyi ini bersumberkan gesekan benda alat suara manusia dan satwa

  • Bunyi seperti siren polis, ambulans, gendang, beduk, terompek tentera… bukanlah bunyi bahasa. Bunyi bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh mekanisme artikulasi manusia, iaitu bunyi non-instingtif, dalam fonetik disebut fon, dan dalam fonemik disebut fonem

  • Tidak semua bunyi yang keluar dari mekanisme artikulasi itu dianggap bunyi bahasa, seperti bunyi batuk, bersin, teriak… kerana bunyi ini tidak termasuk dalam sistem bunyi bahasa. Walaupun kadang-kadang bunyi itu bermakna, namun tidak dapat dianggap sebagai bunyi bahasa kerana bunyi itu tidak dapat digabungkan dengan bunyi lain untuk menyampaikan maklumat


Bahasa ialah simbol bunyi1

BAHASA IALAH SIMBOL BUNYI

  • Ujaran lisan merupakan bahasa primer, dan bahasa tulisan merupakan bahasa sekunder. Bahasa tulisan ialah rakaman daripada bahasa lisan

  • Bahasa yang harus diucapkan dalam bahasa tulisan digantikan dengan tulisan huruf dan tanda lain mengikut sistem bahasa Melayu. Antara tulisan yang mempengaruhi BM pada peringkat dini ialah huruf jawi dan huruf latin.

  • Terdapat banyak masyarakat bahasa di dunia ini mempunyai bahasa lisan, tetapi tidak mempunyai bahasa tulisan


Bahasa itu bermakna

BAHASA ITU BERMAKNA

  • Bahasa sebagai lambang, tentulah ada yang dilambangkannya. Yang dilambangkan itu ialah pengertian, konsep, idea ataufikiran yang disampaikan dalam bentuk wujud bunyi

  • Oleh itu, bahasa tentulah mempunyai makna. Contoh:

    UNTAbinatang besar yang lehernya panjang (kuku berbelah dan belakangnya berbonggol)

    lambang

    bentuk

    wujud

    bunyi

  • Lambang bunyi unta itu kemudiannya dihubungkan dengan benda nyata yang wujud


Bahasa itu bermakna1

BAHASA ITU BERMAKNA

  • Tidak semua lambang bahasa yang bentuk wujud bunyi mempunyai hubungan dengan benda konkrit, iaitu tidak mempunyai rujukan, misalnya kata bahagia dan adil

  • Lambang bunyi bahasa yang bermakna itu merupakan satuan bahasa bentuk wujud morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan wacana. Oleh sebab tingkatnya berbeda, maka maknanya juga berbeda

    morfemmakna leksikal

    frasa, klausa, ayatmakna gramatikal

    wacanamakna pragmatik / makna konteks

  • Bentuk bunyi yang tidak bermakna dalam bahasa apa pun, tidak boleh dianggap sebagai bahasa kerana fungsi bahasa menyampaikan maklumat, konsep, idea atau pemikiran


Bahasa ialah arbitrari

BAHASA IALAH ARBITRARI

  • Bunyi pertuturan dan makna tidak mempunyai hubungan falsafah yang sah dan mutlak, iaitu tiada hubungan wajib antara lambang dengan konsep atau pengertian yang dimaksudkan oleh lambang itu

  • Kita tidak dapat menghuraikan mengapa cecair yang terbentuk daripada dua bahagian, iaitu hidrogen dan oksigendinamakan air, bukannya iaratau ria

  • Kita juga tidak dapat menjelaskan mengapa dalam BM disebut bunga, bahasa Jawa kembang, bahasa Inggeris flower, bahasa Belanda bloem, bahasa Arab shahrun, bahasa Jepun hana, dan bahasa Tagalog bulaklak

  • Ini demikian kerana kearbitrarian lambang bunyi (penanda), dan konsep yang dikandungnya (petanda). Penanda tidak memberikan petunjuk terhadap konsep yang diwakilinya


Bahasa ialah arbitrari1

BAHASA IALAH ARBITRARI

  • Jika ada hubungan wajib antara penanda dengan petanda, tentulah tidak wujud jamak bahasa. Perbedaan yang wujud jika ada, tidaklah terlalu banyak

