1 / 28

Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka

Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka. Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA).

oleg
Download Presentation

Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Memperingati 500 Tahun KejatuhanEmpayar Melayu Islam Melaka Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

  2. “Zaman kesultanan Melaka itu merupakan suatu zaman yang gemilang dalam sejarah Malaysia. Ia bukan sahaja berjaya menonjolkan dirinya sebagai suatu kuasa yang unggul di kepulauan Melayu tetapi terlebih penting dari itu ialah telah berjaya membentuk suatu tradisi sosio-politik yang kemudiannya menjadi asas kepada pembentukan struktur masyarakat Melayu – Islam di Semenanjung.” (Prof Khoo Kay Kim)

  3. Siapakah Melayu? • Wang Gungwu berpendapat bahawa pada kurun ke 13 perkataan Melayu hanya digunakan di dalam rekod catatan sejarah China untuk merujuk kepada satu tempat di Sumatera Barat. • Kemungkinan yang dimaksudkan adalah satu catatan di dalam Sejarah Melayu: “Al-kesah, maka tersebut-lah perkataan. Ada sa-buah negeri di-tanah Andelas, Palembang nama-nya, Demang Lebar Daun raja-nya, asalnya daripada anak chuchu Raja Sulan juga, Muara Tatang nama sungai-nya. Maka di-hulu Muara Tatang itu ada sa-buah sungai, Melayunama-nya, dalam sungai itu ada sa-buah bukit Si-Guntang Mahameru namanya.”

  4. Siapakah Melayu? • Melayu tradisional itu mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Mereka adalah satu kaum yang mesra dengan alam semula jadi. Mereka duduk di sepanjang Selat Melaka dan persisiran pantai serta mendirikan pelabuhan-pelabuhan kecil yang kemudiannya menjadi besar. Mereka adalah bangsa dagang. Di dalam catatan sejarah China, orang Melayu dikenali sebagai bangsa yang sopan, bijak di dalam ilmu falak dan mempunyai peradaban yang tinggi. • “Sa-sa’orang itu hendaklah di-sifatkan menjadi sa-orang Melayu jika dia menganot Agama Islam, dia beradat resam sechara Melayu, menjadi tabi’at-nya bercakap bahasa Melayu, …” (Cadangan Memorandum Perikatan kepada Suruhanjaya Perlembagaan Reid yang telah dikemukakan semasa penggubalan Perlembagaan 1957)

  5. Penubuhan Melaka Secara Ringkas Sumber/Dokumen Tahun (Masihi) • Salasilah ANM, SP/75 1249 M • Salasilah Singkep (Lingga) 1251 M • Salasilah Pulau Penyengat 1251 M • Sumber Belanda (Beschryvinge) 1252 M • Francois Valentijn 1252/3 M • Salasilah Bintan (Tengku Husin) 1254 M • Sulalatus Salatin 1262 M • Ini Dari Sejarah Melayu Asal Raja-raja 1268 M • Ceritera Asal Raja-Raja Melayu Punya Keturunan 1268 M • Sumber Cina (Catatan Ming) 1399 / 1400 M

  6. Penubuhan Melaka Secara Ringkas • Parameswaraberasaldari Palembang & telahmengahwiniBataraTamarill (adikratuMajapahit). • Diusir dari Palembang setelahmelakukanpenentanganpenguasaankerabat Palembang yang dikuasaiolehkeluargaMajapahit. • Parameswara pergi ke Temasik – membunuh penguasa Siam (menantu Raja Siam), lalu diusir keluar oleh tentera Siam. • Meninggalkan Singapura melalui Selitar & pergi ke Muar – cuba untuk membuka kerajaan, tetapi tidak berjaya. • Sening (Sungai) Ujung – berjalan hingga sampai ke tepi laut dekat Sungai Bertam. • Membuka negeri di situ & menamakannya sebagai Melaka mengikut nama pokok kayu tempat baginda berteduh.

