1 / 31

Sejarah Tamadun Islam 2

Sejarah Tamadun Islam 2. Hijrah Sumbangan Tokoh Dalam Geografi Dan Pelayaran. HIJRAH SEBAGAI IKTIBAR UNTUK MENGHADAPI CABARAN. Peristiwa hijrah seharusnya disambut sebagai langkah menghadapi cabaran hidup. Definisi Hijrah.

neylan
Download Presentation

Sejarah Tamadun Islam 2

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Sejarah Tamadun Islam 2 Hijrah Sumbangan Tokoh Dalam Geografi Dan Pelayaran

  2. HIJRAH SEBAGAI IKTIBAR UNTUK MENGHADAPI CABARAN Peristiwa hijrah seharusnya disambut sebagai langkah menghadapi cabaran hidup

  3. Definisi Hijrah • HIJRAH – berasal dari bahasa Arab HAJARA yang secara generik bermaksud pindah, keluar, migrasi atau meninggalkan satu daerah ke satu daerah yang lain atau berubah dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain. • Ia juga difahami sebagai transformasi dan reformasi kualiti kehidupan manusia ke arah formasi terbuka, adil dan demokrasi.

  4. Definisi Hijrah • Hijrah juga boleh difahamkan sebagai meninggalkan sesuatu yang dilarang. • Diriwayatkan daripada Abdullah bin Habsyi, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud “Orang-orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.

  5. Definisi Hijrah • Ini membuktikan bahawa hijrah adalah satu jihad bukannya “pelarian” dan “arbitrasi” seperti yang ditafsirkan oleh sesetengah orientalis barat yang sengaja mahu menenggelamkan pengertian suci hijrah itu sendiri.

  6. Hijrah Rasulullah dan Para Sahabat Memberi kesan kepada Penyebaran ajaran Islam

  7. Hijrah • Hijrah memerlukan perancangan dan cukup teratur. • Hijrah membawa pengajaran dan ikhtibar yang bermakna.

  8. Kesimpulan Hijrah Rasulullah s.a.w. Pertama : Jika kita benar-benar mengimani wahyu Allah, tentu kita mempunyai sikap optimis terhadap perubahan kehidupan dari yang buruk kepada yang baik. Kedua : Cabaran hidup masa kini dapat meningkatkan kesedaran dan kepekaan terhadap nasib umat Islam akan datang supaya lebih terpimpin ke jalan yang benar dan diredhai Allah.

  9. Kesimpulan Hijrah Rasulullah s.a.w. Ketiga : Umat Islam dapat mempelajari sejarah perjuangan baginda Rasul saw dan para sahabat dalam membangunkan sejarah gemilang peradaban manusia, politik pemerintahan berasaskan syariat. Keempat : Mempersiapkan generasi Islam kini agar lebih memahami dan menghayati akhlak Islamiyyah yang tulis dalam pembentukan tingkahlaku peradaban manusia.

  10. CABARAN HIJRAH ‘AQLIYYAH TSAQAAFIYYAH/ MEMBUDAYAKAN AQAL BUDI Tekad untuk • Memurnikan sistem pemikiran • Dan persepsi seorang muslim • kepada penggunaan akal secara maksimum melalui kemampuan intelektual dalam membezakan perkara baik dan buruk, halal atau haram dan sebagainya.

  11. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Ramai pengkaji sejarah menegaskan bahawa orang-orang Islam telah tiba di Amerika Utara sebelum kedatangan Cristoper Columbus, tidak kurang 500 tahun lebih awal, apabila kapal-kapal orang Islam belayar ke Lautan Atlantik, ketika itu dikenali sebagai Sea Of Injustice (Laut Ketidakadilan) dan menghala ke barat berabad-abad sebelum Columbus.

  12. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Seorang pengkaji sejarah Islam, Al-Masoudiy menjelaskan dan bukunya bertajuk "Murujal-Dhabab Wa Maadin Al-Jawhar" bahawa seorang pelaut Islam bernama Khishkhash bin Said Al-Qurthuby belayar dari pelabuhan Palos di Sepanyol pada 889M telah sampai ke beberapa tempat dan membawa pulang banyak harta.

  13. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Al-Masoudiy turut menjelaskan dalam peta yang dilukisnya bahawa ada beberapa kawasan di Lautan Atlantik  yang beliau namakan sebagai "tanah yang tidak diketahui".

  14. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Kajian yang dilakukan oleh Dr. Yusuf Mirwa dan diterbitkan dalam bahasa Inggeris menyebut bahawa pelayaran Columbus jelas menunjukkan kehadiran orang Islam di mana Columbus telah melihat sebuah pulau merah dikenali sebagai "Canar" dan diperintah oleh seorang arab tua bernama Abu Abdullah.