  • Konsep onomatopeia(pembentukan kata berdasarkan peniruan bunyi semula jadi)memang wujud, seperti kata cicak yang berasal daripada bunyi cak, cak, cak, cak, atau pipit yang berasal daripada kata pit, pit, pit, pit, namun bentuk seperti itu amat terhad. Lagipun tidak persis antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Contoh lain: kekek, wakwak, ngiau, dering, ngaum, ngembek, nguak, desir…

  • Bunyi ayam jantan berbeda mengikut tempat. Dalam bahasa Indonesia, ayam jantan berbunyi kukuruyuk, bahasa Sunda berbunyi kongkorongok, bahasa Melayu berbunyi ?. Demikianlah juga dengan bunyi letupan senjata api, bunyi anjing …


Bahasa ialah arbitrari2

BAHASA IALAH ARBITRARI

  • Contoh bunyi anjing: bahasa Ingggeris wow-wow,wow, bahasa Melayuwoo-woo-woo, bahasa Perancis graf-graf-graf, bahasa Jepunwan-wan-wan, bahasa Irish amh-amh-amh, bahasa Sebro Croation av-av-av, bahasa Cina wang-wang-wang…

  • Semua bunyi itu dianggap tepat dan betul kerana bahasa itu arbitrari. Ahli masyarakat bahasa berkenaan mempunyai persefahaman untuk memberikan makna sesuatu bunyi yang didengar

  • Lambang berubah sesuai dengan perubahan masa:

    tetuang udararadio

    sakargula

  • Lambang tidak berubah, tetapi makna berubah: wisma, khalwat


Bahasa ialah arbitrari3

BAHASA IALAH ARBITRARI

  • Sama bunyi lambang, tetapi konsep yang didokongnya berlainan Contoh:

    katamakna BM bakumakna dialek Kelantan

    dankata hubungsempat

    loghatdialeksibuk

    gaduhkelahisibuk

    kopekkoyakpayu dara

    pelawakahli lawakbohong

    selalusentiasamasa itu juga

    teksikereta sewabeca


Bahasa ialah alat komunikasi

BAHASA IALAH ALAT KOMUNIKASI

  • Sesuatu bahasa bergantung pada struktur dan bentuk masyarakatnya. Masyarakat yang tidak terdedah dengan sains dan teknologi tentulah berkurangan istilah dalam bidang berkenaan

  • Dalam masyarakat bahasa yang sama juga terdapat perbedaannya. Misalnya bahasa masyarakat bandar dengan bahasa masyarakat desa

  • Leksikon sesuatu bahasa akan ditentukan oleh keadaan masyarakat bahasa itu, termasuklah pengaruh luar sama ada secara akulturasi atau sosialisasi pendidikan

  • Kegagalan kita mempelajari bahasa akan memberikan kesan terhadap proses komunikasi kerana unsur penting dalam komunikasi ialah maklumat, dan proses yang penting dalam komunikasi ialah penggunaan bersama, iaitu melibatkan diri bersama orang lain dalam pemikiran, perasaan atau aksi


Bahasa itu konvensional

BAHASA ITU KONVENSIONAL

  • Penggunaan lambang untuk sesuatu konsep tertentu bersifat konvensional. Ahli masyarakat mematuhi persetujuan bahawa lambang tertentu mewakili konsep tertentu. Jika persetujuan itu diubah, komunikasi akan terganggu

  • Terdapat tiga keadaan konvensi, iaitu:

    > Satu lambang dapat melambangkan konsep lebih daripada satu: polisem (kepala = ketua, lutut, kain…)

    > Satu konsep dapat dilambangkan oleh lebih daripada satu lambang: sinonim (meninggal dunia, mati, mampus, korban…)

    > Satu lambang untuk satu konsep: Istilah baharu dalam bentuk akronim (gasar, curat, pulihara…)


Bahasa itu produktif

BAHASA ITU PRODUKTIF

  • Walaupun unsur bahasa itu terbatas, tetapi unsur yang terbatas itu dapat membentuk unsur lain yang tidak terbatas jumlahnya, sesuai dengan sistem bahasa itu

  • Contoh fonem / a /, / t /, / k /, / i /:i + k + a + t, k + a + t + i, k + i + t + a,k + a + i + t, t + i + k + a