  7. Melaka Dalam Catatan Portugis “Melaka terletak di antara 2 teluk dan Melaka adalah Bandar yang hebat dan memiliki 20 ribu rumah. Tanahnya subur dan mempunyai banyak barang dagangan yang terkenal di India. Dengan itu Melaka menjadi terkenal, ia juga memiliki rempah ratus yang pelbagai jenis dan juga ia memiliki sejumlah besar emas, perak, mutiara dan batu-batu berharga. Melaka diperintah oleh Sultan Melayu yang merupakan kuasa besar ajaran Islam. Tempat lain diduduki oleh bangsa lain.” (Surat daripada Raja Portugal dan Algarve, Raja Manuel tentang kejayaannya di India dan Melaka kepada Pope Leo X)

  8. Melaka Dalam Catatan Portugis “Melaka terletak di sepanjang Pantai Siam, di permulaan sebuah sungai kecil. Ia berjauhan dengan sebuah liga di sepanjang pantai. Ia panjang dan tidak terlalu sempit. Melaka mempunyai populasi penduduk sebanyak 30 ribu orang. Terdapat kebun yang mewah dan air yang segar. Bahan-bahan lain diimport. Ia sebiji buah seperti artichokes yang sama dengan air biasa. Makanan yang lain telah diimpot. Di Melaka ada sejenis buah seperti artichokes, sama seperti citrons dan ia dipanggil durian. Rasanya sangat sedap sehingga ramai orang luar menetap di Bandar itu hanya kerananya sekalipun Bandar itu tidak sihat. Bandar itu dibahagikan kepada dua dan dihubungkan dengan sebuah jambatan kayu. Terdapat banyak rumah batu. Rumah yang lain dibuat dengan kayu dan bumbungnya beratap. Sultan dan orang tempatan adalah orang Islam. Terdapat juga istana-istana yang cantik. Rakyat di situ adalah Melayu yang berwarna kulit coklat gelap. Bahasanya senang dan mudah dipelajari. Mereka sopan, gagah dan tertib. Mereka suka lagu dan hidup dengan gembira. Mereka juga merupakan tentera yang bersedia mati di medan pertempuran.” (DIOGO LOPES DE SEQUEIRA)

  9. Pembinaan Melaka (Perluasan) • Melaka mempunyaisempadanjajahan yang cukupluas. BermuladariwilayahPatanidi sebelahutara Tanah Melayusehinggalahkekepulauan Riau Lingga di sebelahselatan. KemudiannyaiajugaturutmencakupiRokan, Siak, Kampar danInderagiridi kepulauanSumatera.

  10. Pembinaan Melaka (Sistem Politik) • KerajaanMelayu Melaka di zaman Seri Maharaja Muhammad Shah yang memerintahdaritahun 1424-1444 telahmelantik Orang BesarEmpatuntukmenjalankanurusankerajaanmewakiliBaginda. Orang BesarEmpatiniadalahBendahara, Temenggung, PenghuluBendaharidanLaksamana. • SelaindariitukerajaanjugamelantikShahbandaruntukmenjagakebajikanpedagangasing. SebelumPortugistiba di Melaka, kerajaanMelayu Melaka sudahmemilikiempat orang ShahbandaruntukmenjagakebajikanpedagangGujerat, Kling, Bengal, Peguan, Pasai, Melayu, China, Indo-China dan Luzon.

  11. Pembinaan Melaka (Pertahanan) • Kelebihan yang membantu di dalampembinaankekuatan Melaka di antaranyaterletakpadaketokohanParameswaradankonsepdaulat raja dalammasyarakatMelayusilam. • Melaka telahmengambillangkahmembuat hubungan diplomatik dengan China di awal-awalpenubuhannya. Iniantara lain untukmengelakkandaridiserangoleh Siam. “….but he must have worn his black hair shoulder-length like the Indians, possibly had a flowing moustache, again like the Hindus, was of average height, with a strong face and penetrating eyes.”(Harry Miller)

