1 / 32

Sejarah Ringkas Bahasa Melayu

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (EED3200) KULIAH 2 Sejarah Bahasa dan ketamaduan Melayu oleh Shamsudin Othman Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Sejarah Ringkas Bahasa Melayu. Asal usul Bahasa Melayu

nasya
Download Presentation

Sejarah Ringkas Bahasa Melayu

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU(EED3200)KULIAH 2Sejarah Bahasa dan ketamaduan MelayuolehShamsudin OthmanJabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan,Fakulti Pengajian Pendidikan,Universiti Putra Malaysia.

  2. Sejarah Ringkas Bahasa Melayu • Asal usul Bahasa Melayu • Bahasa Melayu sebagai lingua franca • Cabaran Bahasa Melayu moden

  3. Asal usul Bahasa Melayu Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti berikut:

  4. 1.  Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645    Masihi. 2. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan ‘utusan’ ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

  5. 3. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu. 4. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

  6. 5. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

  7. Asal Usul Bangsa Melayu • Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. • Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto. • Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi) • Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

  8. Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro • Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi. • Keturunannya - orang Melayu di Malaysia

  9. Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. • Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. • Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

  10. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. • Kedua-dua kumpulan ini dikenali sebagai Austronesia. • Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

  11. AUSTRONESIA

  12. Perkembangan Bahasa Melayu • Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu: i. Bahasa Melayu Kuno, ii. Bahasa Melayu Klasik, dan iii. Bahasa Melayu Moden.

  13. Bahasa Melayu menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana: • Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. • Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat • Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

  14. Bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa  kata dan ciri-ciri keilmuan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. * Umumnya perubahan merujuk kepada perkembangan zaman, iaitu: - Sanskrit – Hindu – Arab - Inggeris

  15. Bahasa Melayu mudah dipengaruhi bahasa Sanskrit kerana: • Pengaruh agama Hindu • Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi. • Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

  16. Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa: i. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) ii. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) iii. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) iv. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

  17. Ciri-ciri bahasa Melayu kuno: • Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit • Susunan ayat bersifat Melayu • Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan) • Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)

  18. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas) • Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat) • Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) • Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

  19. Peralihan Bahasa Melayu Kuno ke Bahasa Melayu Klasik • Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. • Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

  20. Terdapat tiga batu bersurat yang penting: • Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) : - ditulis dalam huruf India - mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. - bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

  21. b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) : • masih memakai abjad India • buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

  22. c. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) : • ditulis dalam tulisan Jawi • membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

  23. * Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

  24. Bahasa Melayu Klasik • Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting: • Zaman kerajaan Melaka • Zaman kerajaan Acheh • Zaman kerajaan Johor-Riau

  25. Ciri-ciri bahasa klasik: • ayat: panjang,  berulang, berbelit-belit. • banyak ayat pasif • menggunakan bahasa istana • kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

  26. banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun, • ayat songsang, • banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah'' .

  27. Bahasa Melayu Moden • Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. • Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

  28. Selepas Perang Dunia Kedua, British mengubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. • Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Bahasa Rasmi). • Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 meWAJIBkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

  29. Cabaran Bahasa Melayu Moden • Bidang Politik – kesungguhan? • Bidang pendidikan – PPSMI, Akta Pendidikan 1996? • Bidang Undang-undang – bahasa di mahkamah, terma & syarat perjanjian? • Pengiklanan – bahasa rojak, ejaan? • Media – sebutan baku, laras laporan?

  30. Tokoh Bahasa Melayu

More Related