  • Leksikon sesuatu bahasa terhad, tetapi ayat yang dapat dihasilkan tidak terhad. Misalnya dalam BM terdapat 90 ribu leksikon, tetapi bentuk ujaran yang dapat dibuat tidak terjumlah, termasuklah ciptaan kalimat baharu

  • Keproduktifan bahasa terbatas pada tingkat parole dan langue. Tingkat parole bermaksud ketidaklaziman bentuk yang dihasilkan, dan tingkat langue bermaksud keterbatasan akibat kaedah atau sistem bahasa

  • Keproduktifan pembentukan kata dengan imbuhan tertentu bergantung juga pada ciri inheren bentuk dasarnya.Misalnya terdapat bentuk membukit, menaik, meninggi, tetapi tidak terdapat bentuk dibukit, dinaik, ditinggi…


Bahasa itu unik

BAHASA ITU UNIK

  • Unik bermaksud ciri khusus yang spesifik yang tiada pada yang lain. Ciri khusus menyangkut sistem bunyi, pembentukan kata, pembentukan ayat, dan sistem yang lain

  • Antara ciri keunikan BM ialah tekanan kata tidak bersifat morfemis, tetapi bersifat sintaksis. Ini bermakna tekanan pada kata, tidak merobah makna kata tetapi merobah seluruh ayat. Contoh:

    * Orang itu menjolok buah

    * Orang itu menjolok buah

    * Orang itu menjolok buah


Bahasa itu unik1

BAHASA ITU UNIK

  • Bahasa lain pula bersifat morfemis, iaitu tekanan pada kata akan menyebabkan makna kataberobah. Contoh:

    Bahasa Batak

    ‘bontardarahbon’tarputih

    ‘bagasrumahba’gasdalam

    ‘hotangrotanho’tangkeras

    ‘hunikkunyithu’nikkuning

    Bahasa Inggeris

    ‘importimportim’portmengimnport

    ‘insultpenghinaanin’sultmenghina

    ‘objectobjekob’jectberkeberatan

    ‘permitizinper’mitmengizinkan


Bahasa itu unik2

BAHASA ITU UNIK

  • Bagi bahasa Jawa, setiap kata yang dimulai konsonan / b /, / d /, / g /, / k /,

    / p / dan / t / akan didahului oleh konsonan nasal yang relevan. Contoh:

    bandungmbandung

    depokndopek

    gopekngopek

    lompatlo-mpat

    tendangte-ndang

    tongkatto-ngkat

  • Ciri kelainan setiap bahasa, disebut ciri unik untuk bahasa itu, tetapi ciri kelainan yang menjadi ciri sekelompok bahasa tidak disebut unik, tetapi ciri kelainan bahasa serumpun


Bahasa itu sejagat

BAHASA ITU SEJAGAT

  • Bahasa sejagat bermaksud ciri yang sama dimiliki oleh bahasa di dunia. Ciri yang bersifat umum, dan dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat bahasa lain

  • Antara ciri umum bahasa yang bersifat ujaran ialah kewujudan bunyi vokaldan konsonan, walaupun jumlahnya tidak sama. Contoh:

    bahasa Melayu:6 vokal, 22 konsonan

    bahasa Arab:3 vokal pendek, 3 vokal panjang, 28 konsonan

    bahasa Inggeris:16 vokal (termasuk diftong), 24

    konsonan

  • Setiap bahasa juga mempunyai satuan yang bermakna, seperti satuan kata, frasa, klausa, ayat dan wacana. Cara pembentukannya mungkin tidak sama


Bahasa itu dinamis

BAHASA ITU DINAMIS

  • Kegiatan manusia tidak tetap dan sering berobah. Bahasa juga ikut berobah, tidak statik, dan inilah yang dinamakan dinamis

  • Perubahan bahasa boleh terjadi pada semua peringkat linguistik jati. Contoh:

    > urutan konsonan: klinik, abstrak, psikologi…

    > kehadiran fonem baharu: / f /, / kh /, / sy / …

    > kehadiran alomorf: mengehadkan, mengebom, mengeram…

  • Perubahan radikal terjadi pada peringkat leksikon dan semantik kerana wujudnya perubahan budaya. Satuan bahasa menjadi wadah untuk menampung konsep dalam masyarakat bahasa. Kepesatan perubahan ini tercermin dalam bidang perkamusan