  12. Pembinaan Melaka (Perdagangan) • Parameswaramengambillangkahmenyusun orang Bugisdan orang lautuntukmenjagaSelat Melaka dariseranganlanun. Iniantara lain adalahlangkahawaluntukmenarikpedagangdatangberdagang di Melaka. • Untukmenarikpedagang Sumatera berdagang di Melaka bagimemenuhikeperluanberas, beliauberkahwinketikausiatuanyadenganPuteri Raja Pasaidanmemeluk Islam. Inikemudiannyabenar-benardapatmenarikpedagangdari Sumatera Timurdanpedagang Islam dariGujerat. • TindakanParameswaramembinahubungandiplomatikdengan China jugabanyakmembantukearahmenarikpedagangberdagang di Melaka. Apabilaberitabahawa China menunjukkanminatberdagang di Melaka tersebar, pedagang-pedagangmulaberalihdaripelabuhan di Sumatera, Jawadan India menujuke Melaka. Laksamana Zheng He

  13. Pembinaan Melaka (Undang-undang) • Undang-undang Melaka muladiasaskan di Melaka padazaman Muhammad Shah (1422-1444). Beberapatambahandibuatterhadapisinaskhah di zamanpemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1445-1458). • Penulisanundang-undangtersebutjugaadalahpetandaketamadunankerajaanMelayu Melaka. InikeranamasyarakatMelayusilamhanyaterbiasadenganadat yang kemudiannyabertukarmenjadiperaturanlisan. Penulisanundang-undangadalahperkarabaru yang dimulakan di zamankesultanan Melaka. Undang-undang Melaka danUndang-undangLaut Melaka kemudiannyamembukakepadapenggubalanundang-undang lain di Tanah Melayu. Undang-undang Kedah, Undang-undang Pahang, Undang-undangPatani, Undang-undang Johor danHukumKanun Brunei adalahgubahandaripadaUndang-undang Melaka. Muka pertama Manuskrip Undang-undang Melaka

  14. Pembinaan Melaka (Kemakmuran) • Matlamatpenubuhannegeriadalahmeramaikanrakyatnya. • PendudukMelaka yang asalnyahanyaberjumlah 1,000 orang telahbertambahkepada 40,000 orang di zaman Sultan AlauddinRiayat Shah (memerintahdari 1477-1488). Pertambahaninisebenarnyaberlakusedikit demi sedikitsejakdarizaman Sultan Iskandar Shah lagi. • Menjelang hujungkerajaan Melaka sebelumkejatuhannya di tanganPortugis, bilanganpenduduk Melaka telahbertambahkepada190,000 orang penduduk.

  15. Pembinaan Melaka (Dakwah Islam) • Penyebaran Islam di Selangor berlaku setelah beberapa daerah di Selangor seperti Kelang, Jeram, Langat, Jugra, Permatang dan Kuala Selangor • Penyebaran Islam di Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Daerah Pattani yang telah menubuhkan kerajaan Islam pada pertengahan kurun ke 15 • Minangkabau menjadi kerajaan Islam secara beransur-ansur hasil dari pengaruh Melaka dan Acheh • Muncul kerajaan Islam Demak. Ini kemudiannya membuka laluan dakwah di beberapa daerah jajahan Majapahit seperti di Banjarmasin.

  16. Pembinaan Melaka (Dakwah Islam) • Muballigh dari Melaka dan Sumatera telah ke Maluku dan mengislamkan penduduk Makasar dan Bugis pada tahun 1505. • Islam tersebar di Tidore, Gilolo dan Bacan. Raden Rahmat telah mengislamkan daerah Ampel dan Surabaya. Raden Patah menyebarkan Islam di beberapa kepulauan Jawa yang agak pendalaman. • MuballighIslam dari Melaka juga telah menyebarkan Islam di Filipina. Seorang pendakwah bernama Abu Bakar telah tiba di Sulu tahun 1450. • Dari kerajaan Sulu, Islam disebarkan ke Mindanao. Penyebarannya semakin pesat apabila Muhammad Kabungsuwan berjaya mendirikan kerajaan Islam di sana. Dakwah Islam telah sampai ke Manila dan didirikan kerajaan Islam • Kerajaan Brunei telah diislamkan di antara tahun 1514-1521. Raja Brunei pertama memeluk Islam adalah Awang Alak Betatar dari suku Bisaya Limbang