  15. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Beliau juga mendapati bahawa penduduk pulau San Salvador memanggil pulau itu sebagai "Juan Hani" yang berasal dari sebutan Arab "Ikhwat Hani".

  16. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Columbus sendiri turut menulis mengenai seorang kulit hitam yang beliau lihat sendiri di Honduras dan berasal dari satu suku kaum yang dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai "Mamiy" yang bermaksud "Imammiy" atau "Imam"

  17. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Sejarawan Amerika, Weiner, yang juga seorang profesor di Universiti Harvard, menulis bahawa Columbus mengetahui kehadiran orang Islam di Dunia Baru (Amerika) yang datang dari Afrika Timur dan telah berkembang menerusi Caribbean ke serata pelusok Amerika Utara dan Selatan.

  18. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Beliau turut menjelaskan bahawa beberapa pedagang yang turut berkahwin dengan penduduk India tempatan.

  19. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Beberapa buku rujukan Islam menyebut mengenai pelayaran di Lautan Atlantik berkenaan seperti ahi Geografi terkenal Al-Idrisy dalam bukunya "Nuzhat Al-Mushtaq Fi Ikhtiraq Al-Afaq" dan seorang lagi penulis Islam bernama Al-Umary, Columbus menyebut bahawa semasa di Cuba, beliau melihat sebuah masjid di sebuah puncak bukit dan senjata yang digunakan oleh orang-orang Haiti menyerupai senjata yang digunakan oleh orang Afrika melalui bukunya yang bertajuk "Masaliki al-Absar Fi Mamalik Al-Amsar".

  20. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Barry Neil dalam bukunya "The Story Of America" mengemukakan banyak bukti tentang kehadiran orang Arab di Amerika.

  21. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Antaranya ialah peta, bekas-bekas sekolah, nama-nama puak dan tempat (yang mana 565 telah beliau catatkan) berasal dari nama-nama Arab dan Islam seperti "Maka" yang merupakan nama Mekah.

  22. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Beliau berkata nama tersebut berasal dari nama Makkah Al-Mukarramah. Terdapat juga nama-nama lain seperti Muna, Ahmed, Abagi, Zulu dan Murabitun.

  23. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Selain daripada itu banyak lagi budaya dan tradisi yang menunjukkan dengan jelas  hubungan antara orang kulit merah Amerika dengan Arab-Islam.

  24. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Alexander Foun, dalam kajiannya mengenai kesenian purba di Amerika menjelaskan pendapat bahawa ukiran yang diperolehinya mempunyai ciri-ciri Arab di mana beliau telah menemui motif bulan sabit dalam banyak hasil seni lukis dan kerja tangan di dinding-dinding dan duit syiling.

  25. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Buku "They Came Before Columbus" karangan Evans Syrtima membentangkan banyak bukti lain mengenai ketibaan orang Afrika ke Amerika seperti nama-nama yang digunakan oleh puak kulit merah terutama yang berkaitan dengan petunjuk-petunjuk sejarah.

  26. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Orientalis British De Lasay dalam bukunya "Arabic Thought And Its Place In The History Of West" menyatakan pelayaran yang dibuat oleh kumpulan muslim pada 1312M.

  27. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Beliau turut mengakui bahawa kepakaran pelayaran orang Arab dan Muslim Afrika membolehkan mereka (barat) sampai ke Amerika.

  28. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • De Lasay juga berkata tidak diragukan bahawa banyak telah diperkatakan tentang kehadiran awal orang Islam ke Amerika seblelum Columbus.

  29. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia Tenggara merupakan kejayaan yang terkenal di China malah di seluruh dunia. Cheng Ho merupakan seorang umat Islam di China. • Peta pelayaran laut yang disunting oleh Laksamana Cheng Ho merupakan peta pelayaran laut yang paling awal di China.

  30. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Ma Huan, seorang pengiring dalam pelayaran laksamana Cheng Ho merupakan seorang umat Islam di China. • Beliau telah mencatat tentang geografi, barangan hasil bumi, iklim, adat resam, agama dan lain-lain di lebih 20 buah negara yang dikunjungi oleh Laksamana Cheng Ho

  31. Kecemerlangan dalam pelayaran bukan sahaja dikuasai oleh orang Islam dari timur tengah tetapi juga datangnya daripada orang2 Islam Negeri China. Menunjukkan globalnya kebijaksanaan umat Islam. SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN

More Related