Bahasa itu dinamis1

BAHASA ITU DINAMIS

  • Perubahan bahasa boleh juga terjadi dalam bentuk negatif sesuai dengan perubahan masyarakat bahasa berkenaan. Pelbagai alasan sosial, politik dan ekonomi menyebabkan orang meninggalkan bahasanya, dan menggunakan bahasa lain dalam urusan kehidupannya

  • Jika perubahan itu berterusan, maka bahasa berkenaan tiada lagi penuturnya, dan menjadi bahasa dokumentasi sahaja untuk ditempatkan di muzium, seperti bahasa Latin dan bahasa Sanskrit


Bahasa itu bervariasi

BAHASA ITU BERVARIASI

  • Masyarakat sesuatu bahasa terdiri daripada pelbagai status sosial dan latar belakang budaya. Oleh itu, bahasa yang digunakan bervariasi dan beragam

  • Variasi bahasa dicerminkan oleh ideolek, dialek dan ragam

  • Ideolek: variasi atau ragam bahasa yang bersifat individu

  • Dialek: variasi bahasa yang digunakan oleh sekelompok masyarakat pada tempat dan waktu tertentu

  • Ragam: variasi bahasa yang digunakan dalam situasi tertentu, seperti ragam baku, ragam lisan, ragam tulisan, ragam sastera…


Bahasa itu insani

BAHASA ITU INSANI

  • Bahasa sebagai alat komunikasi bersifat insani, dengan maksud bahasa itu milik manusia, dan manusialah yang menggunakannya

  • Alat komunikasi satwa (lebah, burung, babi, musang, ikan lumba-lumba, monyet, cimpanzi, orang utan, krustasia…) amat terbatas, iaitu untuk memenuhi keperluan hidup kesatwaannya sahaja dengan menghasilkan bunyi asas.

  • Jika ada satwa yang mengerti bahasa manusia, dan dapat menurut perintah, itu hanyalah kerana latihan bukan kerana kecendekiaannya

  • Bahasa sebagai alat komunikasi manusia yang produktif dan dinamis yang berbeda dengan alat komunikasi satwa bukanlah terletak pada bahasa itu, tetapi pada perbedaan besar antara hakikat manusia dan kemanusiaannya dengan hakikat satwa dan kesatwaannya


Alat komunikasi selain bahasa

ALAT KOMUNIKASI SELAIN BAHASA

  • KERLINGAN / JELINGAN

  • LAMBAIAN

  • GERAK GERI TANGAN

  • GERAK BADAN

  • BATUK, DEHEM…


Bahasa isyarat

BAHASA ISYARAT

  • TIDAK MENGIKUT KAEDAH TATABAHASA / PEMBENTUKAN AYAT

  • KOSA KATA TERHAD

  • KONSEP PENGLIHATAN DAN KEJADIAN / PERISTIWA

  • TIADA KATA MUJARAD DAN AYAT TAKSA


Bahasa tubuh

BAHASA TUBUH

  • Bahasa tubuh ialah komunikasi tanpa kata

  • Apa yang orang katakan terhadap anda seringkali amat berbeda dengan apa yang orang fikirkan atau rasakan terhadap anda

  • Bahasa tubuh membolehkan anda mentafsirkan alur fikiran orang lain melalui gerak isyarat

  • Antara isyarat bahasa tubuh yang popular ialah:

    isyarat tapak tangan, isyarat tangan dan lengan, isyarat kepala, isyarat mata, isyarat tiruan dan bayangan cermin, isyarat pelukan, isyarat ciuman, isyarat jabat tangan


Bahasa tubuh1

BAHASA TUBUH

  • Fikiran seseorang dapat dibaca melalui gerak isyarat

  • Bahasa tubuh akan mengajarkan anda dengan cepat tentang perkara yang berikut:

    * Bagaimana mengetahui apakah seseorang itu bercakap bohong atau tidak

    * Bagaimana menjadikan diri anda digemari oleh orang lain

    * Bagaimana memperoleh kerjasama daripada orang lain

    * Bagaimana untuk menjadikan wawancara dan perundingan lebih berkesan untuk mencapai sesuatu objektif