  17. Episod Kejatuhan • STANDING ORDERS TO DIOGO LOPES DE SEQUEIRA,SENT TO DISCOVER THE TOWN OF MALACCA 12thFebruary 1508 Di mana-mana tempat yang anda pergi, anda perlu bertanya tentang kewujudan orang Kristian di situ, atau pun bertanya mereka maklumat-maklumat seperti urusan perdagangan. Apabila bertemu mereka maka layanlah mereka sebaiknya. Berilah penghormatan dan hormati maruah dan anda perlu nyalakan semula iman mereka, berikan mereka harapan bahawa Tuhan kita akan mengurniakan kebebasan untuk mengabdikan diri kepadaNya dengan penuh ilmu dan amalan kebaikan dan iman Kristian sebenar yang lebih spiritual dan memperoleh kebaikan duniawi. Anda perlu menjelaskan kepada mereka segala penemuan kita dan menceritakan bagaimana bersungguhnya kita dalam usaha meninggikan dan menyebarkan iman Katolik kita yang mulia. Anda perlu juga memberitahu tentang kubu-kubu yang telah kita bina di India dan di tempat-tempat lain, begitu juga khabarkan bagaimana usaha kita menghantar kapal-kapal armada yang penuh dengan kelengkapan dan dikendali dengan baik, dan anda perlu galakkan mereka dengan sebanyak mana kata-kata dan amalan baik, dan apabila kamu pulang kepada kami, kita akan menghantar kapal-kapal kita dan orang-orang kita ke tempat yang telah disebut seperti yang telah kita lakukan di India.

  18. Punca Kejatuhan Melaka • Semangat penjajahan Portugis: • Bangsa Portugis mengikuti jejak langkah bangsa Sepanyol itu untuk mencari dan memerangi mana-mana kerajaan Islam yang berada di kawasan di Timur Jauh dan merampas kawasan itu atas nama agama mereka. Mereka sudah tahu bahawa di Timur Jauh sudah wujud beberapa kerajaan Melayu-Islam, khususnya Melaka. Mereka membina kapal-kapal untuk mengharungi Lautan India, mencari kawasan atau pelabuhan yang dikuasai oleh kerajaan Islam untuk diserang dan dirampas. Mereka berjaya bertapak di Goa, India. Dari situlah mereka melancarkan gerakan untuk menyaingi orang Sepanyol (yang sudah mulai berada di kawasan itu, terutama di Filipina) untuk menyerang kerajaan Islam yang lain dan menguasai perdagangan rempah dan hasil bumi dunia Melayu. Raja Portugis, Manoel (atau Mannuel), melantik Francisco de Almeida sebagai panglima perang di Timur. Dalam tahun 1506, Manoel mengarahkan Almeida untuk membina ‘kubu’ di Melaka.

  19. Punca Kejatuhan Melaka • Kekecohan dalaman Istana Melaka • Istana Melaka berada di dalam krisis hasil dari pertembungan di antara Tun Mutahir dan musuh-musuhnya dari kalangan keturunan Tun Perak dan orang Melayu serta peniaga-peniaga. Diikuti dengan fitnah cubaan menjatuhkan Sultan Mahmud hasil dari pertelingkahan di antara Raja Mendeliar dan Nina Sura Dewana. Sikap Sultan Mahmud yang menajatuhkan hukum mati secara terburu-buru memburukkan lagi suasana. Sultan Mahmud tidak begitu disukai oleh rakyat kerana sikapnya yang bermudah-mudah menjatuhkan hukum ke atas sesiapa sahaja dengan hanya sedikit tohmahan (seperti kes Sri Bija Diraja dan Raja Zainal)