    * Bagaimana memilih pasangan yang sesuai


Bahasa dan faktor luar bahasa

BAHASA DAN FAKTOR LUAR BAHASA

  • Faktor di luar bahasa bermaksud segala hal yang berkait dengan kegiatan manusia dalam masyarakat, kerana tiada kegiatan yang berlaku tanpa bahasa

  • Objek yang menjadi fokus linguistik makro amat luas dan beragam, namun yang akan ditumpukan hanyalah aspek hubungan bahasa dengan masyarakat


Masyarakat bahasa

MASYARAKAT BAHASA

  • Masyarakat bahasa bermaksud sekelompok orang yang berasa satu kesatuan dengan menggunakan bahasa yang sama

  • Masyarakat bahasa boleh melampaui batas daerah, negeri, negara malah batas benua

  • Pengertian linguistik umum tentang bahasa menjadi lebih longgar. Mengikut kaca mata linguistik, sesuatu bahasa mungkin sama tetapi bukanlah masyarakat bahasa yang sama

  • Pewujudan masyarakat bahasa yang dwibahasa dan jamak bahasa menjadi dominan dalam zaman moden


Variasi dan status sosial bahasa

VARIASI DAN STATUS SOSIAL BAHASA

  • Bahasa itu bervariasi kerana ahli masyarakat penutur bahasa itu rencam dan beragam, dan bahasa itu digunakan untuk maksud yang pelbagai ragam pula

  • Dalam masyarakat tertentu, terdapat variasi bahasa yang dibedakan berdasarkan status penggunaannya, iaitu variasi bahasa tinggi dan variasi bahasa rendah

  • Variasi tinggi digunakan dalam situasi rasmi dan dipelajari secara formal, dan variasi rendah digunakan dalam situasi tidak rasmi, dan dipelajari secara tidak formal daripada keluarga, dan masyarakat bahasa berkenaan


Variasi bahasa

VARIASI BAHASA

tinggirendah

Bahasa Yunanikatherevusadhimotiki

Bahasa Arabal-fusyad-darij

Bahasa Jerman-Swissschriftsdrache schweizerdeutsch

Bahasa Melayubakutidak baku


Kosa kata

KOSA KATA

tinggirendah

Bahasa Yunaniikosspitirumah

idhorneroair

alamatetapi

Bahasa Arabmaehapa

anfunmanaxirhidung

al’anadilwa’tisekarang

Bahasa Melayuwangduit

tidaktak

suamilaki


Penggunaan bahasa

PENGGUNAAN BAHASA

  • Pelbagai ragam bahasa menimbulkan masalah.

    Walaupun terdapat peraturan bahasa (tatabahasa),

    namun penggunaannya bergantung pada budaya bahasa. Misalnya dalam sistem penggunaan kata ganti diri dan panggilan

  • Contoh: aku, kamu, kita, engkau, saudara, anda, kami, beliau, haji, pak cik, mak cik…


Unsur komunikasi

UNSUR KOMUNIKASI

  • Latar tempat dan waktu percakapan

  • Penglibatan dalam percakapan

  • Maksud dan hasil percakapan

  • Bentuk dan isi percakapan

  • Tatacara dan teknik percakapan

  • Jalur percakapan

  • Norma perilaku penutur

  • Kategori dan ragam percakapan


Kontak bahasa

KONTAK BAHASA

  • Kontak bahasa mudah terjadi dalam masyarakat terbuka. Kontak ini akan mewujudkan bilingualisme dan multilingualismedengan pelbagai ragam kasusnya seperti interferensi, integrasi, alih kod dan campur kod

  • Dalam konteks Malaysia, selain bahasa Melayu, terdapat pelbagai bahasa daerah yang digunakan untuk maksud tertentu

  • Orang yang menguasai satu bahasa dinamakan monolingual,unilingual atau monoglot. Yang menguasai dua bahasa dinamakan bilingual, dan yang menguasai lebih daripada dua bahasa dinamakan multilingual, plurilingual atau poliglot

  • Bilingualbermaksud: penguasaan dua bahasa yang sama baik, penggunaan dua bahasa secara bergantian, dan kemampuan seseorang menghasilkan pertuturan yang lengkap dan bermakna dalam bahasa yang bukan bahasa ibundanya