  20. Serangan Portugis (Julai 1511) • Angkatan perang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque. Dia menggantikan Almeida sebagai panglima perang di Timur. Dialah yang menawan Goa dalam tahun 1510 dan mendirikan kubu di situ. Dia diarahkan oleh Raja Manoel supaya menawan Melaka. • Albuquerque bertolak dari Goa dalam bulan April 1511 dengan mengetuai 18 buah kapal dan lebih 1,000 orang askar, termasuk askar-askar upahan dari kalangan orang Malabar. Dia berlabuh di perairan Melaka awal bulan Julai 1511. • Percubaan awal askar-askar Alfonso untuk mendarat dan menyerang kota Melaka gagal beberapa kali kerana mereka menerima tentangan yang berani dan kuat daripada para pejuang Melayu Melaka untuk mempertahankan negeri dan kota mereka. Replika Kapal Perang Portugis

  21. Serangan Portugis (Julai 1511) • Tetapi askar-askar upahan dari kalangan orang Jawa tidak puas hati dengan upah (atau gaji) yang diterima dari kerajaan Melaka, jadi mereka tidak berperang dengan bersungguh-sungguh. • Ada pula seorang perempuan Jawa yang menjadi ‘teman wanita’ beberapa orang askar Portugis. Perempuan ini digunakan oleh orang Portugis sebagai ‘mata-mata gelap’ atau ‘spy’ untuk melaporkan keadaan pertahanan Melaka. • Ada juga seorang ‘Hindu’ yang menyampaikan maklumat kepada orang Portugis tentang keadaan kota Melaka. • Sebahagian peniaga Cina di Melaka memberi bantuan kepada orang Portugis dengan meminjamkan kepada mereka lima buah kapal atau tongkang mereka untuk digunakan oleh Portugis untuk mendarat di kota Melaka melalui sungai atau jambatan yang membelah kota Melaka kepada dua bahagian kota.

  22. Serangan Portugis (Julai 1511) Diego Lopez de Sequiera Affonso d’ Albuquerque King Emanuel

  23. Serangan Portugis (Julai 1511) • Sultan Mahmud turun dengan gajahnya menentang askar-askar Portugis, kemudian anaknya Ahmad, menentang askar Portugis. Menurut SM, dia begitu berani sehingga dia tidak menghiraukan serangan bertalu-talu askar Portugis, sehingga dia dinasihatkan oleh guru agamanya yang ikut serta supaya meninggalkan tempat itu. Ahmad luka apabila gajahnya ‘panik’ setelah dicederakan oleh tembakan askar Portugis, dan dia terpaksa melepaskan dirinya. • Dipendekkan cerita, orang Melayu Melaka telah menentang serangan Portugis itu dengan gagah dan berani, tetapi akhirnya kalah. Banyak faktor yang menyebabkan kota Melaka jatuh ke tangan Portugis. Yang penting ialah Sultan, anaknya, dan askar-askar Melayu Melaka tidak cabut lari apabila melihat kekuatan senjata Portugis menyerang mereka. Mereka memberikan tentangan yang hebat.

  24. Serangan Portugis (Julai 1511)

  25. Adakah Melaka Benar-benar Jatuh? • Yang jatuh hanyalah kotanya sahaja • Kesultanan Melayu Melaka berpindah pusatnya ke Johor lalu meneruskan keagungan dan budayanya di sana • Cubaan membebaskan pelabuhan Melaka terus berlaku tetapi tidak berjaya atas faktor-faktor tertentu

  26. Pengukuhan Melayu Islam Selepas Melaka • Kekalnya kesultanan Melayu Islam hingga ke hari ini • Berkembangnya bahasa Melayu • Berkembangnya tulisan Jawi • Melayu dikenali sebagai bangsa Islam dengan budaya unik

  27. Di atas robohan Kota MelakaKita dirikan jiwa merdekaBersatu-padulah segenap bakaMembela hak keadilan pusaka (Dr. Burhanuddin Al-Helmi)

More Related