Peristiwa bahasa

PERISTIWA BAHASA

  • Interferensi: kemasukan unsur bahasa lain telah menyebabkan penyelewengan dalam kaedah bahasa yang digunakan dari sudut fonologi, morfologi, sintaksis dan leksikon

  • Integrasi: unsur daripada bahasa lain sudah digarap, diperlakukan dan digunakan sebagai sebahagian daripada bahasa sasaran. Unsur yang diintegrasikan itu termasuklah sebutan, ejaan dan tatabahasanya

  • Alih kod: penggunaan suatu kod (bahasa atau ragam bahasa tertentu) ke dalam kod yang lain (bahasa atau ragam bahasa lain). Alih kod boleh juga terjadi kerana perubahan situasi atau perubahan topik perbincangan, bergantung pada hakikat dengan siapa seseorang itu bercakap atau di mana dia bercakap

  • Campur kod: dua kod atau lebih digunakan bersama tanpa alasan yang munasabah, dan terjadi dalam suasana santai. Campur kod yang terjadi dalam situasi formal disebabkan oleh ketiadaan perkataan dalam bahasa sasaran


Bahasa dan budaya

BAHASA DAN BUDAYA

  • Bahasa dan budaya juga menjadi objek kajian linguistik makro, iaitu dari segi bagaimanakah bentuk hubungannya

  • Hipotesis Sapir-Whorf mengatakan bahawa bahasa mempengaruhi kebudayaan, iaitu bahasa mempengaruhi cara kita berfikir dan bertindak. Dalam bahasa yang mempunyai kategori kala dan waktu, masyarakat sangat prihatin tentang perkara itu

  • Kebalikan daripada hipotesis Sapir-Whorf ialah pendapat yang mengatakan bahawa kebudayaanlah yang mempengaruhi bahasa. Misalnya konsep nasi dan salji berbeda dalam beberapa bahasa di dunia

  • Masyarakat yang kegiatannya terbatas, mempunyai kosa kata yang terbatas jumlahnya. Masyarakat yang terbuka mempunyai kosa kata yang sangat banyak. Misalnya bahasa Inggeris mempunyai 600 ribu kata masukan dan bahasa Melayu mempunyai 160 ribu kata masukan


Konsep bahasa manusia dan budaya

KONSEP BAHASA, MANUSIA DAN BUDAYA

  • De Saussure menjelaskan konsep bahasa, manusia dan budaya dalam konteks hubungan benda / perkara / peristiwa dengan lambang seperti yang berikut:

    +

GAMBARAN AKUSTIK

KONSEP

TANDA LINGUISTIK


Aspek bahasa

ASPEK BAHASA

  • Aspek bahasa dapat dibahagikan kepada dua bahagian yang besar, iaitu bentuk (arus ujaran), dan makna (isi)

  • Aspek bahasa ini dilaksanakan melalui empat kegiatan berbahasa, iaitu:

    >bertutur

    >menyemak

    >membaca

    >menulis


Bentuk bahasa

BENTUK BAHASA

  • Bentuk bahasa ialah bahagian bahasa yang dapat dicerap oleh pancaindera melalui penyemakan (pendengaran) atau pembacaan

  • Bentuk bahasa dapat dibahagikan kepada dua yang besar, iaitu bahasa lisan dan bahasa tulisan. Bentuk bahasa itu pula dapat dibahagikan kepada dua bahagian yang lain, iaitu unsur segmental dan unsur suprasegmental

  • Unsur segmental dapat dibahagikan kepada segmen yang lebih kecil, dan unsur suprasegmental ialah bahagian bahasa yang kehadirannya ditentukan oleh unsur segmental


Aspek bahasa1

ASPEK BAHASA

  • Unsur segmental bahasa, secara kronologinya dapat dirincikan daripada unit yang lebih besar hinggalah unit yang lebih kecil, iaitu wacana, ayat, klausa, frasa, kata, morfem, suku kata, fonem, dan fon

  • Unsur suprasegmental bahasa terdiri daripada intonasi dan unsur di bawahnya, yang kehadirannya ditentukan oleh unsur segmental bahasa

  • Unsur intonasi ialah tekanan (keras lembutnya ujaran), nada (tinggi rendahnyaujaran), durasi (panjang pendeknya setiap segmen), dan perhentian (pembahagian arus ujaran)

  • Makna ialah isi yang terkandung dalam bentuk bahasa yang dapat mewujudkan reaksi tertentu. Bidang ini dikaji oleh semantik


Fungsi bahasa

FUNGSI BAHASA

  • Fungsi bahasa secara umum:

    > Untuk tujuan praktis, iaitu sebagai alat perhubungan dalam pergaulan sehari-hari

    > Untuk tujuan estetika, iaitu sebagai alat pemuasan rasa estetika

    > Untuk tujuan kecendekiaan, iaitu sebagai alat pengajaran dan pemelajaran ilmu pengetahuan

    > Untuk tujuan filologi, iaitu sebagai alat mengkaji naskhah kuno, latar sejarah bahasa dan bangsa, budaya dan pengembangan bahasa

    > Untuk tujuan pelestarian kebudayaan

  • Fungsi bahasa secara khusus bergantung pada kepentingan nasional sesuatu bangsa dan sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, bahasa Melayu memainkan peranannya sebagai bahasa kebangsaan, dan sebagai bahasa negara


Fungsi bahasa1

FUNGSI BAHASA

  • Sebagai bahasa kebangsaan, sesuatu bahasa itu berfungsi sebagai:

    > lambang kebanggaan nasional yang mencerminkan nilai sosiobudaya masyarakatnya

    > lambang jati diri nasional yang mengekang kemasukan unsur asing kecuali yang dianggap perlu sahaja berasaskan tatacara tertentu

    > alat pemersatu masyarakat yang berbeda latar budaya dengan pelbagai kepentingan

    > alat perhubungan antara daerah dan antara budaya yang saling merentasi


Fungsi bahasa2

FUNGSI BAHASA

  • Sebagai bahasa negara, sesuatu bahasa itu berfungsi sebagai:

    > bahasa rasmi negara yang digunakan dalam upacara, peristiwa dan aktiviti kenegaraan secara lisan atau tulisan.

    > bahasa pengantar di institusi pendidikan dari peringkat dasar hingga institusi pengajian tinggi (IPT)

    > bahasa rasmi dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan negara, iaitu antara sektor awam dengan swasta, dan antara kerajaan dengan masyarakat umum

    > bahasa rami dalam pengembangan kebangsaan dan pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi dalam dunia globalisasi


Peristiwa bahasa1

PERISTIWA BAHASA

PENUTURPENDENGAR

MAKSUDPEMAHAMAN

(perucap) (pascaucap)

PENYANDIANTRANSISIPEMBACAAN

(encoding) (peralihan)

FONASIAUDISI

(pengucapan) (pendengaran)


Pengaruh bahasa

PENGARUH BAHASA

  • PENGIRIM

  • PENERIMA

  • BENTUK MAKLUMAT

  • SALURAN

  • SANDI (ubah suaian fonologi pada bentuk tatabahasa yang digandingkan dalam ucapan yang bersambungan, boleh berupa gradasi vokal, elipsis atau pemendekan. Contohnya dalam bahasa Inggeris don’t daripada do not)

  • JUDUL TOPIK

  • LATAR SITUASI


Kesimpulan

KESIMPULAN

  • Bahasa ialah satu sistem simbol bunyi ucapan yang arbitrari, dan melaluinyalah manusia berkomunikasi

  • Bahasa boleh berupa bahasa tertentu, bahasa umum, etika bahasa, kebijaksanaan tindakan, laras kesusasteraan, dengan cara, ujaran dan hipotesis

  • Ciri bahasa dapat dikenal pasti dari aspek dalaman dan luaran

  • Aspek bahasa dapat digarap melalui bentuk dan makna

  • Fungsi bahasa dapat dibahagikan kepada dua, iaitu fungsi umum dan fungsi khusus yang dijelmakan melalui peristiwa bahasa dan pengaruh bahasa


Kata bijak pandai

KATA BIJAK PANDAI

  • LAKUKAN SESUATU. JIKA MASIH BELUM BERHASIL JUGA. LAKUKAN SESUATU YANG LAIN. HANYA ORANG GILA YANG KEHABISAN IDEA


  • Login